kisah kasih


posted by radhiahsyahida

5 comments

kisah kasih 1 : puteri kedua


Alhamdulillah, semalam tepat jam 2.54 pagi, kak lah (kakak kedua) telah selamat melahirkan bayinya dengan normal. Dengan ini, sahlah keluarga kami menerima seorang lagi bayi perempuan sebagai ahli baru dalam keluarga. sangat seronok!
InsyaAllah, lebaran tahun ini lebih bermakna buat kami untuk menerima 3 muka-muka baru iaitu nawwar, sepupu nawwar, dan bakal bang ipaq kami yang jauh datang dari kedah. seronok! ^_^

Alhamdulillah, kak lah selamat bersalin walaupun dah kena tahan selama 3 hari dalam wad. Cerita tentang beliau tak dapat nak didetailkan memandangkan beliau nun jauh di kelantan. Hanya sms dan call sebagai penghubung. Inipun baru dapat 1 keping gambar yang dihantar special untuk uda beliau..hehe


kisah kasih 2 : Health Awareness Campaign (HAC)


"Bila menuntut ilmu, berdampinglah dengan orang yang lebih hebat daripadamu, kelak beruntunglah engkau. Bila ingin berbakti, carilah orang yang serba kekurangan, agar dirimu lebih bersyukur dengan nikmat dari Allah yang tidak terperi banyaknya."

"Sentiasa muhasabah diri. Kamu fikir kamu banyak masalah? Pandanglah mereka yang lagi tidak bernasib baik! Maka nikmat Tuhan (Allah) yang mana lagikah yang kamu dustakan?
"

Berpegang dengan kata-kata itu, maka saya tegar untuk menyertai program yang dianjurkan oleh Kelab Titian Asli, UIAM walaupun ada 2 program lain yang bertembung dengan program tersebut. Alhamdulillah, saya sangat bersyukur kerana dipertemukan dengan kelab yang dapat memenuhi kehendak jiwa ini.
Semua kenangan indah tercipta sepanjang kami bersama penduduk Orang Asli kg Sg. Gapoi. Manisnya terasa sehingga sekarang!



Kampung mereka sudah maju! Tak usah nak diperkecilkan mereka lagi. Mereka sudah punya handphone, televisyen. Hebat! Tapi, tradisi lama mereka masih dikekalkan.
Sedikit info tentang mereka :
  • Separuh daripada mereka sudah memeluk islam. Separuh lagi kristian,dll. Ada juga yang tidak beragama.
  • Di kampung mereka, anjing itu diibaratkan sebagai kucing. Setiap rumah kebanyakannya memelihara anjing. Sehinggakan anjing tengok kami macam tak ada apa-apa. Tapi, kami yang takut lebih-lebih. (perasan anjing nak kejar..huhu)
  • Tarian Rewang merupakan tarian tradisi mereka. Kami sempat disajikan dengan tarian tersebut sewaktu closing ceremony.
  • Ada air terjun yang sangat indah, dan nyaman di kampung mereka! wah..kami sangat teruja.
  • Anak-anak di sana sudah berpelajaran. Mereka juga pintar! Ada yang sudah sekolah berasrama walaupun baru darjah 2. Mungkin faktor jarak rumah yang agak jauh dari sekolah.
  • Membasuh dan mandi di sungai masih lagi menjadi amalan harian mereka.
  • Mereka sangat baik dan mesra. Kami sampai disambut dengan renjisan bunga-bunga dan pulang juga dihantar dengan lambaian kasih sayang.

Wan!
Setiap kali kami buat aktiviti, beliau pasti turut serta. Solat jamaah, Kuliah maghrib dan subuh, Sukaneka. Wan umpama nenek bagi kami. Wan suka bergambar! Kami lagi seronok. Namun, sebelum pulang hati kami tiba-tiba terusik! Rupa-rupanya, Wan mempunyai seorang anak lelaki berusia 30 tahun lebih yang lumpuh. Dengan kepayahan Wan yang tiada tempat bergantung, beliau harus menyara dan menjaga anaknya itu. Saya cuba selidik, ada dapat bantuan dari mana-mana pihak kah? Wan menggeleng. Hati semakin tersentuh. InsyaAllah, kalau diizinkanNya agar dapat kami merancang sesuatu untuk meringankan beban beliau nanti. Mungkin ini boleh dijadikan sebagai wasilah dakwah supaya beliau yakin Islam itu indah dan setiap muslim itu bersaudara.
wan di dalam bulatan merah

Semoga episod perjalanan kami ke sana tidaklah sia-sia di sisi Allah. Program kesihatan berteraskan dakwah itu mungkin menjadi pemangkin untuk kami meneruskan kerja-kerja kebajikan terhadap orang-orang asli agar mereka rasa lebih dihargai dan dipunyai.


Unik! Itulah gambaran terakhir sebelum saya meninggalkan kampung Sungai Gapoi semalam.


5 comments

  1. secret dulu la...
  2. secret dulu la
  3. Anonymous

[fellow followers]