Tadi...


posted by radhiahsyahida

14 comments

p/s : sambungkan perkataan 'tadi...' dengan 3 ayat sebelum nombor-nombor di bawah. selamat mencuba! ^_^


1. Aqeel, Along, Cik Nor, Aby, dan Tok datang rumah. suke! alhamduliLlah. walaupun dah ada nawwar dan zahra, aqeel tetap menjadi pujaan hatiku~
aqeel come lote lote dekpun, geram rase nak cubit.. [gg, ayat 'dekpun' kuo doh.hee]
[nawwar beng maroh plop ude kate gitu..;p]



2. Abang balik sekolah, senyum saja die~ syukur pada Allah!
he did the best and Allah gave him the best! thanks to Allah!


suke sakat abang tadi : "ecece abang, pengawas paling berdedikasi gitu.."

3. Bacik balik sekolah, senyum jugak~ dah cuti sekolah la katakan..
Dia taktau yang kat umah dia ni ade CU.B.I.T [hehe]
Setimbun bawak balik buku..saya belek-belek, jumpa la buku ni..

ingat lagi tak?


ala.. yang buku masa form 3 dulu tuh.. literature kan?
kisah Rudolf Rassendyll rakyat biasa yang sama nama dgn King Rudolf tuh..

[bermain dengan memori]
dulu-dulu..
kalau malas-malas atau sebelum tidur, mesti sambar buku komsas BM tu,

tak pun literature nih, tak pun buku sejarah..
huhu..nakal betul~
ada ke patut, buat buku jadi ubat tidur..
Nak buat macam mana. luv math rather than reading.huu~

Tapi tu dulu la..
sekarang dah sayang pada buku..

bab kata pepatah arab
خير جليس الكتاب
sebaik-baik teman bersembang ialah buku [uit..bersembang dengan buku?huhu]
lagipun..
otak kanan pun dah boleh berfungsi dengan elok.
otak kiri macam dah terbiar sket la..dah lama tinggal math =(


ha..saya teringat satu fakta
orang yang selalu bermain dengan nombor ni, mereka perlu selalu membaca alQuran untuk menyeimbangkan kedua-dua otak mereka sebab nombor hanya mengaktifkan otak kiri,dan Al-Quran boleh mengaktifkan otak kanan.so, balance la kan. hebat kan Allah cipta?
Jom puji Allah! SubhanaLlah!


Mode cuti : Jom baca buku!

p/s untuk kak mar : bukang 'bukumuke' yer~
[kang ade yang pandai-pandai tambah sendiri kalimah 'muka' kat blakang tuh..hehe]

nota tambahan : jaga hati jugak! huhu. tak mau berkarat cuti ni!
susah payah dah kikis karat lama..janganla berkarat lagi~

cubit


posted by radhiahsyahida

5 comments


adooii...sakitla! [eh..eh..bukan cubit yang ni la..]

CU.B.I.T

[CUTI BINA INSAN TAQWA]


THEME

EXCELLENT DUNYA AKHIRAH


AIM

BE MODERATE/WASATIYYAH

[jumud tidak! hanyut tak mahu!]
REDHA ALLAH ITU PASTI!


ORGANIZING COMMITTEE


ADVISOR

USTAZ HAMDAN a.k.a BIG BOSS


PROG. MANAGER
PN. FATIMAH

S/U TAK BERTAULIAH

CIK RASYA [ngehe..]


SPECIAL TASK

PN. MAR 'IM'


PREP. N TECH.

ENCIK ULWAN


IMAM/TAZKIRAH
USTAZ ULWAN

KEM KOMANDEN

SARJAN RASYA [huhu..]


TARGET PARTICIPANTS

IHSAN, BACIK, IZU, IZAH





COMPULSORY ACTIVITIES [EVERY DAY]


  • 5 daily prayers in jamaah!
  • 3 times for revision study!
[9.30-10.30am, 3.00-4.00pm, 8.30-10.00pm]
  • 1 time for reciting Al-Quran!
* stars will be given for any good manner *

-1mark will be given for each participation
!

BONUS!!

~ for those who get high mark will get 50cents each day ^_^

[ni bukan aishah 50sen tu ye..huhu]


mode penulis : semangat nak berprogram.huhu!+kena garang sket [tapi takdela sampai tahap macam kak ros upin ipin tu..hehe]

ini kisah kedua!


posted by radhiahsyahida

10 comments


Selepas saya pulang dari sekolah, malamnya di putrajaya. Saya terus add H sebagai teman di facebook. Sedikit perbualan berlaku di antara kami dan H terus meminta email saya.

Kami terus menyambung perbualan di dinding Yahoo Mesenger. Terus terdetik di fikiran saya ketika itu untuk membuat kajian tentang sikap murid-murid sekolah itu. Lebih kurang beginilah perbualan kami..

Saya : H, boleh cg tanya sket x?

H : pe dia cg?
Saya : Hmm..kwn2 awak ni ada kwn2 pmpuan x? [saya tanya sebabnya kat skolah mereka semua lelaki]

H : ada
Saya : kenal kat mna?

H : Sekolah agama

Saya : Oh ye..? hmm..dorg pernah keluar dgn prempuan ke?
H : Tak pernah. Tapi…
Saya : apa dia?
H : Saya bagitau cg jgn terkejut taw!
Saya : Takpe2..jgn risau. Bagitau je..
H : Dorg ni kaki ponteng, slalu pergi CC, tengok lucah..ishishish. jahat!

Saya : ye ke? [nada terkejut dan mula beristighfar]
H : ha’a.. tak percaye sudah.
Saya : macam mana H tau? [cuba mengawal emosi]

H : dorg pernah ajak saya tapi saya tak nak.
Saya : Alhamdulillah..H tolongla jaga diri. Jangan terpengaruh dengan dorg. Cg harap sangat2..
H : InsyaAllah. Nasib saya ada silat. Dorg nk belasah saya hari tu.
Saya : Alhamdulillah. Cg percaya H ni anak n murid yang soleh
H : amin.

Saya : H..boleh cg tahu siapa yg buat tu?

H : Tu..yang nasyid tadi tu..
Saya : oo..F yang kelas 6b tu ye? [saya membuat andaian
]
H : Yup.. budak kelas 6a pun ye jugak.

Saya : Termasuk A jugak ke? [A seorang pengawas]
H : ha’a depan cg memg dorg baik..sebab tak nak cg syak.
Saya : budak darjah 5 ada jugak macam tu?
H : Ada tapi tak ramai.kelas 5b je kot..
Saya : Sape? F ke?
H : F tu selalu pergi keluar rempit. Z tu jenis blue sikit..ishishish

Saya : Serius cg x sangka [memang sangat terkejut sebenarnya]
H : Cg..dorg tu semua da baligh..
Saya : [Erk..sedikit terkejut. tadi dorg salam ngan saya..huhu] bila dorg selalu tengok bnda2 mcm tu?
H : Biasanya dorg bwk hp. Tengok ramai2 dlm kelas bla takde cg.. ishishish.. jahat!
Saya : Apa yg dorg tengok?

H : Saya x tengok cg..x tau la…

Saya : [ye tak ye jugak..hehe] ada cg lain yg tau?

H : Cikgu S suruh saya jadi
spy.
Saya : bagus2..

H : tapi cikgu S da pindah..tak sempat nak bagitau
Saya : hmm..takpe, nanti cg try cr jalan [dah mula pening memikirkan macam mana nak selamatkan mereka..huhu. serius sangat sedih time tu..]
H : Cg..dorg pun merokok jugak
Saya : betul ke? Macam mana awak tau? [sekali lagi terkejut]

H : Saya nampak dlm myspace A. gambar dia hisap rokok
Saya : betul ke? Kut2 dia saje-saje pegang
H : betul cg..takkan la sy nk tipu. Rokok tu siap berasap lagi
S
aya : bagi email dia.cg nk try tgk
H : ok..jap


Saya cuba mencari page A di laman sosial Myspace.
Alhamdulillah terjumpa tapi nasib tak menyebelahi saya. A ‘private’ kan page dia. Kerana perasaan yang melonjak-lonjak untuk tahu. Maka, saya cuba untuk mendaftar akaun di Myspace [huhu..terpaksa walaupun tak berminat lansung dengan Myspace]. Malang sekali lagi sebab tak dapat sign up jugak.

Saya : Hmm..tak dapat tengokla H..
H : Ha’a dia buat private.

Saya : Takpe la.. nantila cg fikirkan mcm mana… [frust~]
H : Ok..cg janji jgn bagitau dorg sy bagitau pasal ni. nanti dorg belasah saya lagi. Silat saya da x blh guna.

Saya : Ok. Jgn risau. knp? da lama tggal silat ke?
H : bukan..saya tengah demam ni..tak kuat sangat..hehe
Saya : ish..awak ni! hehe.ok.cg tak gtaw dorg nye..
H : Tq..cg nak suruh saya jadi spy untuk dorg ke?
Saya : Ha..boleh jugak.. bagus2
H : ok.. nanti apa2 hal saya bagitau cg lagi…
Saya : ok.gud! tq H sebab bagitau semua ni kat cg..

H : sama2 cg
Saya : Aslmkm..
H : Wkmlsm


H sign out


Saya termanggu..titisan jernih mula menitis dari mata. Terkedu. Kaget. Sedih. Terkejut. 1001 perasaan silih berganti mengisi kotak hati. Apa yang perlu saya buat untuk menyelamatkan generasi ini. Kawan-kawan, ini budak sekolah rendah! bukan sekolah menengah! Ya Allah..sangat menakutkan! Inikah generasi yang sering dilaungkan sebagai bakal pewaris kepimpinan negara. Generasi minda kelas pertama. Inikah yang kita mahu?


Sekali lagi saya mengiakan kata-kata Saidina Ali r.a

“ Zaman kamu dididik memang tidak akan sama dengan zaman kamu mendidik”

Saya masih ingat pada kata-kata Dr. Suhailah sewaktu last lecture tentang Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP)..
"..bila segala perancangan yang dibuat untuk pendidikan pelajar tidak berjaya, yang bersalah bukan guru sahaja, bukan ibu bapa sahaja..tapi, semua anggota masyarakat patut menjalankan tanggungjawab masing-masing..." [translate from english to malay]

kenapa saya berkongsi cerita ini?

Bukan berniat untuk mendedahkan keaiban sesiapa, bukan untuk menggerunkan bakal pendidik bangsa, bukan untuk menyalahkan mana-mana pihak, bukan, bukan, bukan!


Saya ingin mengajak anda bersama..

* Intailah adik-adik dan anak-anak kita

* Selidikilah dengan siapa mereka berkawan

* Jangan biarkan mereka selalu bersendirian

* Nasihat mereka bukan dengan marah atau tenkingan!

[Saya mula bimbang dengan adik-adik saya~ Ya Allah, jaga mereka!]

Semalam, saya cerita pada kak ti pasal budak-budak ni.. asalnya nak rahsiakan tapi nanti kak ti tau jugak bila baca post ni. Kami dah plan sesuatu, doakan semuanya berjalan dengan lancar sementara cuti sekolah masih berbaki seminggu dan sebelum budak-budak tu naik ke sekolah menengah yang lagi hebat cabarannya.


Misi cuti [ops cegah]

InsyaAllah..akan cuba selalu update dengan H untuk tahu perkembangan dan rawat budak-budak tahun 6 & cuba untuk jaga perjalanan budak-budak tahun 5 yang dah mula menunjukkan belang & cuba untuk tarbiyyah adik-adik di rumah walaupun tak berapa nak reti..huhu! apapun, cuba! cuba! cuba! Allah ada!

[fellow followers]