Archive for January 2012

Nota untuk bakal pemimpin


posted by radhiahsyahida

4 comments

Bismillah.

Coretan pertama bagi tahun baru masihi yang dah agak lama berlalu. Alhamdulillah, masih lagi berpagi-pagi dan berpetang-petang dengan nikmat iman dan islam. Walaupun tidak dimonolog di sini, banyak perkara sebenarnya yang berlegar-legar di fikiran. Cuma, kekuatan sahaja yang belum ada sebelum ini. Menulis ni bukan senang, perlukan jiwa yang tenang dan hati yang bersih.


Malaysia Tanah Airku.

Banyak isu yang berlaku di Malaysia sekarang ini. Saya cuba mengikuti perkembangan yang berlaku tanpa cuba bias kepada mana-mana pihak. Melihat sesuatu dengan kaca mata neutral dahulu sebelum menilai sesuatu perkara berdasarkan ilmu.


PRU.

Di mana-mana sahaja orang akan bercakap tentang hal ini. Baik mana-mana parti cuba memegang tampuk pemerintahan.


Kahwin.

Juga isu panas pada musim cuti ini. Yang sudah berkahwin, maka 'berbahagialah' mereka dengan satu tanggungjawab yang baru.


Pemimpin.

Ramai orang bercita-cita untuk menjadi pemimpin. Peringkat dunia, negara, jemaah, persatuan hatta sekecil-kecil tahap iaitu pemimpin keluarga.


Pemimpin Qudwah.

Itu baru muqaddimah. Sebenarnya, saya ingin mengajak anda semua yang saya pasti bakal menjadi pemimpin, bacalah buku 'Umar Abdul Aziz' karya Abdul Latip Talib.



Alhamdulillah, saya diberi peluang untuk khatam buku ini semalam. Tak dapat nak gambarkan macam mana perasaan bila menghayati kisah beliau. Seorang khalifah yang amat-amat tawadhu' selepas Rasulullah dan 4 Khulafa' Ar-Rasyidin.

Banyak kisah yang menarik. Saya cuba kongsikan beberapa ilmu. Siapakah Khalifah Umar Abdul Aziz?

  • Cicik kepada khalifah Umar Al-Khattab "Beliau pernah berdoa agar akan lahir dari zuriat beliau seorang pemimpin yang beriman dan adil".
  • Beliau lahir ketika madinah diserang oleh tentera Yazid selepas peristiwa karbala.
  • Merupakan pemimpin dari bani umaiyah yang paling beriman, adil dan zuhud.
  • Ketika pemerintahannya, tiada kemiskinan sehingga tiada orang layak menerima zakat. MashaAllah~
  • Diharamkan oleh Allah api neraka baginya..

Kalau saya bandingkan diri saya dengan beliau, saya rasa macam saya ni setitis air yang melekat pada jari bila dicelup dalam lautan. T_T



...dan kepada anda semua,

Bacalah!

Bacalah!

Anda pasti takkan rugi.

Wanita juga harus baca! Disebalik kehebatan seorang lelaki, ada wanita yang hebat dibelakangnya. Banyak kisah menarik yang boleh kita contohi daripada akhlak isteri beliau iaitu Fatimah.


Kalau ada orang tanya, siapa yang kita patut contohi selepas Rasulullah dan 4 sahabat nabi? Saya akan menjawab, contohilah khalifah Umar Abdul Aziz! nescaya amanlah dunia dan segala isinya dengan izin Allah.


Akhir kata,

Wahai bakal pemimpin.. contohilah beliau.

[fellow followers]