anugerah duniawi..


posted by radhiahsyahida

2 comments

..itu hanya sementara, alangkah indah jika bakal mendapat anugerah syafaat dan syurga di ukhrawi nanti. Manusia, suka benar mengharap.. tapi untuk memberi? punya waktukah?

Alhamdulillah, baru-baru ini saya telah mendapat anugerah dari blog Jiwa Terasing yang mana pemiliknya ialah junior saya sendiri di CFS, juga merupakan kawan kepada adik saya, adik kepada kawan kakak saya, anak kepada kawan abah saya..hoho..panjang silah tu. Terima kasih kepada nasih. Beliau cakap, saya antara pengunjung terkerap beliau. Reason dari saya ialah kerana blog beliau sentiasa terupdate dan saya suka berkunjung ke blog orang yang selalu update. So, update la slalu ye!


Walaubagaimanapun, saya pernah mendapat anugerah pertama oleh sahabat saya sendiri iaitu umairah yang dikenali sebagai Eslamic Queen, juga merupakan seorang blogger yang sangat aktif meng'update'. Beliau menganugerahkan 'funny' kepada monolog saya ini..terima kasih umy! Entahlah, saya tak reti nak menilai monolograsya ini sebab saya bermonolog pun bukan kerana nama (macam lagu la plak..'aku menulis bukan kerna nama'..hehe)


Hurm.. anugerah duniawi. Ada yang dianugerahkan kekayaan, kemiskinan, kejayaan, kegagalan, kebahagian, kesedihan dan macam-macam lagi..& itu semua nikmat. Nikmat kepada manusia untuk bersyukur dan menghargai apa yang ada sebelum hilangnya ia dari sinar mata.

Tadi, jiwa saya kacau lagi. Sewaktu pemeriksaan disiplin pelajar sebelum masuk ke kelas, saya telah terdengar rungutan seorang murid yang ditahan pengawas.

" nak gunting rambut macam mana tak de duit "

Setelah saya siasat, rupanya murid itu datang dari keluarga yang susah. Dan adiknya murid tahun 2 merupakan murid saya. Diceritakan bahawa ayah mereka telah berkahwin dengan perempuan indon dan meninggalkan keluarga mereka tanpa memberikan nafkah dan sekarang ini ibunya terpaksa menyara keluarga mereka dengan upah menjahit baju sahaja. Tega benar ayah mereka membiarkan anak-anaknya terbiar macam tu. Jawablah dengan Allah swt di akhirat kelak wahai lelaki tak bertanggungjawab itu.

And this coming friday, i'll come back home..
bahagia dalam sengsara.. sangat tidak suka berada dalam bus untuk tempoh 8 jam dan lebih! Maka, sabar itu lebih baik =)


Doakan yang terbaik untuk saya dan kawan-kawan. Dapat atau tak, dah tak kisah sangat. Segala keputusan itu ada hikmahnya dari Allah. Allah jualah yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kami.

[fellow followers]