Archive for 2010

saya masih melangkah.. alhamdulillah


posted by radhiahsyahida

2 comments


Bismillah. Segan la macam mana nak mula ni. 5 minggu tak bermonolog kat sini. Nak kata busy sangat sangat sangat tu, tak ada la jugak. Pernah je buka blogger.com tapi cuma mampu taip, backspace, taip dan backspace lagi. huhu. Allah tak bagi lagi nikmat beridea kot. InshaAllah, ni entri perintis untuk tahun baru hijrah yang dah beberapa minggu berlalu. InshaAllah.

Alhamdulillah, sudah 3 minggu jadi budak second year, second sem. hehe. berlagak tua.. *kononnye* :p Banyak benda dah berlaku, yang mengejutkan, menggembirakan, menyakitkan, menyenangkan. Semualah! Dah bercampur gaul dalam 1 adunan kehidupan.

Yang penting, terpulang kepada diri kita sendiri untuk menentukan corak hidup sementara malaikat izrail belum datang ziarah. Berdoalah moga-moga tatkala kita diuji dengan keseronokan dunia, Allah cepat-cepat sedarkan kita..

Saya tinggalkan kalian dengan satu kata-kata Saidina Ali karramallahu wajhah..

الناس نيام فإذا ماتوا انتبهوا

Manusia itu sebenarnya sedang tidur. Apabila mereka sudah mati, barulah mereka akan terjaga.


MRS: terkesan! mohon keampunan~

indah di mata, cair di lidahh noo...


posted by radhiahsyahida

13 comments



kisah aku tiga biji kek buah yang digubah menjadi kek fondant :D







p/s : Kagum dengan manusia yang kreatif. Suka perhati manusia yang kreatif. Maka, kesimpulannya, Tuhan mereka mesti lagi Maha Kreatif. *for sure! cause He is the Great Creator* MashaAllah :]

mengasihi dikasihi


posted by radhiahsyahida

3 comments



من لا يَرحم لا يُرحم

Barangsiapa yang tidak meng
asihi maka dia tidak akan dikasihi -hadis Rasulullah s.a.w







Alhamdulillah, Izah dah dapat pengganti Ebi! siapa Ebi? klik sini. Kucing yang baru saja diberi nama oleh kakak beliau petang tadi iaitu dengan nama 'Evoke'. hehe.. *terus rasa lapar lepas bagi nama nih* Evoke baru je melahirkan 3 ekor anak yang comel lote dan kiut miut sangat lebih kurang 2 minggu yang lalu iaitu 'Alfa', 'Beta' dan 'Gamma'.



p/s: cuba bandingkan dengan manusia, aduh sadis sungguh la. tak pernah dengar lagi isu haiwan buang anak. hohoho. manusia.. manusia.. moga Allah ampunkan dosa kita semua.

10:12


posted by radhiahsyahida

2 comments


Dan apabila seseorang manusia ditimpa kesusahan, dia berdoa kepada KAMI sama ada dalam keadaan berbaring atau duduk ataupun berdiri, tetapi setelah KAMI hilangkan bahaya itu darinya, dia terus mengikut cara lamanya dan kembali dengan cara yang sesat. Demikianlah dijadikan indah bagi orang-orang yang melampaui batas dengan apa yang telah mereka kerjakan.

[10 : 12]


maka,

Taqarrub itu bukan bermusim.

Bukan ketika exam sahaja, bukan ketika ditimpa ujian sahaja, dan bukan tatkala ingin meminta pertolongan dari DIA sahaja.
Taqarrub itu perlu sampai bila-bila.

Bukan di hostel sahaja, bukan di masjid atau surau sahaja, dan bukan di rumah sahaja.
Taqarrub itu perlu di mana-mana.


***

Lebih kepada peringatan untuk diri. huhu. 1 bulan cuti adalah satu ujian yang bukan biasa-biasa. Berdepan dengan nafsu yang kadang-kadang tak terkawal, syaitan yang gedik menggoda orang, dan jiwa yang geloranya tak mampu dijangka. wuhuu.

Pulang bercuti itu memang satu nikmat. Kata orang, 'rumahku syurgaku'. Tetapi, itu bukan matlamat hidup di dunia semata-mata. Nikmatilah dunia dengan berpada-pada agar ia menjadi saksi untuk syurgaNya menjadi rumahku di sana kelak. inshaAllah.

20 : 131


posted by radhiahsyahida

No comments


Dan janganlah engkau menujukan pandangan kedua matamu dengan keinginan kepada apa yang telah Kami berikan kepada beberapa golongan dari mereka Yang kafir itu menikmatinya, Yang merupakan keindahan kehidupan dunia ini, untuk Kami menguji mereka padanya,
sedang limpah kurnia Tuhanmu di Akhirat lebih baik dan lebih kekal :]

[20:131]

menembak dengan doa. hoho..


posted by radhiahsyahida

3 comments


[Al-Anfal:17]

Maksud: Bukan engkau yang melempar ketika engkau melempar, tetapi Allah swt yang melempar :)


Ayat dan Maksud yang sangat best!

Dulu, zaman sekolah, masa ada National Petanque Competition, saya ingat lagi cikgu selalu suruh team kami baca ayat ni sebelum lempar setiap bola besi yang amat berat itu.

Rupanya, ayat tu amat sesuai untuk kita baca semasa jawab apa-apa soalan bertulis especially masa exam la kan. Bila jumpa mana-mana soalan yang susah dan tak tahu betul ke tak jawapan kita tu [dalam erti kata nak menembak la kan], boleh la baca ayat ni sambil yakin dengan pertolongan dari Allah.

Selamat berimtihan semua! Minta maaf kalau ada salah silap ye :D


p/s: dulu selalu amal doa tu masa jawab soalan objektif SPM. he he he :p

kepok lekor poksu...


posted by radhiahsyahida

8 comments


...sedap dimakan pada waktu petang yang mendung macam ni

...dengan air teh panas kurang manis

...sambil duduk depan tv tengok Spongebob Squarepants & Upin Ipin kegemaran izah @ Al-kuliyyah kegemaran ummi

...dan makan ramai-ramai sampai habis tanda kelaparan. he he!

wuuu..sedapnyee!!




...tapi, apakan daya. Ini semua hanya angan-angan :(((



lambaknye buleh balekkk ehh..
rindu kepok lekor poksu! huuuu



p/s: alhamdulillah. lamaran sudah diterima. hati berbunga-bunga. ceehh! next, get ready for BM plakk.. :p

the sunshine


posted by radhiahsyahida

2 comments


Subuh tadi, buka laptop, buka email, tujuan nak attach large file untuk ecah. Subuh-subuh kan line sedikit laju. Tiba-tiba, tengok dekat inbox, ada someone add saya kat facebook! he is my sunshine! siapa sunshine? rujuk sini. Excited + risau sebab tak tahu macam mana perkembangan dia sekarang. Tengok profile name dia still tulis Shine Innocent, tak ada Muhammad pun kat depan.. T_T

Then, drag lagi profile dia, tak ada apa-apa menarik, post pasal game je. biasa la budak-budak..huhu. tiba-tiba, saya terpaku pada satu ayat disebelah kiri page dia :

"INSYAALLAH BOLEH DAPAT 5A"


Wuuu. Rasa sebak plak. Bagusnya pergantungan budak ni pada Allah. Even perkataan 'INSYAALLAH' je, tapi dah boleh gambarkan macam mana iman dia sekarang. Alhamdulillah.. dah boleh tarik nafas lega! ^_____^


p/s: all the best my sunshine. cikgu doakan awak! :]

Mahu saham untuk akhirat? Inilah..


posted by radhiahsyahida

No comments



Hari yang amat bermakna untuk saya dan mereka. Alhamdulillah :)


Sejak hari-hari sebelum ni yang telah berlalu dengan sedikit tidak tenang. Perasaan disakiti dan mudah terasa yang menjadi-jadi adalah suatu perkara yang sangat menyakitkan. Bukan diminta, tapi ia datang sendiri. Dan hampir boleh jadi bengkak jugak la. huu.. sangat tak suka!


Terima kasih buat kamu yang sentiasa meneutralkan dan mempositifkan saya kembali :)


Hari ini adik kembar bongsu saya yang sangat disayangi iaitu Izu dan Izah dah boleh buat kad pengenalan [hoho] dan kawan baik saya sejak sekolah PASTI yang sangat dikasihi iaitu Syakirah dah boleh daftar sebagai pengundi [hoho jugak]. Tahniah kepada mereka atas pertambahan umur di dalam dunia yang semakin singkat ini. Moga Allah berkati dunia dan akhirat kalian.. inshaAllah.

Melihat si kecil

Dunia semakin singkat. Masa semakin [sangat-sangat] cepat. Sangat-sangat terasa sejak kebelakangan ni. Melihat si kecil yang sekejap saja membesar. Subhanallah. Maha hebat perancangan Allah terhadap hamba-hambanya.

Si kecil itu, merekalah penentu fasa terakhir dunia.

Saya teringat pada satu hari di dalam kelas sebelum lecturer masuk, terpandang satu berita mengenai seorang gadis yang lari dari rumah kerana dimarahi oleh ayahnya. Ya Allah, risau sangat-sangat bila baca berita tu. Bayangkanla mcam mana kami sebagai warga pendidik nak menghadapi generasi akan datang. Ditegur lembut tak kena, ditegur dengan keras pun salah. Kena muhasabah balik sebenarnya. Mungkin corak pentarbiyahan dari dalam rumah tu kena diislahkan balik. Ini sekadar pendapat saya, budak-budak zaman teknologi ni bukan sekadar kena didik akhlak mereka dengan agama, tapi yang paling penting hati mereka. Ibu bapa kena sentuh hati anak-anak dengan penuh hikmah. Manusia ni, suis utama mereka sebenarnya dekat hati je. Walau terlorong ke arah mana pun, tapi kalau hati mereka pernah dicuci dan dihias dengan tarbiyyah yang baik. InshaAllah, campaklah ke lembah mana pun manusia itu, inshaAllah dia tetap ingin bertuhankan Allah.

Generasi baru = Fasa terakhir

Dunia sekarang amat menantikan kebangkitan semula islam sebagaimana yang telah dijanjikan Allah. Inilah caranya. Inilah peranan kita. Mungkin dunia ketika fasa terakhir kebangkitan islam itu bukan zaman kita. Namun, melalui tarbiyah kita yang mantap terhadap genarasi baru, inshaAllah akan melahirkan pejuang-pejuang yang akan membangkitkan kegemilangan islam nanti.

Mahu saham untuk akhirat? inilah.. :D

hiasan dunia juga boleh jadi fitnah dunia


posted by radhiahsyahida

7 comments


Rasulullah SAW bersabda:

"Tidak aku tinggalkan fitnah selepasku yang lebih boleh membawa mudarat kepada lelaki selain wanita" (Hadis riwayat Bukhari)

Hadis ini kurenung dalam-dalam, kubaca berulang-ulang. Rungsing hati mengenangkan kisah yang menimpanya.

***

Wanita, kerana Allah telah menetapkan kita, kaum kita ini fitnah bagi lelaki.

***

Secara logiknya, bila seorang manusia yang waras akalnya, dikhabarkan kepadanya bahawa fitnah ada di depannya. logikkah dia untuk melalui jalan hadapan? Amat tidak logik bukan..

Maka, wahai diri ini, awak dan mereka.. andai benar fitnah itu masih berlegar-legar mencari kita, pilihlah jalan lain, masih ada banyak jalan untuk kita lalui. Jalan yang menyelamatkan kita di dunia ini. Jalan yang Allah terus redha dengan langkah kita. Carilah, carilah.. jangan hanya menanti dan terus menanti. Jangan terus berputus asa dengan apa yang telah menimpa.

***

Percayalah, ujian ini hanya sikit kalau nak dibandingkan dengan mereka yang lagi teruk diuji. Dan bersyukurlah dengan nikmat yang Allah bagi ni. Andai tidak diduga macam ini, mungkin kita tidak sedar dengan apa yang kita buat selama ini. Pada hakikatnya, memang hanya manusia luar yang mampu menilai diri kita, bukan diri kita sendiri sebenarnya...

***

p/s : kuat keh. keh? i'll lend my ears and hands for u my dear, even though i cant see u now :(

-me-
seorang manusia
yang tak logik tak pernah buat salah
so, kita sama je okeh!
cool balik, don't down down la.. :)

dunia, aku tak benci kamu tapi aku tak cinta kamu..


posted by radhiahsyahida

No comments



Hidup yang penuh tarbiah dari Tuhan. Tarbiah yang datang dari pelbagai sudut. Saya melihat mereka dan saya melihat dalam diri sendiri juga. Setelah infiniti nikmat yang telah Allah berikan, maka untuk alasan apakah diri ini masih lagi mengenang ujian-ujian yang menimpa. Sedangkan ianya sekadar sekecil zarah jika dibandingkan dengan nikmat iman yang lebih besar dari 7 lautan itu. mashaAllah, Maha pemurahnya DIA.


Ujian dalaman. Itu masalah paling besar yang dapat dirasakan. Fitrah yang manusia tak mampu nak kawal kecuali dengan iman dan aqal sahaja. Saya cuba kutip terapi dari Ibnu Qayyim. Letak betul-betul kat depan. Jadikan panduan dalam menempuh hidup berduri ini. Kata beliau :

"Penyakit hati akan datang bila ianya tidak terisi oleh rasa cinta, syukur, zikir dan ibadah kepada Allah sebaliknya membiarkan mata meliar. Pandangan dan renungan mata adalah jalan membawa kepada kesedihan dan keresahan."


Ujian luaran. Selepas satu berita diterima, terima lagi satu berita. Sebelum ni, classmate saya iaitu azreen syah dimasukkan ke ICU kerana denggi (alhamdulillah beliau semakin beransur pulih), dan semalam berita terbaru, sahabat dari BAR, haini dan syafiyah terlibat dalam kemalangan. Amat terkejut dengan berita yang tak diduga ini. ya Allah, selamatkan sahabat-sahabatku ini! Semoga haini tabah dengan nikmat terbaru yang Allah hadiahkan untuknya. Pasti ada hikmah dengan apa yang berlaku ni, percayalah sahabatku.

Entahlah, kadang-kadang dengan ujian macam ni pun boleh buat
level iman jadi lain. Teringatkan kematian yang entah bila-bila boleh jenguk. Sekarang ni pun, setiap kali balik, abah asyik ulang pasal kematian. Tazkirah yang memang patut kena dengar, biar diri sendiri pun tak cintakan dunia lebih-lebih.. huhu



...


ujian itu nikmat bila saya, awak, dan mereka melepasinya dengan berlapang dada dan yakin bahawa Allah menciptakan bukan dengan sia-sia. :]

bila izrail datang memanggil...


posted by radhiahsyahida

2 comments



Alhamdulillah petang tadi Allah izinkan saya untuk mendapat satu tazkirah yang sangat bermakna. Sebagai orang bawahan kak mimi, saya turut diajak oleh beliau bersama-sama wakil BEDSA, Ma'ruf Club dan MRC Mahallah Ali untuk menyertai misi ziarah keluarga arwah Nik Hafreez yang baru meninggalkan kita di dunia yang penuh tipu daya ini pada 2 syawal yang lalu.

Melihatkan keadaan keluarga arwah yang cukup tabah dan redha dengan pemergian anak sulung mereka itu, rasa kagum sangat-sangat. Mungkin mereka tahu perginya arwah bukan dengan sia-sia. Perginya arwah meninggalkan banyak kebaikan untuk mereka sekeluarga.


Saya tidak terlalu mengenali arwah memandangkan beliau ialah senioritas. Tetapi mendengarkan cerita-cerita manusia di sekeliling tentang beliau. Mendengar cerita ummi dan jiran arwah petang tadi. Saya percaya, arwah pasti tenang di persemadian sana. inshaAllah.
:)

Cerita kematian.


Sejak akhir-akhir ni, memang ia selalu bermain-main di fikiran saya. Selalu sangat! Hampir meragut tenang juga.


Antara kematian dan hubungan dengan manusia.


Saat terakhir nafas diragut oleh izrail itu sangat-sangat rahsia. Tiada lambat dan tiada cepat walaupun sesaat.
..

...dan saya selalu terfikir. Kalau sahabat kita atau sesiapa sahaja yang meninggal dunia, pastinya keluarga dan teman-teman meredhakan pemergian dan memaafkan segala salah silapnya supaya arwah tenang di dunia baru.


TAPI..


Macam mana dengan dosa keluarga dan teman-teman arwah yang masih hidup tu? Andai kata, arwah pernah terasa hati pada seseorang dan meninggal dunia sebelum sempat beliau memaafkan orang itu.. ataupun, andai kita ada terbuat dosa pada arwah sebelum sempat meminta maaf darinya. APA AKAN JADI PADA KITA YANG MASIH HIDUP? TAK ADA PELUANG DAH NAK MINTA MAAF... :(

Sampai saat ni, perkara macam ni lah yang terus bermain-main dalam minda. Ini soal hablun minannas (hubungan sesama manusia). Yang mana, kalau tak setel kat dunia, pasti akan berjumpa kembali di padang mahsyar nanti. ya Allah.. takutnya...

MENJAGA


Sangat-sangat perlu. Hubungan dengan manusia. Kalau ada silap, cepat-cepat minta maaf. Kalau ada terasa dengan sesiapa, cepat-cepat delete dari inbox hati. Campak ego jauh-jauh. Bakar terus pun takpe. Sangat-sangat tak mahu jumpa sesiapa kat padang mahsyar nanti. Jumpa-jumpa pun inshaAllah biar di dalam syurga terus. ya Allah, ameen!


p/s : Alfatihah untuk arwah. Doakan beliau tenang di sana. Semoga ada orang lain pula yang akan mendoakan kita bila izrail datang memanggil nanti..




..err...maafkan saya! kalau ada pernah terasa, tolong bagitau yek..huhuhu.

suci dalam debu. bulan terang benderang


posted by radhiahsyahida

No comments



manusia melihat kegelapan sebagai gelap dan malam itu memang malam
tanpa menyedari senoktah cahaya itu mampu menyuluh derapnya
andai zikir ketika menatap bulan
andai sabar menunggu siang menjelang

------

katanya hati semakin hari semakin gelap
titik hitam semakin hari semakin banyak
tanpa menyedari secebis fitrah masih lagi menyelubungi
yang manusia seringkali menafikan lantaran keegoan


cuba intai 'hati dalam hatimu', insan
ada cahaya! cuma kita sahaja yang nafikan.


ini monolog radhiah syahida!
---dengan status diri yang tidak mampu lagi untuk menaip panjang sebab asyik taip, pastu backspace, taip lagi, backspace lagi. aduila!---

rindu UIA...


posted by radhiahsyahida

7 comments


..punya masjid jer! heheh


eh. Serius tak tipu nih. Tiba-tiba rasa sayang sebab tak dapat nak habiskan bertarawih di masjid UIA yang sangat-sangat meriah tu!

***

Sekarang status diri bolehla nak kata dah ada kat rumah pun. Alhamdulillah berjaya sampai rumah siang tadi tanpa sebarang kesesatan dan juga dengan kadar kelajuan yang wow. hee :)

Lepas iftor, ummi ajak pergi surau dekat rumah. Semangat. Semangat. Nak merasa suasana solat terawih di terengganu. Sampai-sampai, macam biasa, jemaah tak berapa nak ramai sangat. Takpela, husnuzzon. Mungkin penduduk di situ ramai yang pergi masjid.

Solat macam biasa. Namun sayang seribu kali sayang. Imam hafiz tu baca dengan kadar kelajuan yang wow! Laju kot. 9.10 pm dah habis 8 rakaat! Tak terasa sangat 'rehat' yang sepatutnya akan dapat rasa masa solat tu :[

***

Sebab tu la terus rindu solat tarawih kat UIA nih! huu.. seronok sangat ya Allah. walaupun tak pernah pergi Makkah, tapi boleh dapat gambaran kat sana. Ramai makcik-makcik dari luar yang datang masjid UIA sebab mereka cakap suasana lebih kurang macam kat Makkah. *huu..buatkan perasaan ni makin melonjak-lonjak..Allahumma yassir*

Part kesyahduan bacaan imam tu superb ah. Masa solat tu, dapat rasa macam imam tengah bercerita pasal kisah dari AlQuran je..*Ada zouq!* 'Nikmat' dan 'Rehat' pun sangat-sangat dirasai! Tapi sedikit jeles kat pak-pak dan mak-mak arab sebab mereka mesti faham betul-betul maksud ayat-ayat cinta Allah yang imam baca tu.. *kita ni nak faham kalimah by kalimah pun terkial-kial lagi..uhuu*

Bab suasana dan kemeriahan tak payah nak cakap la. Siap macam ada nursery bagai dah kat ruang belakang. Yang datang untuk i'tikaf+qiyam pun siap bawak comforter dan bantal lagi. hehe. Habis solat, tak ada moreh tu no hal la sebab ada pencuci yang lagi best dari tu. Dapat tengok budak-budak anak pak arab yang comel-comel sungguh tu pun dah jadi penambah rasa kenikmatan bertarawih :]

***

hee..itulah. Tapi bukan niat nak memperendahkan solat kat surau tu. Ok je.. Cuma, lebih kepada luahan kerinduan terhadap suasana yang lebih syok! + nak promote pada sesiapa yang baca untuk datang mengimarahkan masjid UIA + nak promote sesiapa yang baca untuk apply masuk UIA. keh3



tarawih di masjid UIA masa awal-awal ramadhan. sesangat ramai!
sekarang? ramai jugak tapi tak ramai macam dulu la..
kredit : zafryhalim.com


p/s: er..rindu kat 'mereka' yang still tak balik tu jugak! :p


updated : 12.19pm/26 ramadhan

subhanallah.. liqa' al-ma'thurat di masjid UIA yang sangat wow~
kalau tiap-tiap pagi jamaah masjid macam ni.. mashaAllah. islam pasti naik balik! :]

sumber : Tak ingat. Ternampak kat fb terus save. hee. hopefully owner dia tak kesah ^^



jom memburu!


posted by radhiahsyahida

No comments








kempen memburu lailatul qadr.
menarik! :D
sila-silakan copy, paste & sebarkan..
inshaAllah inilah peluang untuk dapatkan extra pahala..
lagi 8 hari Ramadhan nak pergi..T_T
jom pulun habis-habisan keh!
may Allah bless our Ramadhan this year.

ameen..ameen..ameen..
~dengan penuh yakin dan harap padaNya~
^_^

dua 00


posted by radhiahsyahida

2 comments



entri ke-200! ???
untuk blog yang baru berumur 2 tahun 3 bulan ini.
huhu. serius sikit je..
tapi takpela..
biar sikit asalkan ada manfaat untuk setiap entri. hopefully. inshaAllah.

hari ini.
20 ramadhan!
yAllah.. dah 20 ramadhan.
ye..dah 20 hari ramadhan meninggalkan kita.
subhanallah.
terasa macam sekejap sangat..
dengan ibadah pun rasa macam tak lengkap lagi..
yaAllah..

bulan ramadhan ni..
yang paling banyak kena jaga..
hati la..huhu
antara mujahadah hati dengan freedom of nafsu.. huhu
bukan mudah nak pimpin hati ke arah kebaikan..
nak husnuzzon untuk setiap perkara pun sangat-sangat payah.
hati yang sangat suka mencintai makhluk melebihi cinta Khaliq lagi ah.. huhu
lagi satu..
bila perasan diri sendiri bagus..
tu lagi la penyakit hati yang kita sendiri tak sedar..



sebab tu la kot..
kadang-kadang..
tarbiyyah semasa madrasah ramadhan tak tinggalkan kesan apa-apa pun..
yang selalu buat dosa, semakin rancak buat dosa..
yang sentiasa jaga amalan wajib pun mungkin boleh goyah..
apatah lagi..
yang jarang buat amalan sunat, lagi rasa payah nak istiqamah..
naudzubillah..

itu semua gara-gara dot dot hitam pada hati!

T_T


"manusia akan sentiasa memperelokkan tempat yang dipandang oleh orang lain..namun jarang-jarang sekali untuk mencantikkan tempat yang dipandang oleh Allah.."


p/s : fasa ketiga.. gelombang ramadhan yang ditunggu-tunggu. yaAllah, bebaskan kami dari nerakaMU!

kembali kepada fitrah!


posted by radhiahsyahida

No comments


Untuk kalian yang saya kasihi kerana Allah.
Kita manusia.
Makhluk yang Allah cipta dengan sebaik-baik kejadian.
Namun, kerana akal yang meninggikan martabat itulah.
kita seringkali jatuh ke lereng dosa.
Dan Allah ciptakan insaf.
Supaya kita kembali mendaki jalan kebenaran.
Kerana Allah itu Maha Maha Maha Pemurah.
Dihadiahkan kita satu bulan.
Untuk kita kembali kepada fitrah.
Jom kembali~

Untuk kalian juga.
Mutabaah Amal.
Panduan supaya kita lebih terinspirasi.
Allah Rabbana.
Ampunkan dosa kami yang lalu dan akan datang.
Hentikan nafas kami di perhentian yang selamat.
Semoga kami sampai ke destinasi yang hakiki.
Jannati Baitiy.
Ameen.





p/s : sila klik untuk besarkan gambar. please right click, save image as.. & use it. May Allah bless!

..Home Visit..


posted by radhiahsyahida

3 comments

















Lokasi : Kg Ulu Tamu, Batang Kali, Selangor.
Misi : Ziarah Kali Pertama- Taaruf & Bancian

Sambutan Penduduk Kampung : Sangat bagus


Tentang Mereka :

  • Anak-anak sangat pintar, mampu memahami perkataan-perkataan bahasa inggeris.
  • Kebanyakan mereka tiada agama tetapi mempunyai nama yang bagus dan bermaksud.
  • Masih dalam kekurangan seperti bekalan air, elektrik, dan ada rumah yang agak dhaif dan hampir roboh.
  • Golongan ibu-ibu sangat sporting!
  • Kebanyakan penduduk bekerja sebagai penoreh getah.

p/s : Mereka masih boleh ditarik oleh kita sebelum pendakwah kristian sampai. Usaha kena gigih lagi..InshaAllah.

[fellow followers]