Radhiah Tarbiyyah Dakwah


posted by radhiahsyahida

2 comments



Tarbiyyah dan Dakwah boleh bergerak laju tanpa saya

Tapi mana mungkin saya dapat menjadi seperti begini tanpa Tarbiyyah dan Dakwah

Terima kasih Allah..

Tiada nikmatMu yang mampuku dustakan.


p/s: Radhiah memerlukan Tarbiyyah dan Dakwah. Sampai bila-bila ameen.


23 tahun di bumi.


posted by radhiahsyahida

1 comment



Betapa tak ada apa-apanya aku di hadapan-MU


______
Alhamdulillah atas segala nikmat dan ujian. Maka nikmat Allah mana yang mana lagikah aku mahu dustakan -.-

Mari mencetak manusia!


posted by radhiahsyahida

1 comment



Bismillah.

Allahu Allah..

..dan sekali lagi blog ini terbengkalai hampir empat bulan. Nak menaip entri baru pun tangan kaku, walaupun macam-macam perkara berpusu-pusu menerjah kotak fikiran.

Imam Hasan AlBanna sendiri lebih memilih untuk mencetak manusia berbanding menghasilkan penulisan. 

Ohh..sangat setuju! sebab manusia ialah buku bergerak yang dapat mendidik masyarakat dengan proaktif berbanding penulisan-penulisan akan menjadi buku yang dipandang sepi di rak-rak besi kecuali oleh manusia terpilih.

..dan sekarang, tanggungjawab dalam dakwah dan tarbiyyah semakin bertambah. Benarlah kata Imam Hasan AlBanna, tanggungjawab yang ada lebih banyak daripada masa yang ada. 

Jadi, saya amat pelik dengan manusia yang masih punya masa untuk bergaduh di facebook tentang jemaah siapa yang paling bagus, yang sempat tengok movie atau drama 10 episod sambil menangis. wuuu.. untunglaaa ada masa lebih~

Selepas 3 bulan


posted by radhiahsyahida

No comments


Bismillah.

Subuh yang tenang telah merangsang saya untuk buka blog sendiri selepas 3 bulan menyepi. Sedihnya. Kekangan masa. Huh. Alasan yang sama.

Dulu, kita diributkan dengan pelbagai masalah sosial masyarakat. Sekarang, masalah sosial tersebut sudah menjadi seperti kita melihat kematian kucing. Terkejut, bersimpati, marah-marah pada si pelanggar dan kemudian terus berlalu.

Maknanya, masalah tersebut sudah dibiasakan oleh masyarakat kita.

Sekarang, wabak lama menyerang kembali. Pelbagai aliran pemikiran bukan Islam telah menyerang umat Islam bertubi-tubi. Persoalannya, umat Islam sedar atau tak?

Entri ini akan ditinggalkan untuk beberapa ketika. InshaAllah kalau diizinkan, saya akan kembali menghulurkan jari untuk berkongsi sesuatu dengan kupasan yang lebih mendalam.

Cikgu s.1


posted by radhiahsyahida

3 comments

Bismillah.

Hari ini hari kelima saya berpraktikum di sekolah. Alhamdulillah, seronok!

Tadi masa perhimpunan pagi, ada penyampaian hadiah sempena hari sukan. Satu perkara yang menyentuh hati saya ialah bila melihat pelajar-pelajar pendidikan khas yang terlibat dengan sukan. Kagum dengan semangat mereka. Juga cemburu.....

Bukan tak bersyukur dengan diri sendiri.

Tapi..


Cemburu sebab..


Mereka masuk syurga dengan percuma. Allahu Rabbi.. 


p/s: Kadang-kadang penulisan tak dapat meluahkan sepenuhnya rasa hati. Tapi sungguh saya sebak tengok mereka tadi. suci.

Mencari sakinah


posted by radhiahsyahida

No comments



Mencari sakinah

Di hujung dunia pun tidak mampu

Apatah lagi di celah-celah batu

Kerana resah yang kau anugerah

Bukan sekadar suka-suka

Bahkan untuk mengajak kau kembali rapat padaNya

Sungguh tenang itu hanya ketika bersamaNya

Tidak sekali-kali dengan manusia.

Nota Rindu Tarbiyyah..


posted by radhiahsyahida

No comments

Bismillah.

Berkongsi perasaan KH. Rahmat Abdullah, Alloh yarhamhu. Perasaan seorang manusia yang hidup dalam dunia tarbiyyah. hermm.


Aku rindu zaman ketika “halaqoh” adalah kebutuhan,
bukan sekedar sambilan apalagi hiburan

Aku rindu zaman ketika “membina” adalah kewajiban,

bukan pilihan apalagi beban dan paksaan

Aku rindu zaman ketika “dauroh” menjadi kebiasaan,

bukan sekedar pelengkap pengisi program yang dipaksakan

Aku rindu zaman ketika “tsiqoh” menjadi kekuatan,

bukan keraguan apalagi kecurigaan

Aku rindu zaman ketika “tarbiyah” adalah pengorbanan,

bukan tuntutan dan hujatan

Aku rindu zaman ketika “nasihat” menjadi kesenangan,

bukan su'udzon atau menjatuhkan

Aku rindu..

zaman ketika kita semua memberikan segalanya untuk da'wah ini

Aku rindu..

zaman ketika “nasyid ghuroba” menjadi lagu kebangsaan

Aku rindu..

zaman ketika hadir di “liqo” adalah kerinduan, dan terlambat adalah kelalaian

Aku rindu..

zaman ketika malam gerimis pergi ke puncak mengisi dauroh dengan ongkos ngepas dan peta tak jelas

Aku rindu..

zaman ketika seorang ikhwah benar-benar jalan kaki 2 jam di malam buta sepulang tabligh dakwah di desa sebelah

Aku rindu..

zaman ketika akan pergi liqo selalu membawa uang infak, alat tulis, buku catatan dan Qur'an terjemahan ditambah sedikit hafalan

Aku rindu..

zaman ketika seorang binaan menangis karena tak bisa hadir di liqo

Aku rindu..

zaman ketika tengah malam pintu depan diketok untuk mendapat berita kumpul subuh harinya

Aku rindu..

zaman ketika seorang ikhwah berangkat liqo dengan ongkos jatah belanja esok hari untuk keluarganya

Aku rindu..

zaman ketika seorang murobbi sakit dan harus dirawat, para binaan patungan mengumpulkan dana apa adanya

Aku rindu zaman itu,


Aku rindu...


Ya ALLAH,

Jangan Kau buang kenikmatan berda'wah dari hati-hati kami
Jangan Kau jadikan hidup ini,
hanya berjalan di tempat yang sama

Edisi untuk Daie


posted by radhiahsyahida

No comments



Seorang daie yang bersemangat buat kerja tapi tak faham, sangat berbahaya!

Boleh jadi fitnah untuk islam.


"Buat kerja jangan kerana semangat, buat kerja kerana faham."
Quoted from Dr Zainur Rashid Zainuddin

bersambung..

Langkah Bermula


posted by radhiahsyahida

No comments

Bismillah.

Permulaan yang baik. Alhamdulillah. Sama seperti semester-semester yang berlalu, setiap kali permulaan semester, tangan mesti rasa laju nak menaip sesuatu. ^^

Hasil yang baik inshaAllah akan berlaku jika melalui titik permulaan yang baik.




Saya percaya, untuk mendapat hasil yang baik pada akhir semester, langkah yang baik harus dimulakan dari sekarang. Mohon doa dari ibu dan ayah. Redha dan doa mereka sangat-sangat-sangat penting! Sentiasa berbaik sangka dengan semua orang. Sayang kawan-kawan. Hormat dan percaya dengan pensyarah. Positif dengan semua orang.


Semester ini hidup saya rasa makin bersemangat. Memulakan hidup dengan motivasi yang sangat banyak. Hadiah senyuman dari kawan-kawan dan orang sekeliling ditambah kasih sayang ahli keluarga yang menggunung tinggi. Berlaut-laut tahmid hanya layak untuk-Nya.


Baru-baru ini saya diizinkan untuk hadir ke Seminar Bijak Berbicara anjuran Pembina Gombak. Alhamdulillah sangat-sangat banyak imu baru yang saya dapat. Rasa macam tak cukup 3 hari berseminar. Tapi, apalah guna ilmu tanpa amal kan? Maka, saya sudah berazam untuk menjadi Siti Radhiah Syahida Mohd Hamdan yang lebih baik untuk ummah khususnya. Semoga Allah tolong :)


لئن شكرتم لأزيدنكم ولئن كفرتم إن عذابي لشديد
14:17




Berhenti kat sini dulu lah. Banyak cerita lagi.
Tapi tunggu masa yang sesuai untuk dilantunkan dari hati. hehu~ ^^

Hafalan Solat Delisa


posted by radhiahsyahida

4 comments

Bismillah

Hafalan Solat Delisa. Salah satu cerita yang membuatkan air jernih tak henti-henti merembes keluar dari kelopak mata.



Subhanallah. Saya sangat-sangat-sangat kagum dengan jalan cerita ini. Kisah yang bukan sekadar hiburan, tetapi sangat mengesani hati para penonton. Jalan cerita yang berunsurkan tarbiyyah sangat mahal harganya.

Delisa. Seorang adik comel yang banyak mengajar saya hakikat seorang hamba dalam mendepani kehidupan.

Anda semua, selamat menonton Hafalan Solat Delisa di sini. Tontonlah~ Takkan sama nilainya dengan cerita-cerita indonesia yang sering ada di kaca tv. :]


"Delisa, ummi sayang Delisa kerana Allah.."

Nota untuk bakal pemimpin


posted by radhiahsyahida

4 comments

Bismillah.

Coretan pertama bagi tahun baru masihi yang dah agak lama berlalu. Alhamdulillah, masih lagi berpagi-pagi dan berpetang-petang dengan nikmat iman dan islam. Walaupun tidak dimonolog di sini, banyak perkara sebenarnya yang berlegar-legar di fikiran. Cuma, kekuatan sahaja yang belum ada sebelum ini. Menulis ni bukan senang, perlukan jiwa yang tenang dan hati yang bersih.


Malaysia Tanah Airku.

Banyak isu yang berlaku di Malaysia sekarang ini. Saya cuba mengikuti perkembangan yang berlaku tanpa cuba bias kepada mana-mana pihak. Melihat sesuatu dengan kaca mata neutral dahulu sebelum menilai sesuatu perkara berdasarkan ilmu.


PRU.

Di mana-mana sahaja orang akan bercakap tentang hal ini. Baik mana-mana parti cuba memegang tampuk pemerintahan.


Kahwin.

Juga isu panas pada musim cuti ini. Yang sudah berkahwin, maka 'berbahagialah' mereka dengan satu tanggungjawab yang baru.


Pemimpin.

Ramai orang bercita-cita untuk menjadi pemimpin. Peringkat dunia, negara, jemaah, persatuan hatta sekecil-kecil tahap iaitu pemimpin keluarga.


Pemimpin Qudwah.

Itu baru muqaddimah. Sebenarnya, saya ingin mengajak anda semua yang saya pasti bakal menjadi pemimpin, bacalah buku 'Umar Abdul Aziz' karya Abdul Latip Talib.



Alhamdulillah, saya diberi peluang untuk khatam buku ini semalam. Tak dapat nak gambarkan macam mana perasaan bila menghayati kisah beliau. Seorang khalifah yang amat-amat tawadhu' selepas Rasulullah dan 4 Khulafa' Ar-Rasyidin.

Banyak kisah yang menarik. Saya cuba kongsikan beberapa ilmu. Siapakah Khalifah Umar Abdul Aziz?

  • Cicik kepada khalifah Umar Al-Khattab "Beliau pernah berdoa agar akan lahir dari zuriat beliau seorang pemimpin yang beriman dan adil".
  • Beliau lahir ketika madinah diserang oleh tentera Yazid selepas peristiwa karbala.
  • Merupakan pemimpin dari bani umaiyah yang paling beriman, adil dan zuhud.
  • Ketika pemerintahannya, tiada kemiskinan sehingga tiada orang layak menerima zakat. MashaAllah~
  • Diharamkan oleh Allah api neraka baginya..

Kalau saya bandingkan diri saya dengan beliau, saya rasa macam saya ni setitis air yang melekat pada jari bila dicelup dalam lautan. T_T



...dan kepada anda semua,

Bacalah!

Bacalah!

Anda pasti takkan rugi.

Wanita juga harus baca! Disebalik kehebatan seorang lelaki, ada wanita yang hebat dibelakangnya. Banyak kisah menarik yang boleh kita contohi daripada akhlak isteri beliau iaitu Fatimah.


Kalau ada orang tanya, siapa yang kita patut contohi selepas Rasulullah dan 4 sahabat nabi? Saya akan menjawab, contohilah khalifah Umar Abdul Aziz! nescaya amanlah dunia dan segala isinya dengan izin Allah.


Akhir kata,

Wahai bakal pemimpin.. contohilah beliau.

berangan tengah tasik


posted by radhiahsyahida

2 comments

angan-angan

tanpa usaha

sia-sia


"orang yang bertangguh-tangguh ialah orang yang tidak fokus"
-panelis forum Grand Munajat, UIAM.


ممتاز لله تعالى لأمة خاصة

بإذن الله


psss: buat-buat ok. rindu nawwar deena syirah zahraa aisya ==

Sayonara Jahiliyyah!


posted by radhiahsyahida

2 comments


Sayonara: Bahasa jepun yang bukan sekadar bermaksud selamat tinggal. Tetapi dengan azam tidak akan bertemu lagi sampai bila-bila.

Jahiliyyah: Bahasa arab yang bermaksud tidak tahu, tiada ilmu dalam agama dan akhlak.

Tahun baru orang islam sudah bermula. Satu kebiasaan, tahun baru akan menerbitkan keinsafan dalam diri seorang manusia. Koreksi amalan supaya hidup mendatang lebih baik dari yang sebelumnya.

Selama beberapa tahun saya berada di bumi UIAM ini, pelbagai jenis manusia yang saya temui. Banyak jiwa-jiwa manusia yang telah menyentuh hati saya. Melihat bagaimana mereka berubah dari tiada tudung kepada ada, dari singkat kepada menjaga, dari zero kepada HERO! Saya pernah mencoretkan pengalaman bersama mereka pada entri-entri yang lama.


Saya beriman bahawa hati manusia, Allah yang pegang, Allah yang membolak-balikkan. Maka, atas dasar itu, saya memilih untuk berdoa dari mengutuk. Saya amat sensitif dengan manusia yang suka kutuk-mengutuk saudara seislam mereka yang hidup dalam kejahilan. Sejahat manapun seorang muslim itu, andai di akhir hembusan nafas itu syahadah dilafazkan, maka syurga juga akan menantinya. Maka, berdoalah. Untuk alasan apakah kita berterusan ingin mengutuk manusia yang jahil?


Sekali lagi, saya kagum dengan manusia-manusia di sekeliling saya yang berubah. Saya ingin terus melangkah bersama mereka dan mengatakan sayonara kepada jahiliyyah.

يا مقلب القلوب، ثبت قلوبنا على دينك وطاعتك


pesan Imam Ghazali:
"Carilah hatimu di tiga tempat... Temui hatimu sewaktu bangun membaca Al Quran. Tetapi jika tidak kau temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat. Jika tidak kau temui juga, kau carilah hatimu ketika duduk tafakkur mengingati mati. Jika kau tidak temui juga, maka berdoalah kepada Allah, pinta hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati!"

tarik nafas sesaat


posted by radhiahsyahida

No comments

Fasa ini

Fasa yang sangat-sangat menguji.

'Student life' orang putih kata

Baru hantar 2 assignment, 4 assignment lagi menunggu dibelakang

=.='


Sehingga boleh capai tahap macam adik kita kat bawah ni

alahai.. kesian~

exhausted dah ni rupanya.


Tapi kan,

kita nak berterusan dipandu arus macam ni ke?

5k = katil-kafe-kuliah-katil kembali

dan bila di akhirat, Allah papar balik.

ergh. tak luar biasa langsung kan? kan?

Maka,

Tabahlah dengan masa sibuk

Atur dengan sebaiknya

Senyum

Sabar

Sabar

Sabar

Jangan lupa untuk bagi 'masa sibuk kita' berkawan dengan 'masa makan ruh' sikit

baru special sikit masa sibuk kita

bereh?

bereh...! :)



Tahu tak?

Perkara yang mampu membunuh seorang pemuda ialah dengan adanya masa lapang.


Ada dua nikmat yang ramai orang tertipu oleh keduanya; iaitu nikmat sihat dan waktu lapang” [Hadis riwayat Bukhari]


p/s: tarik nafas sesaat [a.k.a tarik nafas saaattt). Selepas hantar 2 assignment, 4 lagi menunggu di belakang ^^
esok REST yahoooo!



halal.


posted by radhiahsyahida

4 comments




"Kalau kita tinggalkan yang haram, Allah pasti gantikan dengan yang halal kan?"

..masih terngiang-ngiang dialog dalam sistem pesanan ringkas antara dua jiwa itu. Allahu Rabbi. Aku tidak mahu meminta yang lebih-lebih. Cukuplah kebaikan di dunia.. dan akhirat [pastinya!] buat kami. Tiada yang Maha Tahu 'apa itu yang terbaik' melainkan Dia.

herm herm. aku di sini, dia di sana. bersatu dalam ukhuwwah. berpaksi pada aqidah. cukuplah khabar itu sebagai tanda dia bahagia dan aku pasti berjuta-juta kali bahagia. inilah hasil hubb fillah ^^

abah, gula dan garam


posted by radhiahsyahida

No comments



abah sokmo kata:
"kalu masak lauk, dakpe tawar pun.. boleh tambah garam lepah tu. kalu terlebih garam baru naye"

abah sokmo kata:
"kalau buat air biar tawar. jangan terlebih gula.. sian orang kena minum manis-manis"



.........................


ada motif sebenarnya disebalik kata abah. oh oh dhiah =='


rindu abah.

rindu sangat.

semoga abah sihat.

dan beroleh haji mabrur.

ameeeeeeeen.


re-


posted by radhiahsyahida

2 comments



perjalanan yang mengambil setapak langkahan untuk mara ke sana

memerlukan penyucian hati dan jiwa yang berganda-ganda

Dan apabila kamu telah selesai melakukan satu urusan, tetaplah bekerja kerja keras untuk urusan-urusan yang lain. Dan hanya kepada Tuhanmulah engkau berharap.

(As-Syarh:7-8)

HIMPUN bukanlah segala-galanya..


posted by radhiahsyahida

2 comments

...tapi segala-segalanya bertitik tolak jika kita berHIMPUN.

tatkala hati-hati ummat islam bersatu, hanya redha Allah sebagai matlamat yang ingin dituju. Yang ego, lunturlah! yang rendah diri, bangunlah!

“Dan Dialah (Allah) yang menyatukan di antara hati mereka (yang beriman). Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatu padukan di antara hati-hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatupadukan di antara (hati) mereka. Seungguhnya Ia Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana” (Al Anfaal ayat 63)

Sebagaimana Allah menyuruh semua hambaNya bersatu demi akidah. Maka itu adalah satu kewajipan bagi kita. Kalau kita tak mulakan sekarang, bila kita nak mula ye?

Isu akidah ialah isu ummah. Bukan isu NGO A, NGO B, Parti A, Parti B, Individu A, mahupun Individu B!



Kenapa kita perlu hadiri Himpunan Sejuta Ummat?

1. Bukan untuk kepentingan individu tertentu
2. Bukan untuk kepentingan NGO tertentu
3. Bukan untuk kepentingan parti politik tertentu
4. Bukan untuk memecahbelahkan perpaduan antara kaum
5. Bukan untuk menyerang agama-agama lain

tetapi..

6. Untuk menjaga ke'izzah'an Islam sebagai agama kita di Malaysia. Islam sebagai agama paling utama. Islam ialah agama untuk bakal pewaris kita akan datang. Islam sebagai agama suci bukan agama yang boleh diperkotak-katikkan sesuka hati oleh sesiapa sahaja.

Hari ini mungkin kita akan lega kerana yang murtad ialah baru mencapai 4 angka, yang murtad bukan ahli keluarga kita, yang murtad bukan kawan-kawan kita.. tetapi adakah kelegaan kita itu akan terus bertahan sehingga 15-20 tahun akan datang?

Kenapa kalau untuk aktiviti sukan, kita boleh bersatu dan melupakan agenda masing-masing, tetapi untuk isu akidah, kita tidak boleh? Tidak 'izzahkah kita dengan islam? Tidak risaukah kita dengan penyakit ummah kita yang kian menular?

Ayuh ummat islam. Tinggalkan sekejap agenda dunia pertubuhan masing-masing, kita berhimpun demi Allah, demi ummah, demi ahli keluarga dan sahabat seislam yang kita kasihi kerana Allah.


TIDAK RINDUKAH KITA MELIHAT SEMUA MUSLIM BERKUMPUL DAN BERSATU DI BAWAH PANJI TAUHID LAILAHAILLALLAH MUHAMMAD RASULLLAH?

s.s.m.a.s.r.s.m.h


posted by radhiahsyahida

No comments




Bismillahirrahmanirrahim.


Mengingati perjalanan dua anak manja.

Kecil bersama

Besarnya masih setia
Suka dan duka saling menyelit.
Mengisi lompong yang sentiasa dahaga.

Kau..

Anak manja yang tegar

Anak manja yang tabah
Anak manja yang cekal


dan..
Hari ini
Kau anak manja yang sudah meningkat dewasa

Walaupun

Kau di daerah sana dan aku masih tercampak di sini


Namun,
Aku percaya
Bulan yang kita tatapi pada malam ini masih yang sama
Udara yang kita hembusi pada malam ini milik Pencipta yang serupa

Degupan jantung yang kita miliki juga empunya Dia

Cuma kadarnya pasti berbeda..

Kerana kau kini semakin melangkau dewasa
Sedangkan aku?
Pasti ingin turut memijak tapak yang sama. Kau doakan aku ya! pastikan..
^^

Malam ini.
Aku bahagia
Kerana kau bahagia.

Aku bahagia
Kerana kau pilih jalan yang Allah suka.

Kau,
jangan lupakan aku dalam doamu okayy

Eh eh. maaf ya. tajuk entri sedikit pelik. idea lesap. terbang ke rumahmu barangkali :P


Yang Cinta,
BFF

Mengapa HIMPUN?


posted by radhiahsyahida

2 comments


Mengapa perlu HIMPUN?

1.
Kes MURTAD Jamaluddin Othman, Nor Aishah Bukhari, Lina Joy

2. ‘The Herald’ yang mencabar maruah dan sensitiviti umat Islam,

3. Isu ‘Al-Kitab’, isu penggunaan perkataan ‘Allah’ dan pelbagai kegiatan Kristianisasi dan dakyah mereka semakin menjadi-jadi.

4. Pendakwah-Pendakwah Kristian bebas memberi khidmat sosial kepada pesakit-pesakit kronik di wad-wad hospital terpilih, menganjurkan kelas-kelas tuisyen untuk anak-anak orang Islam yang diwarnai ajaran Kristian. Menyebarkan risalah secara terbuka di tempat-tempat awam dan rumah-rumah persendirian, mengadakan acara-acara hiburan yang ditaja pertubuhan-pertubuhan Kristian, menganjurkan majlis-majlis makan malam seperti makan malam Thanksgiving, memberi hadiah kepada golongan-golongan orang Islam yang mudah terdedah dan berbagai-bagai lagi.

5. Peristiwa 3 Ogos 2011 membabitkan penyiasatan JAIS terhadap keterlibatan pihak Gereja DUMC yang cuba mendakyah orang Islam telah menimbulkan banyak reaksi daripada pelbagai pihak. Di satu pihak JAIS dan YB Dato’ Dr Hasan Mohamed Ali dikecam habis-habisan oleh pemimpin-pemimpin Kristian melalui media cetak dan media baru yang menjadi saluran kepada usaha dakwah mereka.Tidak kurang juga tindakan mempolitikkan isu Aqidah ini dalam mana parti-parti politik mengambil kesempatan meraih sokongan rakyat untuk tujuan politik mereka dengan memaparkan peristiwa itu mengikut jalur selera mereka.

Maka kita sebagai satu ummah wajib bangkit membela kedaulatan ISLAM yang semakin dicabar di tanahair kita sendiri

Apa Objektif HIMPUN?

a. Untuk menerangkan kedudukan perkara yang sebenarnya tidak seperti yang digembar-gembur melalui media

b. Mengukur tahap kesatuan dan semangat kekitaan dikalangan orang Islam khasnya terhadap gerak-kerja Kristianisasi termasuk peristiwa 3 Ogos 2011

c.
Memberitahu rakyat perlunya persoalan aqidah ditangani melalui hujah agama bukan dibiarkan berlarutan menjadi modal politik.

d.
Menserlahkan Institusi Raja yang menjadi payung Bangsa Melayu dan Islam dalam hal peranan mereka dalam sama-sama menangani isu yang menyentuh sensitiviti orang Melayu Islam di negara ini.

e.
Menzahirkan kekuatan aqidah dan keimanan masyarakat Islam sambil memberi amaran tentang bahaya yang akan menimpa negara ini seandainya isu ini terus dieksploitasi.

f. Menyedarkan rakyat tentang wujudnya peruntukkan dalam Perlembagaan dan undang-undang negeri yang tidak mengizinkan mana-mana pihak mengganggu-gugat kesucian Islam serta tindakan mendakwahkan agama selain daripada Islam kepada orang Islam.


Apa Prinsip HIMPUN?

a. Keseluruhan pengendalian program dari awal hingga akhir sama sekali tidak menggambarkan kecenderungan berpolitik.

b. Peserta himpunan terdiri daripada semua rakyat Malaysia tanpa mengira keturunan agama dan afiliasi politik (Walaupun perhimpunan ini secara logiknya akan disertai oleh orang Islam namun penyertaan mereka yang bukan Islam dialu-alukan).


c. Himpunan ini adalah perhimpunan aman yang mendapat kebenaran pihak yang berkuasa.


d. Tema himpunan tertumpu atau fokus kepada kegiatan kristianisasi, kesan dan cabarannya kepada masyarakat majmuk di negara ini.


e. Penyertaan Yang Di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu sebagai tonggak atau payung bangsa Melayu dan Agama Islam adalah sangat munasabah dan bertepatan pada masa dan ketikanya.


Siapa Penganjur HIMPUN?
  1. Sekretariat Himpunan Sejuta Umat | HIMPUN (website)
  2. Gabungan PEMBELA Islam
  3. Ikatan Muslimin Malaysia | ISMA (website)
  4. Pimpinan Majlis Ugama Islam
  5. Teras Pengupayaan Melayu | TERAS
  6. Persatuan Belia Islam Nasional | PEMBINA (website)
  7. Dewan Perniagaan Melayu Malaysia | DPMM (website)
  8. Pribumi Perkasa Negara | PERKASA (website)
  9. Pertubuhan IKRAM Malaysia | IKRAM (website)
  10. Persatuan Pengguna Islam Malaysia | PPIM (website)
  11. Allied Coordinating Committee of Islamic NGO’s | ACCIN
  12. Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia | PEKIDA
  13. Pemuda Parti Islam SeMalaysia (PAS) | PEMUDA PAS (website)
  14. Pemuda Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) | PEMUDA UMNO (website)
  15. Wanita Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) | Wanita UMNO
  16. Kumpulan Persatuan Bekas Perajurit | PBTM
  17. Persatuan Bekas Anggota Polis | PBPM (website)
  18. Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia | PKPIM (website)
  19. Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia | GAMIS (website)
  20. Gabungan Persatuan Silat
  21. Gerakan-gerakan belia
  22. Gerakan-gerakan mahasiswa dan wanita Islam
  23. wakil-wakil rakyat beragama Islam
  24. .. dan banyak lagi pihak-pihak yang mewakili suara umat Islam
DIMANA? BILA?

Himpunan Sejuta Ummat (HIMPUN) akan diadakan di..


Stadium SHAH ALAM, SELANGOR,
pada SABTU 22hb OKTOBER 2011,
bermula jam 2ptg-6ptg


Apa Kandungan HIMPUN
?
  • Ucapan penganjur mengalu-alukan penyertaan para peserta himpunan
  • Alunan Asma Ul-Husna
  • Bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dan terjemahan
  • Nasyid bertemakan jihad mempertahankan kesucian Islam
  • Ucapan tetamu utama
  • Ucapan wakil-wakil NGO terpilih
  • bacaan ikrar mempertahankan kesucian Islam
  • Menyampaikan logo Himpunan Sejuta Umat kepada wakil-wakil negeri sebagai tanda komitmen mereka penganjuran himpunan yang sama diperingkat negeri-negeri.

Maklumat lagi tentang HIMPUN?

BILIK GERAKAN HIMPUNAN SEJUTA UMMAT
Alamat No 45, Lorong Rahim Kajai 13 Taman Tun Dr. Ismail 60000 Kuala Lumpur
Telefon
03-410 60175

Apa Website,Facebook HIMPUN?

AYUH BERHIMPUN!


AYUH BANGKIT WAHAI UMAT ISLAM!


NYATAKAN SOKONGAN ANDA PADA KEDAULATAN ISLAM!


pssss: bersepakatlah dengan apa yang boleh disepakati, berlapang dada & bersangka baiklah dengan apa yang dikhilafi. 'Izzahlah islam sebagai agama kita! ^.^

[fellow followers]