air mata keinsafan


posted by radhiahsyahida

No comments

Seusai solat maghrib berjamaah..Iman terus mencapai alquran dan terjemahan hadiah dari seorang temannya. Lafaz kesyukuran diungkap perlahan kerana masih ada insan-insan yang sudi berhimpun untuk mengabdikan diri padaNya. Sue, Rina, dan Yasmin antara insan yang setia berhalaqah di tengah-tengah ruang bilik study itu sambil menunggu kedatangannya untuk sessi tazkirah..

Hari ni akak bacakan tafsir surah al-syarh ye..

" ha..cuba Sue perhatikan ayat 5 dan 6..kenapa Allah ulang ayat sesungguhnya setiap kesusahan ada kesenangan sebanyak 2 kali? "
" hurm..kenapa ye akak? Sue tak pasti la.. "
" cuba gabungkan 2 ayat tadi..'al'usri' 'alyusro' 'al'usri' 'alyusro'..sebenarnya di sebalik ayat itu, nak jelaskan kat kita bahawa setiap kesusahan ada kesenangan dan setiap kesenangan ada kesusahan.. "
" oo..faham..faham, maknanya kita tak boleh mengeluh la bila ditimpa kesusahan..iye kak Iman? "
" ha'ah min..dan kita juga tak boleh terlalu gembira dengan kesenangan sebab di celah-celah kesenangan, ada kesusahan yang menanti "
Iman meneruskan penerangan tentang ayat-ayat di dalam surah itu..

selepas sessi tazkirah

" Kak Iman, malam ni betul ke madam Suzila nak buat sport check? "
" Ha’ah..insya Allah..akak dengar-dengar macam tu la.. "
" Nasib baik kita tergolong dalam golongan 'sami'na wa ato'na' kan? tak payah susah-susah..hehe"
" betul tu Sue, tak payah susah payah kita nak sembunyikan barang terlarang "
" malam ni tentu ramai la sister yang macam cacing dalam kepanasan kan..hihi "
" ade-ade je Rina ni kan..biar lah diorang dengan cara diorang..semua dah besar, boleh fikir mana yang baik, mana yang tidak..eh, dah azan isya’ tu..jom solat!"

Di dalam bilik..

Aish…pelik semacam je si Fiqa ni..tak pernah aku tengok dia macam ni.. Iman bermonolog sendiri tatkala melihat Afiqa, ahlul ghurfahnya yang tekun mengaji sewaktu dia masuk ke dalam bilik untuk menyimpan telekung sembahyang.

Hurm..husnu zon..mungkin dia dah dapat hidayah Allah..alhamdulillah..patutnya aku bersyukur.. bukannya fikir bukan-bukan..Iman menyalahkan dirinya.

" Woi Fiqa.. lama mana lagi ko nak berlakon tu..? aku tengok dari tadi kau asyik pegang je alquran tu..bukannya nak baca pun! " Zira di atas katil menegur.
" eh kau diam sikit boleh tak..kalau kak Iman dengar, habisla aku…aku tengah sabar la ni..madam blum datang lagi..macam mana aku nak berenti blakon "
" hahaha..padan muka ko..tu la..ambil lagi risiko "

5 minit selepas itu..

" Assalamualaikum…boleh madam masuk? "
" Waalaikumussalam..eh, madam..masuk la.. " lantas Iman, Rina, Yasmin, Sue dan Zira mendapatkan madam untuk menyalami beliau sebagai tanda hormat.
" bagus ye bilik ni..bersih je..boleh madam nak buat checking sket? "
" boleh madam, silakan…" Rina selaku mushrifah bertindak mengiringi madam suzila.
" Awak nama ape? Boleh tanggalkan telekung tak? "
" er..er…er…kejap ye madam " muka Fiqa mula berubah..dia tidak menyangka taktiknya tidak berjaya..
" sis Afiqa..sini kejap..boleh madam bincang dengan kamu? "
Yasmin dan Sue tersengih-sengih melihat Fiqa kantoi di tangan madam..
" Masya Allah..patutla aku tengok dia khusyuk sangat baca quran sambil pakai telekung sembahyang.. nak sembunyikan rambut karat dia dari madam rupanya.. " Iman mengeleng kepala..

Hatinya sedih sekali..dia rasa terpukul dengan pebuatan Afiqa tadi..seolah-olah menghina kemuliaan AlQuran dan solat.. sebelum ini, sudah beberapa kali, dia cuba menasihati Afiqa atas perbuatannya itu tapi nasihatnya itu ibarat mencurahkan air ke daun keladi. Hati Afiqa mungkin masih keras untuk menerima nasihat orang ataupun egonya diletakkan ditahap yang paling tinggi. Iman merasakan dia masih kekurangan cara untuk menjadi seorang da’ie..tapi melihatkan perbuatan Afiqa tadi..hatinya tercalar..bukan kerana kepentingan diri sendiri..tapi dia terguris dengan perbuatan Fiqa yang menggunakan kesuciaan Al-Quran dan memakai telekung sembahyang untuk menutup kesalahannya itu dari pandangan mata seorang manusia biasa.

Dari jauh, dilihat Fiqa sedang menangis.. mereka tidak mahu mendengar butir bicara antara Fiqa dan madam Suzila..kemudian madam keluar dari bilik mereka…Iman menggunakan saat itu untuk membimbing teman sebiliknya itu.

" Fiqa, boleh akak duduk sini? " Iman cuba menyapa lembut..
" duduklah kak… " Fiqa membalas sambil menyapu kesan air mata yang membasahi pipinya itu.
" boleh akak tau kenapa Fiqa warnakan rambut? Serius akak cakap, akak nampak Fiqa lagi cantik dalam keadaan natural "
" Fiqa terpengaruh kak..kawan-kawan Fiqa kat luar semua macam ni, family Fiqa sendiri pun macam ni jugak..macam mana Fiqa nak jadi baik.. " Afiqa menjawab perlahan..tapi Iman dapat merasakan nada penyesalan yang lahir dari sekeping hati yang suci milik Nurul Afiqa itu.
" ok..akak faham keadaan Fiqa..sebenarnyakan Fiqa, Fiqa kena bersyukur datang sini tau..kalau Fiqa tak ditegur hari ni..mungkin Fiqa masih lagi khayal dengan dunia luar yang penuh pancaroba tu. "
" terima kasih kak…tak tau kenapa, sekarang Fiqa rasa tenang sangat..Fiqa tau ? Fiqa dah buat salah dan memang Fiqa menyesal sangat-sangat dengan perbuatan-perbuatan Fiqa dulu..mintak maaf ye kak Iman sebab Fiqa tak pernah dengar teguran akak dan kak Rina selama ni.."
" takpe..setiap yang Allah tetapkan ke atas kita pasti ada hikmah..yang penting, setiap penyesalan kita mesti diikuti dengan perbuatan kita yang baik..berazam dan berubah. Itu yang paling utama.."
" insya Allah kak Iman…akak, tolong Fiqa ye.." Afiqa mula melakarkan senyuman..
" boleh..boleh..insya Allah…akak akan tolong sedaya mampu..lagi satu, Fiqa kena ingat.. selagi kita tak lupakan Allah..insyaAllah, Dia takkan lupakan kita..semakin kita ditimpa ujian yang kadang-kadang membuatkan kita terduduk kaku,hati merintih hiba..itu tandanya kasih sayang Dia semakin kuat untuk kita…Lagipun Allah telah berfirman bahawa Dia tidak akan membebani hambaNya melainkan apa yang termampu dipikul oleh hambaNya itu… "
" terima kasih sangat-sangat kak Iman sebab masih tolong Fiqa walaupun Fiqa dah buat macam-macam dalam bilik ni.. " lantas dipeluknya Iman dengan erat..setulus ikatan seorang muslim terhadap saudaranya..

5.45 am

Iman masih lagi berteleku disamping alquran kesayanganya itu..dia menunggu kedatangan ahlul ghurfahnya yang lain untuk mengimarahkan lagi suasana bilik mereka..
Derap langkah di belakangnya itu semakin hampir..Yasmin barangkali..fikir Iman didalam hatinya..
Dia duduk menyebelahi Iman selepas sejadah dihampar halus..
" Akak, nak solat sekali boleh? " sapa Fiqa..
Terkejut Iman melihat kehadiran Fiqa disisinya..
" eh..apa pulak tak bolehnya..kita tunggu yang lain-lain ye…"
Afiqa mengangguk sambil tersenyum
Hati Iman berbunga ceria..
ya Allah, mudahnya Kau bukakan hatinya..sesungguhnya Engkau Maha Penyayang terhadap hamba-hambaMu ini…Tetapkan hati-hati kami di atas jalan yang lurus ini..janganlah Kau pesongkan hati-hati suci ini sesudah hidayahMu mengunjungi…ameen..

~Hati kecil Iman tersenyum lagi~

[fellow followers]