Archive for August 2010

dua 00


posted by radhiahsyahida

2 comments



entri ke-200! ???
untuk blog yang baru berumur 2 tahun 3 bulan ini.
huhu. serius sikit je..
tapi takpela..
biar sikit asalkan ada manfaat untuk setiap entri. hopefully. inshaAllah.

hari ini.
20 ramadhan!
yAllah.. dah 20 ramadhan.
ye..dah 20 hari ramadhan meninggalkan kita.
subhanallah.
terasa macam sekejap sangat..
dengan ibadah pun rasa macam tak lengkap lagi..
yaAllah..

bulan ramadhan ni..
yang paling banyak kena jaga..
hati la..huhu
antara mujahadah hati dengan freedom of nafsu.. huhu
bukan mudah nak pimpin hati ke arah kebaikan..
nak husnuzzon untuk setiap perkara pun sangat-sangat payah.
hati yang sangat suka mencintai makhluk melebihi cinta Khaliq lagi ah.. huhu
lagi satu..
bila perasan diri sendiri bagus..
tu lagi la penyakit hati yang kita sendiri tak sedar..



sebab tu la kot..
kadang-kadang..
tarbiyyah semasa madrasah ramadhan tak tinggalkan kesan apa-apa pun..
yang selalu buat dosa, semakin rancak buat dosa..
yang sentiasa jaga amalan wajib pun mungkin boleh goyah..
apatah lagi..
yang jarang buat amalan sunat, lagi rasa payah nak istiqamah..
naudzubillah..

itu semua gara-gara dot dot hitam pada hati!

T_T


"manusia akan sentiasa memperelokkan tempat yang dipandang oleh orang lain..namun jarang-jarang sekali untuk mencantikkan tempat yang dipandang oleh Allah.."


p/s : fasa ketiga.. gelombang ramadhan yang ditunggu-tunggu. yaAllah, bebaskan kami dari nerakaMU!

kembali kepada fitrah!


posted by radhiahsyahida

No comments


Untuk kalian yang saya kasihi kerana Allah.
Kita manusia.
Makhluk yang Allah cipta dengan sebaik-baik kejadian.
Namun, kerana akal yang meninggikan martabat itulah.
kita seringkali jatuh ke lereng dosa.
Dan Allah ciptakan insaf.
Supaya kita kembali mendaki jalan kebenaran.
Kerana Allah itu Maha Maha Maha Pemurah.
Dihadiahkan kita satu bulan.
Untuk kita kembali kepada fitrah.
Jom kembali~

Untuk kalian juga.
Mutabaah Amal.
Panduan supaya kita lebih terinspirasi.
Allah Rabbana.
Ampunkan dosa kami yang lalu dan akan datang.
Hentikan nafas kami di perhentian yang selamat.
Semoga kami sampai ke destinasi yang hakiki.
Jannati Baitiy.
Ameen.





p/s : sila klik untuk besarkan gambar. please right click, save image as.. & use it. May Allah bless!

..Home Visit..


posted by radhiahsyahida

3 comments

















Lokasi : Kg Ulu Tamu, Batang Kali, Selangor.
Misi : Ziarah Kali Pertama- Taaruf & Bancian

Sambutan Penduduk Kampung : Sangat bagus


Tentang Mereka :

  • Anak-anak sangat pintar, mampu memahami perkataan-perkataan bahasa inggeris.
  • Kebanyakan mereka tiada agama tetapi mempunyai nama yang bagus dan bermaksud.
  • Masih dalam kekurangan seperti bekalan air, elektrik, dan ada rumah yang agak dhaif dan hampir roboh.
  • Golongan ibu-ibu sangat sporting!
  • Kebanyakan penduduk bekerja sebagai penoreh getah.

p/s : Mereka masih boleh ditarik oleh kita sebelum pendakwah kristian sampai. Usaha kena gigih lagi..InshaAllah.

[fellow followers]