Archive for March 2009

fasobrun jameel


posted by radhiahsyahida

4 comments

Justify Full
kisah satu


seorang hamba Allah, K (bukan nama sebenar) masuk ke sebuah pejabat untuk berjumpa dengan seorang pegawai. Kemudian, dia mendapati di dalam pejabat itu hanya terdapat seorang kerani sahaja. Oleh kerana kerani itu sedang berbual telefon, maka K mengambil keputusan untuk menunggu sebentar. Di dalam hatinya " hmm..takpe la, sekejap je kot"

Tunggu punya tunggu dari 5 minit menjadi 10 minit, dan dari 10 minit menjadi 20 minit.. kerani itu masih lagi tidak berhenti berbual dari hal rumahtangga kepada gosip-gosip liar di pejabat. Kerana mempunyai hal lain dan ingin cepat, K mengambil keputusan untuk terus memberi salam.

" Assalamualaikum..." -Tiada balasan jawapan

" Tak dengar kot.." bisik hati K.
"Assalamualaikum.." sekali lagi salam diberi sedikit kuat.

Diam. Tiada balasan. Yang hanya kedengaran ialah suara sedang berbual di meja kerani itu yang hanya terletak beberapa meter dari K.
" Assalamualaikum.. " K ingin mencuba nasib sekali lagi.
Salam masih tidak bersambut. " Kalau ikutkan, salam mesti diberi 3 kali saja. Tapi, masalahnya ni bukan tak de orang. Orang ada depan mata, tapi bersembang lebih-lebih, guna telefon pejabat plak tu.." K bermonolog sendirian.
" Assalamualaikum puan!! " K tetap tidak mahu mengalah. Dia memberi salam sehingga 6 kali tetapi kerani itu masih tidak menjawab salamnya dan meneruskan perbualan kosongnya di telefon. Kerana urusannya terlalu penting, K mengambil keputusan untuk terus meluru ke arah meja kerani itu. Hati K sudah panas dengan sikap kerani itu. kalaulah begitu semua sikap pekerja di Malaysia ini, memang hancurlah pengurusan.


Keluar dari pejabat, K ingin mengambil keputusan untuk menghantar surat layang sebagai tanda protesnya terhadap sikap kerani itu. Perasaan geramnya terhadap kerani itu meluap-luap ditambah pula dengan hasutan si syaitan itu. Kemudian, tiba-tiba hati K tersentak.. " betul ke tindakan aku ni? " " Perlu ke aku buat macam ni? " " Oh, syaitan rupanya menghasut aku tadi " Teringat K pada kalam Allah swt :
Maka, sabar itu lebih baik =)

kisah dua


Seorang hamba Allah, S (bukan nama sebenar) berlari-lari ke stesen KTM untuk mendapatkan komuter kerana dia sudah terlewat untuk ke stesen PUTRA sedangkan waktu bas yang akan dinaikinya itu sudah hampir tiba. Sesampai di kaunter tiket, S mendapati pekerja KTM itu sedang membuat kerja lain dan tidak menghiraukan kehadirannya untuk membeli tiket itu.

" Cik, saya nak cepat ni.. " S memanggil pekerja kaunter itu selepas beberapa minit menunggu.
" Tunggulah sekejap..takkan tak boleh tunggu " pekerja itu menjawab dengan angkuh.

Tiba-tiba, train yang ingin menuju ke Stesen Putra itu tiba. S hanya mampu melihat train itu pergi dengan perasaan geram. Kemudian, pekerja itu baru datang untuk memberi tiket.
Lahar kemarahan S sudah hampir ke kemuncak, ingin saja S menengking dan memarahi pekerja KTM dengan sikapnya itu yang menyebabkan dia semakin lambat untuk ke Stesen PUTRA.
Tiba-tiba, hatinya kaget. fikiran normalnya kembali bertapak, Tidaklah Allah menjadikan sesuatu kejadian tanpa hikmah disebaliknya.

Teringat S pada kalam Allah swt :
Maka, sabar itu lebih baik =)

S.A.B.A.R


1 kalimah, 5 huruf, merupakan 1 perbuatan yang amat-amat digalakkan oleh agama Islam kepada ummatnya.
tapi, kenapa manusia itu sendiri payah untuk mempunyai sifat ini?

hasutan syaitan kah?

mengikut hawa nafsu kah?

atau sudah sifat semulajadi?

Sabar itu indah,
Mengaplikasikannya bukan mudah,
Jika terhantuk baru nak terngadah,

Memang hidup akan sesal tak sudah..

Kerana hilang sabar, manusia bermusuh-musuhan
Kerana tiada sabar, manusia tinggalkan pegangan
Kerana kurang sabar, manusia dipinggirkan teman


Duhai manusia, bersabarlah!
Maka, sabar itu lebih baik =)

indahnya hidup bersama ILahi


posted by radhiahsyahida

2 comments



satu minggu yang tidak sempat bermonolog di alam maya, hanya sempat menyingkap perjalanan hidup yang sementara ini di dalam komuter sahaja..

Ujian..
datang dan pergi..
membuatkan diri bersyukur tak terkira tika kasih sayang Allah sentiasa menemani tatkala sendu melanda.

Justify Full Hati tabah, Jiwa cekal, semangat kuat! itu sangat-sangat perlu..

Hati sedih,
Allah datangkan khabar gembira..

Masalah tiba,
Allah datangkan penyelesaiannya..

Jiwa kacau,
Allah datangkan rahmat dan hidayahNya..


Alhamdulillah..Tenang seketika..


Argh! ujian menjelma lagi..
Jangan risau. Cekal dan sabar! Allah swt berfirman setiap kesusahan pastikan ada kesenangan


Oh.. masalah selesai jua..
Jangan terlalu selesa, teruskan hidup tapi jangan lupakan Yang Maha Kuasa! di celah-celah kesenangan, di situ lahirnya kesusahan

Terima Kasih Allah atas nikmat ini..

عجبا لأمر المؤمن
إن الأمر كله له خير
وليس ذلك لأحد إلا المؤمن
إن أصابته سراء شكر فكان خير له
وإن أصابته ضراء صبر فكان خير له

ujian..
semalam dapat berita, jari ummi patah sebab kena hempap atap sarang krinchi and boboy.. + terluka kena serpihan kaca.. sangat bimbang! =(

nasib tak teruk sangat walaupun kena jahit dan ikat 2 jari supaya stabil. Alhamdulillah..

semoga ummi cepat sembuh. Ada hikmah juga sebab sekarang din dah reti masak ayam paprik! dan ummi pun boleh goyang tangan untuk suatu tempoh =D

ini tag by ustaz alim


posted by radhiahsyahida

No comments

1. Go to your photos folder in your computer.

2. Go to the 6th folder of photos.
3. Go to the 6th picture in that folder.
4. Put the picture on your blog and description of it.
5. Invite six friends to join the challenge.
6. Link them in your blog and let them know they have been challenged.


once again kene tag..sebelum ni incik nasih yg tag, skang abang beliau merangkap ex-ustaz saya iaitu incik alim (yang sore sedap nasyid lagu nostalgia tu..cece..promot skali ustaz!) pasni, jangan ayah beliau yang tag sudah la..hee..gurra je!

sorry ustaz, lambat sket..

~ gambar ni ambik lame dah..kire-kire setahun yang lalu iaitu masa sem-2, 1st year..
~ masa ni, kat CFSIIUM ada SMAC (Sport and Martial Art Carnival, each society kene anto 1group utk marching masa Closing Ceremony..so, inilah sepanduk bagi BARSS masa marching tu..come kan?
~ saya tukang glemer je..tak join pun sebab masa tu wakil FSCC untuk games dah dekpun..so, alang-alang turun bawah blok, saya pun bersama sahabat-sahabat menyibuk la sekejap kat sepanduk ini..

ada dalam gambar : farah,ecah, kak ina & saya
tiada dalam gambar : selain kami
tukang pegang kamera : alamak, lupe la sape! kesian beliau..(yang pasti, bukan djah@grah..kerana kalau mereka ada, mesti dah ada dalam gambar ni..hehe. =P )

:: mungkin antara foto yang menjadi kenangan di alam persahabatan, terima kasih teman atas tali persahabatan yang suci ini..

" Aku mencintai sahabatku dengan segenap jiwaku. Sahabat yang baik adalah seiring denganku dan menjaga nama baikku sewaktu aku hidup atau selepas meninggal dunia. Kuhulurkan tangan kepada sahabatku untuk berkenalan keranaku akan merasa senang. Semakin ramai sahabat, semakin aku percaya pada diri. Aku selalu berharap mendapat sahabat yang sejati yang tidak luntur baiknya dalam suka dan duka. Jika aku dapat, aku akan setia padanya..Dan aku percaya, aku telah dan sedang mengalami proses mendapat sahabat sejati, abadi di hati, bertemu dan berpisah hanya untukMU Illahi "

ok..saya dengan suke cita, gembira, terharu, bangga, kagum dan lain-lain ingin mengetag teman-teman ini..
..umy
..meera
..farahoreo
..fiza
..meen
..jamilah

*kut panda ah tak mboh wat pun..tiada paksaan dalam membuat tag =D

p.e.r.u.b.a.h.a.n


posted by radhiahsyahida

No comments

Dikala hening subuh, peringatan berkumandang lagi di ruang itu. Kugagahkan anggota mata dan telinga. Berpaling ke kanan, anak-anak itu mula melentokkan kepala mereka. persisku dulu.. hati berbisik dan tertawa.

Salam diberi dan bicara bermula pembuka majlis
"Alhamdulillah kerana kita masih menikmati nikmat dan rahmat Allah swt. Rahmat Allah ini sangat penting kerana manusia akan masuk ke syurga juga kerana rahmat dari Allah.
Hadis Rasululullah s.a.w : Ada 3 keadaan rumah yang tidak dimasuki rahmat Allah. Yang pertama, rumah yang didalamnya terdapat anak-anak yang derhaka. Yang kedua, rumah yang didalamnya terdapat patung-patung. Rumah kita ada tak ju? perhatian cuba dialihkan kepada anak yang hampir terlena itu. Tak.. perlahan saja dijawab, mengantuk punya pasal! beliau menyambung lagi.. Yang ketiga, rumah yang tak dikunjungi oleh tetamu."

" Seterusnya, 3 perkara yang perlu dititikberatkan untuk ibadat solat. Yang pertama, pastikan air sembahyang rata dan sempurna. Kedua, asingkan pakaian untuk tidur dan sembahyang. pandangan beliau teralih kepada anak-anak lelaki yang semakin meningkat remaja itu. dan yang ketiga, jangan sesekali bagi suara kita didengari oleh orang yang sedang sembahyang walaupun perlahan." oh? walaupun suara yang perlahan.. berdosa ke bah? ye.berdosa! dengan tegas dan benar.

pesanan terakhir sebelum bersurai, jangan tidur lepas subuh!~erk..
peluang diambil untuk membelek buku-buku baru di dalam bilik.. note book PLKN milik din dicapai. Helaian demi helaian dibelek, nota-nota biasa dan lagu tema PLKN. hee. lagu inilah yang menjadi bahan usikan oleh kakak-kakak beliau sewaktu mengetahui beliau terpilih menyertai latihan wajib kerajaan itu.
helaian lain diselak lagi, mata tertancap pada sekeping nota yang kukira sebagai peringatan tambahan..

BismilLahirRahmanirRahim

Perkara yang perlu diperbetulkan & dijauhkan dalam hidupku
  • Jauhi percakapan & perbuatan yang sia-sia
  • Jauhi dr sifat mengumpat, takabbur, riya' dan hipokrit
  • Jauhi dr bersangka buruk dgn orang lain
Apa yang perlu diIstiqamah??
  • Qiraat Al-Quran setiap hari
  • Mathurat pagi & petang
  • Sunat Dhuha & Hajat
  • Istighfar sekurang-kurangnya 100x sehari
  • Selawat keatas nabi 100x atau lebih
  • Solat jemaah pada awal waktu
  • Mendengar & memberi peringatan kepada orang lain
  • Berdoa seikhlas hati & bersungguh-sungguh
  • Bersangka baik & menghormati org lain
  • Buat baik setiap perkara liLlahi ta'ala
  • Jadi insan yg bersyukur setiap masa
حاسبوا أنفسكم قبل أن تحاسَبوا
hisablah diri kamu sebelum kamu dihisabkan ( di akhirat kelak)

oh, kerdilnya diri ini disisiNya. Alhamdulillah, ku diberi waktu untuk muhasabah diri. Juga bersyukur melihat si dia yang masih tidak berubah walau ditelan arus zaman. Sekaligus bisa menyangkal dakwaan mereka di luar sana "PLKN mempengaruhi dan mengubah cara hidup peserta" kepada "PLKN tidak mempengaruhi dan mengubah cara hidup semua peserta, Hanya mereka yang tidak tsabat dengan iman dan amal mereka sahaja yang bisa terpengaruh "

P.E.R.U.B.A.H.A.N
Setiap kehidupan (makhluk) boleh berubah (baik->buruk @ buruk->baik)
~izah
dulu jadi mak kepada ebi sahaja. sekarang sudah punya tambahan iaitu krinchi dan boboy sebagai penyejuk mata
video


~izu dan din
dulu punya sepasang mata saja, sekarang sudah tidak bisa memandang jauh tanpa bantuan cermin mata itu.
~nafsi
sentiasa berubah-ubah!

kalau dulu, dia bisa berkata : " kita wajibkan pemakaian sarung kaki di kalangan penghuni asrama sebagai syariat agama, bukan peraturan sekolah semata-mata "
sekarang? pendengaran ditulikan untuk mendengar peraturan agama itu. oh! sedih..

kalau dulu, dia bisa berkata : " couple itu haram! kita jangan involve dgn couple sampai waktu utk ikatan yang betul-betul sah "
sekarang? dengan bangga dia melafakan " ni bf aku.." oh! sedih..

kalau dulu, dia bisa berkata : " benci aku tengok budak tu, pakaian dah la ketat. tergedik-gedik plak tu "
sekarang? alhamdulillah dia masih normal tapi pakaian? oh! sedih..

hakikat kehidupan..
" baiknya manusia pada hari ini tidak menentukan baiknya dia esok hari dan buruknya manusia pada hari ini tidak menentukan buruknya dia esok hari hari.."
Apa yang paling penting, kerjasama sentiasa muhasabah diri sendiri! Semoga hidayah dan taufiq Allah sentiasa menemani.

saya di 'bawasir'


posted by radhiahsyahida

1 comment

AlhamduliLlah.. bumi warisan pesisir air bisa kupijak lagi..


dan.. kutemui lagi wajah manis tersenyum sentiasa, wajah tenang hikmah berkata-kata, wajah yang manja ketawa ceria, wajah yang nakal meminta gula-gula, wajah yang hensem gagah si remaja.. wajah yang sentiasa menggamitku untuk pulang ke desa tercinta..

ah..pulang yang sekejap cuma.. tapi, insyaAllah bermakna sentiasa..

hari ni sepagian mengadap laptop demi membahagiakan insan-insan yang ingin menjejakkan kaki mereka ke tangga universiti..din dan kawan-kawannya dengan pilihan yang macam-macam. Ada yang berminat untuk ke DQ. Alhamdulillah, semoga Al-hafiz milik mereka. Ada juga yang ingin ke UIA..hehe..sile-sile..akak amat-amat mengalukan.. teringat tadi pertanyaan sms dari Muiz(kawan ulwan) "kak, apa beza UIA dengan UIAM?" "M tu stand for Malaysia dik..(^_~)v" and buat sape-sape yang tak tahu lagi tu, harap maklum ye. Tak kurang yang berminat dengan nama USIM dan UM..tapi ada satu U itu, tidak saya galakkan mereka pergi ke sana..huhu. Kemudian, datang adik-adik junior KIST..eh,silap la, Imtiaz dah skang ni. Fatin, Ain, Saibah, Tasha..(beberapa orang tak dapat datang).. Mereka yang membahagiakan cikgu-cikgu di sekolah.. Thanx adik-adik, bangga sangat dengan kalian! Tak jemu mereka bertanyakan tentang pengalaman dan apa yang patut dibuat untuk membolehkan mereka ke institusi yang diingini dan paling penting kos yang diidam-idamkan selama ini..
Hari khamis ini, insyaAllah bakal ke kuala berang menjenguk tempat permainan sewaktu masih digelar pelajar sekolah..tapi..cuti sekolah! cikgu takde, pelajar pun takde. Tapi, takpelah..dah janji dengan sue sebab insyaAllah Himpunan Intelektual Imtiaz atau Alumni Kist..saya kurang pasti la.. akan mengadakan kem menuju puncak untuk adik-adik pada bulan 6 ni. So, sue as secretary kena setelkan dengan pengetua..dia ajak pergi jugak..it's ok..yang penting, boleh jumpa sue! =)

esok..jadi pengunjung lib lagi..ada lagi yang tak setel.

ok..ma'assalamah untuk sementara waktu =)

To...


posted by radhiahsyahida

5 comments


..day

~Besday my bro in law (abg dlm undang ek? ;p) kali yang ke brape ye? lupe la..tapi, beliau sangat baik sebab tiap-tiap hari datang ambik kami kat sekolah walaupun jem melanda sepanjang perjalanan..(tiap hari dengar beliau konplem ngn sikap pengguna jalan raya..haha). 'Ala kulli hal, semoga hidup beliau sekeluarga dlm penjagaan Allah swt slalu..ameen


~Ada sambutan maulidur rasul kat sekolah.so, tak payah mengajar..hik3
saya incharge utk pertandingan teka silang kata..macam-macam la jawapan depa bagi..ada
beberapa student ni, klu yang diberi ialah 'dewi syurga'..tapi, tengoklah apa yang depa jawab! ish..ish..influenced by cite indon betul depa ni..
jawapan sbenarnya bidadari la..
group hamas namenye
siap meniarap lagi..huhu
chumel
vs
innocent
~Kak Zi belanja sume cikgu...alhamdulillah! beliau baru dapat gaji sekaligus untuk 3 bulan..(bestnye..) sebab beliau KPLI.

~Pergi masjid Putrajaya malam ni, ustaz Anuar mengajar tarannum
and abg Di seprti biasa as PIC..ecah,on9 tonite ye..rindu! mau sembang..

..morrow

~Cuti sekolah!!!! yey~ haha..first time berasa gembira menantikan cuti sekolah dengan perasaan sebagai seorang cikgu..agak-agak, cikgu-cikgu saya dulu cam gini jugakkah? huhu..cg soo, jgn tipu..hehe :D

~Tak dapat balik ganu lagi!! uwaa.. terlambat beli tiket la..huhu. terlupa plak minggu ni school holiday, so..terpaksa la balik luse pagi.. (akak kat kaunter tu macam perasan je muka frust itu bila mendengarkan sume tiket sudah habess). Apapun, sangat bersyukur sebab dapat jugak balik KT and jika diizinkan Allah, bakal sampai ke losong itu even paling lambat antara budak-budak BAR-Tranung (gg, farah, dayah, by, kak ina, nikhanis, faris)


~Tak dapat join KRIM ke Gombak..maaf ye kalian..ada masalah yang dhiah tak dapat nak elakkan ditambah lagi ngan probs yang dah bagitau kak Kas tu..sori kak Ada @ kak Maryam if terbaca post ni before@ after de program.Ada hal lagi nak bagitau sebenarnya..next liqo' insyaAllah..

~Bakal ikut kak Ti ke Kajang..jika diizinkan Allah, cam banyak je beliau nak kirim barang wat balik Tranung! seronok la budak-budak tu ye..

~Bakal meninggalkan ayat-ayat seperti ini buat sementara waktu..jika diizinkan Allah ''cikgu!!..Raihan kacau saya"
"teacher, can you explain what is foodweb?"
"assalamualaikum ustazah/cikgu/teacher"
"cikgu, hari ni belajar jugak ke?"
"ustazah, nak gi tandas "
"ustazah, nak minum air masak bleh?" -ini soalan yang paling faymes
..hehe..i'll miss them

and yesterday

~Result SPM kluar, congrat bro! Allah dah beri apa yang terbaik and layak untuk hambaNya..even tak sampai apa yang ditargetkan..but,dah ok tu! i'm proud to be ur sis (^_~)v..and also rekod SPM KIST tahun kita dah pecah la bukert..congrats my juniors!! hehhe~ tadi dah sms pengetua, beliau gembira jer..teringat dulu-dulu sir khalil cite, kalo hari nak kuar result, misti cg kluar masuk toilet..mereka lagi la berdebar. InsyaAllah, cuti ni kalo ade kesempatan nak pi jenguk kolebrang jap..rindu bau KILANG MARDEC bila baca post cg Soo hari tu..hehe..

~Last latihan rumah sukan..suke tengok gelagat mereka yang kelakar dan bersemangat. Budak-budak laki semangat depa lain sket bila bab-bab sukan ni..

depa tengah berbincang tentang strategikah? ;p

~Oh lupe..besday esan..huh.beliau telah mencapai apa yang diimpikan..dah seminggu lebih beliau continue with kejuruteraan awam..May Allah protects him under His blessing..Nampaknya, enset goges itu bakal bertukar tuan..hepi! =)

and this sunday..jika diizinkan Allah

~bakal meninggalkan kebisingan kotaraya dan bakal mendengar kebisingan mereka yang berkenaan ini =)

gambar lagi..


posted by radhiahsyahida

3 comments

Hari ni hari 'rabu', pi sekolah hari ni pakai tudung putih 'dresscode' bagi budak UIA..huhu
Terima kaseh buat mereka-mereka yang sentiasa support saya dari kanan atau kiri, depan atau belakang.. semoga Allah membalas jasa bakti kalian.ameen..Hari ini saya sekadar ingin berkongsi sedikit gambar yang sempat saya snap samada disedari mahupun tidak disedari oleh manusia sekeliling..rasa macam tak meriah je blog ni without photos, sebab saya lebih suka ngan gambar..bercerita ni kureng sket :D

2nd day..
Utk aktiviti sampingan, saya suh depa baca puisi kat depan..lebih kurang gini bunyinya..
" chip! chip! chip! chip!
bunyi kicauan burung
berterbangan burung ke sana sini "


Masa latihan sukan antara rumah, ingatkan saya kena guard rumah sukan biru, ghupenye rumah hijau..huhu. tapi saya tak bias, dua-dua rumah saya suka warnanya (bukan atas pagar ye..senget sket..hehe)
Masa watikah pelantikan pengawas, agak lewat sebab ada kekangan tertentu..tringat lor kenangan kat KIST dulu..sir Khalil org kuat badan disiplin and ustazah Maniah org kuat HEM..rindu beliau!
Ini aksi petang semalam yang sempat saya capture! kak mar, tengokla kakok kite ni..orang first time nak dapat baby comel..ameen =)





erm..nak wi mende la ke baby bulan 6 kekgi..? senyuman jela..kui3

saya, mereka dan pengalaman


posted by radhiahsyahida

3 comments

4 hari di alam kanak-kanak, suara saya hampir hilang! huhu..
kak ti kate, ngajo habis reng dekpun..
Apapun saya tak kisah sangat sebab saya rasa memang perlu untuk saya mengajar sedaya upaya yang saya ada.. suara pun kalau dulu volume 2, skang dah jadi volume 4.. tak pun, max volume kut.hehe..kalau tak, memang tenggelam suara cikgu, tak pun ada yang terlentok, tak pun berdiri mintak izin ke toilet. Tapi saya agak, suara yang hampir hilang ni mungkin disebabkan oleh faktor cuaca yang tak menentu kat area KL-Putrajaya ni..so, tak bleh salahkan sessi pengajaran 100%.

Alhamdulillah..so far, ok je.. tak de pun tensen. Bermula 1st day, jumpa je murid terus dorg cakap macam ni " assalamualaikum ustazah " huhu..ade gaya ustazah ek? and then masuk la kelas..masa perkenalkan diri, huhu best-best! sebab nama panjang, so depa pun cam berkerut-kerut je nak mengingatnya..last-last, saya ambik keputusan suh je depa panggil cg dhiah.easy kan? tapi untuk kelas science, ade je panggil teacher..and yang tersyasyul misti panggil ustazah..hahu..ameen~

Balik tadi, abg Di mai ambik..tapi terus ke masjid putrajaya sebab abg di kene urus kelas Tarannum by ustaz Anuar Hasin, 1st winner AQ season 2..so,before turun ofis tadi, masuk la saya and kak Ti ke dalam masjid. Nak dijadikan cite, saya terpandang la segroup gurlz ni.. kenapa saya pandang? sebab tertarik dengan pakaian mereka iaitu jubah besar berwarna biru..actually, jubah biru besar itu disediakan oleh pihak masjid untuk mereka yang tidak proper dalam berpakaian..means tak menutup aurat dengan betul. So, agak malu la bagi mereka yang kena pakai jubah ini..sebab dah sah-sah mereka ini tidak menutup aurat dengan betul.. so, bagi yang dah terkena..takkan la tak bleh fikir lagi keadaan anda itu..buat malu je @ memang anda tak rasa kot. 'audzubillah min dzalik!

Bagi yang non-muslim plak, disebabkan masjid Putrajaya merupakan kawasan pelancongan. Maka, ramailah pengunjung foreigner yang datang.So, depa diwajibkan pakai jubah kaler pink..ok,fine..takpe la kan..But, yang tak leh consider nye..ade ke patut..bila dah ada kat dalam, senang-senang je depa tanggalkan jubah tu time nak bergambar. huh.geram la bila tengok.tapi tak leh nak tegur sebab tak reti nak cakap apa kat dorg.. tu la musykilahnya. so, pasni..pihak berwajib memang wajib la amek tindakan..ingat senang-senang je depa nak merendahkan rumah Allah.

p/s: now, i'm already have KWSP account! tadi pagi-pagi, pi sana nek KTM ngan my sis..masa keje dulu, bos tak buat.. so, pasni mudah la sket keje..credit to my sis yang banyak nolong even beliau mengandungi seorang baby yang comel, insya Allah (^_~)v

Plan A vs Plan B


posted by radhiahsyahida

4 comments



er..ape kaitan gambar kat atas ni ek?
alkisahnya bermulalah begini..

12 hari yang lalu..
Saya mendapat panggilan dari my sis yang menanyakan saya samada mahu atau tidak menjadi guru ganti kat sekolah beliau.. maka saya yang excited dengan bidang pendidikan ini terus mengatakan boleh je.. lalu beliau berkata tidak konfem lagi.. kena mendapat persetujuan Guru Besar and pegawai Pejabat Pelajaran Daerah dahulu kerana mereka ingin melihat kelulusan, pengalaman dan sijil-sijil saya. Tapi, kalau dapat maka saya kena mulakan 3hb mac 2009 jugak iaitu sehari selepas saya habis exam last paper iaitu CCT. maka saya pun mengatakan ores (orait+beres).

beberapa hari selepas itu..
Saya menghantar sms kepada my sis menanyakan beliau jadi atau tidak kerana kalau tak jadi saya ingin beli tiket bus untuk pulang ke trg yg terchenta. Srbenarnya, hasrat di hati saya memang ingin pulang rumah kerana saya sangat rindukan mereka di sana tetapi saya berserah kepada takdir, kalau dapat tawaran itu saya tidak akan tolak kerana itu peluang keemasan saya kerana saya sudah apply education course untuk di Gombak nanti.so, itu akan menambahkan lagi pengalaman bekerja saya selain mengajar tuisyen after spm dulu. Tambahan pula, itu minat saya. Kemudian beliau mengatakan kena tunggu lagi. keputusan belum keluar. maka saya pun mengatakan sekali lagi ores. Oleh itu, saya ada 2 plans iaitu plan A : dapat kerje, and pulang trg masa cuti sekolah next week dan plan B iaitu tak dapat keje and pulang trg 3hb malam jugak!

2/3/2009..
Sesudah saya boleh tersenyum gumbira kerana exam sudah habis, sesudah saya mengepost new entry yg kat bawah itu, maka saya sms skali lagi my sis untuk bertanyakan hal itu. Maka beliau lantas meng'call' saya. Beliau mengatakan saya kena datang rumah dia petang ini jugak kerana esok pagi pukul 8 saya kena di 'interview' dulu oleh pegawai PPD..ingat senang ke nak jadi cikgu? saya bertanyakan kpd diri saya sendiri. Maka saya mengatakan ores. Saya sedih kerana akan pulang on the spot..baru plan nak pergi giant and nilai square dengan rumet saya iaitu Rin..maafkan dhiah bah! maka saya pun pulang menaiki teksi Alang bersama Farah yang mahu pulang ke trg terchenta.

pagi semalam jam 7am..
Dalam keadaan pening*, maka kami(saya dan kak ti) pun menaiki rapid KL ke KL Central, dalam rapid KL Kak Ti sudah memberi pesanan dan memberi tips cara-cara untuk menjawab solan 'interview' itu. saya pun mengangguk saja dalam keadaan masih pening* dan berbincang sket2 tentang isu semasa. Sampai sana, ambik pula monorail ke jalan Hang Tuah..sampai di sana, cari punya cari, maka PPD pun kami jumpai.

di PPD..
Saya disuruh masuk ke ofis seorg pegawai bernama En.Johar (saya tak tanya pun tapi nampak nametag kat baju beliau tulis macam huruf itu..hehe), beliau melihat sijil SPM saya (kerana itu je kelulusn tertinggi saya setakat ini). Beliau menanyakan pengalaman kerja saya, alhamdulillah saya dah ada 2 kali pengalaman mengajar(tuisyen je tapinye..). kemudian beliau bertanya, tahu tak apa itu PIPP? maka saya dengan yakinnya menjawab tak tahu..huhu.tapi serius memang saya tak tahu.! Maka beliau mengatakan macam mana nak tanya soalan kalau tak tahu.Maka saya pun explain yang saya not prepared well with this interview sebab baru semalam habis final exam dan baru tahu pasal interview ni(memang xprepare pun, dahla pakai sandal je.nasib beliau tidak perasan). Kemudian, beliau menanyakan saya siapakah Menteri pelajaran Malaysia sekarang? haha..saya pun jawab, sebelum ni yang saya tahu memang Hisyamuddin la..ops, saya ulang skali lagi Dato' Hisyamuddin (mana bleh tak sebut pangkat, kan tu perbezaan darjat bagi depa). Kemudian saya sambung lagi..tapi incik, skang saya tak tahu la sape sebab tak sempat nak ambik tahu..huhu.Beliau uji saya,bukan ke Anwar Ibrahim? maka saya dengan konfiden jawab bukan..huhu.pastu beliau cakap, kabinet menteri pun tak tau macam mana ni..(dalam hati, Pak Lah ngn Najib saya tau la..kekeke.dalam fikiran, saya dah agak Plan B bakal menjadi dan dah nampak bayangan tiket bus ke Trg yg terchenta untuk balik malam tu jugak). Maka, beliau tanya lagi beberapa soalan yang melibatkan psychology.huh! dahla saya bukan budak HS.Tapi alhamdulillah, saya boleh jawab =) pastu, beliau suh saya keluar.

kemudian..
Saya keluar dengan tersengih-sengih ke arah Kak Ti.Kak Ti tanya macam mana, saya cite la sume..dalam hati, best jugak kalo tak dapat. Tapi kesian jugak Kak Ti dah susah payah.maka saya pun diam je. 5 minit kemudian, Puan Husna memanggil saya.saya pergi. Beliau pun kate U mesti start mengajar hari ni ye. Saya pun apalagi, mestila terkejut..huhu.campur suke jugak seposen sebab berjaya dapat walaupun time tu, penyakit pening* saya menyerang plak..maka, Plan B iaitu pulang ke trg jika tak dapat mengajar tidak dapat dijalankan..sob3.

keluar dr PPD..
Maka saya call ummi.sebab bagitau sedih tak boleh balik, gembira sebab dapat mengajar and cerita pasal penyakit pening* saya itu. Maka beliau terkejut dan nasihat macam-macam. Pastu, saya call plak Xida sebab yang lain ada exam pagi tu..beliau mengucap congratulation dan memanggil saya cg dhiah..ahha.malunya! Maka, saya pun ingin mengundang simpati beliau dengan menceritakan jugak penyakit pening* saya itu. Beliau juga terkejut.

kemudian..
Kami naik lagi monorail, saya plak belanja Kak Ti sebab saya dapat keje..hehe.sampai ke KL Central, kami berjalan kaki ke Sek.Keb. La Salle 2 Brickfileds yang hanya 15 minit dari KL Central. Waktu itu, jam 10.40 am. ofis cikgu masih tiada orang kerana sekolah yang saya bakal mengajar itu ialah untuk sessi petang. Sessi pagi ialah untuk SK La Salle 1.yang unik sekolah ini ialah dalam 1 pagar, ada 3 buah sekolah itu SKLS1, SKLS2, dan SMKLS. Maka, saya menuju ke meja cg Adnan iaitu guru yg saya kena ganti itu. Saya kena study dulu sebab dah lama tinggal science..last tengok pun, masa Izah@Izu suh ajar dulu.tu pun tak ingat bila.dah lama sangat..Maka saya terkejut pabila melihat jadual kelas iaitu saya kena mengajar science kelas 5A&5B, BM kelas 2A, KH kelas 3A, dan PJ kelas 6B. Dalam fikiran saya, nak ajar apa la PJ nanti. Lalu teringatkan member KIST, iaitu Bukert yang memang bakal jadi cg PJ fil mustaqbal itu.insyaAllah. kemudian Ain call saya,saya cite kat Ain..Ain gelak..huhu.kemudian Ain bersimpati atas penyakit pening* saya itu. Saya mengadu puas-puas kat Ain..sempat lagi beliau pesan, jangan kuar loghat ganu plak masa ngaja BM nanti..yela, pekat sangat cakap ganu dekpun sampai Ain pun dah terikut sket2..huhu.

maka..
Sessi belajar pun dah nak start..saya buat-buat confident..hehe.Kak Ti pesan, jangan bagi muka sangat kat budak-budak tu..first impression tu penting sebab kalo awal-awal dah lembut,nanti dorg naik muka..sekolah budak laki saja ni kena ajar cara lain sket..kata Kak Ti. Lorr..saya baru tahu ini sekolah budak laki-laki sahaja..cabaran ni! huhu.. Saya pun angguk je.masuk 5B, mengajar SC in english.. banyak sebenarnya nak buat kesimpulan tentang this subject tapi lain kali ajelah..kemudian, pas solat zohor.masuk 2A plak untuk BM. Sessi taaruf bermula, saya kenal ngan sorang student ni nama Hakimi..huhu. terus teringat kat anak murid saya masa ngaja kat tuisyen lepas spm dulu.dahla nama sama, kecik pun sama, tapi Hakimi dulu manja yang baik dan comel..huhu. yang skang saya tak tau lagi.usaha untuk mengenali.tapi saya takkan jadi bias to all my precious students..

sepanjang hari ni..
Dah jumpa Guru Besar(tapi tak besar mana pun.huhu).cg Sarjit Singh a/l Sarban Singh tapi beliau sangatla baik..kata-kata saya ini diakui sendiri oleh Kak Ti. kemudian kenal cg-cg kat situ..tapi saya tak mampu nak sembang banyak kerana penyakit pening* itu slalu menyerang saya secara tiba-tiba..dahla macam klaka sket..sbb saya paling muda kat situ. Saya 18 tahun, 9 bulan 14 hari, mereka plak overall 23++..cam segan pun ade jugalah sikit-sikit. kemudian, cg Adnan dtg skejap, bagi explaination..so far, alhamdulillah..tak ada lagi masalah dan insyaAllah takkan ada masalah dalam tempoh saya mengajar yang tak berapa lama sangat ni..

* pada pukul 4 pagi lebih sket2 semalam, saya telah diuji lagi oleh Allah swt..membuatkan saya pitam dan hampir kurang waras seketika. Alhamdulillah, Allah itu Maha Penyayang. Nyawa saya masih tidak diambil. Pening itu timbul akibat musibah itulah..saya cuba positif dengan ujian tadi, mungkin kafarah dari Allah swt atas dosa-dosa lalu yang terlalu banyak. kemudian say bersyukur dan berharap agar ye jawapannya kerana saya mengharapkan agar perhitungan dosa-dosa saya berkurangan di akhirat kelak..ameen! sekadar itu stakat ini. harapan saya dari kalian, doakanlah saya agar semakin sembuh..ummi suruh pergi klinik, tapi insyaAllah boleh bertahan lagi..saya kuat! dan alhamdulillah disaat saya mengepost ni, sakit saya dah berkurangan, cuma datang sekali-sekala gitu je.. =)

hari ini & sekarang..
Mau bersiap untuk mengajar subject science kelas 5A..kak ti kate ok je deme ni..i hope so..
1lg, agak2 ape depa panggil saya..cg ct kah, cg dhiah kan..ke cg rasya..haha..nanti la cite..pergi dulu..fight..oh! (^_~)v

p/s : maaf, penulisan saya tidak mengikut skema BM yang betul..huhu

ini sem : special thanks...


posted by radhiahsyahida

No comments

..to Allah swt
~ for giving me this opportunity, nikmat, ujian, exam dan segalanya!
~ Faith with Him, bersangka baiklah kita dengan Allah walau apa sekalipun yang terjadi
~ kalu buat list, sangatlah banyak nikmat Allah! so,bersyukur je dengan segala-galanya


..to setan durjana

~ always disturbing me when i wanna study! make me stronger and muhasabah balik tang mana silap den ni?

..to my beloved famili (lurve and miss them soo much! long time no see..huhu)
ummi & abah
~ 4 ur du'a every 9 am, 5 particular days ago
~ nasihat yang tak putus-putus..pesanan yang berjela-jela tapi kusuka!
~ kasih & sayang yang tak pernah habis.ya Allah, berkatilah hidup mereka! ameen
~ everything dat i dunno but Allah knows

my sibling
~ support me 4 dat evidence..alhamdulillah, org lega dah skang =)

~ buzz me with environment snowflakes on YM when i busy (tapi besh gop main baloh gitu ngan die kak mar op. we love to disturb each other kan?haha.)

~ tolong ziarah, wat balik barang, the Van Houten peneman tensen n segala macam lagi (kak ti & abg di, mekaseh! orang tau ye akan baca post ni masa gi masjid kekgi..jurruh guh!he he.)

~ i miss you my ustaz! my bro who is attending PLKN rite now..seminggu skali je bleh dengo tazkirah beliau..huhu

~ sms, calling (rindunya nak jumpa budak-budak kecik di rumah..bleh main wonderpets izah iaitu ebi dan cik arnab)

..to my greatest lecturers
(ustzh Mazlina, ust Maad, ust Majid, ust Yunus dan sir El and beberapa lecturer scr lansung & tak lansung)
~ i learnt to have another mum and dads here!

~ Ya Allah, berkatilah guru-guruku dan segala ilmu yang diajar mereka padaku..dan jadikanlah aku orang yang beramal dengan ilmu bermanafaat itu.ameen!
~ syukron jazeelan 'ala kulli 'ulum minkum..baarakallahu fiikum

madam bad
~ teachs me the real meaning of 'trust', 'beware' and 'laws'
~ proud to have u as our principal

..to my beloved friends
ecah, grah, deejah, farah
from 1st step, we walk together

~ sometimes, when i fall down and u lend your shoulders..terima kaseeh sahabat =)

~ serius! rindu halaqah kita masa kelas ust zamakh dulu! sangat besh~

~ kenangan suprise cake for ecah..haha.best actor tu! lagi, rehlah no tensen itu..sangat suke! ecah, buat la lagi...

~ wherever i go, our memories will take part deeply in my heart.. insyaAllah


umy, intan, echa, hana
very closest classmates

~ penasihat terbaik dalam diari hidup dhiah..! kalian insan istimewa..masyaAllah! tabarakallah!

~ always buzz me with environment falling heart (intan) even tahu dhiah invi..hehe. 'rasya the invisible girl' intan ye? hehhe
~ support me when i need sumone beside..
~ alhamdulillah,i got ilmu yang bermanfaat dari kalian! menjadi yang sejati untuk ke tempat yang hakiki.also how to be myself. teaching is sharing. sharing is caring. caring is loving.


ain, xida, meen, rin, tkah, ema, nisa, anis,syima, rina-gombak-

the bestest and 'nakal' roomates
~ menjadi makaaan utkku melepaskan perangai 'bukan orang tua' hehe..tenkiu kawan!

~ help me when i face the unexpected situation! (memang x pernah jangka terjadi perkara cam ari itu..naasib de korang..huhu..sob3)

~ i lurve everything dat we had together..memori itu indah..indah itu abadi..abadi itu dehearty
~ pusat pengumpulan loghat ganu, klate, perak, kedah, selangor (jawa..hehe), johor, nogori, and sabah bah!

~ jgn lupa saling contact nanti tau..e.g: walau ain kat mahalah sumayyah, dhiah kat mahalah aminah..kekeke. gunakan medium yang kita cipta itu..okes?


BAR's students
~ fil haqiqat, uriidu an asyrah syaian 'an haa'ulaai tolabah..walakin rubbama la yakhfil waqt al-aan, lau hakaza..insyaAllah fil mustaqbal..sofhatul ukhra yer..
~ bikhtisor, masyaAllah..antum/tunna mumtaazun la siyyama fil juhd wassobr..fassobrun jameel (^_*)

..to others

dia

~ yang salu sakat and kena sakat oleh budak baik ini..haha..thanx 4 ur gud advises, to discover the best way in my life.
~ may Allah bless ur life also..to achieve everything u dream because i know u like to dream more..haha.kan?

dia

~ yang tak pernah terjangka akan hadir menguji kesabaranku di akhir musim ini! nasib baik masih punya iman..insyaAllah, tiada kesumat di jiwa
~ mengajarku untuk berfikir secara positive, creative and critical.huh,am I a critical thinker?:p


mereka
~ yang selalu nasihat saya, support saya, bantu saya, tegur saya, etc..
~ Allah jualah yang berhak membalas jasa itu..syukur dipertemukan kalian

next..

erk..panjang la plak. apepun special thanks ni actually tuk sume yang penah bertemu hidup dgn saya, tak kira la..
mak guard ke, pak cik cafe CFS ke, pak cik teksi ke, penghuni blok A, B, C, D, E, F dan sume la..

mungkin ada jasa kalian yang terlupa saya nak hargai..because all of u complete me! syukron jazeelan! juga maaf atas segalanya, disedari mahupun tidak~ selepas ini, saya mahu hidup tenang,insyaAllah.

hidup ini terlalu indah bila kita menghargai dan dihargai, memaafkan dan dimaafkan! sentiasa positive dan teruskan positive dengan segala yang mendepani!

p/s : i have 2 plans with my sis after this..hoho..both of it, i like! but, kire cam back up plan la. if plan A tak jadi, go through with plan B..huhu.hidup itu simple! dont make it complicated!

ok..time's up..mau kemas itu barang~

[fellow followers]