Archive for April 2011

p/s: Allah, Engkau Dekat


posted by radhiahsyahida

2 comments


kadang kala kita terbaca apa yang kita tak suka baca
kadang kala kita terdengar apa yang kita tak mahu dengar
kadang kala kita ternampak apa yang kita tak ingin lihat

dan kita terfikir tak kadang kadang?

bahawa


apa apa yang kita tak suka, tak mahu dan tak ingin

tapi

kita tetap dapat juga

sebenarnya..


semua itu

.....
....

....



....


....




Allah sengaja lorongkan ia kepada kita

istimewa untuk kita

walaupun kita lansung tak minta


supaya kita muhasabah balik

sejauh mana hubungan kita pada waktu ini dengan dia.

sebab

....

...

..






DIA SAYANG KITA.

DIA TAK MAHU KITA TERUS-TERUSAN DALAM KEADAAN LALAI DARI MENGINGATINYA.



p/s: Allah, Engkau Dekat~

seamanah pemuda itu


posted by radhiahsyahida

3 comments


Kelihatan seorang pemuda berjalan ke negara Madyan tanpa mengetahui nasib yang bakal diterimanya.

Dia berhenti di bawah sebatang pokok untuk melepaskan lelah. Allah mentakdirkan dia terpandang 2 orang gadis yang sangat lama menunggu giliran untuk mengambil air dari perigi.

Tanpa berfikir panjang, dia terus menolong gadis-gadis itu mengambil air dari perigi yang dipenuhi oleh ramai pengembala kambing itu untuk diberikan kepada si gadis dan dia terus kembali ke tempat asalnya serta berdoa "ya Tuhanku, aku sangat memerlukan sesuatu kebaikan yang Engkau turunkan kepadaku"

Dengan kuasa Allah, bapa gadis-gadis itu memanggil pemuda itu ke rumahnya untuk bekerja dengannya kerana beliau sudah tua. Dan rezeki dari Allah juga, pemuda itu ditawarkan untuk memilih salah seorang dari gadis itu untuk dijadikan suri dalam hidupnya.

Subhanallah. MashaAllah. Kalau kita lakukan yang terbaik, doakan yang baik-baik, inshaAllah Allah akan sahut doa kita itu dan beri yang paling baik untuk kita. yakinlah!

Sumber cerita : Al-Quran surah Al Qasas, ayat 22-28.

Antara Semalam & Hari ini.

Mencari pemuda seamanah nabi Musa, ya Allah bukan tak ada. Ada.. tapi bilangan mereka semakin lama semakin sedikit.

Pemuda semalam. Begitu menjaga kehormatan gadis. Menegur pun berbatas, apatah lagi untuk berbual panjang dan bergurau mesra.

Pemuda semalam. Andainya ingin memetik bunga untuk dijadikan penyeri rumah. Caranya indah sekali. Dijumpa tuannya, dipetik dengan cara terbaik, dijaga dengan penuh kasih sayang. Subhanallah, tenang.

Maka bandingkanlah sendiri dengan realiti hari ini. Belum lagi diminta izin dari tuan, sudah dipetik dicantas dirobek bunga yang tidak berdosa itu. kasihan sang bunga menjadi mangsa.

Gadis.
Hati mereka lebih rapuh dari biskut samperit. Perasaan mereka lebih lembut dari kain sutera. Jiwa mereka lebih halus dari sehelai tisu.

Mereka berbeza dan sangat sangat berbeza dari kamu si pemuda gagah perkasa. Kerana itulah, tanpa iman yang menjadi pagar nafsu, mereka mudah percaya dan terpedaya dengan kata-kata si pemuda. Dan kadang-kadang dengan iman pun kadang-kadang mereka hampir tersungkur. Itulah fitrah yang Allah ciptakan. Kerana kekuatan yang ada padamu pemuda, maka salurkanlah ke jalan yang betul, pimpinlah mereka dengan iman. Jaga hak mereka.

Andai ada yang tersentuh dihatimu. Gunalah cara yang paling indah diajar Rasulullah. Jangan kau cuba pegang hati yang belum sah menjadi hakmu. Itupun sebenarnya bukan hak mutlakmu. Sekadar pinjaman di dunia supaya kau berbahagia untuk sementara.

والمؤمنون والمؤمنات بعضهم أولياء بعض
(9:71)


Pemuda,
Tidak inginkah kamu dicatat dalam rekod Allah di akhirat nanti sebagai seorang pemuda gagah perkasa yang taat pada Tuhannya dan sangat menjaga kehormatan gadis tatkala pemuda-pemuda lain menjadikan gadis sebagai bahan gelak ketawa dan pemuas nafsu dunia?


yaAllah, ampunkan kami.

nak berdakwah ni kena kreatif tau dok?


posted by radhiahsyahida

No comments

Alhamdulillah yeaaay dapat update blog!

Sebenarnya tak ada la new info sangat. Tapi kesian kat blog lama tak update. huhu. So, pada malam yang penuh bermakna ini diri saya telah digagahperkasakan untuk bermonolograsya. hoho!


Hari tu saya ada buka facebook, ternampak kat homepage ada orang promote blog ni. Pastu try la bukak sebab macam ada tarikan magnet je untuk klik. Then bukak, wah sangat menarik kot blog orang ni sebab full of gambar-gambar dan kurang dengan kata-kata. Saya kan seorang manusia yang suka grafik, tak suka sangat penulisan tapi bila menulis jarang tertulis pendek.. asyik terpanjang je. huhu.. :P


Apa yang menarik tentang blog ni?

Beliau ni kreatif. Lukis komik kartun macam ala-ala kadar je tapi mesej komik beliau sangatlah menawan. Full of dakwah message! seriously. So, dengan niat supaya dakwah beliau lebih tersebar, saya nak promote pada kalian, sila la baca blog tu. Especially untuk manusia macam saya yang suka bukak blog orang untuk scroll gambar-gambar cantik+unik. hehe.

Bila saya baca blog ni, minda saya mula berfikir bahawa untuk menyampaikan dakwah tu seorang da'ie perlulah sangat-sangat kreatif. See, dengan komik pun boleh buat orang insaf dan terkesan. Cuma bergantung kepada potensi masing-masing la kan dalam bidang mana. Kalau saya yang nak lukis kartun, alamaknya semua komik ada gambar mata, mulut dan hidung without bentuk muka la jawabnya. haha.


satu-satunya gambar yang sangat menarik perhatian saya! nak tahu kisah di sebalik gambar ni, silalah klik di sini yer... ;)



p/s: penulis blog rupa-rupanya ialah kawan ecah saleh (kawan uia), tasha nawi + fais azli (kawan kist). saya tidak kenal beliau dan saya tidak mendapat royalti dari promosi ni. harap maklum. cuma andai ramai yang ambil manfaat dari promosi, maka dapatlah royalti saya di akhirat kelak, inshaAllah. fastabiqul khairat *maka berlumba-lumbalah dalam membuat kebaikan* :)

status : baru lepah makang kepok bukit tok beng dan karipap pap pap losong mari. fuhh terbaik dari Allah! alhamdulillahhh ;)

[fellow followers]