Sayonara Jahiliyyah!


posted by radhiahsyahida

2 comments


Sayonara: Bahasa jepun yang bukan sekadar bermaksud selamat tinggal. Tetapi dengan azam tidak akan bertemu lagi sampai bila-bila.

Jahiliyyah: Bahasa arab yang bermaksud tidak tahu, tiada ilmu dalam agama dan akhlak.

Tahun baru orang islam sudah bermula. Satu kebiasaan, tahun baru akan menerbitkan keinsafan dalam diri seorang manusia. Koreksi amalan supaya hidup mendatang lebih baik dari yang sebelumnya.

Selama beberapa tahun saya berada di bumi UIAM ini, pelbagai jenis manusia yang saya temui. Banyak jiwa-jiwa manusia yang telah menyentuh hati saya. Melihat bagaimana mereka berubah dari tiada tudung kepada ada, dari singkat kepada menjaga, dari zero kepada HERO! Saya pernah mencoretkan pengalaman bersama mereka pada entri-entri yang lama.


Saya beriman bahawa hati manusia, Allah yang pegang, Allah yang membolak-balikkan. Maka, atas dasar itu, saya memilih untuk berdoa dari mengutuk. Saya amat sensitif dengan manusia yang suka kutuk-mengutuk saudara seislam mereka yang hidup dalam kejahilan. Sejahat manapun seorang muslim itu, andai di akhir hembusan nafas itu syahadah dilafazkan, maka syurga juga akan menantinya. Maka, berdoalah. Untuk alasan apakah kita berterusan ingin mengutuk manusia yang jahil?


Sekali lagi, saya kagum dengan manusia-manusia di sekeliling saya yang berubah. Saya ingin terus melangkah bersama mereka dan mengatakan sayonara kepada jahiliyyah.

يا مقلب القلوب، ثبت قلوبنا على دينك وطاعتك


pesan Imam Ghazali:
"Carilah hatimu di tiga tempat... Temui hatimu sewaktu bangun membaca Al Quran. Tetapi jika tidak kau temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat. Jika tidak kau temui juga, kau carilah hatimu ketika duduk tafakkur mengingati mati. Jika kau tidak temui juga, maka berdoalah kepada Allah, pinta hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati!"

2 comments

[fellow followers]