kisah anak murid 1


posted by radhiahsyahida

No comments











AlhamduliLlah..berkesempatan jugak akhirnya untuk kembali menjejak bumi La Salle2 selepas hampir 5 bulan meninggalkannya. Tadi, ada hari kecemerlangan sekolah kat sana. So, alang-alang baru habis exam dan menunggu 16 November untuk pulang ke gagang [bawasir], maka saya pun mengambil keputusan untuk menziarahi bekas anak-anak murid La Salle 2 yang tercinta.

Anak-anak murid saya

Hmm.. mereka masih macam dulu, yang comel masih comel, yang hampir matang terus matang, yang nakal sikit-sikit dah nakal banyak sikit je. Tapi, tak kisah siapapun mereka. Yang penting, mereka tetap dalam hati. Pelbagai peristiwa dalam kelas [gelak-gelak, kena marah, surprise dll] masih kekal dalam long term memory ini. InsyaAllah!

Anak murid saya

Dia seorang murid yang baik dan nakal sikit la. Selalu duduk depan dalam kelas. Bila saya mengajar, mesti dia suka menyampuk. Saya lagi suka, sebab boleh kenakan dia balik dengan tanya soalan yang susah-susah..hehehe~

Tadi, semasa saya tengok penyampaian hadiah, dia datang duduk sebelah saya. Dia macam nak cakap sesuatu. Saya tanya dia, nak bagitau apa? Dia keluarkan satu buku. Dia cakap buku tu diari dia. Uish.. saya terkejut! budak lelaki darjah 5 tulis diari. Saya ambik dari dia. Dia macam malu-malu kucing nak bagi. Saya ambik jugak..Saya baca..

"Aku ada 3 orang kekasih. A, K dan S. Aku keliru nak pilih yang mana satu. 3 orang semua cantik. Dia sayang kat aku dan aku sayang kat dia."

A

Aku sayang dia. Dia sangat cantik. Kalau kami keluar bersama-sama, dia selalu malu-malu nak cakap dengan aku. Dia suka cubit pinggang aku bila aku kenakan dia...................

K
Dia baik jugak. Tapi aku pelik kenapa setiap kali aku tak ada, dia selalu keluar dengan kawan-kawan aku. Dia suka pakai baju lengan panjang. Tapi takpe la.. aku tak kisah. sebab dia sayang kat aku...............................

S

kekasih aku yang ini gelap sikit tapi dia comel. Sebab tu aku suka kat dia. Tapi, kenapa A dan K tak suka kat dia. Aku selalu defend bila A dan K marah kat dia. Aku tak suka orang kutuk S. Sebab dia baik dengan aku........................................

Saya tutup buku dia. Terkejut. Ish..biar betul dia macam ni. Tak sangka betul dengan kisah cinta monyet zaman sekarang. Teringat saya dengan post umy baru-baru ni, bezanya kisah kanak-kanak zaman dahulu dengan sekarang.

Dulu, nak keluar bersama pun tak berani.. Apa lagi nak pegang-pegang tangan macam tu.
Dulu, nak kenal-kenal mesti pas surat bawah meja atau kirim kat orang tengah..tapi sekarang??huh!

Saya cuba untuk bersangka baik dengan menganggap ini sebagai proses untuk mendewasakan seorang manusia. Namun, dengan keadaan zaman sekarang, saya tidak mampu untuk bersangka baik lagi. Saya masih terfikirkan cara yang terbaik untuk menasihati mereka memandangkan satu hari nanti saya juga bakal mendidik. InsyaAllah.. Dan mad'u itu bukan budak sekolah rendah tapi sekolah menengah! huh, lagi berat tugasnya!

benarlah kata Saidina Ali r.a :
" Zaman kamu dididik tidak akan sama dengan zaman kamu mendidik"

Selepas itu, seorang lagi murid menegur saya dari belakang [murid tahun 6].

" cikgu..cikgu ada facebook? "
" ada je.. tapi tak selalu bukak. kenapa? "

" nak add boleh? tapi cikgu ambil email saya boleh? saya tak bawak kertas sekarang ni.."

" boleh aje.. "
[sambil memikirkan satu strategi baru untuk mengenali jiwa budak sekolah..huhu]

Sebenarnya ada satu lagi kisah pada malam ini. Kisah yang lagi mengejutkan saya sebagai seorang bakal pendidik..huhu. Nanti saya sambung ye...

toyol?


posted by radhiahsyahida

3 comments

AlhamduliLlah. [sudah habees!!]

mode penulis : lepak saja



Kenapa toyol? Aha..ini bukan blog seram atau mistik ye! Jom layan satu cerita sambil pegang note kat tangan [buat 'yang belum habis exam' la..hehe]

Pada satu petang, sambil makan petang, saya bersembang-sembang dengan roommates [isu exam la..ape lagi], kak wawa [3rd year] syok saja cerita pengalaman dia sembang dengan classmate dia yang dah berpangkat uncle dan auntie [polis yang amek degree kat UIA]. Ginilah lebih kurang..


kak wawa : "akak saja je tanya uncle tu tak bawak toyol ke time exam nanti..uncle tu pun jawab "uncle tak nak score sangat sebab kalau score tinggi nanti kena mengajar polis-polis kat sana plak"

Saya : "toyol kak??" [muka blurr]

Kak wawa : "lah..tak tau ke? toyol tu istilah untuk meniru lah.."

Saya : "erk??" [oh..adakah saya budak skema? serius tak tau orang guna istilah toyol untuk meniru]


t.o.y.o.l
[huhu..banyak kali la pulak tulis perkataan ni.. menyeramkan je~]

Saya tidak terkejutla bila isu meniru ni sering diperkatakan pada musim exam macam ni. Mungkin perbuatan ni tak terkecuali dari semua pusat pendidikan di dunia.

Faktor? Terlalu banyak untuk diperkatakan tetapi bila kita tidak yakin dengan pertolongan Allah swt, maka inilah yang terjadi.

Cuba kita bayangkan..

L [bukan nama sebenar] study untuk paper BM Lanjutan [bukan subjek sebenar], study hard nih! tambah lagi solat hajat tiap-tiap malam+du'a dari mak ayah kat kampung. Sebelum exam, masuk dewan dengan kaki kanan [berkat kut..], baca lagi du'a sebelum bukak paper.. tup..tup, setengah jam kemudian, buat keluar TOYOL dah~ Aduiish!



"Apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah.
Sesungguhnya Allah menyukai orang yang bertawakkal kepada-Nya"

[Al-Imran : 159]


t.o.y.o.l [ish..dia lagi!]


Macam mana nak bagi nasihat untuk orang yang suka pakai t...l ni?
Hurm.. kalau dulu, antara peraturan aspuri sekolah saya ialah pemakaian sarung kaki. Tapi, saya lebih suka untuk kaitkan pemakaian sarung kaki dengan aurat dan dosa bukannya peraturan aspuri semata-mata!


Tak pakai sarung kaki = Tak tutup aurat

Tak tutup aurat = Dosa la dik oii~


AlhamduliLlah, nampak jugak la perubahan adik-adik time tu. Moga mereka istiqomah! ameen.


So, cuba kaitkan dengan meniru jugak
..

Meniru = Lecturer tak suka
Lecturer tak suka = Tak ada keberkatan


Bak kata 'Ummi Mohd Adif' : kaf.. ba'.. raa.. kaf.. alif.. taa.. nun.. K.E.B.E.R.K.A.T.A.N! ^_^
Apa dia Mohd Adif? kaf.. ba'.. raa.. kaf.. alif.. taa.. nun.. K.E.B.E.R.K.A.T.A.N [haha..dah melalut]


1 lagi teori

Tak ada keberkatan
= Meniru

Meniru = Result 4.0

Result 4.0 = Dapat kerja best

Dapat kerja best = Dapat gaji best

Dapat gaji best = Bagi makan diri sendiri, anak, isteri, mak, ayah dll.


Tak ada keberkatan = Bagi makan diri sendiri, anak, isteri, mak, ayah dll.


Mahukah?
[soalan untuk iman saya dan iman anda]

Sekian, Terima Kasih ^_^

..antara kita berdua..


posted by radhiahsyahida

4 comments


Pernahkah aku..
Ralit bersimpuh merayu ampunanMu
Tekun memohon di sujud cintaMu
Sabar bertasbih puji hebatMu
Lelah terdampar di kekhusyukan rinduMu

Yang aku tahu
Angkuh menyapa nikmat dunia
Bangga mencium angan-angan maya
Tegar kudrat aku berkuasa
Senyum semilir pada yang tiada upaya

Akukah itu..
Di kanvas fikiran hanya
Kelam itu cahaya
Pahit itu gula-gula
Waras itu menderita
Tribulasi itu mainan jiwa
Air mata itu binasa segala

Akukah itu..
Yang hanya punya ketawa
Yang hati tiada deria
Yang putih tidak bertakhta
Yang hanya mengerti apa itu berpura-pura

Aku duga lagi
Tatkala sentapan menjelma tanpa pelawa
Tersungkur lalu membujur kaku
Sangkakan nafas terhenti namun tidak lagi

kerana Dia sayang pada aku!

Tika kepingin bermuhasabah
-monolograsya-
E16h/Saf

Nota cinta dari Dia

"Belum tibakah waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk secara khusyuk mengingati Allah dan mematuhi kebenaran yang diwahyukan (kepada mereka)...."

(Al-Hadid : 16)

[fellow followers]