kisah dalam teratak


posted by radhiahsyahida

4 comments


10 hari berkelana di teratak tercinta memang mendamaikan apa yang selama ini sering resah. Mungkin kerana sebelum ini kerongkong sering tersekat dan nafas selalu sesak untuk meluahkan apa yang terbuku, ditambah pula dengan hati yang terlalu cintakan dunia sehingga masalah dunia dijadikan yang utama dalam minda. Mungkin? hurm..

Di teratak, tak menyelongkar khazanah ilmu milik abah memang tak sah. Rasa seronok dan mendamaikan je bila boleh tengok, belek segala bagai jenis buku-buku abah sehingga pernah terdetik dalam hati, andai ingin diberi harta, inshaAllah hanya mahukan khazanah itu sahaja. Cukup!

Di teratak, hubungan dengan Dia semakin terkawalkah? 10 hari bertapa, tersedut-sedut jadinya. Terasa benci sangat-sangat pada diri ketika terlalu mengikut nafsu. Sangat benci pada syaitan. Ummi kata, syaitan lagi suka kacau orang yang cuba meninggikan iman. Sebab orang yang jauh dari Allah memang dia buat dunno je. Jadi, kita kena kuat. Jangan jadi hamba nafsu dan syaitan. Ummi kata, ummi kuat sikit lawan syaitan dari anaknya iaitu sayalah. wuhuuu.. Saya jawab, memangla, syaitan yang jaga ummi dah tua, dah tak larat nak hasut ummi. Dia bagi chance je ah skang ni. hoho.ada ke macam tu?

Di teratak, bahang panas turut terasa. Di dalam, di luar, pagi, tengahari, petang, dan malam juga kadang-kadang terasa. Tapi, di gombak dulu, lebih-lebih lagi terasa. Salah siapa? bila maksiat bertubi-tubi menyerang muka bumi Allah. Teringat saya ketika melalui kawasan di Masjid Terapung, KT beberapa hari lalu. Saya dengan adik lalu dekat satu kawasan bersemak. Dari jauh nampak seorang lelaki atas motor, ingatkan sorang je. Astghfirullah, terkejut sebab kat atas rumput tu ada 1 pasangan lagi tengah........... [moga Allah ampunkan dosa kami]. Teringat kata-kata Dr.'Aidh Abdullah Al-Qarni di dalam bukunya iaitu Penyejuk Jiwa. Kata beliau, pada musim panas [cuti], terdapat 3 ragam manusia.

1. Zalim terhadap dirinya.

Bagi golongan ini, hidup ini hanya makan, minum, tidur, mainan, hiburan dsb.[hanya itu]. Zalim terhadap diri dengan tidak mengisi makanan roh yang sepatutnya. Zalim terhadap diri dengan tidak menunaikan hak sebagai hamba. Bagi mereka, dunia ini hiburan dan hanya perlu keseronokan nafsu semata. Mereka lupa bahawa pernah ada pemuda sebaya mereka pada satu ketika dulu yang pernah menawan kota kaisar, menumpahkan darah demi lafaz LailahaillaLlaah, bermati-matian terseksa demi agama Allah. Mereka lupa itu semua. Kerana zikir mereka ialah lagu-lagu yang melalaikan, Quran mereka gantikan dengan majalah hiburan, tempat maksiat dijadikan singgahan perjalanan. Naudzubillah!

2. Bersantai

Golongan ini pula tidak menggunakan masa cuti mereka untuk maksiat juga bukan untuk kebaikan dan ibadat. Bagi mereka, hidup ini S.A.N.T.A.I.
relax-relax suda~ gitu kot?
kata Imam AlGhazali, sesiapa yang tidur 8/24 jam sehari bererti ia tidur selama 20 tahun jika diumpamakan umurnya 60 tahun. [islah nafsi, wad'u ghairak]
Naudzubillah!

3. Berlumba terhadap kebajikan

Allahu Rabbi, moga dijadikan kita seperti mereka ini yang diumpamakan seperti pahlawan Muhammad s.a.w. Kesempatan hidup hanyalah untuk bercucuk tanam sebagai bekal kehidupan akhirat. Pelbagai wasilah digunakan seperti kemajuan teknologi, dakwah lisan dan tulisan dan sebagainya. Mereka takut untuk mendekati maksiat kerana bimbang dimatikan ketika saat kaki dan tangan melangkah untuk perkara-perkara itu. Seumpama Aswad bin Yazid yang ditegur oleh sahabatnya kerana sering berpuasa. Lantas apa yang dijawabnya, "Jika aku sudah di kubur, siapakah yang akan beribadah untukku?"

Allahu Rabbi, jadikan kami seumpama mereka.
Pencipta Ibadah di waktu malam.
Sang 'Abid yang pipinya selalu basah digenangi air mata.
Singa-singa yang terperanjat bangkit dengan seruan jihad.
Demi..mengejar kematian.
Mengharap perjumpaan dengan Tuhan.

Allahu Rabbi,
Jadikan kami seperti mereka
Yang akan membangun sendi-sendi kebangkitan
Di tengah kelemahan dan kelalaian
Jangan biarkan lisan kami melafazkan "aku belia acuan alQuran, aku belia muslim, aku belia mu'min"
Namun, tingkahlaku bukan seperti yang dikatakan.
Biarkan kami terasing.
Biarkan....
Jika itu yang Kau redha.


Fastabiqul Khairaat : Dan berlumba-lumbalah dalam membuat kebaikan [2:148]

10 hari lagi.. =[

4 comments

[fellow followers]