Archive for January 2009

damm..blood..darah


posted by radhiahsyahida

4 comments

Bersempena dengan blood donation campaign yang dianjurkan oleh Red Cresent Club, berkobar-kobar semangat mereka.. hari jumaat sengaja dipilih memandangkan kesemua mereka tiada kelas pada hari tersebut.

Di pagi hari, berpegangkan kata-kata..
" kami dah derma dulu, mestilah kami lagi! " dan " kami tak takut jarum! " maka beriringlah mereka ke seminar hall untuk menyumbangkan darah-darah mereka yg banyak itu kepada yang memerlukan..

Di seminar hall, dengan penuh riya' ( riya' ala-ala ust majid..hehe ) sebab yakin boleh jadi penderma, dia menyerahkan borang kepada pegawai perubatan bertugas untuk pengesahan sebagai penderma..tapi dengan kuasa Allah..niat dia yang hanya Allah yang tahu itu tidak dapat diteruskan lantaran masalah yang baru sahaja dihidapi iaitu '.......'

on dat time, hanya Allah swt juga lah yang tahu perasaan kekecewaannya itu..
kecewa..sangat kecewa. sedih...dan sangat sedih! kesian dia kan..

Dan lagilah bertambah frust bila mana dia melihat sahabatnya bisa mengalirkan darah mereka kepada yang memerlukan disana.. Oleh kerana tak dapat menderma, maka dia hanya dapat menyaksikan senario orang-orang yang menderma sahajalah.. dalam hati dia, jelesnya..jelesnya..
" ain, nak jugak! "
" ok..nanti pas ni, kita terus cari makanan okey? petang nanti kita pi check lagi.. "
dan dia mula menguntum senyum gumbira =)

Tengah duk tinjau-tinjau orang kena ambik darah, sempat dia berkenalan dgn sorang pekerja Hospital Seremban yang hanya ingin dikenali sebagai Pak Cik Kamaruddin (PCK)..
Dia sangat terhibur dengan gelagat PCK itu, bersahaja dan penuh humor..teringat dia pada abahnya yang berperangai lebih kurang PCK itulah..

" nak..kalau dengar peristiwa-peristiwa pelik zaman sekarang..rasa pelik tak?" PCK bertanya dengan wajah bersahaja..
" pelik jugak kot " jawab meen yang sedang syok berbaring di atas kerusi sambil memegang batang PVC.
" ntah..kadang dah tak pelik sebab dah banyak benda pelik berlaku sekarang " dia juga menjawab selamba.
" dengar tak berita terbaru..kat Hospital Seremban ada baby baru lahir kaki dia kaki ayam.." PCK meneruskan cerita dengan serius
" ha..kaki ayam? takutnya.. "
" tak cantik la dia nanti besar kan " PCK meneruskan ceritanya.
" ye la..kesian baby tu..dah takdir dia kena macam tu "
PCK dah mula senyum-senyum manusia melihat gelagat meen dan dia..
" nak..memangla semua baby lahir berkaki ayam..tak de yang pakai kasut kan? " PCK mula tergelak..
" ish..terkena ghupenye..! takpe PCK..takpe..hehhe "

Kerana dia bukan penderma darah, maka sempatlah dia dan PCK bertukar-tukar teka-teki..hihi..itulah kegemaran dia sejak dulu lagi..suke teka-teki tapi tak pernah nak betul bila jawab..erk..


Balik dari seminar Hall, mereka singgah di cafe blok E..mata dia hanya mencari itu '......' ya itulah!

kul 3.50ptg

Sekali lagi misi diteruskan, dengan harapan yang sangat3 menggunung..iaitu menderma darah..itu saja~

Dia berdebar tak terkira masa nak buat second checking blood, bukan sebab takut jarum tapi takut darah tak jatuh! huhu..
suspen..suspen..darah disedut dari jari lantas dititiskan ke dalam bekas yg ade ape ntah (lupe lar..lame tinggal kimia dekpun)..
tunggu punya tunggu, darah tenggelam perlahan-lahan dalam cecair tu..
" kak..dapat tak? " dia meminta kepastian walaupun dah agak macam tak dapat..
" tak boleh la dik..zat besi adik memang tak cukup ni.. " kalau cukup zat besi, bila dititiskan darah dalam cecair tu..darah akan tenggelam dengan serta-merta.
" kan tenggelam jugak walaupun lambat, tak boleh jugak ke? " ish..menegakkan benang yang basah btul la dia ni!
" tak boleh dik..adik kena tolong diri sendiri dulu sebelum nak tolong orang lain..nanti effect pada adik "
" hurm..k lah..terima kasih akak ye " dia berlalu dengan muka frust =(

Beberapa minit lepas tu ( tak balik lagi..)
" akak, nak try lagi skali boleh? hehe.." dia ingin mencuba nasib lagi..
" ok..meh try kat sini " panggil pegawai satu lagi yg tengah free..
Proses sama dilakukan..sampai turn nak titis darah dalam bekas, memang lawak sungguh..bukan tenggelam lambat..tapi tak tenggelam lansung! huh~
memang sah dan dah sah tak boleh dan akhirnya dia redha..lambat sungguh nak terima hakikat! Itulah manusia biasa yang kadang kala tak lari dari perasaan nak jugak apa yang dia nak.

" hurm..datang sini,dapat suntik kat jari jela..dah la 3 kali..huhu "

Dan sekali lagi dia sempat jumpa PCK yang humor itu..
sambil tengok-tengok orang kena derma darah, sempat la dia bersembang ngan PCK
" anak orang mana? "
" terengganu. " dia jawab ringkas
" kalau anak balik ke terengganu,biasanya berapa jam? "
" biasanya 8jam kot pakcik..tu pun kalau berenti lame "
" ish..kenapa pakcik pergi sana biasanya 1 jam je.." PCK tersengih..
" Pak cik nak pekena kami lagi ye? " dia mula mengesan taktik nakal PCK itu..
" ye la..jam pakcik 1 je " PCK mula tergelak sambil menunjukkan jam di tangannya..
" adus..kita terkena lagi la ain! "


Sambil menunggu tikah siap, mereka sembang lagi..

" nak, orang bagitau kat sini boleh solat ye " tanya PCK sambil menunjukkan ke arah bilik kecik di belakang seminar Hall..
" rasenye tak la pak cik.." dia menjawab selamba
" tapi dorang cakap boleh..ada tak tikar sembahyang kat situ? "
" jap eh..biar saya tengok " tanpa memikirkan apa-apa, dia meluru ke bilik itu.
" nak..tak payah la tengok..pakcik tanya ni,ada tak tikar sembahyang? " PCK tersengih lagi..
" mana ada tikar sembahyang! " dia terkena lagi..
pak cik..pak cik..memang besh ar..selamba dan bersahaja! kenangan yang menghiburkan dikala hati dia dilanda duka dan lara.

Di akhir pertemuan,
" pak cik, nanti nak derma darah..saya datang hospital seremban ye! "
" boleh..boleh " PCK tersenyum...

Benar, setiap yang Allah dah tetapkan untuk kita memang sudah cantik suratannya..bertemu dengan orang yang lebih tua darinya,memberi peluang untuk dia menimba sesuatu dari kematangan mereka. mengenangkan ketetapan yang terjadi..lantas dia terfikir, Ain yang tak de pape pun dah nak pitam lepas derma darah, macam mana kalau dia yang tak cukup zat besi itu..huhu..padah nanti! apepun, dia mula belajar untuk redha pada takdir kerana itulah dirinya.. bukan redha kepada setiap nasib tapi redha untuk mengubah kepada yang lebih baik..dengan izin Allah~

to bdk UIA NILAI : sila baca..


posted by radhiahsyahida

3 comments

meh sini nak tulun pomot sket..

to all readers khususan CFS IIUM's students..
antum semua dijemput untuk mengimarahkan Arabic Festival (Mahrojan 'Arobi) anjuran Quranic Language Club, Nilai

ajok sebilik mari deh!

مسابقة المناظرة
Debate Competition

tarikh@date : 29 Jan 2009
sa'ah@time : 8.30 pm
makaan@venue : Seminar Hall
Refreshment?? owh..nanti nak tanya committe QLC dulu deh..hehe~
Judges : Al-fadhil Ust Majid, Al-fadhilah Dr. Madiha

sebenarnya, 28 jan 2009 dah ada untuk 1st session munazoroh..(beshh!)


next..
مسابقة الثقافية
Arabic Quiz
tarikh@date : 31 Jan 2009
sa'ah@time : 8.30 pm
makaan@venue : Seminar Hall

next..
عرض الأفلام
Movie Show

tarikh@date : 10 Feb 2009
sa'ah@time : 8.30 pm
makaan@venue : BBN Mosque Hall
Refreshment?? pun tak tau lagi~
maudu3@tajuk : qissoh haqiqi fil iraq (kisah-kisah sebenar di Iraq: peperangan dsb.)

akhiran..
حفلة الإختتام
Closing Ceremony ( tak silap, ada skali final munazoroh)

tarikh@date : 11 Feb 2009
sa'ah@time : 8.30 pm
makaan@venue : Seminar Hall

mai Ustaz mai! mai Ustazah mai! *_^

سوف أخبر المعلومات والصوار في المستقبل إن شاء الله

informations and photos will be updated later..okies


علينا أن نرتفع هذه اللغة في المستوى الأعلى بإذن رب الجلال

BERSAMA MEMARTABATKAN BAHASA AL-QURAN DI TEMPAT TERTINGGI DAN TERMULIA, INSYA ALLAH

air mata keinsafan


posted by radhiahsyahida

No comments

Seusai solat maghrib berjamaah..Iman terus mencapai alquran dan terjemahan hadiah dari seorang temannya. Lafaz kesyukuran diungkap perlahan kerana masih ada insan-insan yang sudi berhimpun untuk mengabdikan diri padaNya. Sue, Rina, dan Yasmin antara insan yang setia berhalaqah di tengah-tengah ruang bilik study itu sambil menunggu kedatangannya untuk sessi tazkirah..

Hari ni akak bacakan tafsir surah al-syarh ye..

" ha..cuba Sue perhatikan ayat 5 dan 6..kenapa Allah ulang ayat sesungguhnya setiap kesusahan ada kesenangan sebanyak 2 kali? "
" hurm..kenapa ye akak? Sue tak pasti la.. "
" cuba gabungkan 2 ayat tadi..'al'usri' 'alyusro' 'al'usri' 'alyusro'..sebenarnya di sebalik ayat itu, nak jelaskan kat kita bahawa setiap kesusahan ada kesenangan dan setiap kesenangan ada kesusahan.. "
" oo..faham..faham, maknanya kita tak boleh mengeluh la bila ditimpa kesusahan..iye kak Iman? "
" ha'ah min..dan kita juga tak boleh terlalu gembira dengan kesenangan sebab di celah-celah kesenangan, ada kesusahan yang menanti "
Iman meneruskan penerangan tentang ayat-ayat di dalam surah itu..

selepas sessi tazkirah

" Kak Iman, malam ni betul ke madam Suzila nak buat sport check? "
" Ha’ah..insya Allah..akak dengar-dengar macam tu la.. "
" Nasib baik kita tergolong dalam golongan 'sami'na wa ato'na' kan? tak payah susah-susah..hehe"
" betul tu Sue, tak payah susah payah kita nak sembunyikan barang terlarang "
" malam ni tentu ramai la sister yang macam cacing dalam kepanasan kan..hihi "
" ade-ade je Rina ni kan..biar lah diorang dengan cara diorang..semua dah besar, boleh fikir mana yang baik, mana yang tidak..eh, dah azan isya’ tu..jom solat!"

Di dalam bilik..

Aish…pelik semacam je si Fiqa ni..tak pernah aku tengok dia macam ni.. Iman bermonolog sendiri tatkala melihat Afiqa, ahlul ghurfahnya yang tekun mengaji sewaktu dia masuk ke dalam bilik untuk menyimpan telekung sembahyang.

Hurm..husnu zon..mungkin dia dah dapat hidayah Allah..alhamdulillah..patutnya aku bersyukur.. bukannya fikir bukan-bukan..Iman menyalahkan dirinya.

" Woi Fiqa.. lama mana lagi ko nak berlakon tu..? aku tengok dari tadi kau asyik pegang je alquran tu..bukannya nak baca pun! " Zira di atas katil menegur.
" eh kau diam sikit boleh tak..kalau kak Iman dengar, habisla aku…aku tengah sabar la ni..madam blum datang lagi..macam mana aku nak berenti blakon "
" hahaha..padan muka ko..tu la..ambil lagi risiko "

5 minit selepas itu..

" Assalamualaikum…boleh madam masuk? "
" Waalaikumussalam..eh, madam..masuk la.. " lantas Iman, Rina, Yasmin, Sue dan Zira mendapatkan madam untuk menyalami beliau sebagai tanda hormat.
" bagus ye bilik ni..bersih je..boleh madam nak buat checking sket? "
" boleh madam, silakan…" Rina selaku mushrifah bertindak mengiringi madam suzila.
" Awak nama ape? Boleh tanggalkan telekung tak? "
" er..er…er…kejap ye madam " muka Fiqa mula berubah..dia tidak menyangka taktiknya tidak berjaya..
" sis Afiqa..sini kejap..boleh madam bincang dengan kamu? "
Yasmin dan Sue tersengih-sengih melihat Fiqa kantoi di tangan madam..
" Masya Allah..patutla aku tengok dia khusyuk sangat baca quran sambil pakai telekung sembahyang.. nak sembunyikan rambut karat dia dari madam rupanya.. " Iman mengeleng kepala..

Hatinya sedih sekali..dia rasa terpukul dengan pebuatan Afiqa tadi..seolah-olah menghina kemuliaan AlQuran dan solat.. sebelum ini, sudah beberapa kali, dia cuba menasihati Afiqa atas perbuatannya itu tapi nasihatnya itu ibarat mencurahkan air ke daun keladi. Hati Afiqa mungkin masih keras untuk menerima nasihat orang ataupun egonya diletakkan ditahap yang paling tinggi. Iman merasakan dia masih kekurangan cara untuk menjadi seorang da’ie..tapi melihatkan perbuatan Afiqa tadi..hatinya tercalar..bukan kerana kepentingan diri sendiri..tapi dia terguris dengan perbuatan Fiqa yang menggunakan kesuciaan Al-Quran dan memakai telekung sembahyang untuk menutup kesalahannya itu dari pandangan mata seorang manusia biasa.

Dari jauh, dilihat Fiqa sedang menangis.. mereka tidak mahu mendengar butir bicara antara Fiqa dan madam Suzila..kemudian madam keluar dari bilik mereka…Iman menggunakan saat itu untuk membimbing teman sebiliknya itu.

" Fiqa, boleh akak duduk sini? " Iman cuba menyapa lembut..
" duduklah kak… " Fiqa membalas sambil menyapu kesan air mata yang membasahi pipinya itu.
" boleh akak tau kenapa Fiqa warnakan rambut? Serius akak cakap, akak nampak Fiqa lagi cantik dalam keadaan natural "
" Fiqa terpengaruh kak..kawan-kawan Fiqa kat luar semua macam ni, family Fiqa sendiri pun macam ni jugak..macam mana Fiqa nak jadi baik.. " Afiqa menjawab perlahan..tapi Iman dapat merasakan nada penyesalan yang lahir dari sekeping hati yang suci milik Nurul Afiqa itu.
" ok..akak faham keadaan Fiqa..sebenarnyakan Fiqa, Fiqa kena bersyukur datang sini tau..kalau Fiqa tak ditegur hari ni..mungkin Fiqa masih lagi khayal dengan dunia luar yang penuh pancaroba tu. "
" terima kasih kak…tak tau kenapa, sekarang Fiqa rasa tenang sangat..Fiqa tau ? Fiqa dah buat salah dan memang Fiqa menyesal sangat-sangat dengan perbuatan-perbuatan Fiqa dulu..mintak maaf ye kak Iman sebab Fiqa tak pernah dengar teguran akak dan kak Rina selama ni.."
" takpe..setiap yang Allah tetapkan ke atas kita pasti ada hikmah..yang penting, setiap penyesalan kita mesti diikuti dengan perbuatan kita yang baik..berazam dan berubah. Itu yang paling utama.."
" insya Allah kak Iman…akak, tolong Fiqa ye.." Afiqa mula melakarkan senyuman..
" boleh..boleh..insya Allah…akak akan tolong sedaya mampu..lagi satu, Fiqa kena ingat.. selagi kita tak lupakan Allah..insyaAllah, Dia takkan lupakan kita..semakin kita ditimpa ujian yang kadang-kadang membuatkan kita terduduk kaku,hati merintih hiba..itu tandanya kasih sayang Dia semakin kuat untuk kita…Lagipun Allah telah berfirman bahawa Dia tidak akan membebani hambaNya melainkan apa yang termampu dipikul oleh hambaNya itu… "
" terima kasih sangat-sangat kak Iman sebab masih tolong Fiqa walaupun Fiqa dah buat macam-macam dalam bilik ni.. " lantas dipeluknya Iman dengan erat..setulus ikatan seorang muslim terhadap saudaranya..

5.45 am

Iman masih lagi berteleku disamping alquran kesayanganya itu..dia menunggu kedatangan ahlul ghurfahnya yang lain untuk mengimarahkan lagi suasana bilik mereka..
Derap langkah di belakangnya itu semakin hampir..Yasmin barangkali..fikir Iman didalam hatinya..
Dia duduk menyebelahi Iman selepas sejadah dihampar halus..
" Akak, nak solat sekali boleh? " sapa Fiqa..
Terkejut Iman melihat kehadiran Fiqa disisinya..
" eh..apa pulak tak bolehnya..kita tunggu yang lain-lain ye…"
Afiqa mengangguk sambil tersenyum
Hati Iman berbunga ceria..
ya Allah, mudahnya Kau bukakan hatinya..sesungguhnya Engkau Maha Penyayang terhadap hamba-hambaMu ini…Tetapkan hati-hati kami di atas jalan yang lurus ini..janganlah Kau pesongkan hati-hati suci ini sesudah hidayahMu mengunjungi…ameen..

~Hati kecil Iman tersenyum lagi~

..hiwaarrr..


posted by radhiahsyahida

No comments

fittoriq..ila KTM Nilai~


" anak yang kat blakang ni orang mane? "
" orang terengganu pak cik "
" ramai ye orang kat terengganu baru-baru ni.. "
" ha'ah..ramai sangat..penuh ngan orang luar je baru ni "
" tapi pak cik suke la pas menang "
" saya pun suke jugak..hehe..rakyat dah boleh fikir pun sekarang "
" ye la..diorang bagi kat rakyat rm50, diorang ambik rm5 ribu..tapi rakyat terengganu ni bijak..duit orang bagi.. ambik, pangkah orang suruh..tak ikut "

(^_~)
********

fi komuter ( sami'tu..huhu )

" eh..kau ingat tak cg..... dulu, bukan main die mengajar kita kan..macam dia pulak nak ambik spm "
" ha'ah..bawak buku bertimbun-timbun..bagusla cg..... "
" semangat betul dia mengajar kita..tapi, aku rasa ...... sorang je yang dapat A2 "
" em..aku pun dapat D je.. "

....erk?....
********

fi stesen KTM Seremban

" intan, geramnya tengok depa duk beratur kat McD tu.. takde perasaan lansung..dahla ramai melayu plak tu! "
" ha'ah la..ish, camne ni? jom pi tegur nak? "
" jom..jom.. "


" assalamualaikum saudari, maaf menganggu..kami just nak bagitau yang McD ni produk Israel.. kalau kita beli barangan diorang seolah-olah kita membunuh rakyat Palestin "
" .................. "

" ish..intan, die buat muka toye je..geramnye..takde kesedaran lansung! "
" hurm..diorang tak dapat petunjuk lagi tu..nak buat macam mana..takpela..kita dah tegur kan.. "
" eleh..beli McFlurry je kot..baik beli eskrim dalam peti ais tu "

=(
********

fissayarah ila bait ummu naufal

" cik noli, betul ke kita tak boleh derma untuk palestin sesuka hati kat pertubuhan lain? "
" sebenarnya bukan tak boleh, tapi takut tak sampai.. susah orang Hamas nak terima derma dari luar ni.. dulu, ada satu pertubuhan pergi ke palestin untuk sumbangkan derma..tapi tak dapat masuk sebab tak ada link..so, terpaksa diorang panggil wakil aman palestin sebab kita ada link..kalau pertubuhan lain, takut sampai ke pihak yang tak sepatutnya "
" oh..macam tu rupanya, nasib baik tak bagi kat aman malaysia dulu.. "
" baru-baru ni, Dr.Zaik ada pergi sana..bawak derma RM1 juta..sumbangan rakyat Malaysia.. lepas ni pun, Dr. Zaik cakap ada sorang hamba Allah ni nak bagi zakat untuk rakyat palestin sebanyak 1 juta jugak.. "
" ya Allah.. zakat pun dah 1 juta! "

..syukran lillah..


********

fissayyarah..otw balik ke KTM..ba'da rihlah

" kak ana( future doc.), macam mana kak ana bahagikan masa antara family, belajar ngan dakwah? kagumla dengan cara kak ana "
" akak jenis fokus pada setiap perkara yang akak buat..akak dah busy ngan praktikal..so, bila tak de program luar, akak akan spend masa ngan family terutamanya ngan Umar (2 tahun). Kami dah tetapkan yang prioriti untuk tv dikurangkan sebab bila tengok tv..kita akan kurang masa untuk layan anak.. "
" oo..bagusnya macam tu..patutla Umar ni pandai sangat..baru 2 tahun, cakap pun tak pelat.."
" akak banyak bacakan buku-buku untuk dia atau temankan dia main..kadang-kadang, akak belikan cd kisah nabi.bila dia tengok cerita tu, akak akan terangkan mana yang betul, mana yang salah..pastu alhamdulillah, dia akan ikut..hari tu, baru balik dari nursery..dia asyik sebut perkataan 'fuyyoo.. kamera' (maybe kamera tu cantik kut)..pastu, akak suh dia tukar 'subhanallah.. kamera' alhamdulillah..dia ikut "
" hurm..bagusnya cara akak..patutla umar cerdik sangat "
" tapi..jangan abaikan study la..biasanya akak akan fokus untuk study bila Umar dah tido atau waktu subuh "
" akak dulu kena resume ye? "
" ha'ah..tapi, nak kahwin kena bina kekuatan yang cukup..bukan main redah je..alhamdulillah, dia pun ikhwah jugak..dia pun faham la pasal dakwah ni "

=)

alhamdulillah~ pengisian yang bermakna bersama akhowat..mungkin boleh diguna pakai untuk sentiasa memperingati dan mengislahkan diri.. jika diizinkan ALLAH


moodani


posted by radhiahsyahida

No comments

mood bahagia..


21/1/2009
" ain..nanti jam 5 lebih kita gi nilai square eh. nak beli sumting ni ke ummi ngan tok "

" ok! "

jam 5.10 petang
elaika Elahii menyanyi riang, tersentak tuannya yang sebok duk mengadap lektok menyiapkan khuttoh (proposal) untuk subjek bmw.
hurm..kak kamila.. nape ek?
" dhiah, anti datang tak? "

" ya Allah..petang ni ke? "

alamak..cane ni? dahla semangat dah nak pi nilai square ngan ain..takkan nak cancel kut..bila lagi nak pi ni.. saat tu, syaitan terus menghasut dengan pelbagai cara.. dia menzahirkan perasaan marah dalam diri ni..tapi diri sendiri pun tak tau nak marah kat sape..lawan! lawan! hati kecilku menjerit payah.. istighfar banyak-banyak.. aku cuba jugak lawan sedaya mungkin.. cuba matang menghadapi hasutan si syaitan la'natullah itu..

turun dari tangga..

alhamdulillah, jiwaku makin jernih..cuba melahirkan ikhlas dalam diri.. terfikir seketika, insya Allah ada hikmah yang bakal diterima~


di tempat biasa
kutemui lagi wajah-wajah yang sentiasa dahagakan tarbiah..sesungguhnya tak kunafikan bahawa aku merindui halaqah ini. Dengan ilmu yang mencurah-curah dilontarkan dari ustazah, terdetik penyesalan dengan sikapku sebentar tadi..mujur malaikat menjaga dari hasutan si syaitan durjana itu.huh!


hakikat jihad. kucuba teliti bacaan beliau dengan mata hati..

" Allah swt menghina orang yang cuba menjauhi dari jihad ni.. "
" jihad mesti terus berjalan sehingga hari qiamat..tak semestinya berjihad di medan perang, usaha mentarbiah diri sendiri juga adalah jihad " erk..terase ke? alhamdulillah berjaya sampai ^_^
beliau terus berkongsi..
" jangan mengeluh dengan perkara-perkara macam ni..bersyukur dengan cabaran-cabaran semasa di alam belajar spt kena datang usrah, pergi kem dll. sebab itu cabaran yang baik..bila kita dapat melaluinya, akan terasa kemanisan iman..bersyukur juga kerana cabaran yang
diterima bukannya perkara yang melalaikan kita..ada orang di uji Allah swt dengan keasyikan dengan ni'mat dunia..maniskah penghujungnya? " ~terima kaseeh Allah!

***************

mood ceria..

calling umah uda..
~special thanks to xida and ain untuk sama-sama meraikan tok punya hari..
" selamat hari jadi yang ke-79 tok "

" la..hari ni ke hari jadi tok? "
~wah..cucu dia plak yang ingat..hihi.kak mar dok ingat la tapi..ade ke patut, semalam masa ym ngan die..teka la kat die hari ni hari ape? jawab kak mar : hari-hari mau makan. dush! poyo sokmo..
we luv u so much tok!!!

sape-sape tak caye hari ni besday tok, bleh rujuk IC kat bawah ni yer!

tok yang tak suke bergambar..tapi cucu dia ter'over' suke.. nak ambik gambar tok je ni..
tapi dok tau bakpe jadi 4 orang..


fakta tentang tok

ada suami sorang (arwah tok bah..alfatihah untuk beliau yang terchenta..semoga ruh beliau bersama para solihin..ameen)

ada anak 8 orang (along, mak teh, angah, uteh, alang, ummi (acik), ude, cu )
ada menantu 8 orang (cik ani, ayah teh, cik an, teh jah, cik ha, abah (ayah cik), cik nor, pak su
ada cucu 52 orang (dok larat nak tulis rama ngat)

ada cicik 12 orang (dalam alam perut ade 3,4 lagi kot..hehe)


tok pesan : ucap hari jadi ni kena la wi jugok hadioh..^_~
saya jawab : okey tok..bereh2..dun wori! =p

tengok..Allah dah bagi kemudahan..berjaya jugak beli..(^_~)thanx to gg sebab tolong wat alik hadioh ni ke tranung malam esok =) =) =)

kami dah jatuh cinta..


posted by radhiahsyahida

2 comments

pada suatu petang, bertempat di sebuah bilik yang terletak di Blok A, MUSA
" boring ar..jom dengar lagu "
" ha..meh dengar lagu ni.best tau! kite jumpe kat blog kawan ni "
~ sessi mendengar ~
" ha'ah la..bestnye! ulang la lagi..."
" ok2..jom layan lagi..hehe "
" eeh..saya dah jatuh cinta la kat lagu ni..huhu "
" best kan lirik dia..mendalam maksudnya "
JOm kita hayati sama-sama.. ( sambil dengar lagu yang saya dah letak kat bawah tu k.. )

KEIMANAN
Andai matahari di tangan kananku
tak kan mampu mengubah yakinku
terpatri dan tak kan terbeli dalam lubuk hati
Bilakah rembulan di tangan kiriku
tak kan sanggup mengganti imanku
jiwa dan raga ini apapun adanya

Andaikan seribu siksaan
terus melambai-lambaikan derita yang mendalam
seujung rambut pun aku tak kan bimbang
jalan ini yang kutempuh

Bilakah ajal kan menjelang
jemput rindu-rindu syahid yang penuh kenikmatan
Cintaku hanya untuk-Mu
tetapkan muslimku selalu

Bilakah rembulan di tangan kiriku
tak kan sanggup mengganti imanku
jiwa dan raga ini apapun adanya

Andaikan seribu siksaan
terus melambai-lambaikan derita yang mendalam
seujung rambut pun aku tak kan bimbang
jalan ini yang kutempuh

Bilakah ajal kan menjelang
jemput rindu-rindu syahid yang penuh kenikmatan
cintaku hanya untuk-Mu
tetapkan muslimku selalu

Bilakah ajal kan menjelang
jemput rindu-rindu syahid yang penuh kenikmatan
cintaku hanya untuk-Mu
tetapkan muslimku selalu.....

kredit to doc.fais krn memperkenalkan this song..very nice lyrics~ cuba anda hayati lirik yang saya kalerkan merah tu..setiap kali sampai part tu, rasa zukk tibe-tibe..masyaAllah..teringat saya pada para syuhada' di Gaza sekarang..ya Allah, damainya mereka disana. kita?? Allah jua yang lebih mengetahui..

to doc, sori deh lawan tokey skali-skale..huhu..apepun jazakallah.

kulihat mereka dalam tawa


posted by radhiahsyahida

2 comments

semalam

" abah, abah debor dop nak pilihan raya esok?"
" dop pun.."
" bakpe? "
" doh bukan abah jadi calon..^_^"
" erk... " dush kena sutir..huhu


gambar ihsan dari blog cucudagang n internet(sedikit edit)

tengahari tadi

" jah (izah), besh op hari ni? ummi kate jah pegang gambar pak cik wahid duk tepi jalan "
" memang ah.. besh gop tapi boring sebb dok rama pun kat umah "
" ye ah..kalu kak yah ade bleh ngusik ijah op?hehe "
" kak yah gitu sokmo..kak yah, beli bende hadioh ke ummi? "
" jah lu kabo.. "
" kak yah lu.. "
" dop tau gi..ingat nak beli baju kot..jah? "
" jah nak beli kek ke ummi, gi tempah doh maren ngan iju(izu) "
" sungguh? ummi tau dop? "
" dop..nak wat surprise ke ummi..hehe "
" waa..sedap ah ummi "
" tapi jah malu ah nak bayar duit sume seringgit-seringgit..patu jah tuko duit nge ummi..hehe"
" isk..isk..ni la budak-budak..huhu~"
p/s : izah and izu are twin, darjah 5. izu tidak sempat di'interview' sebab sibuk gi ngempen PRK..hehe


beberapa hari sebelum ni

" ummi, besday ummi sehari lepas pilihan raya la.. "
" tu la..kalu pakcik wahid menang, ummi nak suh abah blanje makan "
" woo..best ah budok kecek 2 orang tu tumpang tuah "
" tapi..kalu kalah, malas sambut benda-benda pun.. "
" lor..gitu plop "


jam 12am..18 Januari 2009

" telefon...telefon berbunyi..
ada orang dalam bahagia..
ada orang dalam bahagia, di sana~ "
yes! berjaya jadi orang first wish kat ummi for this year~
thanx to xida and tikah for singing together..

" ummi, nak hadiah mende? "
" lor..menang malam ni hadiah ke ummi la tu "

sanah helwah ya ummi..sayang, cinta, rindu, kaseh ummi jiddan3 karena Allah
hari ini, 18 Januari 2009 genaplah usia ummi 50 tahun
Semoga segala pengorbanan ummi terhadap abah dan kami anak-anakmu yg kadang-kadang nakal ni dibalas oleh Allah, ameen..

juga tak lupa, tahniah untuk rakyat kuala terengganu khususnya dan penduduk Malaysia umumnya atas ke'bekeng'an yang anda buktikan hari ini..saya tidak pernah mendoakan mana-mana parti untuk menang but i just pray " ya Allah, kurniakan kemenangan kepada mereka yang menegakkan agamaMu dengan akidah yang sebenar-benarnya agar bersih hometownku dari ma'asii ". Alhamdulillah, saya rasa doa itu dimakbulkan..terima kaseeh Allah atas hadiah ini~

********************
BERITA GEMPAR

semalam YM ngan kak mar (UM)
" tau op berita tergempar? "
" mende? "
" ade orang letak kepala b*** dalam surau kat kampus orang "
" ha???? sungguh? "
" sungguh! biasa ah tu dekat-dekat PRK(pilihanraya kampus) memang bese sangat ah gitu "
saya rasa tak sanggup nak letak gambar tu dalam blog ni..geram sangat rasa! ni bukan menganggu sensitiviti kaum dah ni tapi sensitiviti agama ISLAM!
kalau nak tahu berita lanjut, anda click ah sendiri kat 2 sites ni
mahasiswakini, malaysiakini

kak mar kate ni sebenarnya fitnah dari satu pihak kepada pihak yang lain..ish deme ni, memang tak de akal la! macam mana nak jadi pemimpin negara kalau kat university pun pemikiran dah cetek tahap bawah dari budak terencat akal..budak terencat akal pun ade perasaan! Allah knows the best~

kubiarkan lagi foto berbicara..


posted by radhiahsyahida

2 comments

gambar ini petanda bahawa hari ni hari jumaat..dats y kereta banyak depan masjid
alhamdulillah..symbol of unity

....................

dihening pagi..
Rehlah ma'ahunna (ecah, farah, djah, grah n dayah)
Taman Tasik Seremban,N.9

" andai diberikan emas permata, kupilih senyumanmu (^_~) "

~ukhuwwah itu mudah dicari, bila didapati sukar dicari ganti~

Seremban Parade
mencari sesuatu yang tak pasti~??
Kami sempat survey kehadiran pelanggan ke kedai-kedai yang diboikot..Alhamdulillah wasyukru lillah sebab ramai yang prihatin walaupun masih ada segelintir muslim yang kurang sensitif. Allah knows the best

:: cerita berdasarkan gambar ::
cuba lihat dan baca dialog pada gambar 1.. (dialog tu saya reka je..hihi)
selepas dialog itu, mereka bangun dan beredar dari McD (dalam hati, alhamdulillah mereka masih prihatin)
tiba-tiba, langkah mereka terhenti di gambar no. 3 ( adus, ingatkan dah nak boikot~)

....................................

selepas solat zuhur..
perhimpunan ' Untukmu Palestin' anjuran Mahalah Representative Council


..........................

benda alah ini diletak sewaktu pemboikotan diwara-warakan secara meluas terutamanya di CFSIIUM..ape kes?

wah! hebat lagi mantop~

bravo ah student yang buat ni!

~Tahniah untuk semua~

~Kita merancang dan Allah juga merancang, namun Allah lah merupakan sebaik-baik perancang~

lawak eh??


posted by radhiahsyahida

No comments

Alhamdulillah Dia masih menyisakan ruang untukku menadah, mendamba ilmu demi redhaNya sore tadi..kukirakan begitu banyak input terkini yang telah kuterima sementelahan jiwa ni meronta-ronta untuk mencari kepastian..demi melihatkan nyawa-nyawa yang tak berdosa kian tumbang ditelan masa. Terimee Kasyehh Ustazah.. (^_~)

Pulang ke MUSA, kudapati bekalan air kehabisan..dah la time maghrib..ikhtiar demi ikhtiar, nasib baik pili bomba jadi mangsa keadaan...terime kasyehh bomba ye~ tiba-tiba, kudengar suara sumbang dari jiran blok sebelah berkumandang melepaskan geram kerana ketiadaan air..hati yang kurang baik terus bersuara, "hish..nape la depa ni..kena uji tade air sket pun dah memekak, tu la.. orang lain pi masjid hangpa tak pi..bak kata ust majid : padan muke! hik3.. " Ish..tak baik betul saya gelakkan orang kan! huhu..

Ha.. bercakap pasal gelak ni..masa midbreak dulu, nak dijadikan cite, pada satu malam...kami (saya, kak ti & kak mar) menghabiskan masa dengan bersembang-sembang sambil menonton tv (walaupun kureng suke tapi bila balik rumah jadi suke plop..erk). Sedang molek masa tu remote gi tekan satu rancangan realiti tv iaitu 'rakyat tak lawak' (bukan nama sebenar) yg agak hot la jugak.. ok, kami pun tengok la kan sebab nak tau ape la yang lawak sangat deme ni..1st peserta, ok la sket.. 2nd, cam buat-buat lawak yang tak lawak la plak.. 3rd... 4th.. 5th.. 6th.. lebih kurang gitu la jugak and sampai la ke salah seorang peserta ni..

Kenapa saya stress kan sangat pasal die ni..saya minat dia? eeh bukan!!! gini, kami 3 orang tengok la dia buat aksi dari awal..perhati lagi..tang mana dia nak buat lawak ni? rasya,marsya dan nursya masing-masing bermonolog~ Dalam tempoh yang diberi tu dari awal sampai pertengahan tade lansung audiens kat studio yang gelak..kami yang kat rumah apatah lagi..sampai la habis masa, kami berpandangan sesama sendiri..erk..sedihnya..tade orang gelak pun dia buat lawak (sebenarnya tade ape pun yg boleh digelakkan sepanjang dia beraksi..) kami yang sedari tadi menanti apa yang dia nak sampaikan jadi macam terkedu plak..sedih pun ade gop 2 posen sebab kesian tengok die ni..dah la muke die sayu je sebab tadop orang wi respon pun sepanjang dia wat aksi..

kenapa saya nak cite sangat pasal ni..i'm not
perfect one to comment other people but i have my own opinion through dis story..apa yg saya lihat, di Malaysia semakin menjadi-jadi (orang ganu kate nebeng) dengan jiwa-jiwa untuk mencapai populariti dengan menyertai program mcm ni.. saya pernah dengar, mereka kata mereka berlawak untuk kepuasan orang lain..ye, saya tak nafikan humor ni kadangkala penting untuk mengubah emosi orang..kawan saya sendiri akan menonton cartoon setiap kali habis exam, dengan alasan nak relax fikiran. Abang ipar saya yang dah 26 tahun tu pun still minat cartoon (spongebob, catdog) dengan alasan menonton cartoon merupakan salah satu ubat stress.

So, kenapa saya cakap macam tu? tak leh eh wat lawak? gini..actually berlawak tu tade salahnya tapi biarlah kena pada tempat. Kadang-kadang tu, nak sangat berlawak sehingga sanggup buat apa saja (berpakaian seperti wanita, menyebut perkataan-perkataan sensitif, aksi kureng sopan).huh! ape kes ni? berpadanan dengan satu hadis :

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم في شأنه

لأن يمتلىء جوف أحدكم قيحا خير له من أن يمتلىء شعرا

maksud hadis nabi : beringatlah lebih baik hati yang kosong itu dipenuhi dengan nanah dari dipenuhi syair (hiburan) yang tidak elok

Lagi satu, saya rasa fenomena program realiti itu sendiri seperti Akademi Fantasi Semata, Tak de Hati nak Berdansa, Pelik-Pelik Azni (bukan nama rancangan sebenar) yang tumbuh bagaikan cendawan menyebabkan manusia (saya,dia dan kamu) kadang-kadang ter'lagho' dengan santapan indah dunia ni tanpa kita sedari yang tu smua salah satu ghazwatul fikr (perang pemikiran) dari barat terhadap islam..jangan terlalu bimbang sebab kita(saya, dia dan kamu) insan~ nasiya = lupa. But, it doesnt mean dat we just ignore our weakness.. but we should try to improve with tazkirah..banyak wasilahnya, gi dengar talk..jika tak mampu, baca buku-buku and risalah agama..jika tak mampu, dengarlah IKIM.FM, pilihan utama ^_*
ha..tak mampu jugak?? bak kata nasih : ikut anda lah heh~

~berhibur tiada salahnya kerna hiburan itu indah~
~hanya pabila salah memilihnya membuat kita jadi bersalah~

correct me if i'm wrong

qissoh semalam wif incik elaziz


posted by radhiahsyahida

No comments

Sebelum ke PJ petang semalam, sempatku buka beberapa blog sahabat-sahabat. Mataku tertancap pada 1 pernyataan dlm blog dia.."menurut kajian dan sumber, kedutaan Palestin di Malaysia merupakan puak Fatah..." hmm..tanpa memikirkan apa-apa, tujuan utama kuteruskan iaitu ke UIA,PJ utk menghadiri forum spt yg kunyatakan dlm entri sebelum ni.

kat Masjid Kolej Malaya ( ada solat hajat sempena palestin sebelum forum bermula )
tiba-tiba, Mursyidah(adik kawan) hantar msg yg menyuruh semua student UIA boikot program mlm ni atas alasan ambassador yg datang tu org Fatah..tergamamku seketika tapi cepat-cepat ku ingat pesan umy.."kita jgn cepat percaya pd assumption, kita tak tau lagi apa yg bakal berlaku kan". Lantas cepat-cepat call Is (ICT student) untuk memastikan berita tersebut. pastu Is cakap la yang tak salah pergi forum tu coz kita boleh tau apa fikrah si Fatah ni..be open minded but be careful with his talk..menilai dengan hati~

lega..huh! nasib baik tak ambik tindakan melulu tadi..
masuk AMF, alhamdulillah sebab tempat paling depan berjaya mendapatkan kami ^_^


Ambassador tu pun memulakan speech beliau, thumma Q&A session begins.Tiba-tiba...AMF Hall yang b'aircond tu tibe-tibe jadi hot..harun jiddan-jiddan!
Rupa-rupanya, soalan yang dikemukan oleh audiens terkena kat batang hidung beliau sendiri. Students skarang ni begitu agresif dengan masallah ummat. Rubbama mereka tak puas hati dengan tindakan Fatah, so..soalan yang ditanya sangat-sangat lah memberi pressure pd incik Elaziz tu..

Antara soalan yg ditanya
~ why hamas and fatah cant collaborate to fight the stupid Zionist?

jawab incik ElAziz

~ you all should responsible to make them unite. Unity is most important way to save gaza. erk..sume terpinga-pinga. tak menjawab soalan pun?
kenapa lak orang lain?..kan ke fatah and hamas tu sendiri yang patut ambil peranan ni..
actually, memang banyak la soalan-soalan yang tak dijawab dengan jelas oleh beliau semalam. takut ngan bayang-bayang sendiri kut..sebab tu, ade sorang audiens ni cakap "please answer my question correctly" huhu~ berani la deme ni.

to kak mar : hehe.caye dop?

Based on my observation, i can conclude that He was trying to cover the Fatah..so now, i'm not regret for attending that forum bcz if not, i dunno what is the real Fatah.. when the ambassador (one of fatahians) deliver his speech, i didnt find dat he is very-very-very concerns about Palestinians like others ~sorry because i'm prejudice but when i discussed with meen (my rumet), she also stands with me.

pas habis..semoga semangat tu kekal.ameen

Tibe-tibe terfikir, rupenye my knowledge tentang isu dunia memang still lemah, nampaknya start hari ni memang kena ubah gaya pembacaan..lebih mengambil berat tentang isu dunia bcz i'm university student...takkan la selamanya nak jadi seperti semut dibawah tempurung kot..


Lastly, I'm very-very upset with some audiences when they didn't respect a foreigner when she stands up to ask a question. kisahnya terjadi when sis tu bangun, beberapa brothers sorak and gelak-gelak..may be, trjadi sumting atr depa behind this forum.ok..sebab tatau pape, buat derk jela..last, when the forum finished, sis tu pergi depan kat tempat MC..sume orang terkejut sbb rupa-rupanya dia mluahkan prasaan sedih ngn sikap segelintir manusia yg gelakkan dia tadi sambil menangis teresak-esak..ya Allah..time tu rase sedih sgt2..boleh depa terus takbir ramai-ramai when sis tu dah habis cakap..apa makna ngan kalimah 'Allah Maha Besar' yang diluahkan tu dengan memalukan saudara seislam sendiri di hadapan khalayak ramai..kalau mcm tu tade gune la nak perjuangkan ummat islam di Gaza kalau muslim foreigner kat tempat sendiri pun tak dihormati.. seolah-olah lembu kat padang dijaga tapi anak sendiri dibiar merata-rata. may be i dunno what happened between them tapi adegan macam tu blh mencerminkn sikap melayu muslim terhadap foreigner yg datang kat Malaysia..


just say what i feel..sorry for everything..correct me if i'm wrong~

i need conversation to gain more knowledge..maybe wif bro.El sbb smalam bro.El yg jadik MC tapi tadi bro lak tak mai ngajaq..last conclude, dont judge the box by it's size!

kubiar foto berbicara..


posted by radhiahsyahida

No comments







untuk mengetahui deklarasi sempena Rapat Umum Palestin semalam, sila click di bawah..
ISMAWEB

خيبر خيبر خيبر يا يهود !
جيش محمد سوف يعود

haqiqat ghairu majaz!


posted by radhiahsyahida

No comments

Alhamdulillah..usai keluar dari qo'ah jam 4.20 tadi..perasaanku lega seketika. Syukur kerana penantian sementara ini sudah berakhir dengan last paper balaghoh tadi.. pun begitu, masih banyak taklifat dunyawi mahupun ukhrawi yang menanti untuk dibereskan. Semoga Allah terus memberi kekuatan untukku,dia dan kamu.. beiznillah.

Sebelum melangkah keluar dari bilik tadi, hp di atas katil kugapai erat.. ditekan-tekan sehingga dialled numbers dijumpai..hurm, my heart di click. salam diberi dan dijawab.. "ummi, doa ke yah ey..kul 3 ekgi nak exam..sampai pukul 4.15..."~as usual. "Se agi, start ari ni..ummi dok leh beli doh barang nestle..kita memang kena boikot sungguh-sungguh product amerika skarang ni..nanti yah wi list ke ummi deh!" ~ehe, sempat lagi pesan..

Alhamdulillah skali lagi sebab Dia permudahkan urusan untuk menyeru sahabat-sahabat, semakin ramai kulihat yang berazam untuk terus memboikot product Azzolimun itu.. ~moga-moga istimror..ameen

katakan TIDAK kepada NESTLE
~reen kate : nasib baik ada choco malt

katakan TIDAK kepada DANONE (biskut weetameal, tiger)
~biskut timbang pun sedap ape.hihi

katakan TIDAK kepada CARRE4
~nasib baik tak pi ari tu..tak nak pi dah! ummi kate : sabasun suda!"harge muroh sokmo"

katakan TIDAK kepada GOHNSON n GOHNSON
~yes! dah habis..

katakan TIDAK kepada NESCAFE
~saya insan anti nescafe :) sky juice itu best!

After this..
NO KFC!~tade cheesy wedges NO McD!~tade McFlurry

Mungkin lepas ni, kena jadik budak lib jugak..huhu..permudahkan kami dengan urusan quttoh dan muhadathah..hari selasa ni, majmuah 3 dah mulakan muhadathah untuk ta'birussyu'ur..ingat semua tau, semoga lughah sout,jism anda mumtaz! bila belajar muhadathah ni baru mengerti kenapa pentingnya makhraj huruf ni.. ' ه dengan ح ' huh..fenin-fenin! keras ngat lidah dekpun~

Se lagi, dijemput sume-sume orang ke program 'Rapat Umum Palestin' anjuran Aman Palestin, ISMA dan beberapa NGO lain yang bertempat di Stadium Melawati Shah Alam pada 10/01/09 jam 9pagi. kalu nak gi ngan transport ISMA, kena kumpul pagi esok kul 7.45 tepat kat Petronas Terminal One..bus persiaran WGH 4308.

sila la click untuk besarkan..

Wa akhiron..
CFSIIUM will be organized a forum entitled
"PALESTINE IN CRISIS : THE ZIONIST WAR ON GAZA AND THE WORLD WATCHES"
Date : 11th January 2009
Venue : Al-Malik Faisal Hall, CFSIIUM PJ
Time : 8.50 PM
Panelists : H.E Mr Abdel Aziz Abou Ghoush (Ambassador of Palestine to Malaysia)
and a representative from AMAN Malaysia

For those who are interested (nilai student), bus will depart in front of block A (5.30PM)
" Let show our support to the palestinians, Allahu Akbar!"

p/s : dok tau bakpe title ye gitu..kena badi exam takdi kot..huhu~

let us..


posted by radhiahsyahida

No comments

This is one of the ways that we have to fight israel la'natullah..please boycott! please boycott! please boycott! for our brothers..for our Ummah..for our true Religion..IsLam..Free Palestin!

lagi barang boycott, click kat bawah ni
ha..sinilah
se lagi..
last click..

**********
06/01/09~lab IWM

petang tadi, masa class muhadathah ngn ust maad(iraqiy)..kami sempat la tanya mcm2 kat ustaz tentang isu ni and our responsiblity as a student n muslim..ustaz cakap if we involve in demonstration etc, it's only wasting our time..no effect.
so,kaif ya ustaz? how about 'boycott'? jawab ustaz : yes! it is the right way..
ustaz habaq, kenapa kita nak beli barang2 amerika if malaysia sendiri mampu hasil product especially makanan..kadang-kadang memangla diakui yg beberapa produk malaysia kureng mutunya dari product depa. Tapi, dalam keadaan sekarang kita kena berkorban la.. Orang Palestin tak da sumber makanan etc boleh lagi bertahan, takkan la kita yg 'rizqun' melambak-lambak ni masih lagi tak bersyukur kan? ustaz bagitau, jika semua negara yg mengimport barangan amerika ni cuba memboikot, tak mustahil ekonomi depa down.. so, sedarkah betapa besarnya peranan kita? just avoid to buy theirs..

Another way ustaz cakap melalui media elektronik, kita boleh menyuarakan ketidak puas hati kita via this technology, sebab depa ni insyaAllah kalau dapat pressure yg tak henti-henti dari semua pihak may be dapat melemahkan lagi kekuatan tentera mereka..contohnya melalui blog, bloggers patut ambil peranan..ini ustaz la cakap..tapi kan dalam masa yang sama nape dhiah and umy saling berpandangan sambil tersengih ye? erk..kita usehe sama-sama ye.. (^_*)

Balik dari class,melewati kedai.. mataku sempat menatap gambar-gambar di dada akhbar.. sedihnya tengok budak-budak kecik jadi mangsa..tak terbayang rasanya kalau benda ni terjadi kat Malaysia..Nauzubillah min zalik!



" ya Allah..beratnya pandangan mataku menatap derita saudaraku, berat lagi jiwa mereka menggalas beban itu.. tabahnya saudaraku di sana, bermain peluru dan senjata.. cekalnya saudaraku di sana, berjuang kerana agama.. Redhailah setiap derap langkah kerana agamaMu itu.. "

kita dan mereka!


posted by radhiahsyahida

No comments




sejak kebelakangan ni..sana sini orang membicarakan isu palestin, kerakusan israel la'natullah, kesengsaraan penduduk palestin. Alhmdulillah, sensitiviti muslim semakin bertambah-tambah dengan isu hangat ini. Berita TV, akhbar harian sibuk membicarakan tentang keadaan mereka di sana. Alkuliyyah pun tak lepas pandang dalam membicarakan hal ini pada hari jumaat lepas. Setiap hari, ade je sms forward bertujuan untuk mendoakan saudara seislam di sana juga untuk menyedarkan masyarakat di Malaysia akan nasib penduduk Palestin ini.

Kalau dulu, isu memboikot barangan israel sudah lama diwara-warakan..namun, pelaksanaanya Allahu'alam..saya sendiri cuba untuk memboikot sedaya mampu terhadap barangan yg dinyatakan tapi kadang-kadang ada jugak yang tak mampu..huhu. Henpon Nokia~ tengok lah sampai seru nanti leh tukar sony ke..satu lagi pasal KFC, dulu memang heboh pasal boikot KFC and beberapa kedai makanan segera. Tapi, satu hari sorang sahabat saya cakap, dia dengar seorang pengkaji (nama lupe daa..) mengatakan KFC sepenuhnya milik Malaysia..saya pun tak pasti kebenarannya..if sape2 yang ada maklumat yg memang tepat, harap dapat share bersama. Hurm..bila mengenangkan cheese wedges, memang tak leh tahan maa..kalaulah saya dapat resepi asal kan best!

click kat sini jika anda ingin tahu apa harapan pejuang palestin terhadap kita..
www.eslamicqueen.wordpress.com

satu berita utk dikongsi..
BUSH BENARKAN ISRAEL LA'NATULLAH MENGGANAS!!!

semoga Allah permudahkan segala urusan mujahidin di bumi al-aqsa..

kerana nila setitik


posted by radhiahsyahida

No comments

when u read this..it doesn't mean dat the writer is perfect one ok..! but..she tries to be..insyaAllah

beberapa hari lalu...
melewati tangga ketika pulang dari pasar malam di Kajang..mataku tertancap ke arah 2 orang kanak-kanak comel bermain-main di atas meja yang terletak di tepi tangga menuju ke lif..ibu mereka turut berada di tepi.Hatiku tertarik untuk memerhati gelagat mereka..

tiba-tiba...

"kenapa buat macam tu?? lempang kang!!"

adus..pendengaranku merasa sakit sekali dengan sebaris kata yang terluah itu..sakit dengan kata-kata yg dilemparkan oleh seorang ibu terhadap anak comelnya yang tidak berdosa. Apakah tidak wujud uslub lain yang sesuai dizahirkan oleh seorang ibu untuk mendidik anak-anak yang masih kecil?


'L.E.M.P.A.N.G' atau dalam erti kata lain tampar atau perkataan yang sewaktu dengannya.. hatiku terusik...biarpun bukan dilemparkan kata-kata itu keatasku tapi aku tidak bisa melihat seorang budak kecil dimarahi oleh ibu mereka dengan kata-kata yang bagiku sangat kesat..bukan dari seorang kawan, bukan dari seorang abang, tapi dari seorang ibu..IBU!


orang boleh cakap, mind ur own bussines.. tapi cuba kita fikir jika hanya dengan kata-kata sebegini mampu mencorak masa depan si budak tadi.. lagipun kajian mengatakan, manusia mula belajar untuk berfikir, mengikut, beraksi ketika di usia mentah ini lah..so, kalau awal2 lagi sudah didedahkan dengan ayat-ayat mcm ni..macam mana ye masyarakat di malaysia nanti??


kadang-kadang orang boleh anggap sesuatu perkataan 'kurang baik' yg diluahkan itu secara remeh-temeh, but it will give the big impact for some situation..semoga nila yang setitik tu tak tumpah ke dalam susu yang satu belanga itu..hurm..satu lagi..ape best lempang? lain kali bagi la maruku ke, lempeng ke, best jugak..hehe..bukan lempeng terbakar la tapi..=)

~sekadar hiasan~

entri kali ni sekadar perkongsian dari penulis untuk sama-sama mengislahkan qoul(percakapan) kita dalam kehidupan seharian..especially with people around us..

" practises make perfect.. but, nobody perfect.. so, don't practise?? " erk..

[fellow followers]