Plan A vs Plan B


posted by radhiahsyahida

4 comments



er..ape kaitan gambar kat atas ni ek?
alkisahnya bermulalah begini..

12 hari yang lalu..
Saya mendapat panggilan dari my sis yang menanyakan saya samada mahu atau tidak menjadi guru ganti kat sekolah beliau.. maka saya yang excited dengan bidang pendidikan ini terus mengatakan boleh je.. lalu beliau berkata tidak konfem lagi.. kena mendapat persetujuan Guru Besar and pegawai Pejabat Pelajaran Daerah dahulu kerana mereka ingin melihat kelulusan, pengalaman dan sijil-sijil saya. Tapi, kalau dapat maka saya kena mulakan 3hb mac 2009 jugak iaitu sehari selepas saya habis exam last paper iaitu CCT. maka saya pun mengatakan ores (orait+beres).

beberapa hari selepas itu..
Saya menghantar sms kepada my sis menanyakan beliau jadi atau tidak kerana kalau tak jadi saya ingin beli tiket bus untuk pulang ke trg yg terchenta. Srbenarnya, hasrat di hati saya memang ingin pulang rumah kerana saya sangat rindukan mereka di sana tetapi saya berserah kepada takdir, kalau dapat tawaran itu saya tidak akan tolak kerana itu peluang keemasan saya kerana saya sudah apply education course untuk di Gombak nanti.so, itu akan menambahkan lagi pengalaman bekerja saya selain mengajar tuisyen after spm dulu. Tambahan pula, itu minat saya. Kemudian beliau mengatakan kena tunggu lagi. keputusan belum keluar. maka saya pun mengatakan sekali lagi ores. Oleh itu, saya ada 2 plans iaitu plan A : dapat kerje, and pulang trg masa cuti sekolah next week dan plan B iaitu tak dapat keje and pulang trg 3hb malam jugak!

2/3/2009..
Sesudah saya boleh tersenyum gumbira kerana exam sudah habis, sesudah saya mengepost new entry yg kat bawah itu, maka saya sms skali lagi my sis untuk bertanyakan hal itu. Maka beliau lantas meng'call' saya. Beliau mengatakan saya kena datang rumah dia petang ini jugak kerana esok pagi pukul 8 saya kena di 'interview' dulu oleh pegawai PPD..ingat senang ke nak jadi cikgu? saya bertanyakan kpd diri saya sendiri. Maka saya mengatakan ores. Saya sedih kerana akan pulang on the spot..baru plan nak pergi giant and nilai square dengan rumet saya iaitu Rin..maafkan dhiah bah! maka saya pun pulang menaiki teksi Alang bersama Farah yang mahu pulang ke trg terchenta.

pagi semalam jam 7am..
Dalam keadaan pening*, maka kami(saya dan kak ti) pun menaiki rapid KL ke KL Central, dalam rapid KL Kak Ti sudah memberi pesanan dan memberi tips cara-cara untuk menjawab solan 'interview' itu. saya pun mengangguk saja dalam keadaan masih pening* dan berbincang sket2 tentang isu semasa. Sampai sana, ambik pula monorail ke jalan Hang Tuah..sampai di sana, cari punya cari, maka PPD pun kami jumpai.

di PPD..
Saya disuruh masuk ke ofis seorg pegawai bernama En.Johar (saya tak tanya pun tapi nampak nametag kat baju beliau tulis macam huruf itu..hehe), beliau melihat sijil SPM saya (kerana itu je kelulusn tertinggi saya setakat ini). Beliau menanyakan pengalaman kerja saya, alhamdulillah saya dah ada 2 kali pengalaman mengajar(tuisyen je tapinye..). kemudian beliau bertanya, tahu tak apa itu PIPP? maka saya dengan yakinnya menjawab tak tahu..huhu.tapi serius memang saya tak tahu.! Maka beliau mengatakan macam mana nak tanya soalan kalau tak tahu.Maka saya pun explain yang saya not prepared well with this interview sebab baru semalam habis final exam dan baru tahu pasal interview ni(memang xprepare pun, dahla pakai sandal je.nasib beliau tidak perasan). Kemudian, beliau menanyakan saya siapakah Menteri pelajaran Malaysia sekarang? haha..saya pun jawab, sebelum ni yang saya tahu memang Hisyamuddin la..ops, saya ulang skali lagi Dato' Hisyamuddin (mana bleh tak sebut pangkat, kan tu perbezaan darjat bagi depa). Kemudian saya sambung lagi..tapi incik, skang saya tak tahu la sape sebab tak sempat nak ambik tahu..huhu.Beliau uji saya,bukan ke Anwar Ibrahim? maka saya dengan konfiden jawab bukan..huhu.pastu beliau cakap, kabinet menteri pun tak tau macam mana ni..(dalam hati, Pak Lah ngn Najib saya tau la..kekeke.dalam fikiran, saya dah agak Plan B bakal menjadi dan dah nampak bayangan tiket bus ke Trg yg terchenta untuk balik malam tu jugak). Maka, beliau tanya lagi beberapa soalan yang melibatkan psychology.huh! dahla saya bukan budak HS.Tapi alhamdulillah, saya boleh jawab =) pastu, beliau suh saya keluar.

kemudian..
Saya keluar dengan tersengih-sengih ke arah Kak Ti.Kak Ti tanya macam mana, saya cite la sume..dalam hati, best jugak kalo tak dapat. Tapi kesian jugak Kak Ti dah susah payah.maka saya pun diam je. 5 minit kemudian, Puan Husna memanggil saya.saya pergi. Beliau pun kate U mesti start mengajar hari ni ye. Saya pun apalagi, mestila terkejut..huhu.campur suke jugak seposen sebab berjaya dapat walaupun time tu, penyakit pening* saya menyerang plak..maka, Plan B iaitu pulang ke trg jika tak dapat mengajar tidak dapat dijalankan..sob3.

keluar dr PPD..
Maka saya call ummi.sebab bagitau sedih tak boleh balik, gembira sebab dapat mengajar and cerita pasal penyakit pening* saya itu. Maka beliau terkejut dan nasihat macam-macam. Pastu, saya call plak Xida sebab yang lain ada exam pagi tu..beliau mengucap congratulation dan memanggil saya cg dhiah..ahha.malunya! Maka, saya pun ingin mengundang simpati beliau dengan menceritakan jugak penyakit pening* saya itu. Beliau juga terkejut.

kemudian..
Kami naik lagi monorail, saya plak belanja Kak Ti sebab saya dapat keje..hehe.sampai ke KL Central, kami berjalan kaki ke Sek.Keb. La Salle 2 Brickfileds yang hanya 15 minit dari KL Central. Waktu itu, jam 10.40 am. ofis cikgu masih tiada orang kerana sekolah yang saya bakal mengajar itu ialah untuk sessi petang. Sessi pagi ialah untuk SK La Salle 1.yang unik sekolah ini ialah dalam 1 pagar, ada 3 buah sekolah itu SKLS1, SKLS2, dan SMKLS. Maka, saya menuju ke meja cg Adnan iaitu guru yg saya kena ganti itu. Saya kena study dulu sebab dah lama tinggal science..last tengok pun, masa Izah@Izu suh ajar dulu.tu pun tak ingat bila.dah lama sangat..Maka saya terkejut pabila melihat jadual kelas iaitu saya kena mengajar science kelas 5A&5B, BM kelas 2A, KH kelas 3A, dan PJ kelas 6B. Dalam fikiran saya, nak ajar apa la PJ nanti. Lalu teringatkan member KIST, iaitu Bukert yang memang bakal jadi cg PJ fil mustaqbal itu.insyaAllah. kemudian Ain call saya,saya cite kat Ain..Ain gelak..huhu.kemudian Ain bersimpati atas penyakit pening* saya itu. Saya mengadu puas-puas kat Ain..sempat lagi beliau pesan, jangan kuar loghat ganu plak masa ngaja BM nanti..yela, pekat sangat cakap ganu dekpun sampai Ain pun dah terikut sket2..huhu.

maka..
Sessi belajar pun dah nak start..saya buat-buat confident..hehe.Kak Ti pesan, jangan bagi muka sangat kat budak-budak tu..first impression tu penting sebab kalo awal-awal dah lembut,nanti dorg naik muka..sekolah budak laki saja ni kena ajar cara lain sket..kata Kak Ti. Lorr..saya baru tahu ini sekolah budak laki-laki sahaja..cabaran ni! huhu.. Saya pun angguk je.masuk 5B, mengajar SC in english.. banyak sebenarnya nak buat kesimpulan tentang this subject tapi lain kali ajelah..kemudian, pas solat zohor.masuk 2A plak untuk BM. Sessi taaruf bermula, saya kenal ngan sorang student ni nama Hakimi..huhu. terus teringat kat anak murid saya masa ngaja kat tuisyen lepas spm dulu.dahla nama sama, kecik pun sama, tapi Hakimi dulu manja yang baik dan comel..huhu. yang skang saya tak tau lagi.usaha untuk mengenali.tapi saya takkan jadi bias to all my precious students..

sepanjang hari ni..
Dah jumpa Guru Besar(tapi tak besar mana pun.huhu).cg Sarjit Singh a/l Sarban Singh tapi beliau sangatla baik..kata-kata saya ini diakui sendiri oleh Kak Ti. kemudian kenal cg-cg kat situ..tapi saya tak mampu nak sembang banyak kerana penyakit pening* itu slalu menyerang saya secara tiba-tiba..dahla macam klaka sket..sbb saya paling muda kat situ. Saya 18 tahun, 9 bulan 14 hari, mereka plak overall 23++..cam segan pun ade jugalah sikit-sikit. kemudian, cg Adnan dtg skejap, bagi explaination..so far, alhamdulillah..tak ada lagi masalah dan insyaAllah takkan ada masalah dalam tempoh saya mengajar yang tak berapa lama sangat ni..

* pada pukul 4 pagi lebih sket2 semalam, saya telah diuji lagi oleh Allah swt..membuatkan saya pitam dan hampir kurang waras seketika. Alhamdulillah, Allah itu Maha Penyayang. Nyawa saya masih tidak diambil. Pening itu timbul akibat musibah itulah..saya cuba positif dengan ujian tadi, mungkin kafarah dari Allah swt atas dosa-dosa lalu yang terlalu banyak. kemudian say bersyukur dan berharap agar ye jawapannya kerana saya mengharapkan agar perhitungan dosa-dosa saya berkurangan di akhirat kelak..ameen! sekadar itu stakat ini. harapan saya dari kalian, doakanlah saya agar semakin sembuh..ummi suruh pergi klinik, tapi insyaAllah boleh bertahan lagi..saya kuat! dan alhamdulillah disaat saya mengepost ni, sakit saya dah berkurangan, cuma datang sekali-sekala gitu je.. =)

hari ini & sekarang..
Mau bersiap untuk mengajar subject science kelas 5A..kak ti kate ok je deme ni..i hope so..
1lg, agak2 ape depa panggil saya..cg ct kah, cg dhiah kan..ke cg rasya..haha..nanti la cite..pergi dulu..fight..oh! (^_~)v

p/s : maaf, penulisan saya tidak mengikut skema BM yang betul..huhu

4 comments

[fellow followers]