“Berapa dosa kau buat, berapa kali maksiat..
Ingat ingat Suri, Ingatlah Akhirat..”'
Satu irama menyentap lena Dang Suri. Seakan suara kumpulan Wali Band memanggil-manggil namanya.
Astaghfirullahal’azim. Peluh mula memercik.
***
Muzik melankolik beralun..
Kelihatan dua orang gadis sedang asyik menghadap kolam. Tenang zahirnya berkongsi nikmat dengan makhluk Allah bernama ikan..
Mas merah, Mas merah, hamba ingin bertanyakan tuan hamba satu soalan boleh?
Apa dia Dang Suri? Kalau hamba bisa menjawab, insyaAllah hamba akan menjawabnya dengan jujur.
Ah, Mas Merah ni.. Soalannya bukan rahsia tuan hamba, jangan risau.. Begini Mas Merah, semakin hamba hidup, semakin hamba tertanya, Mengapa Allah swt jadikan hati kita ini berbolak-balik ye?
Oh..sebab Allah sendiri tetapkan begitu. Dang Suri tahu, hati di dalam bahasa arab dipanggil ‘Qolb’ dan Qolb itu sendiri maksudnya bolak-balik. Hamba yakin, apa yang Allah swt cipta, dan kenapa dicipta macam tu, pasti ada sebab dan hikmah yang kita tidak nampak sebab akal kita tidak sampai dengan pengetahuan Allah swt. Tapi Dang suri, tuan hamba jangan lupa, biarpun berbolak balik, Asma’ sifat Allah ada diletak dalam hati kita bersama-sama sewaktu roh kita diletakkan di dalam rahim. Kerana itu, hati kita sentiasa ada jiwa kebaikan, sentiasa suka pada kebaikan. Cuma, bila kotor tidak dicuci, ia akan jadi tempat duduk syaitan. Dang Suri faham?
Astaghfirullahal’azim. Mas Merah, hamba takut… hamba takut hati ini menjadi sarang syaitanurrajim.
Dang Suri, Bersyukurlah kerana jiwa tuan hamba masih takutkan keburukan. Itu tandanya, hati itu masih mampu dicuci. Hati itu masih bertuhankan Allah.
Tapi tuan hamba, setiap kali hamba inginkan anjakan paradigma, ketika itulah nafsu semakin kuat memberontak, ujian datang bertalu-talu, emosi semakin tidak stabil… argh..hamba keliru! hamba sering nasihatkan orang lain, tapi diri sendiri pun tidak terurus.. Layakkah hamba menjadi da’ie? Layakkah Mas Merah?
InshaAllah. Dang suri. Sebagaimana hadis Nabi Muhammad saw, "Setiap dari kamu adalah pemimpin, dan kamu bertanggungjawab ke atas semua pimpinan kamu." Lagipun, jikalau kita menunggu sehingga menjadi terbaik untuk menasihati manusia lain, maka seperti menunggu kiamatlah kita.. Hamba juga masih dalam proses menjadi yang baik. Cuma, jangan sesekali kita lupa, Allah swt telah berfirman dalam surah As-Saf yang berbunyi "wahai orang-orang yang beriman, kenapa kamu katakan apa yang kamu tidak lakukan?". Nah, itu sebenarnya motivasi bercampur amaran dari Allah kepada kita sebagai manusia supaya sentiasa beringat-ingat, jika hendak menasihati orang, pastikan kita sendiri melakukan perkara itu. Lagipun Dang Suri, kita ini wanita. Kaum yang Allah telah campakkan dengan 1001 emosi yang berubah-ubah. Tatkala diri kita kotor, ia semakin menjadi-jadi bukan? Hamba memahami kondisi dirimu kerana hamba juga sepertimu Dang Suri. Cuma, kita kena ingat nafsu akan kembali pulih jika kita seiringkannya dengan iman. Kawal dengan iman!
Bagaimana ya?
Jangan lari dari teguran, Jangan angkuh dengan kehebatan, Jangan biarkan ego menguasai kebenaran! Hurm.. Dang Suri tahu...
Tidak tahu. Apa dia Mas Merah?
Apa yang tuan hamba tidak tahu? hamba belum habiskan ayat lagi..
Hehe..bergurau saja. Iya teruskan Mas Merah. Hamba ingin mendengar lagi bicara tuan hamba.
Wanita ini sering berubah perangainya kerana emosi kita sering tidak stabil. Di dalam sistem badan kita, telah Allah jadikan hormon-hormon yang berfungsi sehingga boleh mempengaruhi emosi. Disebabkan itu, telah Allah swt nyatakan di dalam AlQuran bahawa kaum kita tidak sesuai untuk menjadi pemimpin kerana Dia sudah mengatur susunan makhlukNya dengan begitu rapi sekali. Wanita itu dicipta dengan sifat yang lembut dan beremosi kerana dengan kelebihan itulah kita akan gunakan untuk mendidik dan memahami jiwa anak-anak, sedangkan bagi lelaki telah Allah ciptakan mereka dengan kegagahan dan keperkasaan kerana di bahu mereka akan tergantung segala tanggungjawab dunia. Itulah fitrah!
Maha suci dan hebat aturan Allah! Alhamdulillah. Terima kasih Mas Merah. Sekarang hamba makin mengerti.
Terima kasih saja pada Allah. Tuan hamba tenang?
Tenang. Hamba tenang bila bersama tuan hamba. Hamba pernah berdoa supaya Allah swt menghadirkan cinta manusia yang akan mengajak hamba untuk mencintai Allah semata-mata. Alhamdulillah, doa hamba dikabulkan.. Boleh hamba tersenyum?
Iya, silakan.. senyumanmu manis seperti gula.
Ah Mas Merah ni, ada-ada saja. Uhibbuki fillah.
Uhibbuki fillah aidhon, Dang Suri.
Muzik terhenti..
Gelap!
Tirai ditutup
Asap berkepul-kepul memenuhi ruang alam.
Hadis qudsi bergema..
يا عبادي! إنكم تخطئون بالليل والنهار، وأنا أغفر الذنوب جميعا، فاستغفروني أغفر لكم
Fastaghfirunii, Aghfir Lakoum!
Fastaghfirunii, Aghfir Lakoum!
Fastaghfirunii, Aghfir Lakoum!
Terdengar satu bisikan dari satu arah sebelah kanan pentas
“Terima kasih ya Allah. sujudku, ibadahku, hidupku, matiku, hanya untukMu, Tuhan Sekalian Alam. Pegang aku erat dalam pelukan rahmat, redha dan maghfirahMu”
Semua penonton bangun, mata mereka merah dan basah, kerana Mas Merahkah?
“Bukan, kerana Allah! Mas Merah dari Allah.” Dari belakang tirai Mas Merah menjawab.

Post a Comment