saya di 'bawasir'


posted by radhiahsyahida

No comments

AlhamduliLlah.. bumi warisan pesisir air bisa kupijak lagi..


dan.. kutemui lagi wajah manis tersenyum sentiasa, wajah tenang hikmah berkata-kata, wajah yang manja ketawa ceria, wajah yang nakal meminta gula-gula, wajah yang hensem gagah si remaja.. wajah yang sentiasa menggamitku untuk pulang ke desa tercinta..

ah..pulang yang sekejap cuma.. tapi, insyaAllah bermakna sentiasa..

hari ni sepagian mengadap laptop demi membahagiakan insan-insan yang ingin menjejakkan kaki mereka ke tangga universiti..din dan kawan-kawannya dengan pilihan yang macam-macam. Ada yang berminat untuk ke DQ. Alhamdulillah, semoga Al-hafiz milik mereka. Ada juga yang ingin ke UIA..hehe..sile-sile..akak amat-amat mengalukan.. teringat tadi pertanyaan sms dari Muiz(kawan ulwan) "kak, apa beza UIA dengan UIAM?" "M tu stand for Malaysia dik..(^_~)v" and buat sape-sape yang tak tahu lagi tu, harap maklum ye. Tak kurang yang berminat dengan nama USIM dan UM..tapi ada satu U itu, tidak saya galakkan mereka pergi ke sana..huhu. Kemudian, datang adik-adik junior KIST..eh,silap la, Imtiaz dah skang ni. Fatin, Ain, Saibah, Tasha..(beberapa orang tak dapat datang).. Mereka yang membahagiakan cikgu-cikgu di sekolah.. Thanx adik-adik, bangga sangat dengan kalian! Tak jemu mereka bertanyakan tentang pengalaman dan apa yang patut dibuat untuk membolehkan mereka ke institusi yang diingini dan paling penting kos yang diidam-idamkan selama ini..
Hari khamis ini, insyaAllah bakal ke kuala berang menjenguk tempat permainan sewaktu masih digelar pelajar sekolah..tapi..cuti sekolah! cikgu takde, pelajar pun takde. Tapi, takpelah..dah janji dengan sue sebab insyaAllah Himpunan Intelektual Imtiaz atau Alumni Kist..saya kurang pasti la.. akan mengadakan kem menuju puncak untuk adik-adik pada bulan 6 ni. So, sue as secretary kena setelkan dengan pengetua..dia ajak pergi jugak..it's ok..yang penting, boleh jumpa sue! =)

esok..jadi pengunjung lib lagi..ada lagi yang tak setel.

ok..ma'assalamah untuk sementara waktu =)

[fellow followers]