Archive for June 2009

4 cerita yang nak dicerita


posted by radhiahsyahida

3 comments

i luv my skul!

18-20 Jun 2009 - Kem Menuju Puncak 2

Alhamdulillah, saya diberi kesempatan oleh Allah untuk bertemu muka dengan adik-adik yang masih menuntut di Sekolah Menengah Imtiaz KB atau lebih dekat di hati kami dengan nama Kolej Islam Sains Terengganu. Lebih kurang sudah setahun saya tidak menjejakkan kaki ke sana. Bumi yang dulunya indah, makin menawan dengan pelbagai pengubahsuaian yang selari dengan imejnya itu.

Di sebalik namanya yang semakin gah, saya melihatkan akhlak dan sahsiah mereka juga semakin menawan hati. Seperti kata sahabat saya, zarin di dalam blognya, Sang Putera indah berkopiah dan jubah putih dan si puteri yang anggun dengan tudung labuh membuatkan hati saya yang hadir sebagai salah seorang fasilitator semakin teruja untuk mendekati mereka.


Alhamdulillah, moga adik-adik di Imtiaz istiqomah dengan tarbiyyah islam! hatta ke hujung nyawa..ameen =)

24 Jun 2009 - Interview for Bachelor of Education (TaSL)

Terima kasih Ecah,Grah,Djah,Umy dan Intan
Sudi kalian menerima tetamu yang tak diundang ni..hehe

Alhamdulillah, interview yang berlansung di Institute of Education pada jam 9 pagi itu berlalu dengan tenangnya. Dengan penyerahan sepenuhnya kepadaNya, kaki melangkah dengan penuh cool (walaupun tersesat beberapa kali..huhu)

Tangan sejuk dan berpeluh!
Oh, itu sudah biasa..Sesungguhnya, saya sangat nervous pada saat itu. Bukan kerana terlalu mengharap, tetapi gemuruh yang sering kali bertamu jika berhadapan dengan perkara macam tu. Tapi, orang tak perasan pun sebab buat-buat cool ;D

Siti Radhiah Syahida!
Nama dipanggil. Kaki melangkah masuk. Bagi salam..oh ye, terlupa..kena senyum! =)

Buat-buat cool lagi, senyum jangan hilang. Alhamdulillah, setiap soalan dapat dilalui dengan relax walaupun kadang-kadang agak tercungap nak ingat vocub arab dgn english.huu.. Nasib baik semua interviewers baik-baik dan suka bersembang. Takdela rasa skema sangat.
Any way, saya dah lama tawakkal pada Allah dengan segala keputusan. I love the field that Allah will choose for me. Just pray for the best from Him. =)

25 Jun - 6 Julai 2009 - Babysitter
Anda sudah maklum kan! Tidak perlu saya beritahu siapa dia.

Penat? Tak pun!
Bosan? Tak ade la!
Benci? Lagilah tak!
Alhamdulillah..Bila berpengalaman menjaga seorang budak kecik ini barulah menyedari payahnya ummi nak membesarkan saya dulu. Kalau dulu, setakat bercakap je tentang kepayahan seorang ibu, tapi sekarang dapat merasai dengan pandangan mata sendiri. Membuatkan diri ini semakin menghargai dan akan terus menghargai beliau 'my heart'.

nawwar dgn kwn2 nya, timsahun, purple hypo, samakun, froggie ;D

~masa pergi tahnik~
  • Nawwar Rayhaana-15 hari
  • sudah mampu tersenyum
  • suka buat muka orang tak bersalah bila ...
  • suka berjalan (mewarisi perangai walid beliau) -means tak suka baring statik je bila tak tidur, memang kena selalu dukung..sengaja je nak bermanja dengan tokmi beliau..eish!
Eh, malam ni tokmi nak balik terengganu,sape nak mandikan nawwar ye?? ummi dia tak sihat lagi..(^_*)

muka baru bangun tidur..

sebenarnya nak bagitau laptop dah ok..hehe

7 Julai 2009 - UIA Gombak, i miss u!
Alhamdulillah dan InsyaAllah, bumi itu akan saya jejak seminggu lagi!
persiapan? hoho..mestila tak ready lagi..
TAWE oh
TAWE..
"akak senior, tolong angkat barang saya nanti boleh? ehehe.."
"nak skip TAWE boleh tak kak senior?" ;D
Apapun, doakan saya diberi kekuatan untuk memikul amanah ummi abah ini. Semoga dipermudahkan segala-galanya.
p/s : nak upload gambar, tapi tak dapat! =(

saya anak datuk!


posted by radhiahsyahida

6 comments

Bukan anak datuk datin tu lah!

Pertamanya, segala puji bagi Allah kerana tepat jam 8.54 pagi pada 15 Jun 2009, telah lahir seorang srikandi yang meninggikan kesucian agama Allah (ayat balaghoh..hehe) ke muka bumi fana ini. Kelahiran yang amat dinantikan oleh segenap ruang jiwa keluarga kami.
  • permata sulung bagi En. Rosmadi & Pn. Siti Nurhidayah Syahida
  • cucu sulung bagi En. Mohd Hamdan b. Mohamed & Pn. Fatimah bt Harun
  • cicik sulung bagi En. Mohamed b. Yaaqub & Pn. Maryam
  • cicik ke-19 bagi Allahyarham En. Harun b. Nik & Pn. Zaharah bt. Mohamad
Alhamdulillah. Walaupun agak terlewat selama 11 hari daripada hari yang dijangka iaitu 4 Jun 2009, namun bayi ini lahir dengan selamat.
Subhanallah. Pada mulanya, kami menjangka baby ini lelaki berdasarkan scan oleh doctor beberapa bulan sebelum itu. Namun, Allah itu Maha berkuasa.. rupa-rupanya, Dia nak menghadiahkan seorang puteri kepada ummi dan walidnya. Patutla gerak hati Kak Ti mengatakan baby girl. Tambahan pula, Kak Ti pernah bermimpi bermain dengan seorang budak perempuan pada awal kandungan dulu. Alhamdulillah, tercapai jugak hasrat walidnya untuk menimang anak perempuan.
Kepada semua, sorry ye lambat upload gambar sebab busy sket. Ada prog alumni. Ni baru dapat upload.




Updated- 22 Jun 2009

semalam hari ke-7, ummi dan walidnya hantar mms " ismi Nawwar Rayhaana bt Rosmadi". Hmm..ade jugak nama cadangan dari udanya..hehe. Asal, cadangnya Nawwar Khalisah..tapi walidnya lebih berkenan dengan Rayhaana. Takpe, yang penting maksudnya bagus.

saya sangat mohon!


posted by radhiahsyahida

9 comments

15 Jun 2009.

Bukannya hari yang dijangkakan...bukannya hari yang diharapkan. Namun semuanya telah tersurat sejak dari luh mahfuz lagi. Allah itu Maha Mengetahui setiap sesuatu yang berlaku dan bakal berlaku.

Dia.

Bukannya sukar untuk dijaga. Terdengar alunan suci ayat-ayat Allah pun sudah tenang. Dibelai diusap pun sudah senyap mendengar kata. Kadang-kadang, jika ingin terus bermanja, lantas ditendang dinding sehingga menzahirkan sebahagian bentuk kaki dan kepala. Justeru, membuatkan insan sekeliling riang gembira. Pendek kata, tidak terlalu payah untuk membawa dia ke sana ke mari. Dia dengar kata!

Tetapi.

Sejak beberapa hari lalu, si ibu sedikit resah. Kenapa dia tak mahu lagi menjenguk dunia? Lantas hadir bapa saudara menyedapkan hati. Mungkin dia ingin mengikut jejak langkah Imam Syafie untuk terus matang di dalam kandungan si ibu. Oh! semoga itulah jawapannya.

Dan.

15 Jun 2009. Dia mula menunjukkan tanda-tanda. Si ibu sakit! sakit dalam gembira.. payah dalam bahagia. Jarum mula berdetik meninggalkan jam 1pagi, 2pagi, 3pagi, dan.. 4 pagi.
Dia masih juga tidak dapat keluar!

Doktor mula bingung. kenapa?? -mungkin ada hikmahnya. Allah swt tidak menjadikan sesuatu perkara secara sia-sia.

Akhirnya.

Dengan persetujuan si ayah dan si doktor, pembedahan ditetapkan demi menyelamatkan nyawa dia dan ibunya walaupun mendapat tentangan dari si datuk. Kira-kira jam 5 pagi tadi, mereka dibawa ke dewan bedah. Kami terus berdebar!

Dan kini.

Kami terus menanti. Tiada apa-apa lagi perkhabaran dari bumi putrajaya.
Saya mohon, saya mohon, saya sangat mohon!
kepada anda yang sedang membaca, tolong doakan keselamatan kakak saya yang sedang bertarung nyawa menyelamatkan anak sulungnya.

* updated-16 Jun 2009, 9.30 am

Alhamdulillah, anak saudara saya sudah lahir ke dunia dengan selamat di Hospital Putrajaya semalam. Baby girl! Baby alhamdulillah selamat, kakak juga.. cuma perlu rawatan rapi disebabkan effect operation. Terima kasih kepada kalian atas doa itu. Juga buat sahabat-sahabat dan kalian yang bertanya khabar semalam. Photo will be updated later! (^_^)v

mood penulis : sangat riang gembira, bahagia dan senang sekali.hehehe ;D

kembali bernafas & tips temuduga Education


posted by radhiahsyahida

3 comments

Kembali bernafas!!


Meminjam kata-kata yang pernah menjadi tajuk bagi blog cucudagang beberapa minggu yang lalu.. mungkin kerana situasi yang sama tetapi tempat yang berbeza. Selepas bersara pada 29 Mei yang lalu, saya dan alam siber telah dipisahkan dengan sempadan tembok yang kukuh dan tinggi lantaran ketiadaan talian internet di rumah kak ti. Saya bagaikan kucing kehilangan anak menunggu saat demi saat berlalu ketika berkurung di dalam teratak di presint 14 putrajaya itu selama 8 hari..uih!


Memandangkan si kakak sudah sarat membawa seorang pejuang agama Allah, maka itulah tugas saya..menjadi mata-mata ketika si abang ipar keluar mencari rezeki. Jari-jari yang ketika dulunya agak anti tetapi kini telah menjadi kawan kepada remote televisyen (namun tidaklah sebagai teman rapat..sekadar teman tetapi mesra!). Mata mula menyapa wajah Dato' Fadzilah Khamsah di sebalik Anjakan Paradigmanya, berseronokan bersama Catdog, Spongebob serta Upin dan Ipin sementara menunggu untuk bertemu dengan Aqso dan Madina pada hujung siang. Malamnya pula, Semanis kurma telah dihidang menggantikan diri yang kadang-kadang bosan dijamu dengan CSI atau Merlin. Oh, hidup ini penuh dengan santapan!

Ingin pulang ke desa losong tercinta, namun telah berjanji dengan ayahanda yang ingin mengajak pulang bersama seusai menjalankan taklifat beliau sebagai pengerusi dewan Ulama' PAS pusat bagi muktamar tahunan ke-55 itu. Dan ketika dijemput pulang oleh beliau itu, hati ini menari segirang-girangnya. Rindu pada wajah-wajah mereka di terengganu! Namun, saya punya kesempatan ke muktamar kerana abah ingin menghadiri sessi yang terakhir. Masuk sebagai pemerhati ketika Datuk Ir Nizar sedang berucap membuatkan saya memberi persepsi yang lebih hebat kepada beliau.

Dan saat ini, tangan meronta-ronta ingin berkongsi 1 perkara yang telah diketahui keputusannya pada akhir mei yang lalu iaitu keputusan kelayakan untuk temuduga bagi ijazah pendidikan di UIAM sessi julai 2009 nanti. Alhamdulillah, nama saya dan kawan-kawan dari BAR ramai yang tersenarai. Walaupun tidak meletakkan harapan yang terlalu tinggi, dan sekadar berserah kepada Pemilik alam.




Kepada semua sahabat yang tersenarai di atas, saya mendoakan yang terbaik untuk kalian. Usah terlalu menggantungkan pengharapan yang terlalu tinggi kerana bimbang ada yang kecewa di belakang hari. Usahalah sedaya mampu dan serahkan pada Yang berkuasa. Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik. Dan dengan sumber-sumber yang boleh dipercayai, di sini saya ada bekalkan sedikit tips. Mudah-mudahan berguna untuk kalian nanti! =D
Pastikan anda mengambil tahu tentang :
  • PIPP (Pelan Induk Pembangunan Pendidikan)
  • Struktur KPM
  • Isu semasa dan menteri-menteri kabinet
Pastikan anda bersedia untuk :
  • mengajar dalam bilik temuduga -sedia tajuk sekali
  • menerima provokasi dari interviewer (cth:dia mencabar kewibawaan anda menjadi guru) -jangan gabra
  • bercakap sepenuhnya 'fillughatil 'arobiyyah' -untuk TaSL dan pengajian islam
Pesanan untuk semua :
  • Jaga tingkah laku
  • Off HP
  • Senyum selalu
  • Duduk tegak dan sopan
  • Pakaian kemas dan formal
  • Bercakap dengan sopan dan minta maaf kalau gagal menjawab
  • Tunjuk keyakinan diri tinggi
  • Susun sijil dan dokumen dalam fail
  • Datang awal
  • Sentiasa berfikiran positif
Usaha secara spiritual :
  • Solat hajat -Mintaklah pada Yang berkuasa (jangan malu jangan segan)
  • Selawat dan doa sebelum masuk bilik temuduga
  • Minta orang-orang terdekat doakan (ibu,ayah dll.)
Akhirnya..
  • Betulkan niat anda untuk menjadi guru
Natijahnya nanti.. itulah yang terbaik telah Allah tetapkan untuk anda. Lapangan apapun kita berada, kita tetap menuntut ilmuNya. (^_^)

[fellow followers]