lawak eh??


posted by radhiahsyahida

No comments

Alhamdulillah Dia masih menyisakan ruang untukku menadah, mendamba ilmu demi redhaNya sore tadi..kukirakan begitu banyak input terkini yang telah kuterima sementelahan jiwa ni meronta-ronta untuk mencari kepastian..demi melihatkan nyawa-nyawa yang tak berdosa kian tumbang ditelan masa. Terimee Kasyehh Ustazah.. (^_~)

Pulang ke MUSA, kudapati bekalan air kehabisan..dah la time maghrib..ikhtiar demi ikhtiar, nasib baik pili bomba jadi mangsa keadaan...terime kasyehh bomba ye~ tiba-tiba, kudengar suara sumbang dari jiran blok sebelah berkumandang melepaskan geram kerana ketiadaan air..hati yang kurang baik terus bersuara, "hish..nape la depa ni..kena uji tade air sket pun dah memekak, tu la.. orang lain pi masjid hangpa tak pi..bak kata ust majid : padan muke! hik3.. " Ish..tak baik betul saya gelakkan orang kan! huhu..

Ha.. bercakap pasal gelak ni..masa midbreak dulu, nak dijadikan cite, pada satu malam...kami (saya, kak ti & kak mar) menghabiskan masa dengan bersembang-sembang sambil menonton tv (walaupun kureng suke tapi bila balik rumah jadi suke plop..erk). Sedang molek masa tu remote gi tekan satu rancangan realiti tv iaitu 'rakyat tak lawak' (bukan nama sebenar) yg agak hot la jugak.. ok, kami pun tengok la kan sebab nak tau ape la yang lawak sangat deme ni..1st peserta, ok la sket.. 2nd, cam buat-buat lawak yang tak lawak la plak.. 3rd... 4th.. 5th.. 6th.. lebih kurang gitu la jugak and sampai la ke salah seorang peserta ni..

Kenapa saya stress kan sangat pasal die ni..saya minat dia? eeh bukan!!! gini, kami 3 orang tengok la dia buat aksi dari awal..perhati lagi..tang mana dia nak buat lawak ni? rasya,marsya dan nursya masing-masing bermonolog~ Dalam tempoh yang diberi tu dari awal sampai pertengahan tade lansung audiens kat studio yang gelak..kami yang kat rumah apatah lagi..sampai la habis masa, kami berpandangan sesama sendiri..erk..sedihnya..tade orang gelak pun dia buat lawak (sebenarnya tade ape pun yg boleh digelakkan sepanjang dia beraksi..) kami yang sedari tadi menanti apa yang dia nak sampaikan jadi macam terkedu plak..sedih pun ade gop 2 posen sebab kesian tengok die ni..dah la muke die sayu je sebab tadop orang wi respon pun sepanjang dia wat aksi..

kenapa saya nak cite sangat pasal ni..i'm not
perfect one to comment other people but i have my own opinion through dis story..apa yg saya lihat, di Malaysia semakin menjadi-jadi (orang ganu kate nebeng) dengan jiwa-jiwa untuk mencapai populariti dengan menyertai program mcm ni.. saya pernah dengar, mereka kata mereka berlawak untuk kepuasan orang lain..ye, saya tak nafikan humor ni kadangkala penting untuk mengubah emosi orang..kawan saya sendiri akan menonton cartoon setiap kali habis exam, dengan alasan nak relax fikiran. Abang ipar saya yang dah 26 tahun tu pun still minat cartoon (spongebob, catdog) dengan alasan menonton cartoon merupakan salah satu ubat stress.

So, kenapa saya cakap macam tu? tak leh eh wat lawak? gini..actually berlawak tu tade salahnya tapi biarlah kena pada tempat. Kadang-kadang tu, nak sangat berlawak sehingga sanggup buat apa saja (berpakaian seperti wanita, menyebut perkataan-perkataan sensitif, aksi kureng sopan).huh! ape kes ni? berpadanan dengan satu hadis :

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم في شأنه

لأن يمتلىء جوف أحدكم قيحا خير له من أن يمتلىء شعرا

maksud hadis nabi : beringatlah lebih baik hati yang kosong itu dipenuhi dengan nanah dari dipenuhi syair (hiburan) yang tidak elok

Lagi satu, saya rasa fenomena program realiti itu sendiri seperti Akademi Fantasi Semata, Tak de Hati nak Berdansa, Pelik-Pelik Azni (bukan nama rancangan sebenar) yang tumbuh bagaikan cendawan menyebabkan manusia (saya,dia dan kamu) kadang-kadang ter'lagho' dengan santapan indah dunia ni tanpa kita sedari yang tu smua salah satu ghazwatul fikr (perang pemikiran) dari barat terhadap islam..jangan terlalu bimbang sebab kita(saya, dia dan kamu) insan~ nasiya = lupa. But, it doesnt mean dat we just ignore our weakness.. but we should try to improve with tazkirah..banyak wasilahnya, gi dengar talk..jika tak mampu, baca buku-buku and risalah agama..jika tak mampu, dengarlah IKIM.FM, pilihan utama ^_*
ha..tak mampu jugak?? bak kata nasih : ikut anda lah heh~

~berhibur tiada salahnya kerna hiburan itu indah~
~hanya pabila salah memilihnya membuat kita jadi bersalah~

correct me if i'm wrong

[fellow followers]