he is sunshine


posted by radhiahsyahida

12 comments

Sesiapa yang tidak tahu, saya pernah bekerja sebagai 'seorang cikgu' di SK La Salle 2, Brickfields sebelum menjejak kaki ke Gombak.

Di sinilah saya mengenali seorang budak bernama Shine Innocent.
Dia pendiam sahaja berbanding rakan-rakannya yang lain.
Bila ditanya, jawapannya pasti membuatkan saya tersenyum. Sentiasa betul =]
Saya sangat senang dengan seorang budak yang dipanggil shine itu.
Dia selalu menjadi usikan kawan-kawan dengan panggilan 'sunshine'. Kebetulan mereka sedang belajar tentang cahaya sebagai sumber tenaga ketika itu.

2 hari lepas, satu sms dari kakak mengejutkan saya. Allahu Rabbi~
".....bekas anak murid dia masuk islam sekeluarga......"

Speechless. Benar janjiMu Rabbi. HidayahMu tidak mengenal sesiapa, TaufiqMu tidak mengira bila dan ketika..

Bercakap tentang iman. Mungkin si kafir yang kita kata 'sah-sah masuk neraka' itu mungkin paling tinggi imannya pada suatu masa yang dijanjikan Allah. Tidak mahu membandingkan dengan muslim yang mungkin lagi rendah imannya. Tidak mahu! kata-kata suatu doa kan? Semoga Allah menjaga iman kita. Walau sering bertambah dan berkurang, namun sentiasalah berharap kepada penyudahan yang menenangkan. Ameen.


Kata kakak, ada seorang cikgu [non-muslim] maki hamun shine lepas tahu dia masuk islam dan panggil dia stu**d mo***y [tak sanggup saya tulis..huhu]. Wahai kalian, doakan semoga Allah bagi hidayah kat cikgu tadi plak..huhu.. kesian kat shine, ujian sebagai muallaf. Moga Allah kuatkan dia sebagaimana kuatnya Bilal, Yassir, Sumayyah, dan para sahabat mempertahankan aqidah.


Muhammad Shine, Kamu 'sinar terpuji' yang dipilih Allah!
Teruskan sinaranmu untuk islam, dik.
Allah amat sayang kamu.


Tiada lagi shine innocent ^^

12 comments

  1. Anonymous
  2. Anonymous

[fellow followers]