Archive for January 2010

hidup yang memerlukan status


posted by radhiahsyahida

4 comments


status 1 : Antara diri dan bumi bertuah milik Allah


"Antara hijau dan biru, akan kupilih kedua-duanya.
Biru buat aku damai.. Hijau buat aku tenang..
Biru dan Hijau tetap kembali kepada Tuhan.."

tenang air, pasti terselit kacau di dasaran
berombak awan, mungkin sejuk mata memandang

[bersyukur dibesarkan di daratan ini]

***
***


status 2 : Kasih manusia kekal di hati, pastinya tidak abadi~

tatkala kelopak itu berguguran, lantas ku teringat kata-katanya..
"anggaplah bunga mawar ini seperti diri akak.. sampai suatu masa, ia pasti kan hilang dari pandangan.."


namun, saya percaya..
potret ini mungkin boleh menjadi bukti ia masih kekal di hati!
ukhuwwah itu pasti mengiringi perjalanan kita menuju syurga-Nya.ameen

[terima kasih kak..bunga memang layu, tapi akak insyaAllah di hati selalu]

***
***


status 3 : Siapa lagi mulia?


ketika memandang si kecil..katakan subhanaLlah.
Maha suci Allah yang menjadikannya tanpa secalit dosa berbanding dirimu
ketika melihat yang lebih berusia..katakan masyaAllah.
Maha hebat Allah menjadikannya lebih berilmu berbanding dirimu
[down to earth]

cuti bertemankan umar iskandar sangat-sangat menghiburkan hati..
doa uda : moga umar menjadi sekental umar al-khattab!

[umar ni anak sepupu saya, ummi tolong jaga pagi-pagi sebab mak dia kerja dan wan dia pergi kelas bahasa arab]

***
***


status 4 : mencari kemakmuran atau kemegahan?

Mereka bermegah-megah dengan masjid tetapi tidak memakmurkannya kecuali sedikit -riwayat Imam Ahmad

Tidak akan terjadi kiamat sehingga terbina masjid untuk bermegah-megah -riwayat Abu Daud


[errr...kalau datang sekadar untuk ambil angin petang-petang boleh je kan? masa tu dah solat asar pun..;p]

***
***


status 5 : Jauh terbang, Tidak lupa sarang!

kak yoh [penyelia], cg yusoff [pengetua], cik yus [pegawai tadbir]

orang kuat sekolah yang sangat berjasa melahirkan generasi berilmu. moga Allah berkati mereka.ameen =)

[cuba tengok pengetua, ada iras Amitabh Bachan tak? hoho ;p]

~Generasi Hamalatul Quraan~
sangat tenang berbual dengan mereka. Nur terpancar pada raut wajah di sebalik kekuatan mereka meninggikan kalimah Allah..
suka ayat ni "Islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi darinya!"

[semangat menguruskan KMP3 ni.. pengetua dah bagi green light! tunggu approval dari Integrity Icon lepas ni..moga dipermudahkan =)]

***
***


status 6 : Jala biasa je =)

kalau jumpa signboard ni, ikut je direction hitam tuh! ;p


menjawab entri terbaru farah.
GG, farah, terima kasih sudi mari ke teratak usang orang!
lain kali, mari lagi.. kita makan menu lain plop..ahha~

***
***


status 7 : kecewa! =(


..tapi, Allah swt lebih mengetahui =)
sesiapa yang berminat nak pergi Konvensyen Pemikiran Hassan Al-Banna [KOBANNA], anda masih berpeluang untuk mendaftarkan diri secara online di website ini selewatnya 28/1/2010.. www.kobanna.ismaweb.net

[masih lagi sedih dan kecewa, tapi cuba untuk percaya pasti ada hikmah Allah tak bagi pergi ni..]


status 8 : Assignment dah siap?
hoho..


status 9 : Apa khabar iman minggu ni? turun? naik?
err.. =)


status 10 : Menanti hari baru yang masih tak pasti.
Kalau dah sampai masa, mintak halal semua hutang ye! kalau panjang umur, kita jumpa lagi minggu depan. rindu warga gombak..hehe ^__^


najwa di padang mahsyar =)


posted by radhiahsyahida

2 comments


Cerita semester lepas, alhamdulillah saya berkongsi bilik dengan senior-senior yang sangat baik. Salah seorang dari mereka bernama Najwa. Biasanya, bila masing-masing sudah penat dengan
assigment, kerja persatuan dll., maka mulalah nak mengarut sesama sendiri. Diringkaskan cerita, Najwa [kak wawa] ni selalu panggil nama orang menggunakan maksudnya. contohnya, kalau Amira, dipanggilnya ketua perempuan dan namanya sendiri dipanggil bisikan rahsia.

'Bisikan rahsia'
Mulanya saya buat tak endah dengan maksud namanya. Sebabnya, saya tak faham apa yang dimaksudkan dengan bisikan rahsia tu. Alhamdulillah, lepas baca majalah solusi minggu lepas, hasilnya sangat menakjubkan hati. Rupa-rupanya, bisikan rahsia itu sangat mendalam maknanya...mendalam sangat!

Sebenarnya..
Najwa @ bisikan rahsia ini dilakukan oleh Allah untuk hambaNya yang ketika di dunia dulu sangat takut untuk melakukan dosa lebih-lebih lagi di hadapan manusia secara terang-terangan. Bila dia terdorong oleh syaitan atau nafsu untuk menghampiri dan melakukan dosa tersebut, maka dia akan berasa menyesal dan sangat malu di atas dosa yang telah dilakukan dan berharap dosa itu ditutup. Maka, di sinilah Allah swt telah menunujukkan sifat pengasihNya dengan menghisab amalan si mukmin ini secara rahsia [najwa] lalu diampuni dosanya itu.

Dari Ibnu Umar, Sabda Rasulullah saw, mafhumnya :
Sesungguhnya Allah swt mendekati seorang mukmin di akhirat kelak lalu menutupnya.
Lantas Allah berfirman: "ingatkah kamu dengan dosa-dosa ini?" lalu Allah swt menyebut semua dosa si mukmin itu..
Dia[mukmin] lalu menjawab : "ya, wahai Tuhanku". Dia menyangka pasti celakalah yang akan menimpanya disebabkan dosa-dosa di dunia dahulu.
Setelah itu, Allah berfirman : "Aku telah menutup dosa-dosamu ini, dan pada hari ini Aku mengampunkannya.."

"Barangsiapa yang menutup aib saudaranya, maka Allah akan menutup segala aibnya di akhirat kelak"-hadis

Namun, cara ini bukan boleh dimiliki oleh semua manusia, ianya terkecuali bagi golongan kafir yang secara mutlaknya terus ke neraka dan golongan munafik [bila bercakap,ia berbohong..bila berjanji, ia khianat..bila diberi amanah, ia memungkiri janji..] naudzubillah min zalik! Dan juga terdapat VVVIP yang sangat istimewa iaitu mereka yang melangkah ke syurga tanpa dihisab. Sabda Rasulullah s.a.w..

"Akan masuk syurga 70 000 tanpa dihisab iaitu mereka yang tidak melakukan perubatan dengan besi panas, tidak membaca jampi, dan orang selalu bertawakkal yang sebenar-benarnya kepada Tuhan mereka [Allah]"


Sebagai kesimpulannya, hakikat kehidupan seorang manusia biasa-biasa, kita memang tidak akan terhindar untuk melakukan dosa [besar@kecil, sedar@tidak], lebih-lebih lagi di saat graf iman gembira sakan menjunam turun. Mungkin juga antara kita yang punya sejarah silam yang ingin terus dilupuskan dari kotak ingatan. Sejarah yang kita harap dan terus berharap cukuplah kita dan Allah yang tahu. Sejarah yang kita malu seandainya ia dipaparkan pada skrin di padang mahsyar nanti. Sejarah yang kita sangat berharap ianya biarlah menjadi mimpi tidur semalam. Namun, sejarah tetap sejarah! sejarah hidup itu pastinya yang telah berlaku. Nah, apa yang pantas untuk kita lakukan? Berdoalah! Moga 'najwa' bakal dihadiahkan untuk kita di padang mahsyar kelak. ameen =)

=Biarlah apa yang manusia ingin nilai tentang kita, luka di luar mungkin sembuh pada pandangan mereka, tetapi yang tertusuk dalam, Allah swt dan kita yang lebih tahu!=


my mom is amazing!


posted by radhiahsyahida

7 comments


..atau dalam bahasa melayunya.."mak saya sangat mengagumkan!"

this pic is credited to izah =) [dia yg capture gambar mak kucing ni..]

Pernyataan ini tidak merujuk kepada mak saya seorang saja. Bila anda sebut "mak saya sangat mengagumkan", pastikan di fikiran anda ialah ibu anda! =)

Kalau nak bercerita tentang pengorbanan seorang ibu, tunggu tahun depan pun takkan berhenti.huh, banyak kot!

Kebanyakan manusia suka memuji ibu mereka "mak saya paling pandai masak!", "mak saya tak suka berleter" ^_^, "mak saya sangat ambil berat pasal saya!", "mak saya macam kawan saya je~", mak saya itu, mak saya ini.. itulah hakikat seorang mak bagi kita! Amazing! Mak saya ke, mak awak ke, Our moms are very amazing~

Dan percayalah, semua orang layak untuk berkata "my mom is amazing" atau "mak saya sangat mengagumkan" bukan saya saja, bukan anda saja, bahkan anak-anak yang terbiar sekalipun..

anak terbiar 1 : mak aku hebat kot! masa aku baru lahir, dia tinggal aku dalam lubang toilet!
anak terbiar 2 : mak aku lagi hebat! aku selamat lahir, dia terus kelar lengan aku sebab aku tak berhenti menangis.
anak terbiar 3 : ala mak aku relaks je, dia campak je terus aku dalam perigi.haha..

Anak-anak tadi terus gelak gembira kerana mereka berjaya melangkah ke syurga tanpa perlu dihisab dan hanya melihat dari jauh ibu-ibu mereka 'yang mengagumkan itu' menanti saat untuk dihitung amalan mereka.

Dan saya teringat kata-kata kawan saya suatu ketika dulu,
"kalau macam tu, tak de dah la istilah 'ibu mana tak sayangkan anak' sekarang ni kan?"


Dan bersyukurlah kalian kerana kita masih punya ibu yang betul-betul mengagumkan! Jagalah mereka, jagalah hati mereka. Percayalah, macam mana tingkah laku kita terhadap ibu bapa kita, macam tu la nanti tingkah laku anak-anak terhadap kita.

ops, kembali ke perkara asal..hehe~
18 Januari 2010. Ulang tahun kelahiran ummi tersayang yang ke-51~ Gembira sebab tahun ni saya masih berjaya menjadi orang pertama ucap seperti tahun-tahun sebelumnya ^_^ [walaupun terpaksa call pukul 11 malam..huhu. Mengantuk punya pasal!]

teringat perbualan semalam...
"ummi, tengoh wat mende?"

"tengoh duk baca-baca sket ni..nak tunggu ngantuk"

"elele..padahal nak tunggu pukul 12 kan..hehe.."

ummi gelak..haha.kantoi!



i luv my mom~

p/s:
1. Hari ni juga hari ulang tahun kelahiran classmate saya yang sangat baik iaitu kak nuha. May Allah protect u under His blessing sis!
2. Ingat nak buat 1 sajak special tapi mood pulak tak datang-datang..huhu~
3. Harap pakatan axis antara saya, adik dan kakak petang ni menjadi =)) [mesti ummi terharu..ngehehe~]
4. Usah biar kehilangan menggantikan lafaz yang tersimpan~ rindu rumah, nak balek!

orang miskin dilarang sakit?


posted by radhiahsyahida

6 comments

search google, jumpa gambar ni.ish3.. diskriminasi!

Sakit itu nikmat bila kita percaya Allah sengaja menguji iman kita!

Manusia, secara fitrah bila diuji dengan kesakitan, pasti akan lemah, pasti akan longlai, pasti akan malas, pasti akan menyerah. pasti! sangat pasti! bukan omong kosong. Tapi, itulah hakikatnya manusia. Dan kepastian itu mungkin bertukar bila hati dan jiwa lebih takut dengan sakitnya balasan Allah di akhirat berbanding sakit dunia yang sekejap cuma itu.


Nak rasa sakit, cuba hiris jari anda. Ada berani? huhu... Oklah, melampau sangat permintaan tu. Tukar lah, cuba cubit tangan kawan sebelah anda dengan kuat. Tanya dia, sakit tak? Kalau dia jawab tak sakit, cuba cubit lagi sampai dia menjerit..heheh~


Melampaukan entri kali ni? huhu..takdela..sebenarnya saja je nak suruh feel sakit dulu sebelum baca 1 cerita yang saya amat suka untuk kongsi dengan kalian. Cerita yang baru saya dengar 2 hari lepas. Selamat menghayati dan moga bermanfaat.


Sewaktu perang badar, ada 2 orang budak yang ingin menyertai perang kerana mereka ingin membunuh Abu Jahal iaitu orang yang selalu menyakiti nabi. Tetapi permintaan mereka tidak dibenarkan oleh RasuluLlah disebabkan oleh faktor usia mereka yang masih muda. Walaubagaimanapun, dua budak ni masih tak putus asa..Dipujuknya nabi sehingga akhirnya Rasulullah menyuruh mereka bergusti [lebih kurang la..] untuk menunjukkan siapa yang paling kuat. Betapa semangatnya 2 orang budak ni sampai dua-dua tak kalah. Akhirnya, mereka berdua diberi peluang untuk menyertai perang badar.


Semasa bermula perang, 2 orang budak ni hanya bermatlamatkan 1 perkara iaitu mencari dan membunuh Abu Jahal. Ketika mereka meluru ke arah Abu Jahal, tiba-tiba lengan salah seorang budak ini telah ditetak oleh musuh. SubhanaLlah, betapa tingginya iman budak ni, dia terus memijak lengannya supaya terus putus agar dipermudahkan pergerakannya untuk membunuh Abu Jahal.


Huhu..Just imagine, betapa hebatnya budak-budak pada zaman RasuluLlah kalau nak dibandingkan dengan budak-budak zaman sekarang kan? atau secara jelasnya lagi, kalau nak dibandingkan dengan kita!

Jauh panggang dari api~ mungkin?
kita mengetahui dan Allah lebih Mengetahui.

Promosi Istimewa utk Warga UIA Gombak


posted by radhiahsyahida

3 comments


1. MINYAK GAMAT ASLI
RM2.00
KEGUNAAN : LUKA-LUKA KECIL, LEBAM, SAKIT PADA OTOT, ANGIN, SEBAGAI MINYAK URUT DLL.

2. BAM SERAI WANGI PLUS

&
3. BAM PALA PLUS

RM7.00 = RM5.00
KEGUNAAN : SELESEMA, SENGAL-SENGAL DAN SAKIT OTOT DLL.

4. MINYAK RAJA KAYU PLUS
&
5. MINYAK SERAI WANGI

RM10.00 = RM 8.00
KEGUNAAN : SEBAGAI UBAT URUT, SENGGUGUT, SAKIT PERUT, ANGIN DLL.


6. KRIM GAMAT PANAS

RM20.00 = RM15.00
KEGUNAAN : SENGAL BADAN, KEJANG & URAT TERSELIUH, GIGITAN SERANGGA


7. SARUNG KAKI [HITAM&COKLAT]
8. ANAK TUDUNG [HITAM]
SARUNG KAKI = RM4.70
INSYAALLAH TEBAL & BOLEH DIPAKAI UNTUK SOLAT

ANAK TUDUNG = RM2.00


9. AUDIO BACAAN ALQURAN 30 JUZU'
BACAAN IMAM-IMAM TERKENAL SPT SHEIKH SAAD SA'ID ALGHAMIDI, SHEIKH MASYARI DLL.
RM3.50 SAHAJA SETIAP IMAM


10. CHOCOLATE RISE COOKIESSEDAP & RANGUP, INSYAALLAH
SPECIAL OFFER!
8pcs = RM1.00

SEMENTARA STOK MASIH ADA ^__^

_________________________________
NOTA

1. WARNA
BIRU IALAH HARGA PASARAN, MANAKALA WARNA MERAH IALAH HARGA ISTIMEWA UNTUK WARGA UIA GOMBAK.
2. ADA BEBERAPA PRODUK GAMAT YANG TIDAK TERSENARAI SEPERTI SYAMPU, PENCUCI DLL. [BOLEH TEMPAH, KALAU ADA YANG BERMINAT]

3. KENAPA UIA GOMBAK SAHAJA? KERANA PERNIAGAAN INI TIDAK MENGGUNAKAN KHIDMAT POS. MINTA MAAF.

4. GAMBAR TIDAK MENENTUKAN SAIZ SEBENAR PRODUK.


BERMINAT?

ANDA BOLEH EMAIL KEPADA SAYA [rasyaqiera22@yahoo.com] @ BAGI SESIAPA YANG KENAL, ANDA BOLEH SMS SAHAJA, OK?


_____________________________________

p/s :


1. Teruja untuk join bidang perniagaan selepas pergi seminar keusahawanan bulan lepas ;D

2. Perniagaan ini adalah kerjasama antara saya dan abang
ipaq. sepatutnya ada lagi produk lain seperti jubah, tudung dll. tapi, tak ada stok lagi buat masa sekarang.
3. Perniagaan ni secara kecil-kecilan sahaja. Tidak hanya mementingkan keuntungan berlipat ganda semata-mata, tetapi mungkin sebagai platform untuk saya mengenal dunia perniagaan.

4. Moga perniagaan ini mendapat redha Allah. Ameen.

5. Kalau murah, bagitau kawan! Kalau mahal, bagitau saya! =) [tapi rasanya, dah bagi murah dah ni..hehe~]


TQVM! Jazakumullah khairan katsira.

Penyakit 'Ain


posted by radhiahsyahida

13 comments


Tahun Dua Kosong Satu Kosong. Entri pertama. Moga apa yang ditulis hanya kerana mengharapkan redha Allah untuk manfaat saya dan kalian!

Semalam, selepas maghrib, kami meneruskan kelas Usul Fiqh yang diajar oleh Dr.Ariffin. Pelbagai ayat Al-Quran dan hadis dikupas oleh beliau. Sangat menarik. Secara tiba-tiba, beliau menceritakan tentang kematian seseorang yang masih sihat tetapi di awal usia tanpa apa-apa penyakit. Biasa saja bagi saya. Kematian itu pasti bukan? Dr. masih meneruskan cerita beliau sehingga terkeluar satu perkataan yang membuatkan saya terus teruja..

..PENYAKIT 'AIN?

"Selepas kematian si fulan ni, saya dan kawan-kawan terus membuka blog beliau. Kami mendapati blog beliau banyak dipenuhi dengan kisah-kisah hidupnya yang bagi saya tak patut diceritakan kepada orang..Dan kami terus membuat kajian dan merasakan beliau meninggal mungkin disebabkan oleh penyakit 'Ain.." [lebih kurang macam ni la ayat Dr. Ariffin semalam]

Selepas bertanya, dijawab, bertanya dan dijawab lagi. Maka inilah yang dapat saya simpulkan daripada cerita penyakit 'ain ini...

Sebenarnya 'Ain diambil dari kalimah arab yang bermaksud mata dan penyakit ini disebabkan oleh pandangan seseorang pada sesuatu dengan perasaan kagum bercampur dengan perasaan hasad yang menyebabkan terjadi kemudharatan terhadap apa yang dilihat itu..

Macam mana penyakit 'ain mungkin boleh terjadi kepada si fulan?

Bila mana beliau mungkin terlalu asyik menceritakan keseronokan dan kemasyhuran hidupnya kepada masyarakat umum sehingga tanpa disedari ada mata yang memandang kehidupannya dengan perasaan kagum tetapi turut terselit perasaan cemburu atau hasad dengki.
Sebagaimana hadis RasuluLlah s.a.w :

"Al-'Ain adalah benar yang didatangkan oleh syaitan, dan oleh kehasadan anak adam"-Imam Ahmad

"Al-'Ain itu benar, seandainya ada sesuatu yang boleh mendahului takdir, tentu akan didahului oleh Al-'Ain" -Riwayat Muslim

Dr. juga sempat berpesan kepada kami.. dan saya sampaikan kepada kalian juga..
"Sesiapa yang ada blog dan facebook tu, elakkanlah meletak gambar dan menceritakan kejayaan dan kehebatan diri yang boleh membuatkan segelintir manusia berasa kagum tetapi terselit dengki kepada anda.."

Dalam hidup ni, manusia itu tidak sama pemikiran mereka. Mungkin si A sentiasa berbaik sangka tetapi mungkin tidak bagi si X. Walaupun begitu, tidak salah untuk kita berkongsi, tetapi mungkin boleh ditapis dulu agar apa yang ingin diceritakan boleh menghalang manusia luar untuk berasa iri dengan kita.

Peringatan terbaik untuk saya dan kalian. Sebagai pengguna tegar blogger dan pengguna jarang-jarang facebook, saya turut terkena tempiasnya. Dan sedikit perkongsian yang saya ambil dari seorang penulis hebat, iaitu beliau sentiasa memulakan dan menutup setiap penulisan beliau dengan istighfar supaya beliau tidak syok sendiri dan mengharapkan redha Allah dan manusia bagi setiap penulisan beliau. Jom kita buat macam tu!

[fellow followers]