posted by radhiahsyahida
subhanaLlah!
alhamduliLlah!
alhamduliLlahi!
alhamduliLlahi Rabbil 'Alamin!
Allahu akbar!
LaailahaillaLlah!
Rasulullah bersabda : "Sesungguhnya Allah telah memilih 4 perkataan 'subhanaLlah', 'alhamduliLlah', 'laailahaillaLlah' dan Allahu akbar', maka sesiapa yang mengucapkannya akan ditulis baginya 20 kebajikan dan digugurkan 20 kejahatan, dan sesiapa yang mengucapkan alhamduliLlahi Rabbil 'alamin dengan pilihan dirinya sendiri, maka akan ditulis baginya 30 kebajikan dan digugurkan darinya 30 kejahatan."
Riwayat Imam Ahmad
Jom sama-sama praktik. Gantikan amalan harian yang suka menyumpah seranah, mengumpat dan mengutuk orang dengan mengucap kalimah toyyibah yang amat amat amatla senang nak buat tapi memang bersusah payahla nak istiqomah. huuu. T_TTeringat pesanan seorang kakak bernama kak sih, katanya : Dunia ni memang meletihkan. Buat jahat rasa letih, buat baik rasa letih, duduk saja-saja pun rasa letih. Jadi, dari kita rasa letih untuk perkara yang datangkan dosa, baik kita letih dengan perkara yang dapat membantu kaki kita untuk melangkah ke syurga! kan? ;D

Kalau perasan, kenapa kita rasa tenang bila tengok alam semulajadi [laut, pokok, langit, hutan dsb.] kenapa ye?
meh, nak tulun jawab.. hee. sebaabbb..alam semulajadi ialah makhluk Allah yang sentiasa berzikir kepada Tuhan, tak pernah buat dosa, tak pernah melanggar perintahNya. suci! sebab tu tenang. macam tengok baby. rasa tenang kan? Allahu Akbar!
posted by radhiahsyahida

Alhamdulillah, selepas 2 hari fikiran 'terbang merata-rata', baru rasa mampu nak menaip di blog ni. Lega sangat sangat sangat bila 1 amanah yang sangat besar bagi saya telah selamat dijalankan. Walaupun bagi orang benda tu nampak simple, tapi bagi prinsip saya, setiap tanggungjawab yang diberi kepada kita walau sekecil manapun pada mata manusia, ia tetap dalam kiraan Allah di akhirat kelak.
Amanah yang saya maksudkan ialah program "Social Entrepreneurship Mentoring Camp for Orang Asli @ Kg Ulu Tamu" pada minggu lepas. Mula-mula rasa pressure jugak sebab tak pernah lead program yang agak besar macam ni. huhu. Tapi, alhamdulillah sangat sangat sebab dapat team yang sangat cool dan bagi full commitment. Memang tak mampu la nak balas keringat dan masa yang mereka sumbangkan. Tapi, sebenarnya terkilan juga sebab tak dapat tunaikan hak beberapa orang semasa program. Maaf ye, diriku hanya manusia biasa... yang emosinya berubah tak kira masa. Maaf sangat! T_T
Ini kali kedua saya menjejaki kampung Ulu Tamu. Alhamdulillah, mostly penduduk kampung bagi support utk program kami especially tok batin Alam yang sangat baik! Dari program-program sebeginilah saya belajar bagaimana nak mendekati orang-orang yang bukan muslim, tiada agama, dan kalau muslim pun tidak secara praktikal yang sepenuhnya. Belajar bagaimana untuk mendekati hati mereka. Tipula kalau kata tak penat bila buat program, penat weh.. tapi bila kita nampak bagaimana perlunya orang asli kepada muslim seperti kita, maka saya kuatkan juga semangat. Kalau kita tak laju, habisla mereka ditarik oleh mubaligh kristian yang sangat la hebat berdakwah dalam kalangan orang asli ni.
credit to fiqa~ mafa not semc ;) Saya teringat dengan kata-kata seorang kakak ni, saya panggil dia kak mun. Dia cakap, bila kita nak mengajak orang ke arah kebaikan, kita perlu sentuh hati mereka dahulu. Sebab dari hati, segala-galanya boleh diubah. Nak menyentuh hati manusia bukan mudah tetapi tidak payah. Kerana hati manusia, Allah yang pegang. Jadi, kalau kita nak Allah lembutkan hati manusia yang kita nak sentuh ni, hubungan kita dengan Allah mesti kuat la.. Nak jaga hubungan dengan Allah, kena jaga solat. That's the formula! JAGA SOLAT.
Dari program ni juga, saya belajar 1 lagi perkara iaitu rasa tawakkal dan bersangka baik kita pada Allah. Contohnya kita betul betul dah berdoa pada Allah supaya beri yang terbaik untuk apa yang kita buat. Kemudian, bila dah dapat hasil, kita still rasa macam unsatisfied untuk beberapa perkara. Sedangkan kita tak tahu bahawa hasil yang kita dapat tu sebenarnya yang terbaik Allah bagi buat kita. Mana tahu kalau kita dapat apa yang target, tapi ia bukan terbaik? kan? Maka, itulah pentingnya konsep doa, tawakkal dan bersangka baik.
InshaAllah belajar dari pengalaman! belajar dari kesilapan! Yeah. dapat 1 lagi inspirasi ^^
"There are some things you learn best in calm, and some in storm" -Willa Cather
"Seorang da'ie itu jalannya harus terus. Menoleh sesekali supaya tidak terjatuh dalam lubang yang sama sebanyak dua kali"
-oh, tidak harus rasa lega lagi nampaknye. heh :P
ps: yeaaaaay, esok orang KL datang KL! the happiest week. lalala~
pss: oh ye, tahniah sepupuku, abg mir sudah menjadi suami orang. Dan juga sahabatku, kak simah dah menjadi isteri orang. Mabruk! Moga Allah beri yang terbaik untuk kalian. ;)
posted by radhiahsyahida

hakikat hidupAlhamdulillah, 21 tahun Allah beri nikmat menghirup oksigenNya. Rasa malu pada Allah bila mengenangkan dosa yang bertimbun dan amalan yang tak seberapa. Bila diuji, baru mengadu macam macam. Bila menerima nikmat mesti gembira sampaikan dunia je difikirkan. malu...21 tahun hidup.. Usia di saat Muhammad Al-Fateh sudah membuka kota constantinople. Maka, apa sumbangan aku untuk islam. Sedangkan amalan fardi pun masih perlu dimuhasabah. Moga Allah terus beri kekuatan. Walaupun kecil, moga setiap amalan diterima disisiNya.hakikat kematianMalam ni saya rasa sebak yang amat sangat. Tadi selepas balik dari MAFA Mentoring untuk adik-adik orang asli, saya buka internet untuk update info-info terbaru. Tiba-tiba terbaca pasal kejadian tanah runtuh di hulu langat. Tertengok satu gambar sebelum kejadian. Subhanallah anak anak yatim yang masih kecil lagi. Suci sangat muka mereka. ya Allah, sehingga sekarang rasa sebak & rasa sedikit cemburu kerana mereka lebih dahulu menghadapNya dalam keadaan seorang mukmin. Sebenarnya minggu lepas, saya dan family kakak telah pergi ke sungai congkak dan lalu di kawasan sekolah tahfiz tu. Terdetik di hati saya masa tu betapa beruntungnya mereka dapat menghafal alQuran di kawasan berudara segar setiap hari. Sesungguhnya Allah lebih sayangkan mereka. hakikat hak dan tanggungjawabAlhamdulillah, minggu minggu lepas dan minggu ini masih lagi sibuk. Amanah yang manusia beri bukan satu perkara main-main. Tapi kadang-kadang rasa bersalah kepada banyak pihak bila tak dapat tunaikan hak mereka dengan baik. Sesungguhnya daku hanya manusia.hakikat maluRujuk hadis ke-20
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: إذا لم تستحي فاصنع ما شئت
Jika kamu tidak berasa malu, maka buatlah apa yang kamu sukaTazkirah yang saya dapat minggu ini. Zupp terus sampai kat hati yang sering berbolak-balik ini. Terasa sangat! Ianya bukan sekadar malu dengan manusia kerana yang utama ialah malu dengan Sang Maha Perkasa.Sebagai contoh : Sedang kita online, azan isya' berkumandang. maka hadis ini seolah memberi amaran dalam ertikata sindiran. "Jika kamu tidak malu pada Allah yang beri nikmat laptop ini, maka solatlah di akhir waktu." terasa kan.. :(p/s: Dengarkan lagu ini. rasa macam air jernih ni laju je mengalir. ya Allah, jangan letak dunia di dalam hatiku.