hakikat bahagia III


posted by radhiahsyahida

No comments

sambungan dari hakikat bahagia II
* untuk mdapatkan bacaan yg lebih jelas, sile press ctrl dan + scr serentak..=)

selepas study circle

5.38 pm

" emm..rai, petang esok rai ade kat bilik tak?" tanya kak Amalina, pelajar jurusan TASL merangkap naqibah usrahnya.
" petang esok?? insyaAllah ade kot. kenapa kak na?"

" oo..insya Allah, petang esok akak ingat nak ziarah rai..sebenarnya akak ade hal sket..tapi esok je la eh? boleh tak?"

" la kak na ni, ape plak tak bolehnya..tu..pintu bilik rai tu terbuka luas utk kak na tau..air bujang pun ade lagi..hehe" raihana cuba bersoloroh.
" ok la mcm tu, kite jumpe esok ye...thanx rai..jangan lupe buat air best2..assalamualaikum" kak na cuba membalas sambil mengenyitkan matanya yang bundar itu.
" waalaikumussalam kak na comey.."
masing2 meneruskan destinasi sendiri.

hm...abah! tibe2 fikiran raihana terarah kepada tujuan semalam. lantas hp sony ericson k530i miliknya itu dicapai. beri aku kekuatan ya Allah!
" Assalamualaikum abah...apa khabar semua kat rumah?
" waalaikumussalam...ha along, panjang umur...baru mama sebut nama along tadi..alhamdulillah kami sihat je kat sini..study macam mane?ok?"
"
alhamdulillah, stakat ni ok je..emm..bah, pasal hari tu...em..sebenarnye...along nak mintak maaf sgt kat abah dan mama...along mintak ampun..along tak dapat terima lamaran abang azrai.. " raihana tidak dapat menahan sebak lagi..nasib baik ketika itu dia sudah sampai di hadapan biliknya.
" along dah fikir masak2 ke sebelum buat keputusan ni?"
suara abah masih lagi tenang walaupun raihana tahu abahnya agak terkilan mendengar keputusannya itu.
" ye bah.. along rasa abang azrai bukan jodoh utk along...along dah mintak petunjuk Allah..maafkan along ye bah..along dah hampakan abah"
bertalu-talu raihana meminta maaf dari abahnya. perasaan bersalah terus menguasai diri namun petunjuk Allah semalam telah menidakkan segalanya.

semalam, selepas solat istikharah..di dalam mimpinya raihana melihat sendiri begitu banyak ular dan kala jengking di hadapannya..ketika itu, muncul pula wajah abang azrai yang hanya memandangya dari jauh..begitu jauh.


jelas! tanpa berpaling lagi dia mengambil keputusan itu..mungkin bisa menyakiti hati dan perasaan sesiapa tetapi raihana rela dan terpaksa...baginya, petunjuk dari Allah itu yang paling utama.

"
Along jangan la cakap macam tu..abah dan mama tak pernah paksa along..kami pun nak along bahagia dengan cara along. jangan bimbang, insya Allah, nanti abah akan cakap baik2 dengan pak cik manan ye..along rehatlah dulu." seperti biasa, abah tidak pernah berkeras dengannya dan adik2 nya yang lain...berkat didikan abah dan mamalah yang membuatkan raihana dan adik2 nya begitu hormat dan sayang kepada mereka. Abah dan mama yang tidak pernah putus mendidik mereka untuk sentiasa bergantung harap kepada Allah s.w.t
" terima kasih bah sebab faham keadaan along..abah pun jaga diri.kirim salam kat mama,angah dan adik..assalamualaikum"
" along pun sama..yang penting..jaga diri, iman dan amal.ade ape2 call abah..waalaikumussalam"
seperti biasa, itu lah pesanan yang tak lekang dari seorang insan yang bergelar abah..raihana berteleku di hujung katil.

.........................................................

Mahalah Halimah
2-3-8

" hmm..lambatnya kak na datang, dah pukul 5.30 ptg ni..cik ya sorang ni plak entah ke mana2 tak balik2 lagi.."
bebel raihana sambil memandang ke arah jam tangan kesayangannya itu. "boring la plak duk sorang2 kat bilik ni.." raihana memandang sekeliling biliknya yang baru siap dikemas..ha..hari2 dalam hidupku!!..tiba2 matanya tertancap ke arah buku karya Zainab al-Ghazali itu.. bila lah nak khatam ni..baik aku baca...lantas raihana terus menggapai buku berwarna purple itu...detik semakin berlalu..dia terus hanyut dalam pembacaannya...

"Assalamualaikum...rai...assalamualaikum.."
" ye..ye..waalaikumussalam..kak na ye? masuklah.."
buku ditangannya itu diletakkan di tepi bantal.
"apa khabar adik akak hari ni? lantas tangan mereka berpaut, pipi mereka bertaut..seutuh ikatan tasbih..bersatu kerana mengingatiNya yang maha Esa..
"alhamdulillah..macam ni la..macam kak na jugak tak gemuk2 lagi..hihi" raihana berseloroh sambil memeluk naqibahnya itu...
"ee...nakal eh adik akak..mane air bujang nye? cakap nk buat best2 untuk akak." amalina cuba membalas..
" tu ha...dah terhidang pun ats meja..nak tunggu tuan dia minum je..hehe..kak, de hal ape kak na nak bagitau semalam?"
"emm..hal tu agak penting la jugak..rai jangan terkejut tau.."
amalina memulakan bicara sambil buat2 muke suspen
" yela2..cepat la kak..berdebar rai ni..kut2 la rai ade buat salah...kena kompaun ke..huhu..nauzubillah min zalik"
"ha..tau berdebar..ade wat salah ee?hehe..rai ni..takde la, akak main-main je..hmm..hal ni lebih besar dari kompaun tu la rai..sebenarnya macam ni..rai kenal kan bro hakeem, Presiden PERKIM tu? hmm..akak diamanahkan untuk jadi org tengah dia, sebenarnya...em.. bro. hakeem tu nak lamar rai sebagai zaujahnya..."

seperti terlepas mulut buaya termasuk mulut singa...raihana terkedu lagi mendengar perkhabaran itu..hatinya yang baru mulai tenang kini bergolak lagi..ujian apakah lagi yang menimpanya ini...bukan dia tidak senang dengan hal2 seperti itu tetapi ade sesuatu yang menghalangnya untuk mengiyakan syariat islam yang sangat suci itu..sesuatu yang pasti disebalik perjalanan fantasinya, tetapi dia sendiri keliru dengan kata hati yang sering berbisik itu..

raihana cuba menenangkan dirinya.."aku mesti kuat! ya Allah, bantu aku!" lantas dia teringat dengan sepotong ayat dari surah al-baqarah ayat 286
" sesungguhnya Allah swt tidak akan membebani seseorang hambaNya itu melainkan apa yang terdaya baginya "


"akak, rai ucapkan terima kasih banyak2 atas pertolongan akak.insya Allah rai dah punya keputusan, tapi bukan sekarang..esok, segala-galanya akan rai khabarkan melalui surat kepada dia..maaf ye kak na sebab dah nyusahkan akak"

" ala rai ni...kak na tak kisah pun. ni kan tanggungjawab akak untuk sampaikan amanah orang. lagipun.. bro hakeem tu kan ketua akak. dia tahu yang rai ni ahli usrah akak..sebab tu dia mintak tolong sampaikan niat baik dia ni..mungkin dia tak nak timbul zina hati dan menjaga syariat agama kita. sebab tu, dia nak tamatkan zaman bujangnya cepat2..
"hmm..ok la..rai pun dah yakin dgn keputusan rai ni..tapi esok lah ye.."
raihana mengenyitkan matanya...tapi di dalam hatinya, hanya Allah yang tahu.

.................................................................

malam itu....

hmm..apekah yang berlaku malam itu?? benarkah 1 konflik bakal berlaku antara mereka? humaira+hakeem+raihana= mumkin am la? nantikan...ngee~ (*_*)

sila click disini ok..=)

* hakikat itu memang membahagiakan

hakikat bahagia II


posted by radhiahsyahida

2 comments

sambungan dari hakikat bahagia I

" kenapa bah?"
raihana terus menapak di sebelah mamanya.

" along, minggu lepas..kawan abah, pak cik manan tu ade datang rumah kita..along ingat tak anak pak cik manan yang tengah belajar kat australia tu? yang selalu datang rumah kita masa along kecik2 dulu tu.." abah memulakan bicara.. namun bicara itu bisa menggusarkan jiwa seorang anak yang bernama raihana.namun didiamkan sahaja.
" ingat kut..abg azrai kan..kenapa bah?
" ha'ah..sebenarnya..bulan depan azrai nak pulang ke malaysia.. pak cik manan bagitau kat abah, dia nak melamar along sebagai isterinya yang sah..sebenarnya azrai tu dah lama berkenan kat along..cuma dia nak tumpu pada pelajaran dulu sebelum ni.. sekarang, dia dah buat keputusan sebaik-baiknya..lagipun along pun tinggal setahun lagi kat UIA kan?" abah cuba menyakinkan..walaupun begitu, raihana merasakan dirinya seperti dihempap batu besar pabila mendengar bicara abah yang sangat dihormatinya itu.

mama di sebelah memegang erat tangan raihana..mama yang sedari dulu sangat memahami perasaan anak sulungnya itu seolah-olah dapat merasakan apa yang dirasai oleh raihana pada saat itu..namun, mungkin disebabkan oleh rasa hormat pada abah menyebabkan mama turut diam seribu bahasa.

raihana kelu..Ya Allah, maha berat ujian yang Kau timpakan pada ku di saat ini..kurniakan kekuatan untuk hambaMU yang sedia lemah ini" raihana bermonolog sendiri sambil memohon petunjuk dari Allah.

" along..abah tak berniat nak membebankan along untuk fikir pasal ni, tapi abah rase azrai tu seorang pemuda yang baik..lagipun abah tak sampai hati nak tolak permintaan dari pakcik manan tu...along faham kan?" abah seolah-olah memohon pengertian darinya.
"hmm..bah,ma,beri along masa utk fikir boleh? along perlu istikharah dulu sebelum bagi jawapan ni" raihana cuba berdalih walaupun dia tahu betapa besarnya harapan abah dan mama padanya untuk menerima lamaran itu.
" baiklah...abah dan mama tak kan memaksa along, kami bergantung penuh dengan keputusan along nanti...tapi...takpe la, along buat istikharah dulu ye.." begitulah abah..tetap seperti dulu. bagi abah, kebahagiaan anak-anak merupakan perkara paling utama dalam hidupnya. Mungkin keadaan menyebabkan abah tersepit untuk menyatakan perasaannya itu.
"terima kasih abah, mama" hatinya sebak berbaur serba salah mendengar berita yang baru disampaikan oleh abahnya itu. baginya, cinta untuk manusia bukan segala-segalanya. sebab itu, sejak dari bangku sekolah lagi dia cuba mengelakkan diri dari terjebak dengan budaya 'couple' ini. tanpa berkata apa-apa lagi, raihana terus meluru masuk ke biliknya. tanpa dia sedari, beberapa titis air putih mengalir di pipinya.. Argh!! aku keliru...perlukah aku terima lamaran abang azrai?? hatinya bermonolog lagi... hatinya sebak. air matanya semakin lebat persis hujan yang tidak henti-henti di luar rumahnya itu. bukan dia punya sesiapa, tetapi hati kecilnya tetap menidakkan lamaran itu..raihana semakin keliru..keliru dengan kata hatinya yang masih bisu.

...................................................

selesai fiqh talk
on the way

"rai..ya rase ya dah jumpa la calon suami impian ya...hehehe.." humaira tersengih seperti kebiasaan.
"ye ke? alhamdulillah... maknenye dapat makan nasi minyak free la tak lame lagi ek? siapa bakal zauj kawan rai ni ye? " raihana cuba mengacah humaira untuk memanjangkan bicara.
" hehe... tak de la..ya main2 je..tapi...bro.hakeem tu baik kan..dah la best student, presiden PERKIM CLUB plak tu.. untungla zaujah dia nanti" humaira cupa menyelindungkan perasaan hatinya itu..raihana tahu sahabatnya itu telah lama menyimpan perasaan terhadap MC talk yang mereka hadiri tadi. Mungkin disebabkan untuk menjaga syariat Islam, kepada raihana sajelah tempat dia meluahkan isi hati.
" yela2, rai doakan zaujah bro.hakeem tu nanti ialah sahabat baik rai..ameen" raihana cuba mengusik lagi..usikan manja yang tak putus2 di antara mereka berdua. Hanya mereka yang tahu, hanya mereka yang merasai, dan hanya mereka yang menghargai...indahnya dunia mereka berdua.

.......................................................

malam hari

" Ya Allah kuatkan aku! hanya kepadaMu aku berserah dan memohon petunjuk...Berilah aku kekuatan utk mendapatkan kebenaran..Kau ilhamkan kepada hambaMu yang lemah ini...."
titisan air jernih menyimbah lagi..Esok, akan dikhabarkan kepada abah dan mama tentang keputusannya itu..Sudah 3 kali dia memohon petunjuk dari Allah s.w.t. tentang lamaran abang azrai itu. Semoga Allah mengurniakan petunjuk kepadanya..doa Raihana di sudut hatinya kecilnya.

"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." -Surah At-Taubah ayat 129
.......................................................

alamak..bersambung lagi kut (^_*)

sila click disini ok..=)

* hakikat bahagia III

* hakikat itu memang membahagiakan

hakikat bahagia I


posted by radhiahsyahida

No comments


tok3..."assalamualaikum.."

"waalaikumussalam..ha..rai, baru ingat bilik ye..sampai ati rai tau..padahal dah janji ngan ya tadi.." humaira pura-pura merajuk.

"ala ya...sori la ek..bukan rai tak nak balik awal..tapi,tibe2 je ade meeting tadi...sori ye cayang." beberapa file di genggamannya di letakkan di atas meja studi. keletihan jelas tampak di sebalik raut wajah yang sentiasa tenang itu. "Nanti rai blanje kue tiaw kungfu makcik nak? " raihana cuba memujuk teman sebiliknya itu.
"hmm..kue tiaw kungfu makcik? iye ke rai? hehe.. mestila nak.. rizqun minallah..hihi best jugak merajuk ni kan? lantas humaira memeluk sahabat baiknya raihana. "caayanng rai tau.."
"ha..dah2..cayang2 ni jangan ade makne lain dah ler. ok la ya, rai nak bersihkan diri dulu ni..kita siap2 dulu, lepas solat maghrib nanti, kita turun cafe makcik ye.."

Begitulah kehidupan 2 sahabat baik ini.. bagi mereka, seindah ikatan yang terjalin ialah ikatan persahabatan..dan tidak sempurna ikatan mereka tanpa keikhlasan dan kasih sayang yang sejati. Raihana dah Humaira merupakan antara akhowat yang sama2 melanjutkan pengajian mereka ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia selepas menamatkan pengajian di Kolej Islam Sains Terengganu. Memang sejak di bangku sekolah lagi, mereka berazam untuk melangkahkan kaki ke taman ilmu dan budi itu.

5 tahun dulu..
dalam dorm as-syaimaa
5.00 pm

"rai, nanti rai nak further study kat mane? ya tengah confuse ni..tak tau nak pilih sama ada nak further kat UIA atau UM."
"hm..kalau ikutkan hati, rai memang nak apply kat UIA..tapi tak muktamad lagi, tunggu result keluar dulu la..ya pun jangan pening sangat fikirkan tau..yang penting buat istikharah.Allah kan maha mengetahui apa yang terbaik untuk kita"
"betul jugak cakap rai tu, k la..jom kita turun, petang ni sir khalil suruh bawak adik2 riadhah kat sekeliling blok akademik." begitulah Humaira yang begitu komited dengan amanah yang diberi sebagai ketua biro sukan dan rekreasi.
.............................................................................

suatu petang

pandangan raihana kabur...terasa gelap seluruh kawasan di sekelilingnya itu..tiba2, dia melihat kawasan tersebut dipenuhi dengan lubang seperti kawah2 besar, serta duri2 yang berselingkar di sekelilingnya. Raihana bingung. Kat mana aku ni? monolognya sendiri..di saat kecemasan menghadapi situasi aneh tersebut, tiba2 dia terasa seolah2 seseorang telah menariknya ke atas. Seseorang yang berpakaian putih..Arghh!!..Raihana menjerit kerana terkejut.
tiba2..Ya Allah, aku bermimpi rupanya...Astagfirullahal 'Azim..raihana beristighfar berulang2 kali..namun detik hatinya masih lagi terfikir..seolah cuba mengingati seseorang..."Ahh..biarkan la..mainan syaitan ni" raihana cuba mengingatkan dirinya.
..............................................................................

selepas tutorial

Ringtone handphone raihana berbunyi riang dengan irama nasyid Hakikat Bahagia dendangan kumpulan UNIC. tertera perkataan My Soul pada skrin hp tersebut.
" Assalamulaikum along..apa khabar?
" waalaikumussalam..alhamdulillah, along sihat je.Abah?ade ape call along ni bah?
"alhamdulillah..abah dan family semua sihat..along, weekend ni balik trg eh? abah ade hal sket nak bincang ngan along" nada abah yang selama ini suka bergurau tibe2 menjadi serius.seolah-olah ade hal yang sangat penting telah berlaku.
" ok la bah, nanti along terus pergi beli tiket" Raihana terus menjwab tanpa bertanyakan apa-apa. Dia pasti apa yang ingin dibincangkan oleh abahnya agak penting. Jarang benar abahnya serius seperti tadi.
" bagus la macam tu, ade ape2 hal call abah k..assalamualaikum"
"ye bah..waalaikumussalam"

"kenapa rai? macam hal serius je? rai ok tak ni?" humaira bertanya bertalu-talu selepas melihat sahabat baiknya itu diam terkelu selepas menjawab panggilan tersebut.
"ni..tibe2 abah suh balik rumah weekend ni..tak tau sebab ape..ya, teman rai bleh?
"ok2..jangan risau..nanti kita pulang sama2..jom pergi cari tiket dulu" begitu mudah humaira menghulurkan tangan menolong sahabatnya itu..bagi mereka, tiada guna andai kegembiraan melanda diri sendiri sahaja sedangkan seorang dari mereka di dalam kesedihan.

Taman Koinsaf, K.Trg
ruang tamu
9.00 pm

"along datang sini jap..mama dan abah ade hal nk bincang ngan along ni.." raihana yang baru melabuhkan diri di hadapan televisyen bersama angah dan adik selepas mengemas ruang makan tersentak dengan panggilan abahnya.

bersambung men.....

sila click di sini ok..=)

* hakikat bahagia II

* hakikat bahagia III
* hakikat itu memang membahagiakan

[fellow followers]