Dikala hening subuh, peringatan berkumandang lagi di ruang itu. Kugagahkan anggota mata dan telinga. Berpaling ke kanan, anak-anak itu mula melentokkan kepala mereka. persisku dulu.. hati berbisik dan tertawa.
Salam diberi dan bicara bermula pembuka majlis
"Alhamdulillah kerana kita masih menikmati nikmat dan rahmat Allah swt. Rahmat Allah ini sangat penting kerana manusia akan masuk ke syurga juga kerana rahmat dari Allah.
Hadis Rasululullah s.a.w : Ada 3 keadaan rumah yang tidak dimasuki rahmat Allah. Yang pertama, rumah yang didalamnya terdapat anak-anak yang derhaka. Yang kedua, rumah yang didalamnya terdapat patung-patung. Rumah kita ada tak ju? perhatian cuba dialihkan kepada anak yang hampir terlena itu. Tak.. perlahan saja dijawab, mengantuk punya pasal! beliau menyambung lagi.. Yang ketiga, rumah yang tak dikunjungi oleh tetamu."
" Seterusnya, 3 perkara yang perlu dititikberatkan untuk ibadat solat. Yang pertama, pastikan air sembahyang rata dan sempurna. Kedua, asingkan pakaian untuk tidur dan sembahyang. pandangan beliau teralih kepada anak-anak lelaki yang semakin meningkat remaja itu. dan yang ketiga, jangan sesekali bagi suara kita didengari oleh orang yang sedang sembahyang walaupun perlahan." oh? walaupun suara yang perlahan.. berdosa ke bah? ye.berdosa! dengan tegas dan benar.
pesanan terakhir sebelum bersurai, jangan tidur lepas subuh!~erk..
peluang diambil untuk membelek buku-buku baru di dalam bilik.. note book PLKN milik din dicapai. Helaian demi helaian dibelek, nota-nota biasa dan lagu tema PLKN. hee. lagu inilah yang menjadi bahan usikan oleh kakak-kakak beliau sewaktu mengetahui beliau terpilih menyertai latihan wajib kerajaan itu.
helaian lain diselak lagi, mata tertancap pada sekeping nota yang kukira sebagai peringatan tambahan..
BismilLahirRahmanirRahim
Perkara yang perlu diperbetulkan & dijauhkan dalam hidupku
oh, kerdilnya diri ini disisiNya. Alhamdulillah, ku diberi waktu untuk muhasabah diri. Juga bersyukur melihat si dia yang masih tidak berubah walau ditelan arus zaman. Sekaligus bisa menyangkal dakwaan mereka di luar sana"PLKN mempengaruhi dan mengubah cara hidup peserta" kepada "PLKN tidak mempengaruhi dan mengubah cara hidup semua peserta, Hanya mereka yang tidak tsabat dengan iman dan amal mereka sahaja yang bisa terpengaruh "
P.E.R.U.B.A.H.A.N
Setiap kehidupan (makhluk) boleh berubah (baik->buruk @ buruk->baik)
~izah
dulu jadi mak kepada ebi sahaja. sekarang sudah punya tambahan iaitu krinchi dan boboy sebagai penyejuk mata
Salam diberi dan bicara bermula pembuka majlis
"Alhamdulillah kerana kita masih menikmati nikmat dan rahmat Allah swt. Rahmat Allah ini sangat penting kerana manusia akan masuk ke syurga juga kerana rahmat dari Allah.
Hadis Rasululullah s.a.w : Ada 3 keadaan rumah yang tidak dimasuki rahmat Allah. Yang pertama, rumah yang didalamnya terdapat anak-anak yang derhaka. Yang kedua, rumah yang didalamnya terdapat patung-patung. Rumah kita ada tak ju? perhatian cuba dialihkan kepada anak yang hampir terlena itu. Tak.. perlahan saja dijawab, mengantuk punya pasal! beliau menyambung lagi.. Yang ketiga, rumah yang tak dikunjungi oleh tetamu."
" Seterusnya, 3 perkara yang perlu dititikberatkan untuk ibadat solat. Yang pertama, pastikan air sembahyang rata dan sempurna. Kedua, asingkan pakaian untuk tidur dan sembahyang. pandangan beliau teralih kepada anak-anak lelaki yang semakin meningkat remaja itu. dan yang ketiga, jangan sesekali bagi suara kita didengari oleh orang yang sedang sembahyang walaupun perlahan." oh? walaupun suara yang perlahan.. berdosa ke bah? ye.berdosa! dengan tegas dan benar.
pesanan terakhir sebelum bersurai, jangan tidur lepas subuh!~erk..
peluang diambil untuk membelek buku-buku baru di dalam bilik.. note book PLKN milik din dicapai. Helaian demi helaian dibelek, nota-nota biasa dan lagu tema PLKN. hee. lagu inilah yang menjadi bahan usikan oleh kakak-kakak beliau sewaktu mengetahui beliau terpilih menyertai latihan wajib kerajaan itu.
helaian lain diselak lagi, mata tertancap pada sekeping nota yang kukira sebagai peringatan tambahan..
BismilLahirRahmanirRahim
Perkara yang perlu diperbetulkan & dijauhkan dalam hidupku
- Jauhi percakapan & perbuatan yang sia-sia
- Jauhi dr sifat mengumpat, takabbur, riya' dan hipokrit
- Jauhi dr bersangka buruk dgn orang lain
- Qiraat Al-Quran setiap hari
- Mathurat pagi & petang
- Sunat Dhuha & Hajat
- Istighfar sekurang-kurangnya 100x sehari
- Selawat keatas nabi 100x atau lebih
- Solat jemaah pada awal waktu
- Mendengar & memberi peringatan kepada orang lain
- Berdoa seikhlas hati & bersungguh-sungguh
- Bersangka baik & menghormati org lain
- Buat baik setiap perkara liLlahi ta'ala
- Jadi insan yg bersyukur setiap masa
حاسبوا أنفسكم قبل أن تحاسَبوا
hisablah diri kamu sebelum kamu dihisabkan ( di akhirat kelak)
oh, kerdilnya diri ini disisiNya. Alhamdulillah, ku diberi waktu untuk muhasabah diri. Juga bersyukur melihat si dia yang masih tidak berubah walau ditelan arus zaman. Sekaligus bisa menyangkal dakwaan mereka di luar sana
P.E.R.U.B.A.H.A.N
Setiap kehidupan (makhluk) boleh berubah (baik->buruk @ buruk->baik)
~izah
dulu jadi mak kepada ebi sahaja. sekarang sudah punya tambahan iaitu krinchi dan boboy sebagai penyejuk mata
~izu dan din
dulu punya sepasang mata saja, sekarang sudah tidak bisa memandang jauh tanpa bantuan cermin mata itu.
~nafsi
sentiasa berubah-ubah!
kalau dulu, dia bisa berkata : " kita wajibkan pemakaian sarung kaki di kalangan penghuni asrama sebagai syariat agama, bukan peraturan sekolah semata-mata "
sekarang? pendengaran ditulikan untuk mendengar peraturan agama itu. oh! sedih..
kalau dulu, dia bisa berkata : " couple itu haram! kita jangan involve dgn couple sampai waktu utk ikatan yang betul-betul sah "
sekarang? dengan bangga dia melafakan " ni bf aku.." oh! sedih..
kalau dulu, dia bisa berkata : " benci aku tengok budak tu, pakaian dah la ketat. tergedik-gedik plak tu "
sekarang? alhamdulillah dia masih normal tapi pakaian? oh! sedih..
hakikat kehidupan..
" baiknya manusia pada hari ini tidak menentukan baiknya dia esok hari dan buruknya manusia pada hari ini tidak menentukan buruknya dia esok hari hari.."
Apa yang paling penting,
Post a Comment