gambo pah ceroh edisi kawen


posted by radhiahsyahida

5 comments

Pernikahan menyingkap tabir rahsia
Suami isteri inginkan keluarga yang bahagia
Dan mengharapkan sebuah bahtera indah
Untuk bersama belayar ke muara

Pernikahan, menginsafkan kita
Perlunya iman dan takwa, meniti sabar dan redha
Bila masa senang syukuri nikmat Tuhan
Susah mendatang tempuhi dengan tabah

Isteri janji telah dipateri
Diijab kabulkan dan dirahmati
Detik pertemuan dan pernikahan
Yang dihujani air mata kasih
Demi syurga Ilahi

Suami jangan menagih setia
Umpama Hajar dan setianya Zulaikha
Terimalah seadanya yang terindah
Di lubuk hatimu
Isteri adalah amanah buatmu

Pernikahan mengajar tanggungjawab bersama suami dan isteri

Isteri hamparan dunia
Suami langit penaungnya
Isteri ladang tanaman
Suamilah pemagarnya
Isteri bagai kejora
Suami menjadi purnama
Tika isteri beri hempedu
Suami tabah menelannya

Tika suami terteguk racun
Isteri carilah penawarnya
Sungguh isteri rusuk yang rapuh
Berhati-hatilah meluruskannya



people dat i love most!!


..tetamu..

Anugerah OKU (Orang Kuat Usaha) untuk Majlis Kak Mar :
L - Ihsan
P - Ummi

Yang lain kena usaha keras lagi untuk dapat anugerah ni pada majlis-majlis yang akan datang.. ;P

Pesanan untuk abang imran
~ Jaga kakak kami molek-molek ye
~ Walaupun dia kadang-kadang senget sket, klolo dok tentu pasal [haha], tapi kami tetap dan sangat sayang kakak kami.
~ Jangan risau bab masakan, kak mar terer tuh! =D

Pesanan untuk kak mar
~ Jadilah isteri yang solehah
~ Jangan lupa, kami nak 'adik tocim' cepat-cepat sket! [hwaha]
~ Eh, gi langkawi ni ingat jugak oo, wat balik minyak akar panas ke orang! nak 2 botol. [berehh]

gambo pah ceroh edisi raye2


posted by radhiahsyahida

No comments







Raya kali ini sangat meriah walaupun hanya dapat raya 2 hari. Believe or not? Just believe it! [adik-adik dan kakak-kakakku, sila bersetuju!ngeh3]
. Selebihnya kena kurung kat rumah untuk persiapan kenduri kahwin..huhu..
So, maaf sangat-sangat kalau ada yang saya tak dapat datang mana-mana jemputan ye..

26/9 = Habis kenduri, sempat ziarah ex-CEO Integriti Icon, Ustaz Wan Zikri. Ni untuk makluman kawan-kawan KIST-Imtiaz, Sekarang ni Che Mazlan plop jadi CEO IIC kita sebab Ustaz Wan tengah sambung belajar kat UPM. Next, Abang Di ajak pergi makan segala yang bercelup tepung kat pantai. Memang sporting habis ah abang ipaq! hehehe

27/9 = Balik semula ke sekolah di Gombak..Jauhnya~
Pagi-pagi sebelum ke rumah farah, ada satu tragedi kat rumah..hati ummi, saya dan bro ulwan bersatu saat orang lain mula meninggalkan rumah. Sangat sedih nak tinggal ummi sorang-sorang. Izu Izah takkan faham sebab diorang kecik lagi. Apapun, 900 peratus berserah kat Allah. Mohon jaga ummi untuk sebulan lebih ni.[Ameen3x]

Kak Ti, Kak Mar, keep it as our secret neh! Orang, dia and budok-budok wet sayang ummi kite kan?

gambo pah ceroh edisi raye1


posted by radhiahsyahida

No comments









Ya Allah, Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihi-Mu, bertemu untuk mematuhi (perintah)-Mu, bersatu memikul beban dakwah-Mu, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariat-Mu, maka eratkanlah ya Allah akan ikatannya. Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini. Tunjukkanlah kepada hati-hati ini akan jalan-Nya (yang sebenar). Penuhkan hati ini dengan cahaya Rabbani-Mu yang tidak kunjung malap. Lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan iman/keyakinan dan keindahan tawakkal kepada-Mu. Hidup suburkan hati-hati ini dengan makrifat (pengetahuan sebenar) tentang-Mu. (jika Engkau mentakdirkan mati) maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada’ dalam perjuangan agama-Mu. Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong.
Ya Allah, perkenankanlah permintaan ini…

[fellow followers]