Hari yang amat bermakna untuk saya dan mereka. Alhamdulillah :)
Sejak hari-hari sebelum ni yang telah berlalu dengan sedikit tidak tenang. Perasaan disakiti dan mudah terasa yang menjadi-jadi adalah suatu perkara yang sangat menyakitkan. Bukan diminta, tapi ia datang sendiri. Dan hampir boleh jadi bengkak jugak la. huu.. sangat tak suka!
Terima kasih buat kamu yang sentiasa meneutralkan dan mempositifkan saya kembali :)
Hari ini adik kembar bongsu saya yang sangat disayangi iaitu Izu dan Izah dah boleh buat kad pengenalan [hoho] dan kawan baik saya sejak sekolah PASTI yang sangat dikasihi iaitu Syakirah dah boleh daftar sebagai pengundi [hoho jugak]. Tahniah kepada mereka atas pertambahan umur di dalam dunia yang semakin singkat ini. Moga Allah berkati dunia dan akhirat kalian.. inshaAllah.
Melihat si kecil
Dunia semakin singkat. Masa semakin [sangat-sangat] cepat. Sangat-sangat terasa sejak kebelakangan ni. Melihat si kecil yang sekejap saja membesar. Subhanallah. Maha hebat perancangan Allah terhadap hamba-hambanya.
Si kecil itu, merekalah penentu fasa terakhir dunia.
Saya teringat pada satu hari di dalam kelas sebelum lecturer masuk, terpandang satu berita mengenai seorang gadis yang lari dari rumah kerana dimarahi oleh ayahnya. Ya Allah, risau sangat-sangat bila baca berita tu. Bayangkanla mcam mana kami sebagai warga pendidik nak menghadapi generasi akan datang. Ditegur lembut tak kena, ditegur dengan keras pun salah. Kena muhasabah balik sebenarnya. Mungkin corak pentarbiyahan dari dalam rumah tu kena diislahkan balik. Ini sekadar pendapat saya, budak-budak zaman teknologi ni bukan sekadar kena didik akhlak mereka dengan agama, tapi yang paling penting hati mereka. Ibu bapa kena sentuh hati anak-anak dengan penuh hikmah. Manusia ni, suis utama mereka sebenarnya dekat hati je. Walau terlorong ke arah mana pun, tapi kalau hati mereka pernah dicuci dan dihias dengan tarbiyyah yang baik. InshaAllah, campaklah ke lembah mana pun manusia itu, inshaAllah dia tetap ingin bertuhankan Allah.
Generasi baru = Fasa terakhir
Dunia sekarang amat menantikan kebangkitan semula islam sebagaimana yang telah dijanjikan Allah. Inilah caranya. Inilah peranan kita. Mungkin dunia ketika fasa terakhir kebangkitan islam itu bukan zaman kita. Namun, melalui tarbiyah kita yang mantap terhadap genarasi baru, inshaAllah akan melahirkan pejuang-pejuang yang akan membangkitkan kegemilangan islam nanti.
Mahu saham untuk akhirat? inilah.. :D
Post a Comment