JAUHI 10 PERKARA SIA-SIA


posted by radhiahsyahida

No comments


Sufyan at-Tsauri, seorang ulama’ hadis yang terkemuka menyatakan bahawa ada 10 perkara yang termasuk dalam kategori sia-sia. iaitu :

1. Lelaki atau wanita yang berdoa untuk dirinya sendiri, tetapi tidak memohon doa untuk ibu bapanya sendiri dan kaum Muslimin.

2. Orang yang kerap membaca al-Quran, tetapi tidak membaca secara tertib sampai seratus ayat tiap-tiap hari.

3. Lelaki yang masuk ke dalam masjid, kemudian dia keluar kembali dari masjid itu tanpa mengerjakan solat tahiyatul masjid.

4. Orang yang melewati tanah perkuburan tetapi tidak mengucapkan salam kepada penghuni-penghuni kubur dan tidak mendoakan keselamatan arwah mereka.

5. Lelaki yang masuk pada hari Jumaat ke suatu kota, kemudian ia keluar dari kota itu tanpa mengerjakan solat Jumaat berjemaah.

6. Lelaki atau wanita yang tinggal di suatu lingkungan dengan seorang ulama’ tetapi dia tidak mempergunakan kesempatan itu untuk menambahkan ilmu pengetahuan.

7. Dua orang lelaki yang bersahabat, tetapi mereka tidak saling bertanyakan keadaan masing-masing dan keluarganya.

8. Lelaki yang mengundang seseorang menjadi tetamunya, tetapi tidak diacuhkannya dan tidak dilayani tetamunya itu.

9. Orang muda yang membiarkan zaman mudanya berlalu begitu saja tanpa memanfaatkan waktu yang berharga itu untuk menuntut ilmu dan meningkatkan budi pekertinya.

10. Orang yang tidak menyedari tetangganya yang merintih lantaran kelaparan, sedangkan ia sendiri makan kekenyangan di dalam rumahnya.


:: sedarkan ketika alpa..moga ketemu jalan pulang ::


[fellow followers]