Archive for August 2009

rindu


posted by radhiahsyahida

No comments

Zahraa' Humairaa' bt Mohd Karami Al-Rashid
cicik tok yang ke-21. Alhamdulillah







Rindu itu adalah
Anugerah dari Aallah
Insan yang berhati nurani
Punyai rasa rindu
Rindu pada kedamaian
Rindu pada ketenangan
Rindukan kesejahteraan
Dan juga kebahagiaan
Orang-orang yang bertaqwa
Rindu akan kebenaran
Kejujuran dan keikhlasan
Keredhaan Tuhannya
Orang mukmin merindukan
Anak-anak yang soleh
Isteri-isteri solehah
Keluarga bahagia
Para pencinta kebenaran
Rindukan suasana
Masyarakat yang terjalin
Aman dan sejahtera
Merindukan tertegaknya
Kalimah Allah di muka bumi
Dan dalam merindukannya
Keampunan Tuhannya
Dan seluruh umat itu
Merindukan cahaya
Yang menyinari kehidupan
Rindu pada Tuhan

Rindu by Hijaz

Tiba-tiba, nikmat rindu itu hadir. Rindu pada rumah di kuala terengganu! Sudah 68 hari tidak melihat dapur, ruang tamu, toilet, hutan belakang bilik, tempat lepak petang-petang. Oh! Rindu juga pada seorang budak kecil yang belum didukung, dicium pipi merahnya, diagah supaya tersenyum, dipicit hidung. Bersabarlah...

cerita-cerita


posted by radhiahsyahida

No comments

Cerita 1

Satu petang, seorang manusia iaitu saya telah bermimpi. Bangun saja dari tidur, beliau terus mendapatkan Z550i lantas menaip..

"Umi, rindula masakan umi..sapa mimpi kediri sakni..huhu"

Lantas ummi beliau membalas

"Kesian pulak dengo! memang ah sedap. Kmarin masok ayam kerutub n pudng raja.Ari ni plak gulai garaman dgn laici. Smbut kepulangan kak ma! Jgn bimbang, yah balik kekgi umi masak spesel gok!!"

(^_^)v

Cerita 2

Seorang manusia berkata kepada membernya..
"Eh, buka puasa nanti kita nak makan apa?"
"Kita beli nasi tomato nak? kat cafe mahalah jela.."
"Ala..tak syok ah beli kat mahalah, jom pegi bazar ah..boleh cuci-cuci mata sket"
"Jauh kot bazar tu, baik kita pergi bukak puasa kat masjid..free je.lagi jimat!"

Ini cerita disebalik ramadhan. Makan! Alhamdulillah, bagusnya mereka menjaga amanah Allah dengan tidak mengabaikan keperluan jasad mereka iaitu perut. Tapi alangkah indah jika cerita 3 turut berlaku dikalangan kita..

cerita 3

Seorang manusia berkata kepada membernya..
"Eh, hari ni dah 3 ramadhan..tak isi lagi makanan hati untuk hari ni.."
"Ha'ah la..tu la..busy sangat hari ni..jiwa rasa kosong je. Macam tak makan seminggu "
"Ores, hari ni kita buat tazkirah 10minit dulu.bleh? Bagi warming up dulu roh2 ni"
"Baik bos! lepas asar kita baca ma'thurat and then tadarus Al-Quran ye.."

Hmm..wujud ke cerita 3? Mungkin ada..(mungkin ye..belum tentu!) tapi payah kan? Bercakap mudah tapi mengamalkan hanya kita, roomate kita dan Allah je tahu..(eh,roomate kena tahu ke?huhu..)

Sambung lagi..

Cerita 4

Pada pagi tadi yang damai tepat jam 6.44 am, seorang manusia iaitu saya dapat sms dari rakan beliau iaitu fiza..
"dhiah, my fren just died 2hours ago"

Selepas berbalas sms, dipendekkan cerita, arwah Hafifi Hazwan (Engineering Student, IIUM) bersama rakannya farid pergi ke swimming pool dekat Male Sport Complex sementara menunggu waktu sahur. Then, kerana beberapa sebab yang menyebabkan arwah yang lemas tak dapat diselamatkan oleh rakan beliau. Lihat! Betapa kuasanya Allah nak mentakdirkan saat kematian arwah yang mungkin tak terduga oleh kita. Pagi ramadhan yang penuh barakah.

1.16pm
"Dhiah, tensen betul masuk klas tadi, bdk2 ni x faham ke orang tu da mati.Leh gi salahkan dak tu mandi kolam luar waktu"

Sesungguhnya setiap Qada' Qadar Allah itu ada hikmahnya. Bagi saya, tidak perlu mempersoalkan kematian seseorang! Tapi, persoalkan diri sendiri, cukupkah amalan kita as hamba yang masih hidup! Mungkin pagi ni arwah, mungkin lepas ni......? Kematian yang berlaku di depan mata sebagai tazkirah untuk yang bernyawa.

Al-fatihah untuk arwah! semoga beliau tergolong dari ashaabul yamin

Allahu'alam..

Sedikit perkongsian untuk kalian yang ingin mendapatkan checklist amalan di dalam bulan Ramadhan. Boleh klik untuk besar, kalau nak softcopy, just email at rasyaqiera22@yahoo.com

kami sudah bertemu


posted by radhiahsyahida

No comments


Tenang! itulah gambaran hari pertama di dalam bulan Allah yang sangat berkat ini. Seusai tamat study circle, kaki pantas ke pusat iqra'. Tidak mahu melayan mata di bilik. Pasti mengantuk. Syaitan atau nafsu?huh..pastinya yang tidak baik.


Alhamdulillah, Akal dan hati masih lagi menguasai. Tenang lagi! Sekitar di pusat Taman Ilmu dan Budi itu masih bersih dari noda-noda penghuninya. Hormat ramadhan barangkali! sentiasa berhusnu dzon, InsyaAllah. Kalau tidak, hampir saja sejenak penjuru pasti terlihat si jejaka tampan dan si dara manis bertentangan pandang, beriringan jalan. Dekat juga!

Eh, kami mana buat apa-apa! -hmm, itu tidak buat apa-apa kah? hati tersenyum sinis.

Eh, kami dah bertunang la bro! -Oo..senang la macam tu ye. Bagi semua orang bertunang la macam tu. Boleh jumpa hari-hari. Kan? hati tersengih lagi..huh!

Cerita di sebalik ramadhan..oh banyak!! Hidayah, ujian, kematian...
Ingin terus bercerita..tapi masa sangat cemburu! assignment lagi la..tiap-tiap hari memanggil supaya diberi perhatian! Sabar, itu jalan terbaik.. sebagai penahan kepada jiwa yang sering cuba-cuba memanjat dari pagar kesibukan duniawi semata. Ish, degil betul dia ni! Sabar, masih punya masa jika tidak ketemu Izrail lagi, InsyaAllah.
Saya tinggalkan 1 pesanan ringkas dari seorang sahabat. Sebagai ubat jiwa kita!

Ketika wajah ini penat memikirkan dunia.. maka berwuduklah!
Ketika tangan ini letih menggapai cita-cita.. maka berdoalah!
Ketika bahu tak kuasa memikul amanah.. maka bersujudlah!
Ikhlaskan semuanya & dekatkanlah dirimu pada Allah swt
Agar tunduk disaat yang lain angkuh
Agar teguh disaat yang lain runtuh
Agar tegar disaat yang lain terlempar
Sahabat,
Maafkan diriku yang dhoif ini seandainya pernah menyakiti hatimu selama ini..
Salam Ramadhan 'Alayk..
-shbtduniakhirat-
30 Sha'ban 1430
6.50 pm

Beribadahlah! Sentiasa islahkan niat! Muhasabahlah kembali
Mungkin ini Ramadhan yang terakhir menatap wajah kita
Semoga diringankan hisab di dunia sana..

kisah saya dan blog


posted by radhiahsyahida

4 comments


kenapa blog?

saya kira topik ini sering dibicarakan oleh para blogger, mengenai kemusykilan atau pertanyaan umum kenapa mereka berblog?

kenapa ye? suka-sukakah? mencari glamourkah? punya cerita yang banyakkah? orang terkenal seantero duniakah? banyak betul 'kah'...(jangan gelak kah5..tak baik!)

Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa - bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal (hujurat:49)

Hakikat hidup
Manusia yang dicipta oleh Allah secara sempurna itu tidaklah sempurna dalam menjalani kehidupan lantaran jiwa dikuasai oleh nafsu duniawi dan juga janji syaitan laknatullah yang ingin menyesatkan anak adam hatta ke hujung nyawa.
Lantaran itu, perkongsian demi perkongsian perlulah dilakukan untuk memandu kehidupan sendiri. Maka, kerna itulah blog tercipta.mungkin?

Jumud dan terbuka! Mahu pilih yang mana satukah kamu?
Ilmu itu luas. Seluas ilmu kita hanyalah seumpama setitis air di lautan jika dibandingkan ilmu Allah. Maka berfikirlah dengan menggunakan akal yang paling waras. Jumud jangan! terbuka juga tidak! Bersederhanalah. Itulah sebaik-baik cara.

Syok sendiri?siapa itu?
Ada orang kata, blog lebih sesuai untuk tempat tulis ayat skema-skema sebagai nota kepada manusia. Iye ke?
Ada orang kata, blog lebih sesuai untuk tempat bisnes. Ada gunanya dan tidak membuang masa bila mengadapnya. Iye ke?
Ada orang kata, blog lebih sesuai untuk tempat orang berpolitik supaya lebih senang dan tenang untuk meluahkan pendapat dan idea. Iye ke?
Ada orang kata, blog lebih sesuai untuk orang berpuitis sebagai wasilah untuk meluahkan isi hati (bicara bisu katanya). Iye ke?

Banyak betul orang kata, ini pula kata saya :

Blog,
Kamu free. sebab itu semua orang buka kamu, guna kamu, sayang kamu, selalu terkenang-kenangkan kamu.
Blog,
Kamu sebenarnya pelbagai fungsi (nenek saya cakap, multipurpose), bukan untuk bisnes saja, bukan politik saja, bukan puitis saja. Kamu macam astro, macam-macam ada!
Blog,
Saya suka buka kamu, cari maklumat ketika saya perlukan kamu untuk tujuan belajar. Kadang-kadang, tengok orang buat bisnes abaya, tudung dll. Saya kagum walaupun saya tak mampu buat macam tu. saya suka baca idea dan pendapat orang tentang isu semasa, masyarakat, politik malaysia yang kian ribut, dari situ saya buat penilaian. Saya suka baca cerita tentang kehidupan manusia. Kisah baytul muslim buat saya teruja sebab saya mahu belajar untuk hidup daripada kehidupan mereka. Orang bahagia, saya lagi bahagia!

Tapi blog,
Bila saya buka kamu, saya tengok yang keluar adalah ayat skema panjang berjela, hujah yang entah kemana isinya ditambah pula copy paste idea orang lain menjadi cara untuk isi kamu menjadi semakin panjang. Maka saya tutup kamu blog. Maafkan saya, bukan saya tidak hormat cara penulisannya. Setiap mereka punya rasa, punya cara tersendiri. Mereka juga hebat kerana mampu berkarya. Cuma ia sedikit tidak kena dengan jiwa saya.

Lantaran itu, saya bahagia bila orang makin suka pada kamu, makin ambil berat tentang kamu.

Tapi blog,
Saya simpati pada kamu kerana kadang kala ada anak-anak adam yang menyalahgunakan kamu. Kamu dijadikan tempat untuk mereka memotretkan kisah-kisah maksiat mereka, kisah-kisah cinta yang bakal menghampiri gerbang zina, kisah-kisah yang merosakkan pandangan manusia. Saya tahu kamu sedih. tapi apakan daya, kamu tidak punya cara untuk menghalang. Tapi blog, kamu jangan risau sebab dosa mereka tidak akan menjadi beban kamu kelak! Ha..bagus. kamu sudah senyum!

Blog,
Walau apapun kamu, bagaimanapun kamu, kamu memang berjasa! kamu memang berguna. Moga kamu terus kekal selagi bumi tidak tenggelam supaya generasi saya terus menatap kamu, membaca sejarah dulu sebagai teladan menuju masa depan. Saya ingin mereka belajar dari pengalaman!

khas untuk achik


posted by radhiahsyahida

2 comments

Menghadapi minggu ini yang agak busy (huh! macam la minggu lain tak busy)

Pun begitu, masih tetap ingin meraikan hari bahagia bagi kak mar tersayang. Rabu lepas, konvokesyen di UM saya jejak..

Ceria

Itulah yang terpancar pada setiap wajah mereka. Bayangkan, penat lelah belajar mereka telah berbayar. Kejayaan mereka terutamanya kak mar bakal menjadi sumber inspirasi buat saya juga! Oh, 4 tahun di UIA itu sekejap saja.. Hati berbisik sekadar memujuk..(^_*)

Tidak mahu panjang-panjang, biar gambar berbicara. Moga lebih sampai maksudnya.

mereka yang ditinggalkan di luar dewan =(




kak mar & teman-teman

the last pic, ameen..ameen..yaRabbal 'alamin

kisah kasih


posted by radhiahsyahida

5 comments

kisah kasih 1 : puteri kedua


Alhamdulillah, semalam tepat jam 2.54 pagi, kak lah (kakak kedua) telah selamat melahirkan bayinya dengan normal. Dengan ini, sahlah keluarga kami menerima seorang lagi bayi perempuan sebagai ahli baru dalam keluarga. sangat seronok!
InsyaAllah, lebaran tahun ini lebih bermakna buat kami untuk menerima 3 muka-muka baru iaitu nawwar, sepupu nawwar, dan bakal bang ipaq kami yang jauh datang dari kedah. seronok! ^_^

Alhamdulillah, kak lah selamat bersalin walaupun dah kena tahan selama 3 hari dalam wad. Cerita tentang beliau tak dapat nak didetailkan memandangkan beliau nun jauh di kelantan. Hanya sms dan call sebagai penghubung. Inipun baru dapat 1 keping gambar yang dihantar special untuk uda beliau..hehe


kisah kasih 2 : Health Awareness Campaign (HAC)


"Bila menuntut ilmu, berdampinglah dengan orang yang lebih hebat daripadamu, kelak beruntunglah engkau. Bila ingin berbakti, carilah orang yang serba kekurangan, agar dirimu lebih bersyukur dengan nikmat dari Allah yang tidak terperi banyaknya."

"Sentiasa muhasabah diri. Kamu fikir kamu banyak masalah? Pandanglah mereka yang lagi tidak bernasib baik! Maka nikmat Tuhan (Allah) yang mana lagikah yang kamu dustakan?
"

Berpegang dengan kata-kata itu, maka saya tegar untuk menyertai program yang dianjurkan oleh Kelab Titian Asli, UIAM walaupun ada 2 program lain yang bertembung dengan program tersebut. Alhamdulillah, saya sangat bersyukur kerana dipertemukan dengan kelab yang dapat memenuhi kehendak jiwa ini.
Semua kenangan indah tercipta sepanjang kami bersama penduduk Orang Asli kg Sg. Gapoi. Manisnya terasa sehingga sekarang!



Kampung mereka sudah maju! Tak usah nak diperkecilkan mereka lagi. Mereka sudah punya handphone, televisyen. Hebat! Tapi, tradisi lama mereka masih dikekalkan.
Sedikit info tentang mereka :
  • Separuh daripada mereka sudah memeluk islam. Separuh lagi kristian,dll. Ada juga yang tidak beragama.
  • Di kampung mereka, anjing itu diibaratkan sebagai kucing. Setiap rumah kebanyakannya memelihara anjing. Sehinggakan anjing tengok kami macam tak ada apa-apa. Tapi, kami yang takut lebih-lebih. (perasan anjing nak kejar..huhu)
  • Tarian Rewang merupakan tarian tradisi mereka. Kami sempat disajikan dengan tarian tersebut sewaktu closing ceremony.
  • Ada air terjun yang sangat indah, dan nyaman di kampung mereka! wah..kami sangat teruja.
  • Anak-anak di sana sudah berpelajaran. Mereka juga pintar! Ada yang sudah sekolah berasrama walaupun baru darjah 2. Mungkin faktor jarak rumah yang agak jauh dari sekolah.
  • Membasuh dan mandi di sungai masih lagi menjadi amalan harian mereka.
  • Mereka sangat baik dan mesra. Kami sampai disambut dengan renjisan bunga-bunga dan pulang juga dihantar dengan lambaian kasih sayang.

Wan!
Setiap kali kami buat aktiviti, beliau pasti turut serta. Solat jamaah, Kuliah maghrib dan subuh, Sukaneka. Wan umpama nenek bagi kami. Wan suka bergambar! Kami lagi seronok. Namun, sebelum pulang hati kami tiba-tiba terusik! Rupa-rupanya, Wan mempunyai seorang anak lelaki berusia 30 tahun lebih yang lumpuh. Dengan kepayahan Wan yang tiada tempat bergantung, beliau harus menyara dan menjaga anaknya itu. Saya cuba selidik, ada dapat bantuan dari mana-mana pihak kah? Wan menggeleng. Hati semakin tersentuh. InsyaAllah, kalau diizinkanNya agar dapat kami merancang sesuatu untuk meringankan beban beliau nanti. Mungkin ini boleh dijadikan sebagai wasilah dakwah supaya beliau yakin Islam itu indah dan setiap muslim itu bersaudara.
wan di dalam bulatan merah

Semoga episod perjalanan kami ke sana tidaklah sia-sia di sisi Allah. Program kesihatan berteraskan dakwah itu mungkin menjadi pemangkin untuk kami meneruskan kerja-kerja kebajikan terhadap orang-orang asli agar mereka rasa lebih dihargai dan dipunyai.


Unik! Itulah gambaran terakhir sebelum saya meninggalkan kampung Sungai Gapoi semalam.


video

jiwa halus miliknya


posted by radhiahsyahida

4 comments

Hanim tunduk memandang lantai..dia tidak mampu lagi menatap wajah-wajah insan yang tidak berdosa diratah serakus-rakusnya oleh si zalim pada dada akhbar di tangannya itu. Air mata yang menyapa pipinya itu diseka dengan tangan. Dia tidak suka dilihat sebagai seorang yang lemah walaupun jiwanya begitu rapuh dengan kesedihan kerana suratan hidupnya yang seringkali teruji. Dan ujian yang dulunya begitu tegar dirasakan, kini hanya boleh dijentik dengan begitu mudah.

Dia mengangkat muka ke atas. Kekuatan kembali dibina demi mengutip kebenaran yang tersisa atas pertolongan insan-insan yang rindukan keamanan, sayangkan agama Rasululullah s.a.w, cintakan agama Allah s.w.t. Hanim kembali menyelak halaman seterusnya..sekali lagi jiwanya terusik, menurut laporan setakat ini sudah 987 nyawa terkorban termasuk warga tua, wanita dan kanak-kanak. Hatinya menyumpah-nyumpah si laknat zionis dan sekutu-kutunya. Kejamnya mereka membunuh jiwa-jiwa yang suci dan tidak berdosa demi kepentingan duniawi yang entah bila kesudahannya.

Fikirannya terus melayang, memikirkan permasalahan ummat sejagat yang kian runtuh ditelan kemajuan. Jiwa-jiwa muda yang kian rosak lantaran dahagakan nafsu dunia sehingga tidak lagi menjadikan agama Islam itu sebagai sumber hakiki. Islam hanya pada nama..ya itulah mereka! Salah siapa bila terjadinya semua ini? Takdirkah yang berdosa hingga menyebabkan mereka tidak lagi berjalan di jalan yang lurus? Sesungguhnya telah Aku ciptakan manusia itu dengan sebaik-baik kejadian. Sesungguhnya aku tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum kecuali kaum itu sendiri mengubahnya. Hanim bermuqorobah, lantas kesal mula berputik kerana mempersoalkan takdir dari Allah.. Dia beristighfar berulang-ulang kali. Semoga Allah mengampunkan segala dosa-dosa yang aku sedari mahupun tidak. Hanim berdoa di sudut hati kecilnya.

Balik ke bilik, dia mendapati ahli-ahli biliknya sedang enak bersembang-sembang. Hebat mereka bercerita isu politik zaman sekarang. Sentimen yang telah disetkan untuk menjumudkan pemikiran. Enak sekali mengutuk mereka yang tidak sealiran dengannya. Seperti dunia ini mereka saja yang betul. Ah, malas lagi Hanim persoalkan. Orang yang terlalu taksub payah nak ditegur. Sayut-sayut azan asar berkumandang dari masjid berhampiran. Pantas Hanim ke musolla, seperti biasa akan ada 2-3 manusia yang masih lagi sudi mengejar sunat berjamaah. Kaki mula melangkah ke muka pintu. Aik, makin rancak lagi perdebatan mereka tentang isu semasa. Hanim hanya mampu beristighfar di dalam hati. Punahlah remaja jika hanya suka membincangkan isu masyarakat tanpa mengisi makanan hati sendiri. Jiwa semakin karat dengan sikap yang hanya memandangkan kesalahan orang. Mungkin mantap bila berhujah! Tapi ranap bila beribadah!

Seusai bersalam-salaman dengan para ahli musolla, Hanim menuntun sejadah dan kain sembahyang melalui ampaian baju. Hajat di hatinya untuk mengangkat baju-baju yang telah dijemur pagi tadi. Matanya memandang ke arah 2 orang anak kecil yang berlari di kawasan parking kereta. Keluarga pelajar barangkali, bisik hati Hanim. Bahagia sekali dia melihat anak-anak kecil itu berkejaran. Fikirannya mengimbau kembali kisah dulu kala sewaktu dia masih lagi bahagia bersama papa dan mamanya. Namun, semua kebahagiaan itu hilang sekelip mata. Dia tahu Allah lebih sayangkan mereka. Hanim memejamkan matanya.. lantas manik-manik jernih itu pantas diseka. Dia tidak sudi membiarkan orang lain mengetahui gelora jiwanya pada saat itu. Terus kakinya pantas ke muka pintu bilik, dia cuba berlagak tenang tatkala melihat rakan-rakan sebiliknya itu sudah beralih tempat ke katil masing-masing. Mungkin sessi perdebatan mereka sudah tamat. Bisik hati Hanim. Nakal! Hanim tersengih seorang diri.

Baju-baju yang kering di letakkan di atas katil. Tangannya mula menggapai Sony Ericsson yang masih menyala itu.

2 messages received
Mas UIA
03-Aug-09 4:42 pm
"Slm Hanim, malam ni kita pergi lib ye. Nak discuss pasal group presentation tu."

Adk syg

03-Aug-09 5:03 pm
"Slm Along, adik rindu bangat sm along. 2mggu lagi cti skolh. Along balik tau! ^_^"

Hanim tersenyum. Untuk apa dia bermuram durja. Allah masih sayangkan dia. Allah masih tinggalkan Basyirah untuk dia menghargai erti sebenar kehidupan. Terima kasih Allah! Hanim mengucap sayu sebelum melipat Sony Ericsson miliknya itu.


Mula pada 25/1/2009- Tamat pada 7/8/2009 ^_^

kami warga blogger


posted by radhiahsyahida

3 comments

Hebat sungguh penangan subjek Instructional Technology(IT)! dengan sekelip mata, berderet-deret sahabat-sahabat seperjuangan sudah menjadi blogger..ehem[2x] tahniah ye!. Kalau dulu, selalu duduk bersembang dengan umy tentang blogger dikalangan sahabat seperjuangan. Duk menunggu siapa lagi yang akan melangkah bersama kami.

  • Kami diberi lebih pendedahan oleh Dr. Syarifah Sariah tentang teknologi terkini seperti adobe photoshop, photography(sukee..!^_*), windows movie maker, dan termasuklah blogger. Sangat bagus! mungkin sesuai dengan peranan kami yang akan datang insyaAllah bukan sebagai pengajar tetapi pendidik.
Dan untuk semua sahabat-sahabat, silalah merajinkan jari anda untuk meng'update'
blog ye. Especially for light of life..hehe ;D
salam juang! jangan lupa siapkan poster yang madam suruh buat =p

Ebi dalam kenangan


posted by radhiahsyahida

No comments


pagi tadi sebelum bersiap untuk ke study circle, saya dapat sms dari ummi.

"yah,izah tengah bersedih sebab ebi mati kena langgar semalam"

Saya tergamam seketika. Ebi dah mati! bukan tidak menerima qada' qadar Allah. Tapi lebih memikirkan keadaan izah yang terlalu sayang pada kucingnya itu. Padahal, semalam kami baru bergurau mesra dalam sms, bersembang 1001 cerita. Tiba-tiba, pagi ni dapat sms dari ummi bagitau izah tengah menangis teresak-esak.

Izah
Seorang yang penyayang. Sayangnya pada binatang sehingga menyebabkan dia bercita-cita untuk menjadi seorang doktor haiwan suatu hari nanti. Dia tidak geli untuk membersihkan luka ebi. Kalau pergi supermarket, yang dia mahu hanyalah friskies untuk ebinya. Balik dari sekolah pun, ebi yang menantinya. Ebi sayang izah dan izah lagi sayang pada ebi!

Ebi
Boleh dikatakan dialah big boss segala kucing. Tempatnya mesti di dalam rumah berbanding kucing-kucing lain yang sekadar menjenguk di muka pintu untuk mengharapkan sesuap nasi setiap hari. Ebi nakal! pernah pecahkan pasu ummi tapi takpe, ummi tak marah sebab ummi pun sayangkan ebi.

Kami
Kalau dulu, agak kurang senang dengan kehadiran kucing. Tapi ebi lain, dia dengar kata, tak 'buang' merata-rata, nakal, manja. Maka, persepsi kami terhadap keluarga kucing sudah berbeza sama sekali. Kami tidak anti kucing lagi. Kami sayang ebi!


Sekarang, ebi sudah tiada lagi. Ebi bertuah, perginya dari dunia ini tidak akan dihitung amalan di akhirat sana. Ebi suci walaupun dari secalit dosa berbanding kami tuannya yang kadang-kadang tenggelam dalam nikmat dunia. Apapun, semoga ebi dapat membantu mizan kami di akhirat nanti. Sebab kami yakin ebi tahu kami sayang padanya!

[fellow followers]