dunia, aku tak benci kamu tapi aku tak cinta kamu..


posted by radhiahsyahida

No comments



Hidup yang penuh tarbiah dari Tuhan. Tarbiah yang datang dari pelbagai sudut. Saya melihat mereka dan saya melihat dalam diri sendiri juga. Setelah infiniti nikmat yang telah Allah berikan, maka untuk alasan apakah diri ini masih lagi mengenang ujian-ujian yang menimpa. Sedangkan ianya sekadar sekecil zarah jika dibandingkan dengan nikmat iman yang lebih besar dari 7 lautan itu. mashaAllah, Maha pemurahnya DIA.


Ujian dalaman. Itu masalah paling besar yang dapat dirasakan. Fitrah yang manusia tak mampu nak kawal kecuali dengan iman dan aqal sahaja. Saya cuba kutip terapi dari Ibnu Qayyim. Letak betul-betul kat depan. Jadikan panduan dalam menempuh hidup berduri ini. Kata beliau :

"Penyakit hati akan datang bila ianya tidak terisi oleh rasa cinta, syukur, zikir dan ibadah kepada Allah sebaliknya membiarkan mata meliar. Pandangan dan renungan mata adalah jalan membawa kepada kesedihan dan keresahan."


Ujian luaran. Selepas satu berita diterima, terima lagi satu berita. Sebelum ni, classmate saya iaitu azreen syah dimasukkan ke ICU kerana denggi (alhamdulillah beliau semakin beransur pulih), dan semalam berita terbaru, sahabat dari BAR, haini dan syafiyah terlibat dalam kemalangan. Amat terkejut dengan berita yang tak diduga ini. ya Allah, selamatkan sahabat-sahabatku ini! Semoga haini tabah dengan nikmat terbaru yang Allah hadiahkan untuknya. Pasti ada hikmah dengan apa yang berlaku ni, percayalah sahabatku.

Entahlah, kadang-kadang dengan ujian macam ni pun boleh buat
level iman jadi lain. Teringatkan kematian yang entah bila-bila boleh jenguk. Sekarang ni pun, setiap kali balik, abah asyik ulang pasal kematian. Tazkirah yang memang patut kena dengar, biar diri sendiri pun tak cintakan dunia lebih-lebih.. huhu



...


ujian itu nikmat bila saya, awak, dan mereka melepasinya dengan berlapang dada dan yakin bahawa Allah menciptakan bukan dengan sia-sia. :]

[fellow followers]