Archive for March 2011

senyum weh..


posted by radhiahsyahida

1 comment













so sweet cute come lote cool kan? hohoho. saja je nak bagi pagi-pagi hari bermula dengan urat muka yang longgar (tak ketat). Ingatkan nak google gambar-gambar unik tapi yang keluar macam horror plak..haha. So, change to senyum senyum punya gambar. it's actually to motivate me myself :] dan sape-sape yang buka blog ni sure ah akan tekan butang x kat atas belah kanan tu dengan urat muka yang dah tak ketat. hehehe. tak percaya? ce tera... :P

ok, tata! nak wat keje keje keje dengan bersenyum, bersabar, berlapang dada, dan bersangka baik :) Rabbi yussahil..

Nak bercinta sebelum kahwin?


posted by radhiahsyahida

3 comments



Saya teringat satu cerita dari lecturer LLS, Dr. Fouad Rawash. Satu hari beliau tanya kami dalam kelas, "Biasanya kalau orang malaysia kahwin, berapakah tempoh yang pengantin ambil untuk bercuti@berbulan madu (selepas kahwin)". Kami jawabla, "Biasanya 3-7 hari. Ikut tuntutan kerja la kan.."
Ustaz pun jawab, "Tahu tak kenapa pengantin bercuti sekejap je? Sebab mereka dah lama bercinta sebelum kahwin, dah lama berkenal-kenalan sebelum kahwin. Sehinggakan tak tahu nak kenal apa lagi tentang pasangan mereka." huhu. noktah!

Saya teringat nasihat lain dari lecturer UNGS, Dr. Kabuye Uthman Sulaiman. Kata beliau biasanya pasangan yang bercinta sebelum kahwin ni, walaupun kedua-dua mereka ni soleh, berjuruh, tsiqoh dsb., tetapi tetap akan ada syaitan yang berkomplot untuk menjatuhkan pasangan ni. 1 ekor syaitan akan menghasut si jejaka dan 1 ekor syaitan lagi akan menghasut si gadis. Mereka akan menghasut perkara yang sama sehingga jejaka dan gadis itu akan berfikir tentang perkara buruk yang sama. Dan both syaitan akan terus-terusan menghasut sehingga menyebabkan kedua-dua mereka membaikkan perkara yang buruk (menghalalkan apa yang haram) untuk kepentingan perhubungan mereka berdua. *saya rasa semua pembaca yang berfikir boleh faham maksud ustaz*

Lagi, ustaz ada terangkan pada kami tentang ayat 71 dari surah At-Taubah, sila check kalau nak dapat pahala :)
Ayat tu kalau orang baca sekali lalu mungkin ingat lelaki dan wanita ni merupakan pelindung antara satu sama lain *lebih kurang macam guard, lelaki as protecter kepada wanita. Dan wanita sebagai kaum yang lemah bertindak sebagai manusia yang di'protect' hohoho. Maka andaian itu TIDAK BERAPA TEPAT. Maksud sebenar ayat iaitu Lelaki menjadi PELINDUNG kepada wanita dan Wanita juga menjadi PELINDUNG kepada lelaki ialah WAJIB bagi LELAKI dan WANITA untuk melindungi kaum yang berlawanan agar tidak tertarik dengan dirinya sehingga menyebabkan mereka dikuasai nafsu syahwat dsb.. Contoh : Cara berpakaian, pergaulan kita (ikhtilat) dsb.

Itulah! hanya itu yang mampu saya sampaikan untuk kalian. Saya tidak menyalahkan sesiapa yang ter'bercinta' sebelum mengetahui hakikat kesannya yang sebenar. Itu fitrah yang Allah bagi. Semua orang tak lari dari dosa. Saya sendiri seorang manusia biasa-biasa yang tak kosong dari dosa. Tapi, peganglah dengan kata-kata, kita punya Allah yang MAHA MAHA MAHA pengampun. Kalau tersedar dah terbuat dosa, terus on the spot, istighfar+taubat. Mintalah 'najwa'(bisikan rahsia) dari Allah di akhirat kelak agar semua dosa yang kita telah buat di dunia (yang mana kita telah bertaubat) tidak didedahkan di padang mahsyar. InshaAllah.

Setiap manusia, ujian yang Allah bagi adalah berbeza, ada yang diuji dengan masalah study, duit, family, kawan dll. Lagi sakit bila diuji dengan keinginan untuk berkahwin tetapi tidak mampu, ingin berkahwin tetapi tiada calon, tak ingin bercinta sebelum kahwin tetapi datang seorang lelaki hensem, bijak, kaya, baik datang melamar untuk dijadikan KEKASIH bukan ISTERI. Maka, itu semua adalah ujian yang berbeza untuk manusia berbeza.

Antara yang HALAL dan HARAM, hanya kita yang menentukan di jalan mana yang kita ingin salurkan fitrah cinta dan kasih sayang ini. Dan apa yang kita tentukan hari ini menentukan rumah kita di akhirat sana yang KEKAL SELAMANYA (khalidiina fiiha). Saya berkongsi tidak sesekali dengan niat untuk mengambil untung dunia. Tak pernah dan tak sesekali, InshaAllah. Tetapi kerana tanggungjawab dan kasih sayang sebagai seorang hamba sesama hamba. Kerana ini adalah amanah dari Allah. Moga Allah ampunkan dosa-dosa kita semua.




p/s: oh masa sibuk, saya telah mencuri kamu! :P tak sangka, draft sudah tidak lagi menjadi draft. Walaupun ramai orang anggap isu ini remeh, tapi yang remeh ni lah menentukan akhlak generasi akan datang. Semuanya bermula dengan cara ibu bapa mereka berhubungan sebelum kahwin. Takpe, Allah pandang usaha bukan natijah. yakin yakin! inshaAllah :)


[fellow followers]