Archive for September 2010

bila izrail datang memanggil...


posted by radhiahsyahida

2 comments



Alhamdulillah petang tadi Allah izinkan saya untuk mendapat satu tazkirah yang sangat bermakna. Sebagai orang bawahan kak mimi, saya turut diajak oleh beliau bersama-sama wakil BEDSA, Ma'ruf Club dan MRC Mahallah Ali untuk menyertai misi ziarah keluarga arwah Nik Hafreez yang baru meninggalkan kita di dunia yang penuh tipu daya ini pada 2 syawal yang lalu.

Melihatkan keadaan keluarga arwah yang cukup tabah dan redha dengan pemergian anak sulung mereka itu, rasa kagum sangat-sangat. Mungkin mereka tahu perginya arwah bukan dengan sia-sia. Perginya arwah meninggalkan banyak kebaikan untuk mereka sekeluarga.


Saya tidak terlalu mengenali arwah memandangkan beliau ialah senioritas. Tetapi mendengarkan cerita-cerita manusia di sekeliling tentang beliau. Mendengar cerita ummi dan jiran arwah petang tadi. Saya percaya, arwah pasti tenang di persemadian sana. inshaAllah.
:)

Cerita kematian.


Sejak akhir-akhir ni, memang ia selalu bermain-main di fikiran saya. Selalu sangat! Hampir meragut tenang juga.


Antara kematian dan hubungan dengan manusia.


Saat terakhir nafas diragut oleh izrail itu sangat-sangat rahsia. Tiada lambat dan tiada cepat walaupun sesaat.
..

...dan saya selalu terfikir. Kalau sahabat kita atau sesiapa sahaja yang meninggal dunia, pastinya keluarga dan teman-teman meredhakan pemergian dan memaafkan segala salah silapnya supaya arwah tenang di dunia baru.


TAPI..


Macam mana dengan dosa keluarga dan teman-teman arwah yang masih hidup tu? Andai kata, arwah pernah terasa hati pada seseorang dan meninggal dunia sebelum sempat beliau memaafkan orang itu.. ataupun, andai kita ada terbuat dosa pada arwah sebelum sempat meminta maaf darinya. APA AKAN JADI PADA KITA YANG MASIH HIDUP? TAK ADA PELUANG DAH NAK MINTA MAAF... :(

Sampai saat ni, perkara macam ni lah yang terus bermain-main dalam minda. Ini soal hablun minannas (hubungan sesama manusia). Yang mana, kalau tak setel kat dunia, pasti akan berjumpa kembali di padang mahsyar nanti. ya Allah.. takutnya...

MENJAGA


Sangat-sangat perlu. Hubungan dengan manusia. Kalau ada silap, cepat-cepat minta maaf. Kalau ada terasa dengan sesiapa, cepat-cepat delete dari inbox hati. Campak ego jauh-jauh. Bakar terus pun takpe. Sangat-sangat tak mahu jumpa sesiapa kat padang mahsyar nanti. Jumpa-jumpa pun inshaAllah biar di dalam syurga terus. ya Allah, ameen!


p/s : Alfatihah untuk arwah. Doakan beliau tenang di sana. Semoga ada orang lain pula yang akan mendoakan kita bila izrail datang memanggil nanti..




..err...maafkan saya! kalau ada pernah terasa, tolong bagitau yek..huhuhu.

suci dalam debu. bulan terang benderang


posted by radhiahsyahida

No comments



manusia melihat kegelapan sebagai gelap dan malam itu memang malam
tanpa menyedari senoktah cahaya itu mampu menyuluh derapnya
andai zikir ketika menatap bulan
andai sabar menunggu siang menjelang

------

katanya hati semakin hari semakin gelap
titik hitam semakin hari semakin banyak
tanpa menyedari secebis fitrah masih lagi menyelubungi
yang manusia seringkali menafikan lantaran keegoan


cuba intai 'hati dalam hatimu', insan
ada cahaya! cuma kita sahaja yang nafikan.


ini monolog radhiah syahida!
---dengan status diri yang tidak mampu lagi untuk menaip panjang sebab asyik taip, pastu backspace, taip lagi, backspace lagi. aduila!---

rindu UIA...


posted by radhiahsyahida

7 comments


..punya masjid jer! heheh


eh. Serius tak tipu nih. Tiba-tiba rasa sayang sebab tak dapat nak habiskan bertarawih di masjid UIA yang sangat-sangat meriah tu!

***

Sekarang status diri bolehla nak kata dah ada kat rumah pun. Alhamdulillah berjaya sampai rumah siang tadi tanpa sebarang kesesatan dan juga dengan kadar kelajuan yang wow. hee :)

Lepas iftor, ummi ajak pergi surau dekat rumah. Semangat. Semangat. Nak merasa suasana solat terawih di terengganu. Sampai-sampai, macam biasa, jemaah tak berapa nak ramai sangat. Takpela, husnuzzon. Mungkin penduduk di situ ramai yang pergi masjid.

Solat macam biasa. Namun sayang seribu kali sayang. Imam hafiz tu baca dengan kadar kelajuan yang wow! Laju kot. 9.10 pm dah habis 8 rakaat! Tak terasa sangat 'rehat' yang sepatutnya akan dapat rasa masa solat tu :[

***

Sebab tu la terus rindu solat tarawih kat UIA nih! huu.. seronok sangat ya Allah. walaupun tak pernah pergi Makkah, tapi boleh dapat gambaran kat sana. Ramai makcik-makcik dari luar yang datang masjid UIA sebab mereka cakap suasana lebih kurang macam kat Makkah. *huu..buatkan perasaan ni makin melonjak-lonjak..Allahumma yassir*

Part kesyahduan bacaan imam tu superb ah. Masa solat tu, dapat rasa macam imam tengah bercerita pasal kisah dari AlQuran je..*Ada zouq!* 'Nikmat' dan 'Rehat' pun sangat-sangat dirasai! Tapi sedikit jeles kat pak-pak dan mak-mak arab sebab mereka mesti faham betul-betul maksud ayat-ayat cinta Allah yang imam baca tu.. *kita ni nak faham kalimah by kalimah pun terkial-kial lagi..uhuu*

Bab suasana dan kemeriahan tak payah nak cakap la. Siap macam ada nursery bagai dah kat ruang belakang. Yang datang untuk i'tikaf+qiyam pun siap bawak comforter dan bantal lagi. hehe. Habis solat, tak ada moreh tu no hal la sebab ada pencuci yang lagi best dari tu. Dapat tengok budak-budak anak pak arab yang comel-comel sungguh tu pun dah jadi penambah rasa kenikmatan bertarawih :]

***

hee..itulah. Tapi bukan niat nak memperendahkan solat kat surau tu. Ok je.. Cuma, lebih kepada luahan kerinduan terhadap suasana yang lebih syok! + nak promote pada sesiapa yang baca untuk datang mengimarahkan masjid UIA + nak promote sesiapa yang baca untuk apply masuk UIA. keh3



tarawih di masjid UIA masa awal-awal ramadhan. sesangat ramai!
sekarang? ramai jugak tapi tak ramai macam dulu la..
kredit : zafryhalim.com


p/s: er..rindu kat 'mereka' yang still tak balik tu jugak! :p


updated : 12.19pm/26 ramadhan

subhanallah.. liqa' al-ma'thurat di masjid UIA yang sangat wow~
kalau tiap-tiap pagi jamaah masjid macam ni.. mashaAllah. islam pasti naik balik! :]

sumber : Tak ingat. Ternampak kat fb terus save. hee. hopefully owner dia tak kesah ^^



jom memburu!


posted by radhiahsyahida

No comments








kempen memburu lailatul qadr.
menarik! :D
sila-silakan copy, paste & sebarkan..
inshaAllah inilah peluang untuk dapatkan extra pahala..
lagi 8 hari Ramadhan nak pergi..T_T
jom pulun habis-habisan keh!
may Allah bless our Ramadhan this year.

ameen..ameen..ameen..
~dengan penuh yakin dan harap padaNya~
^_^

[fellow followers]