Archive for 2011

berangan tengah tasik


posted by radhiahsyahida

2 comments

angan-angan

tanpa usaha

sia-sia


"orang yang bertangguh-tangguh ialah orang yang tidak fokus"
-panelis forum Grand Munajat, UIAM.


ممتاز لله تعالى لأمة خاصة

بإذن الله


psss: buat-buat ok. rindu nawwar deena syirah zahraa aisya ==

Sayonara Jahiliyyah!


posted by radhiahsyahida

2 comments


Sayonara: Bahasa jepun yang bukan sekadar bermaksud selamat tinggal. Tetapi dengan azam tidak akan bertemu lagi sampai bila-bila.

Jahiliyyah: Bahasa arab yang bermaksud tidak tahu, tiada ilmu dalam agama dan akhlak.

Tahun baru orang islam sudah bermula. Satu kebiasaan, tahun baru akan menerbitkan keinsafan dalam diri seorang manusia. Koreksi amalan supaya hidup mendatang lebih baik dari yang sebelumnya.

Selama beberapa tahun saya berada di bumi UIAM ini, pelbagai jenis manusia yang saya temui. Banyak jiwa-jiwa manusia yang telah menyentuh hati saya. Melihat bagaimana mereka berubah dari tiada tudung kepada ada, dari singkat kepada menjaga, dari zero kepada HERO! Saya pernah mencoretkan pengalaman bersama mereka pada entri-entri yang lama.


Saya beriman bahawa hati manusia, Allah yang pegang, Allah yang membolak-balikkan. Maka, atas dasar itu, saya memilih untuk berdoa dari mengutuk. Saya amat sensitif dengan manusia yang suka kutuk-mengutuk saudara seislam mereka yang hidup dalam kejahilan. Sejahat manapun seorang muslim itu, andai di akhir hembusan nafas itu syahadah dilafazkan, maka syurga juga akan menantinya. Maka, berdoalah. Untuk alasan apakah kita berterusan ingin mengutuk manusia yang jahil?


Sekali lagi, saya kagum dengan manusia-manusia di sekeliling saya yang berubah. Saya ingin terus melangkah bersama mereka dan mengatakan sayonara kepada jahiliyyah.

يا مقلب القلوب، ثبت قلوبنا على دينك وطاعتك


pesan Imam Ghazali:
"Carilah hatimu di tiga tempat... Temui hatimu sewaktu bangun membaca Al Quran. Tetapi jika tidak kau temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat. Jika tidak kau temui juga, kau carilah hatimu ketika duduk tafakkur mengingati mati. Jika kau tidak temui juga, maka berdoalah kepada Allah, pinta hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati!"

tarik nafas sesaat


posted by radhiahsyahida

No comments

Fasa ini

Fasa yang sangat-sangat menguji.

'Student life' orang putih kata

Baru hantar 2 assignment, 4 assignment lagi menunggu dibelakang

=.='


Sehingga boleh capai tahap macam adik kita kat bawah ni

alahai.. kesian~

exhausted dah ni rupanya.


Tapi kan,

kita nak berterusan dipandu arus macam ni ke?

5k = katil-kafe-kuliah-katil kembali

dan bila di akhirat, Allah papar balik.

ergh. tak luar biasa langsung kan? kan?

Maka,

Tabahlah dengan masa sibuk

Atur dengan sebaiknya

Senyum

Sabar

Sabar

Sabar

Jangan lupa untuk bagi 'masa sibuk kita' berkawan dengan 'masa makan ruh' sikit

baru special sikit masa sibuk kita

bereh?

bereh...! :)



Tahu tak?

Perkara yang mampu membunuh seorang pemuda ialah dengan adanya masa lapang.


Ada dua nikmat yang ramai orang tertipu oleh keduanya; iaitu nikmat sihat dan waktu lapang” [Hadis riwayat Bukhari]


p/s: tarik nafas sesaat [a.k.a tarik nafas saaattt). Selepas hantar 2 assignment, 4 lagi menunggu di belakang ^^
esok REST yahoooo!



halal.


posted by radhiahsyahida

4 comments




"Kalau kita tinggalkan yang haram, Allah pasti gantikan dengan yang halal kan?"

..masih terngiang-ngiang dialog dalam sistem pesanan ringkas antara dua jiwa itu. Allahu Rabbi. Aku tidak mahu meminta yang lebih-lebih. Cukuplah kebaikan di dunia.. dan akhirat [pastinya!] buat kami. Tiada yang Maha Tahu 'apa itu yang terbaik' melainkan Dia.

herm herm. aku di sini, dia di sana. bersatu dalam ukhuwwah. berpaksi pada aqidah. cukuplah khabar itu sebagai tanda dia bahagia dan aku pasti berjuta-juta kali bahagia. inilah hasil hubb fillah ^^

abah, gula dan garam


posted by radhiahsyahida

No comments



abah sokmo kata:
"kalu masak lauk, dakpe tawar pun.. boleh tambah garam lepah tu. kalu terlebih garam baru naye"

abah sokmo kata:
"kalau buat air biar tawar. jangan terlebih gula.. sian orang kena minum manis-manis"



.........................


ada motif sebenarnya disebalik kata abah. oh oh dhiah =='


rindu abah.

rindu sangat.

semoga abah sihat.

dan beroleh haji mabrur.

ameeeeeeeen.


re-


posted by radhiahsyahida

2 comments



perjalanan yang mengambil setapak langkahan untuk mara ke sana

memerlukan penyucian hati dan jiwa yang berganda-ganda

Dan apabila kamu telah selesai melakukan satu urusan, tetaplah bekerja kerja keras untuk urusan-urusan yang lain. Dan hanya kepada Tuhanmulah engkau berharap.

(As-Syarh:7-8)

HIMPUN bukanlah segala-galanya..


posted by radhiahsyahida

2 comments

...tapi segala-segalanya bertitik tolak jika kita berHIMPUN.

tatkala hati-hati ummat islam bersatu, hanya redha Allah sebagai matlamat yang ingin dituju. Yang ego, lunturlah! yang rendah diri, bangunlah!

“Dan Dialah (Allah) yang menyatukan di antara hati mereka (yang beriman). Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatu padukan di antara hati-hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatupadukan di antara (hati) mereka. Seungguhnya Ia Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana” (Al Anfaal ayat 63)

Sebagaimana Allah menyuruh semua hambaNya bersatu demi akidah. Maka itu adalah satu kewajipan bagi kita. Kalau kita tak mulakan sekarang, bila kita nak mula ye?

Isu akidah ialah isu ummah. Bukan isu NGO A, NGO B, Parti A, Parti B, Individu A, mahupun Individu B!



Kenapa kita perlu hadiri Himpunan Sejuta Ummat?

1. Bukan untuk kepentingan individu tertentu
2. Bukan untuk kepentingan NGO tertentu
3. Bukan untuk kepentingan parti politik tertentu
4. Bukan untuk memecahbelahkan perpaduan antara kaum
5. Bukan untuk menyerang agama-agama lain

tetapi..

6. Untuk menjaga ke'izzah'an Islam sebagai agama kita di Malaysia. Islam sebagai agama paling utama. Islam ialah agama untuk bakal pewaris kita akan datang. Islam sebagai agama suci bukan agama yang boleh diperkotak-katikkan sesuka hati oleh sesiapa sahaja.

Hari ini mungkin kita akan lega kerana yang murtad ialah baru mencapai 4 angka, yang murtad bukan ahli keluarga kita, yang murtad bukan kawan-kawan kita.. tetapi adakah kelegaan kita itu akan terus bertahan sehingga 15-20 tahun akan datang?

Kenapa kalau untuk aktiviti sukan, kita boleh bersatu dan melupakan agenda masing-masing, tetapi untuk isu akidah, kita tidak boleh? Tidak 'izzahkah kita dengan islam? Tidak risaukah kita dengan penyakit ummah kita yang kian menular?

Ayuh ummat islam. Tinggalkan sekejap agenda dunia pertubuhan masing-masing, kita berhimpun demi Allah, demi ummah, demi ahli keluarga dan sahabat seislam yang kita kasihi kerana Allah.


TIDAK RINDUKAH KITA MELIHAT SEMUA MUSLIM BERKUMPUL DAN BERSATU DI BAWAH PANJI TAUHID LAILAHAILLALLAH MUHAMMAD RASULLLAH?

s.s.m.a.s.r.s.m.h


posted by radhiahsyahida

No comments




Bismillahirrahmanirrahim.


Mengingati perjalanan dua anak manja.

Kecil bersama

Besarnya masih setia
Suka dan duka saling menyelit.
Mengisi lompong yang sentiasa dahaga.

Kau..

Anak manja yang tegar

Anak manja yang tabah
Anak manja yang cekal


dan..
Hari ini
Kau anak manja yang sudah meningkat dewasa

Walaupun

Kau di daerah sana dan aku masih tercampak di sini


Namun,
Aku percaya
Bulan yang kita tatapi pada malam ini masih yang sama
Udara yang kita hembusi pada malam ini milik Pencipta yang serupa

Degupan jantung yang kita miliki juga empunya Dia

Cuma kadarnya pasti berbeda..

Kerana kau kini semakin melangkau dewasa
Sedangkan aku?
Pasti ingin turut memijak tapak yang sama. Kau doakan aku ya! pastikan..
^^

Malam ini.
Aku bahagia
Kerana kau bahagia.

Aku bahagia
Kerana kau pilih jalan yang Allah suka.

Kau,
jangan lupakan aku dalam doamu okayy

Eh eh. maaf ya. tajuk entri sedikit pelik. idea lesap. terbang ke rumahmu barangkali :P


Yang Cinta,
BFF

Mengapa HIMPUN?


posted by radhiahsyahida

2 comments


Mengapa perlu HIMPUN?

1.
Kes MURTAD Jamaluddin Othman, Nor Aishah Bukhari, Lina Joy

2. ‘The Herald’ yang mencabar maruah dan sensitiviti umat Islam,

3. Isu ‘Al-Kitab’, isu penggunaan perkataan ‘Allah’ dan pelbagai kegiatan Kristianisasi dan dakyah mereka semakin menjadi-jadi.

4. Pendakwah-Pendakwah Kristian bebas memberi khidmat sosial kepada pesakit-pesakit kronik di wad-wad hospital terpilih, menganjurkan kelas-kelas tuisyen untuk anak-anak orang Islam yang diwarnai ajaran Kristian. Menyebarkan risalah secara terbuka di tempat-tempat awam dan rumah-rumah persendirian, mengadakan acara-acara hiburan yang ditaja pertubuhan-pertubuhan Kristian, menganjurkan majlis-majlis makan malam seperti makan malam Thanksgiving, memberi hadiah kepada golongan-golongan orang Islam yang mudah terdedah dan berbagai-bagai lagi.

5. Peristiwa 3 Ogos 2011 membabitkan penyiasatan JAIS terhadap keterlibatan pihak Gereja DUMC yang cuba mendakyah orang Islam telah menimbulkan banyak reaksi daripada pelbagai pihak. Di satu pihak JAIS dan YB Dato’ Dr Hasan Mohamed Ali dikecam habis-habisan oleh pemimpin-pemimpin Kristian melalui media cetak dan media baru yang menjadi saluran kepada usaha dakwah mereka.Tidak kurang juga tindakan mempolitikkan isu Aqidah ini dalam mana parti-parti politik mengambil kesempatan meraih sokongan rakyat untuk tujuan politik mereka dengan memaparkan peristiwa itu mengikut jalur selera mereka.

Maka kita sebagai satu ummah wajib bangkit membela kedaulatan ISLAM yang semakin dicabar di tanahair kita sendiri

Apa Objektif HIMPUN?

a. Untuk menerangkan kedudukan perkara yang sebenarnya tidak seperti yang digembar-gembur melalui media

b. Mengukur tahap kesatuan dan semangat kekitaan dikalangan orang Islam khasnya terhadap gerak-kerja Kristianisasi termasuk peristiwa 3 Ogos 2011

c.
Memberitahu rakyat perlunya persoalan aqidah ditangani melalui hujah agama bukan dibiarkan berlarutan menjadi modal politik.

d.
Menserlahkan Institusi Raja yang menjadi payung Bangsa Melayu dan Islam dalam hal peranan mereka dalam sama-sama menangani isu yang menyentuh sensitiviti orang Melayu Islam di negara ini.

e.
Menzahirkan kekuatan aqidah dan keimanan masyarakat Islam sambil memberi amaran tentang bahaya yang akan menimpa negara ini seandainya isu ini terus dieksploitasi.

f. Menyedarkan rakyat tentang wujudnya peruntukkan dalam Perlembagaan dan undang-undang negeri yang tidak mengizinkan mana-mana pihak mengganggu-gugat kesucian Islam serta tindakan mendakwahkan agama selain daripada Islam kepada orang Islam.


Apa Prinsip HIMPUN?

a. Keseluruhan pengendalian program dari awal hingga akhir sama sekali tidak menggambarkan kecenderungan berpolitik.

b. Peserta himpunan terdiri daripada semua rakyat Malaysia tanpa mengira keturunan agama dan afiliasi politik (Walaupun perhimpunan ini secara logiknya akan disertai oleh orang Islam namun penyertaan mereka yang bukan Islam dialu-alukan).


c. Himpunan ini adalah perhimpunan aman yang mendapat kebenaran pihak yang berkuasa.


d. Tema himpunan tertumpu atau fokus kepada kegiatan kristianisasi, kesan dan cabarannya kepada masyarakat majmuk di negara ini.


e. Penyertaan Yang Di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu sebagai tonggak atau payung bangsa Melayu dan Agama Islam adalah sangat munasabah dan bertepatan pada masa dan ketikanya.


Siapa Penganjur HIMPUN?
  1. Sekretariat Himpunan Sejuta Umat | HIMPUN (website)
  2. Gabungan PEMBELA Islam
  3. Ikatan Muslimin Malaysia | ISMA (website)
  4. Pimpinan Majlis Ugama Islam
  5. Teras Pengupayaan Melayu | TERAS
  6. Persatuan Belia Islam Nasional | PEMBINA (website)
  7. Dewan Perniagaan Melayu Malaysia | DPMM (website)
  8. Pribumi Perkasa Negara | PERKASA (website)
  9. Pertubuhan IKRAM Malaysia | IKRAM (website)
  10. Persatuan Pengguna Islam Malaysia | PPIM (website)
  11. Allied Coordinating Committee of Islamic NGO’s | ACCIN
  12. Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia | PEKIDA
  13. Pemuda Parti Islam SeMalaysia (PAS) | PEMUDA PAS (website)
  14. Pemuda Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) | PEMUDA UMNO (website)
  15. Wanita Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) | Wanita UMNO
  16. Kumpulan Persatuan Bekas Perajurit | PBTM
  17. Persatuan Bekas Anggota Polis | PBPM (website)
  18. Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia | PKPIM (website)
  19. Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia | GAMIS (website)
  20. Gabungan Persatuan Silat
  21. Gerakan-gerakan belia
  22. Gerakan-gerakan mahasiswa dan wanita Islam
  23. wakil-wakil rakyat beragama Islam
  24. .. dan banyak lagi pihak-pihak yang mewakili suara umat Islam
DIMANA? BILA?

Himpunan Sejuta Ummat (HIMPUN) akan diadakan di..


Stadium SHAH ALAM, SELANGOR,
pada SABTU 22hb OKTOBER 2011,
bermula jam 2ptg-6ptg


Apa Kandungan HIMPUN
?
  • Ucapan penganjur mengalu-alukan penyertaan para peserta himpunan
  • Alunan Asma Ul-Husna
  • Bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dan terjemahan
  • Nasyid bertemakan jihad mempertahankan kesucian Islam
  • Ucapan tetamu utama
  • Ucapan wakil-wakil NGO terpilih
  • bacaan ikrar mempertahankan kesucian Islam
  • Menyampaikan logo Himpunan Sejuta Umat kepada wakil-wakil negeri sebagai tanda komitmen mereka penganjuran himpunan yang sama diperingkat negeri-negeri.

Maklumat lagi tentang HIMPUN?

BILIK GERAKAN HIMPUNAN SEJUTA UMMAT
Alamat No 45, Lorong Rahim Kajai 13 Taman Tun Dr. Ismail 60000 Kuala Lumpur
Telefon
03-410 60175

Apa Website,Facebook HIMPUN?

AYUH BERHIMPUN!


AYUH BANGKIT WAHAI UMAT ISLAM!


NYATAKAN SOKONGAN ANDA PADA KEDAULATAN ISLAM!


pssss: bersepakatlah dengan apa yang boleh disepakati, berlapang dada & bersangka baiklah dengan apa yang dikhilafi. 'Izzahlah islam sebagai agama kita! ^.^

Alisu & Kasih Ibu


posted by radhiahsyahida

3 comments


*Sebenarnya saya tak berapa pasti ejaan 'alisu' tu, tapi rasa-rasa betul dah kot. heh.


Kisah yang agak menarik bagi saya. Masa kecil tak pernah terfikir, tapi bila dah besar baru la nak faham. Kisahnya begini, masa kami adik beradik kecil-kecil dulu, ummi selalu buat kuih yang bernama alisu ini. Kuih ni nampak mudah tapi nak membuatnya sangatla penat sebab ia kena buat sebiji-biji sambil berdiri depan dapur, siap melenggang tangan lagi nak bagi ia rata dan tak tebal. Lepas masak, terus sapu mentega dan gula, gulung-gulung macam roti jala tu dan siap. Kalau nak siapkan 20 biji, ambil masa dekat 40 minit juga la.

Bayangkan 40 minit tak henti berdiri depan dapur. huu. Tapi, masa kecil-kecil kami ni bukan reti sangat. Tak faham perasaan ummi yang buat penat-penat. Setiap kali masak je sebiji, terus ambil dan makan. Masak yang lain pulak, makan lagi. huhu. Memang tak pernah siap semua dulu baru makan kecuali time ummi tengah garang sket *tapi ummi memang jarang garang sebenarnya..

Sekarang bila dah besar baru saya faham perasaan seorang ibu. Walaupun penat, kerana anak dia memang tak pernah berkira. Patutla ganjaran pahala bagi seorang ibu ni besar kan. Allahummaghfirlana waummahaatina.

Kisah dua, masih berkisar tentang ibu. Ceritanya begini, masa bulan ramadhan hari tu kakak saya yang sulung bersalin caesar. So, dia terpaksa stay di hospital selama beberapa hari. Satu hari ni, dia ternampak nurse bawak seorang bayi yang sangatla besar! besar weh macam baby yang dah sebulan dua. Tak ingat berapa kg, tapi up to 4 kg la. Dalam hati kakak saya, macam mana la mak dia lahirkan baby yang besar sangat ni. Lepas tu, kakak saya ada terdengar siapa ntah cerita, nurse ke orang sebelah ke *tak pasti plak*. Dia cakap la, ada seorang bayi dah beberapa hari ada dalam wad dan tak dijenguk oleh saudara-mara. Bila pihak hospital call keluarga baby ni, ayah dia jawab. Dia kata, boleh tak tinggalkan baby tu sekejap kat situ sebab dia tengah sibuk uruskan proses kematian isteri dia.

Allahu Rabbi. Sebak dengar cerita kakak. Seorang ibu yang bertarung nyawa demi melahirkan seorang anak. Mahalnya pengorbanan tu.. Harapnya anak tadi membesar dengan suasana yang penuh soleh, baru lah setimpal pengorbanan mak dia tu..

Lumrah manusia, bila ada depan mata, kadang-kadang kita tak hargai kehadiran mereka. Bila dah tak ada baru menyesal tak sudah. Satu lagi saya pernah terbaca, semakin besar anak-anak ni, salah satu ujian ialah dengan ibu-bapa. Sebab kadang-kadang, manusia yang semakin terpelajar akan menjadi angkuh dengan ilmunya lantas segala nasihat yang ibu ayah beri, dia rasa macam dah tak perlu sebab dia dah tahu banyak benda. Na'udzubillah min zalik. Ya Allah, jauhkan kami dari sifat-sifat ini.

OUR MOMS.. THEY'RE VERY VERY AMAZING!!

pssss: homesick ialah satu penyakit yang bukan dibuat-buat. sekian +.+

dua agenda!


posted by radhiahsyahida

No comments



Sekarang, saya semakin jelas. Saya ada 2 agenda besar.





Pertama, saya harus melibatkan diri dalam aktiviti menyelamatkan ummah




Kedua, saya harus mengajak orang di kiri, kanan, belakang dan depan saya supaya mempunyai jati diri yang hakiki.




pssss: tahu tak? kadang-kadang ada perkara yang kita buat, orang lain akan nampak biasa je.. tapi kita nampak syurga ^^



"Ada yang mengeluh, ingin gugur dan jatuh, lalu dia berkata LELAH.
Ada yang lelah, tubuhnya penat tetapi semangatnya kuat dan dia berkata LILLAH"

credit to my dear qilah! :D

4.0 4 'D'


posted by radhiahsyahida

No comments


  • Setiap kali belajar, setkan dalam diri ingin buat yang benar-benar terbaik.
  • Belajar kerana kita ingin belajar bukan terpaksa belajar
  • Beriman dgn ayat Allah "إن تنصر الله ينصركم"
  • Kita hanya akan berjaya di dunia jika kita dapat capai kejayaan untuk akhirat
  • Sentiasa rasa rendah diri (tak cukup) dengan ilmu
  • Core business kita di uni. ialah belajar
  • Jangan jadikan pelajaran kita sebagai fitnah kepada islam dan amal kita
  • من يريد الدنيا فعليه بالعلم، ومن يريد الأخرة فعليه بالعلم، ومن يريد بهما فعليه بالعلم
  • Niat merupakan penentu attitude kita ketika belajar
  • Penting untuk belajar tinggi-tinggi kerana semakin tinggi ilmu & pangkat kita dalam pelajaran, semakin mudah nasihat kita diterima orang
  • Susun hidup kita terlebih dahulu sebelum menarik tangan orang lain ke arah kebaikan
  • Setkan 'priority' ketika menghadapi beberapa pilihan

I love the points but i love it's explanation more. However, currently i have no mood in writing. Need an ample time to move on.

The best secret to achieve 4.0 for ur D is not only u struggle for 4.0 but the most important is ur aim to work for the best. For sure with the blessing from the Great Allah subhanahu wataala.


sumber: sifu-sifu (:


Allahu'alam. All the best for sem 1, 2011/2012.

sungai yang mengalir :)


posted by radhiahsyahida

No comments



Alhamdulillah, melepasi tarbiyyah dalam madrasah ramadhan ini sangat berharga. Saya cuba menikmati lu'lu' dan marjan dalam ayat-ayat cinta Allah. Subhanallah.. setiap kali mentadabbur, memang amat terasa kekerdilan diri. Satu persatu kalimah yang diwahyukan tanpa cacat dan cela.

Saya paling suka bila baca ayat ni ! super suka~

جنة تجري من تحتها الأنهار

maksudnya: syurga yang dibawahnya mengalir sungai-sungai.


Ayat ni memang best! bila baca terasa nyaman, damai dan tenang. Sungai yang mengalir tuh. Allahu Rabbi. bestnya penghuni syurga.. yaAllah, jadikan kami penghuni syurga.. :')

Satu lagi gambaran Allah tentang keadaan manusia di dalam neraka dan syurga. Cuba selak m/s 498 ayat 43-55.


***

Sungguh pohon zaqqum itu - makanan bagi orang yang banyak dosa :(
Seperti cairan tembaga yang mendidih dalam perut :(
Seperti mendidihnya air yang sangat panas :(
Peganglah dia, kemudian seretlah dia sampai ke tengah neraka :(
Kemudian tuangkanlah atas kepalanya azab dari air yang amat panas :(
Rasakanlah! sesungguhnya kamu orang yang perkasa lagi mulia
Sungguh inilah azab yang dahulu kamu dustakan

***

Sungguh orang-orang yang bertaqwa berada di tempat yang aman
Di dalam taman-taman dan mata-mata air :)
Mereka memakai sutera yang halus dan tebal :)
Kemudian kami berikan kepada mereka pasangan bidadari yang bermata indah :)
Di dalamnya mereka dapat meminta segala buah buahan dengan aman dan tenteram :)

***

Pengajarannya, bersabarlah dengan godaan dunia dan hawa nafsu ni. Sabar sabar, dunia ni sekejap je kan? kita nak hidup kekal selamanya di akhirat. di atas sungai yang mengalir tu. inshaAllah :) ameennnnnnnn !




Alhamdulillah, hari ni eid mubarak. Taqabbalallahu minni wa minkum. Selamat hari raya kepada semua. Maaf atas segala khilaf. Semoga kita terus berusaha menjadi hamba Allah yang soleh. Kalau tak nak jadi soleh jugak, malulah kan. Allah dah bagi macam-macam :P

Alhamdulillah, tadi sempat pergi kubur arwah tokki (ayah ummi). Meninggal lama dah.. masa ummi tak kahwin lagi. Gambar kedua, arwah tok ayah (ayah abah). Baru je meninggal.. tak balik kelantan tahun ni. Gambar tu ehsan dari sepupu. Ya Allah, tempatkan kedua datukku bersama para solihin.. ameen


silent mode


posted by radhiahsyahida

No comments



‎"Aku mahu kita terus bekerja dan tidak berkata-kata. Biarkan amal kita yang menjelaskan kepada orang ramai tentang dakwah kita"

[Imam Hasan Al-Banna].

sejadah oh sejadah


posted by radhiahsyahida

3 comments

chanteknya bulang malang ni kang? ;)


Alhamdulillah, sedar tak sedar sudah 15 ramadhan.

Walaupun tak dapat imarah di masjid uia, tapi seronok sangat tahun ni dapat pergi masjid yang best kat kuala teganu nieh !

Tapikan 1 isu yang tak pernah habis dalam masyarakat kita bila tiba part solat berjemaah kat masjid nih. *rasanya perempuan je kot. lelaki mungkin tak terlibat*


rapatkan saf badan vs rapatkan saf sejadah
hee.. sorilerr, orang lidi je mampu ;D


Tak tahula sebab kurang ilmu ke atau memang tabiat jemaah wanita ni, bila datang masjid mesti wajib bentang sejadah dan susun kepala sejadah tu bagi sama dan lurus je sumorang. selagi tak lurus, selagi tu dia pandang-pandang orang tersebut suh luruskan bagi sama. ok fine, bagusla macam tu kan?

Tapi kak, masalahnya, bila imam dah iqamah, mostly pakat berdiri sorang satu atas sejadah masing-masing taknak berganjak rapatkan badan supaya berdiri dalam satu saf yang sempurna. haissshhh.

Sampai leni saya pun pelik. nak tegur tapi tengok orang jugak la. Kalau dah makcik-makcik tu, saya persilakan ummi la yang selayaknya. hee..

Okeh, masih ada 14 hari lagi ramadhan inshaAllah. Kepada anda yang juga mempunyai perasaan seperti saya, maka gunalah peluang cuti lama ini dengan sebaiknya. Inilah hikmahnya kita diberi peluang untuk solat terawih di masjid negeri masing-masing.. supaya dapat gunakan ilmu yang ada untuk didik masyarakat sekeliling kita secara tak langsung.

Solusi terbaik, kalau orang sebelah kita tak nak rapatkan saf, senyum dulu kat depa, pastu cakap.. "ni ada ruang ni.. kena bagi rapat skek." acece. bilhikmah tu mesti !

Haa.. satu lagi, rasanya wajib ada la satu program kat tv tentang "bagaimana untuk solat secara sempurna" sebabnya bukan semua dapat didikan agama dari kecil. Kesianla kalau dah istiqamah dalam ibadah tapi tak perasan ada terkurang kat mana-mana. Solat tu kan perkara pertama Allah tanya kat padang mahsyar nanti.. herm.. =='


Sabda Rasulullah yang bermaksud:
"Luruskan safmu kerana sesungguhnya meluruskan saf itu merupakan sebahagian dari kesempurnaan solat" (Hadith riwayat Muslim)


p/s: walaubagaimanapun, masih tetap menyukai masjid uia sebab tak perlu bawak sejadah hokey. karpet dia bersih je sokmo sebab ada makcik-makcik yang rajen vacum ;)

senyumku terkoyak !


posted by radhiahsyahida

No comments



hati yang lapar hanya akan kenyang bila bersama-sama dengan orang yang soleh(ah)

esok bakal terkoyak lagi, heh

keranamu ramadhan al-mubarak

kepada semua,

ramadhan kareem.



p/s: rindu masjid uia~

Haa.. tarbiyyah? Apa tu??


posted by radhiahsyahida

No comments


klik pada gambar untk bacaan yang lebih jelas.

kredit : che'gu @ pembina gombak! :)


Tarbiyyah dan Dakwah.

Dua kalimah yang mana kita pergi ke utara ke selatan ke timur ke barat ke, memang tak boleh dipisahkan. Mendaki gunung mahupun menyelam lautan juga dakwah dan tarbiyyah tetap bersatu.

Keadaan hidup menyebabkan manusia laparkan tarbiyyah. Bila ditarbiyyah, manusia akan merasa dahaga pula. Dahaga kepada dakwah supaya dapat melengkapkan perjalanan hidup yang bakal menemui Ilahi.



Tarbiyyah dan Dakwah.

Ia tidak memerlukan kita, tapi kita yang benar-benar memerlukannya. Walaupun kita futur, ia tidak menagih kita untuk kembali, tetapi akan ada manusia yang lebih soleh sebagai pengganti. Maka, berdoalah supaya thabat, supaya kitalah manusia yang soleh itu yang sentiasa mengganti diri sendiri supaya soleh itu bertambah-tambah lagi!


Tarbiyyah dan Dakwah.

Pahit bagi yang melihat tapi manis bagi yang merasa. Manis kerana Allah adalah segala-galanya. Kalaulah manusia dapat merasa sendiri manisnya dunia bertunjangkan tarbiyyah ini, maka saya pasti mereka akan berlari-lari untuk mendapatkannya. Percayalah..!


Tarbiyyah adalah kekuatan yang mampu..

..mengubah duri jadi mawar
..mengubah cuka jadi anggur
..mengubah malang jadi untung
..mengubah sedih jadi riang
..mengubah setan jadi nabi
..mengubah iblis jadi malaikat
..mengubah sakit jadi sihat
..mengubah bakhil jadi dermawan
..mengubah kandang jadi taman
..mengubah amarah jadi ramah
..mengubah penjara jadi istana
..mengubah musibah jadi muhibbah

Itulah T.A.R.B.I.Y.Y.A.H
(adaptasi puisi cinta oleh Ar-Rumi yang dideklamasikan oleh Ayatul Husna dalam filem KCB)


p/s: Saya sudah merasa manis, anda bila lagi? jom kita... ;)

'jangan minum air laut'


posted by radhiahsyahida

No comments


"Dunia ibarat air laut.. Diminum hanya menambah haus"

Salah satu lirik nasyid yang sering terngiang-ngiang di fikiran saya. Memberi makna yang begitu mendalam. Benarkan? Menghadapi dunia dan segala isinya ini membuatkan kita semakin tercungap-cungap. Sesak! Dapat sedikit makin nak lagi. Dapat lagi, rasa nak lagi. Tak pernah puas.

Perumpamaan dunia dengan air laut mungkin jauh. Tapi secara logiknya boleh diterima jugak. Kalau nak merentas laut tapi tak mampu nak kemudi kapal dengan baik, maka karamlah jawapannya.

Sejak akhir-akhir ni sejujurnya saya memang rasa lemas dengan dunia. Tak tahu nak gambar macam mana. Tapi rasa sesak sangat-sangat. Menghadapi masyarakat yang semakin terumbang-ambing, pemerintah yang semakin korup, generasi baru yang........ Allahu Rabbi. Ni tak termasuk nak setelkan hati sendiri lagi. Nak pimpin tangan orang lain lagi. Uhh. mana cukup macam nih.

Bila saya fikir lagi kenapa orang islam semakin hebat berdakwah, tapi dunia makin rosak.. dan saya teringat ayat alQuran, surah As-soff yang bermaksud..

"wahai orang-orang beriman, mengapa kamu katakan apa yang tidak kamu lakukan. Sebesar-besar kemurkaan Allah bagi orang yang mengatakan apa yang dia tidak buat"


Dush terkena sebijik!

Nampak konklusinya?

Patutlah hati manusia susah nak terima ajakan ke arah kebaikan. Salah satu punca, orang yang mengajak ke arah kebaikan tu sendiri pun masih bergelumang dengan maksiat. Tak buat apa yang dia cakap. Tak menjaga hati sendiri. Macam mana nak sentuh hati-hati manusia sekeliling kan?

T_T

makanya, wahai radhiah syahida, Islah nafsak wad'uu ghairak. cepat cepat. banyak tangan yang terkapai-kapai menunggu untuk disambut tu..

Nak anak soleh tak?


posted by radhiahsyahida

No comments

Haa.. Apa lagi tunggu tunggu tu, Jom pergi?


teaser FB 1b.jpg


Banner KKMM 1 (small size).jpg

Pendaftaran pelbagai cara untuk menyertai KKMM 2011:


Telefon: Pn Rasyidah 0192676074


SMS ke 0192892566: (Sila bawa bukti pembayaran RM10 pada hari Konvensyen)


Online: www.konvensyenkeluarga.net


MUMTAZ untuk UMMAH!


posted by radhiahsyahida

No comments


Semester pendek yang memendekkan segala benda. Alhamdulillah bakal melabuhkan tirai minggu hadapan. UIA sedang dilanda demam peperiksaan yang tak berapa nak panas kerana majoriti pelajar hanya mengambil 2 subjek sahaja ;)

InshaAllah, walaupun subjek sedikit tapi kena buat betul-betul. Sebab kita belajar untuk ilmu, untuk tinggikan islam, untuk memajukan ummah. Prinsip yang perlu ada pada semua orang.

Perjuangan memang nombor satu, tapi study bukan nombor dua. Study mesti diutamakan tetapi perjuangan tak boleh dikemudiankan.

How to make it balance? Use our mind and eeeman :D

Kedua-duanya perlu MUMTAZ baru keizzahan ISLAM dalam diri terus menebal. Barulah non-muslim takut nak pandang kita sebelah mata.

Study saja tak cukup, redha Allah, mak ayah dan pensyarah itu paling penting. Hubungan kita dengan orang sekeliling pun kena jaga. Itu semua komponen-komponen yang membantu untuk kita dapat ilmu yang berkat. InshaAllah.

Motivasi dan Muhasabah khusus untuk Siti Radhiah Syahida Mohd Hamdan dan umum kepada awak semua! :)

jualan MEGA! ganjaran HEBAT tu..


posted by radhiahsyahida

No comments



subhanaLlah!

alhamduliLlah!

alhamduliLlahi!

alhamduliLlahi Rabbil 'Alamin!


Allahu akbar!

LaailahaillaLlah!



Rasulullah bersabda : "Sesungguhnya Allah telah memilih 4 perkataan 'subhanaLlah', 'alhamduliLlah', 'laailahaillaLlah' dan Allahu akbar', maka sesiapa yang mengucapkannya akan ditulis baginya 20 kebajikan dan digugurkan 20 kejahatan, dan sesiapa yang mengucapkan alhamduliLlahi Rabbil 'alamin dengan pilihan dirinya sendiri, maka akan ditulis baginya 30 kebajikan dan digugurkan darinya 30 kejahatan."

Riwayat Imam Ahmad


Jom sama-sama praktik. Gantikan amalan harian yang suka menyumpah seranah, mengumpat dan mengutuk orang dengan mengucap kalimah toyyibah yang amat amat amatla senang nak buat tapi memang bersusah payahla nak istiqomah. huuu. T_T



Teringat pesanan seorang kakak bernama kak sih, katanya : Dunia ni memang meletihkan. Buat jahat rasa letih, buat baik rasa letih, duduk saja-saja pun rasa letih. Jadi, dari kita rasa letih untuk perkara yang datangkan dosa, baik kita letih dengan perkara yang dapat membantu kaki kita untuk melangkah ke syurga! kan? ;D



Kalau perasan, kenapa kita rasa tenang bila tengok alam semulajadi [laut, pokok, langit, hutan dsb.] kenapa ye?


meh, nak tulun jawab.. hee. sebaabbb..

alam semulajadi ialah makhluk Allah yang sentiasa berzikir kepada Tuhan, tak pernah buat dosa, tak pernah melanggar perintahNya. suci! sebab tu tenang. macam tengok baby. rasa tenang kan? Allahu Akbar!



alhamdulillah, rasa lega!


posted by radhiahsyahida

No comments



Alhamdulillah, selepas 2 hari fikiran 'terbang merata-rata', baru rasa mampu nak menaip di blog ni. Lega sangat sangat sangat bila 1 amanah yang sangat besar bagi saya telah selamat dijalankan. Walaupun bagi orang benda tu nampak simple, tapi bagi prinsip saya, setiap tanggungjawab yang diberi kepada kita walau sekecil manapun pada mata manusia, ia tetap dalam kiraan Allah di akhirat kelak.

Amanah yang saya maksudkan ialah program "Social Entrepreneurship Mentoring Camp for Orang Asli @ Kg Ulu Tamu" pada minggu lepas. Mula-mula rasa pressure jugak sebab tak pernah lead program yang agak besar macam ni. huhu. Tapi, alhamdulillah sangat sangat sebab dapat team yang sangat cool dan bagi full commitment. Memang tak mampu la nak balas keringat dan masa yang mereka sumbangkan. Tapi, sebenarnya terkilan juga sebab tak dapat tunaikan hak beberapa orang semasa program. Maaf ye, diriku hanya manusia biasa... yang emosinya berubah tak kira masa. Maaf sangat! T_T

Ini kali kedua saya menjejaki kampung Ulu Tamu. Alhamdulillah, mostly penduduk kampung bagi support utk program kami especially tok batin Alam yang sangat baik! Dari program-program sebeginilah saya belajar bagaimana nak mendekati orang-orang yang bukan muslim, tiada agama, dan kalau muslim pun tidak secara praktikal yang sepenuhnya. Belajar bagaimana untuk mendekati hati mereka. Tipula kalau kata tak penat bila buat program, penat weh.. tapi bila kita nampak bagaimana perlunya orang asli kepada muslim seperti kita, maka saya kuatkan juga semangat. Kalau kita tak laju, habisla mereka ditarik oleh mubaligh kristian yang sangat la hebat berdakwah dalam kalangan orang asli ni.

credit to fiqa~ mafa not semc ;)

Saya teringat dengan kata-kata seorang kakak ni, saya panggil dia kak mun. Dia cakap, bila kita nak mengajak orang ke arah kebaikan, kita perlu sentuh hati mereka dahulu. Sebab dari hati, segala-galanya boleh diubah. Nak menyentuh hati manusia bukan mudah tetapi tidak payah. Kerana hati manusia, Allah yang pegang. Jadi, kalau kita nak Allah lembutkan hati manusia yang kita nak sentuh ni, hubungan kita dengan Allah mesti kuat la.. Nak jaga hubungan dengan Allah, kena jaga solat. That's the formula! JAGA SOLAT.

Dari program ni juga, saya belajar 1 lagi perkara iaitu rasa tawakkal dan bersangka baik kita pada Allah. Contohnya kita betul betul dah berdoa pada Allah supaya beri yang terbaik untuk apa yang kita buat. Kemudian, bila dah dapat hasil, kita still rasa macam unsatisfied untuk beberapa perkara. Sedangkan kita tak tahu bahawa hasil yang kita dapat tu sebenarnya yang terbaik Allah bagi buat kita. Mana tahu kalau kita dapat apa yang target, tapi ia bukan terbaik? kan? Maka, itulah pentingnya konsep doa, tawakkal dan bersangka baik.

InshaAllah belajar dari pengalaman! belajar dari kesilapan! Yeah. dapat 1 lagi inspirasi ^^

"There are some things you learn best in calm, and some in storm" -Willa Cather

"Seorang da'ie itu jalannya harus terus. Menoleh sesekali supaya tidak terjatuh dalam lubang yang sama sebanyak dua kali"
-oh, tidak harus rasa lega lagi nampaknye. heh :P


ps: yeaaaaay, esok orang KL datang KL! the happiest week. lalala~
pss: oh ye, tahniah sepupuku, abg mir sudah menjadi suami orang. Dan juga sahabatku, kak simah dah menjadi isteri orang. Mabruk! Moga Allah beri yang terbaik untuk kalian. ;)

hidup, mati, hak, tanggungjawab, malu


posted by radhiahsyahida

3 comments


hakikat hidup

Alhamdulillah, 21 tahun Allah beri nikmat menghirup oksigenNya. Rasa malu pada Allah bila mengenangkan dosa yang bertimbun dan amalan yang tak seberapa. Bila diuji, baru mengadu macam macam. Bila menerima nikmat mesti gembira sampaikan dunia je difikirkan. malu...

21 tahun hidup.. Usia di saat Muhammad Al-Fateh sudah membuka kota constantinople. Maka, apa sumbangan aku untuk islam. Sedangkan amalan fardi pun masih perlu dimuhasabah. Moga Allah terus beri kekuatan. Walaupun kecil, moga setiap amalan diterima disisiNya.


hakikat kematian

Malam ni saya rasa sebak yang amat sangat. Tadi selepas balik dari MAFA Mentoring untuk adik-adik orang asli, saya buka internet untuk update info-info terbaru. Tiba-tiba terbaca pasal kejadian tanah runtuh di hulu langat. Tertengok satu gambar sebelum kejadian. Subhanallah anak anak yatim yang masih kecil lagi. Suci sangat muka mereka. ya Allah, sehingga sekarang rasa sebak & rasa sedikit cemburu kerana mereka lebih dahulu menghadapNya dalam keadaan seorang mukmin. Sebenarnya minggu lepas, saya dan family kakak telah pergi ke sungai congkak dan lalu di kawasan sekolah tahfiz tu. Terdetik di hati saya masa tu betapa beruntungnya mereka dapat menghafal alQuran di kawasan berudara segar setiap hari. Sesungguhnya Allah lebih sayangkan mereka.


hakikat hak dan tanggungjawab

Alhamdulillah, minggu minggu lepas dan minggu ini masih lagi sibuk. Amanah yang manusia beri bukan satu perkara main-main. Tapi kadang-kadang rasa bersalah kepada banyak pihak bila tak dapat tunaikan hak mereka dengan baik. Sesungguhnya daku hanya manusia.


hakikat malu

Rujuk hadis ke-20

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: إذا لم تستحي فاصنع ما شئت

Jika kamu tidak berasa malu, maka buatlah apa yang kamu suka


Tazkirah yang saya dapat minggu ini. Zupp terus sampai kat hati yang sering berbolak-balik ini. Terasa sangat! Ianya bukan sekadar malu dengan manusia kerana yang utama ialah malu dengan Sang Maha Perkasa.

Sebagai contoh : Sedang kita online, azan isya' berkumandang. maka hadis ini seolah memberi amaran dalam ertikata sindiran. "Jika kamu tidak malu pada Allah yang beri nikmat laptop ini, maka solatlah di akhir waktu."

terasa kan.. :(

p/s: Dengarkan lagu ini. rasa macam air jernih ni laju je mengalir. ya Allah, jangan letak dunia di dalam hatiku.

to be different, beiznillah..


posted by radhiahsyahida

3 comments

a view of me! looking @ the world and starting praise HIM


Pheww, alhamdulillah selepas seminggu masuk short sem baru dapat buka blog. Tatkala orang lain asyik buat status "bosannya duk uia", "short sem yang boring" dan bla bla bla, teringin jugak nak buat status "fuh, permulaan short sem yang amat-amatla busy.. heh :P

Alhamdulillah, masih di mahalah yang sama, blok yang sama, view bilik yang sama. cool kan? ehee. tapi level bilik jela yang berbeza. ohh.. =,=' TAPIKAN, yang paling best, dapat new roommates yang sangat ok! alhamdulillah. sorang pahang, sorang bangi, sorang thailand yang best kot sebab boleh kecek klate, english, arab fluently. wah seronaknye ^^, inshaAllah nak gunakan dia seguna-gunanya utk tingkatkan lughahku.

'Ala kulli hal, sangat syukur jugak sebab Allah bagi nikmat busy. At least, tidaklah saya terlorong untuk membuang masa. 2 medan amal yang menuntut pengorbanan --->[Pembina dan TA] bakal menjadi saksi untukku di sana kelak.

Teringat nasihat dari kak aishah hatta suatu masa dulu, kat akhirat nanti, ada sahabat Rasulullah yang disebut oleh Allah dengan amalannya yang berbeza dengan orang lain, ada yang dikenali dengan seorang yang tak pernah tinggal solat sunat, ada juga disebut sebut kerana dia sentiasa dalam keadaan berwudhuk dan lain-lain lagi.

So, walau tak mampu nak buat macam tu, kena juga usaha untuk menjadi seorang pemuda/i yang lain dari orang lain. Macam tak seronok kan kalau kat akhirat nanti Allah display kisah hidup kita di dunia ni dengan amalan yang sama je tiap hari.

Bangun tidur--> solat--> makan--> study--> solat--> makan--> blogging--> solat-> facebooking--> solat-> mengaji kejap--> twittering--> solat--> tidur balik.

Bangun keesokan hari pun ulang rutin yang sama.

Tapi kalau tiba-tiba, dalam setiap hari tu kita selitkan satu aktiviti yang jarang pemuda/i buat pada zaman sekarang kan best. Contohnya, kat akhirat nanti Allah display, hambaku sorang ni tatkala kebanyakan pemuda/i di kawasannya ke panggung wayang, dia pula jauh berjalan kaki semata-mata ingin ke masjid untuk solat berjemaah. perghh.. kan best jadi macam tu.

Apapun, cakap tanpa amal tak guna kan. Entri ni tak lain tak bukan untuk motivatekan diri saya sendiri okeh! plis la radhiah syahida.. every single step u take, Allah will count it back ok?

motive : TBD--> To Be Different. Rabbuna yusahhil. ameen ameen ameen :)




oh, this photo is only for siti nurhafiza shari. fiza, ni la yang diah kate bukit yang macam ada 3 ekor gajah tu. penat conteng utk kamu okeh walau klako amat. sila perhati molek molek n compare dgn pic kat atas. isnt?
all praises be to Allah ;)

bunyi tung tang tung tang di dapur tak semestinya tanda orang tu terer masak ok


posted by radhiahsyahida

5 comments


Beberapa hari lepas saya ada balik kampung abah di kelantan. Tengah lepak lepak, ternampak pulak majalah mingguan wanita. Belek belek, pergh ternampak resepi baru. Ala-ala western kot. Dahla in mood mencuba resepi baru ni. Apa lagi terus salin.. 2 hari lepas sempat ajak ummi pergi shopping barang-barang dapur *matlamat utama nak beli bahan untuk kuih. ngeh3* Erk best jugak jadi anak tunggal tipu-tipu ni. :P

Tengok balik resepi, lupa plak nak salin nama kuih. Hadoiii klako betul la. Ummi pun suh reka je nama kuih ni.

Sesiapa rasa-rasa nk try, resepi dia senang je. 2 cawan tepung, 120g mentega, 50g gula halus, 1/2 cawan fresh milk, 60g mix dry fruits, garam sikit.

Cara dia, uli tepung + mentega + gula + garam sampai lumat haha sori sori! sampai sebati la. Masukkan dry fruit tadi, uli lagi. Last but not least, masukkan fresh milk tu sambil uli sampai larut. Canai je atas loyang bagi rata. Pastu, sapu permukaan kuih tak tahu nama ni dengan fresh milk. Sapu nipis macam sapu kuning telur tu. Sebelum bakar, sila potong dulu macam dalam gambar tu keh.

Then, masukkan dalam oven. Bako je selama 33-37 min. Main agak-agak je ni. Ngeh3.

Taraaaa, siap! Kuih ni manis sket sebab masuk mix fruit kan. So, kalau nak sedap, buat petang-petang makan dengan air teh panas tanpa gula. Fuh terbaik ah! Tapi hari tu, buat pukul 9 malam. Ummi abah pergi usrah. Diri sendiri yang buat, diri sendiri gak tukang rasa. huhu. 1st time nak rasa.. bila gigit je.. Haha. Rasa macam lempeng la plak! aduyai... Lempeng pun lempeng la....

p/s: western la sangat... :P


Next, ialah kerepek pisang. Hoho. semangat gill nak buat sebab belajar time pergi program kat kampung orang asli baru ni. Tujuan asal nak ajar orang asli tapi committee plak yang blaja. hehe. Excited sket ah sebab dah lama nak try buat sebab saya memang hantu kerepek pisang okeyh!

Yang ni lagi senang lenang, beli pisang yang keras lagi tu (tak masak), potong nipis nipis (as nipis as u can. kalo tebal nanti tak rangup). Untuk kasi kaler kuning tu, tumbuk bawang putih 3 ulas, masukkan bawang putih + 3 sudu kecil kunyit + 2@3 sudu kecil garam + air masak sket.

Cara dia, bila minyak dah panas, masukkan hirisan pisang tadi satu satu dalam kuali, jangan bagi dia melekat. kacau kacau kacau, bila nampak pisang tu baru nak meleding sket, masukkan 2-3 sudu campuran kunyit dll. tadi tu. Kacau kacau kacau sampai nampak pisang tu betul betul meleding dan rangup. Angkat dan toskan dulu. Bagi sejuk dan...... MAKAN! eh baca bismillah dulu ar. Siapa suka versi bergula. Bila pisang dah kering, bolehla tabur gula halus. Jangan tabur masa panas panas, nanti jadi lembik *ngeh ngeh. ada pengalaman*

p/s: ummi kate raya nanti dah jimat duit tak payah beli kerepek pisang. heheh =,=



Next, best sangat sangat sebab boleh buat ciskek. Mahal kot ciskek kat kedai. Sekeping rm5++, Sebijik rm40-60. Tak bleyh jadik betul. Alhamdulillah, rezeki 3 bulan lepas, my usrahmate kak koca ada share resepi ciskek yang serius simple giler nak buat. Bukan versi bako bako, ni versi macam kek batik tu.

Bahan dia, any kind of cheese biscuits 2 peket, cream cheese 1/2kg brand kraft cari yang ada halal, susu pekat 1/2 tin. Tambahan : choc @ blueberry krim

Masukkan cream cheese+susu dalam pengisar kek. Kisar biar sebati sampai krim tu nampak lembut.

Sapukan lapisan pertama dalam bekas tupperware sebagai tapak, then susun biskut jangan rapat sangat, tak nak bagi keras. Masukkan sket blueberry krim (atau ape-ape je. nak bagi multitaste. Nanti cepat muak kalau cheese saje) before sapu next krim cheese. Pastu, Sapu lagi layer seterusnya, ulang ulang sampai yang last tinggalkan segenggam cream untuk dijadikan topping ciskek ni.

Dah siap sapu semua semua tu, masukkan dalam peti ais supaya biskut tu resap dlm cheese tu..dalam minimum 6 jam, agak agak biskut dh lembik resap dlm cheese tu, dah boleh potong. Tapi nak bagi keras betul, 1/2 jam before potong tu boleh letak tempat beku dulu. Perghh.. lagi best rasa dia, inshaAllah ;)


Selamat Mencuba. Kepada yang tak amek syok sem tu, manfaatkan masa korang keh. Lama tu 5 bulan. *jeles jeles. heh. tapi kalau amek short sem lagi syok sebenarnya. ayat positifkan diri. huahua*

Ok tu jela perkongsian dari seorang manusia yang baru nak bermain-main dengan lengkuas, halia, bunga kantan, daun bawang, minyak panas dan sebagainya. Sebarang kesilapan, amatlah memerlukan teguran. Terima Kasih.


Yang Benar,
Bibik kepada evoke dan anak-anak beliau (bulang, bintang, abu dan teh)


Sila tengok perut beliau, sudah gemoook kott.
Jangan mengandung lagi sudah. ^^

oksigen yang kita hirup sekarang ini bukan kita yang punya..


posted by radhiahsyahida

2 comments

..maka untuk alasan apa kita terlalu bermegah dengan harta, pangkat dan status yang ada. Lantas menghina, mengeji dan mencaci seakan terus menjadi mainan lisan yang tidak bertapis. Itulah dunia dan segala isinya. Astaghfirullah minal khataya.


Saya teringat satu hadis yang dipaparkan pada skrin tv beberapa hari yang lalu:


"Apabila seorang manusia meninggal dunia, dia akan diiringi oleh 3 perkara iaitu keluarga, harta dan amal. Keluarga dan harta akan kembali, maka yang tinggal hanyalah amal bersama-samanya"






muhasabah. wajib. setiap hari. kerana. kita hanya. manusia. biasa. yang. takkan sunyi. dari dosa. Allahu Rabbi.

p/s: bila waktu telah memanggil, teman sejati hanyalah amal. T_T

p/s: Allah, Engkau Dekat


posted by radhiahsyahida

2 comments


kadang kala kita terbaca apa yang kita tak suka baca
kadang kala kita terdengar apa yang kita tak mahu dengar
kadang kala kita ternampak apa yang kita tak ingin lihat

dan kita terfikir tak kadang kadang?

bahawa


apa apa yang kita tak suka, tak mahu dan tak ingin

tapi

kita tetap dapat juga

sebenarnya..


semua itu

.....
....

....



....


....




Allah sengaja lorongkan ia kepada kita

istimewa untuk kita

walaupun kita lansung tak minta


supaya kita muhasabah balik

sejauh mana hubungan kita pada waktu ini dengan dia.

sebab

....

...

..






DIA SAYANG KITA.

DIA TAK MAHU KITA TERUS-TERUSAN DALAM KEADAAN LALAI DARI MENGINGATINYA.



p/s: Allah, Engkau Dekat~

[fellow followers]