saya sangat mohon!


posted by radhiahsyahida

9 comments

15 Jun 2009.

Bukannya hari yang dijangkakan...bukannya hari yang diharapkan. Namun semuanya telah tersurat sejak dari luh mahfuz lagi. Allah itu Maha Mengetahui setiap sesuatu yang berlaku dan bakal berlaku.

Dia.

Bukannya sukar untuk dijaga. Terdengar alunan suci ayat-ayat Allah pun sudah tenang. Dibelai diusap pun sudah senyap mendengar kata. Kadang-kadang, jika ingin terus bermanja, lantas ditendang dinding sehingga menzahirkan sebahagian bentuk kaki dan kepala. Justeru, membuatkan insan sekeliling riang gembira. Pendek kata, tidak terlalu payah untuk membawa dia ke sana ke mari. Dia dengar kata!

Tetapi.

Sejak beberapa hari lalu, si ibu sedikit resah. Kenapa dia tak mahu lagi menjenguk dunia? Lantas hadir bapa saudara menyedapkan hati. Mungkin dia ingin mengikut jejak langkah Imam Syafie untuk terus matang di dalam kandungan si ibu. Oh! semoga itulah jawapannya.

Dan.

15 Jun 2009. Dia mula menunjukkan tanda-tanda. Si ibu sakit! sakit dalam gembira.. payah dalam bahagia. Jarum mula berdetik meninggalkan jam 1pagi, 2pagi, 3pagi, dan.. 4 pagi.
Dia masih juga tidak dapat keluar!

Doktor mula bingung. kenapa?? -mungkin ada hikmahnya. Allah swt tidak menjadikan sesuatu perkara secara sia-sia.

Akhirnya.

Dengan persetujuan si ayah dan si doktor, pembedahan ditetapkan demi menyelamatkan nyawa dia dan ibunya walaupun mendapat tentangan dari si datuk. Kira-kira jam 5 pagi tadi, mereka dibawa ke dewan bedah. Kami terus berdebar!

Dan kini.

Kami terus menanti. Tiada apa-apa lagi perkhabaran dari bumi putrajaya.
Saya mohon, saya mohon, saya sangat mohon!
kepada anda yang sedang membaca, tolong doakan keselamatan kakak saya yang sedang bertarung nyawa menyelamatkan anak sulungnya.

* updated-16 Jun 2009, 9.30 am

Alhamdulillah, anak saudara saya sudah lahir ke dunia dengan selamat di Hospital Putrajaya semalam. Baby girl! Baby alhamdulillah selamat, kakak juga.. cuma perlu rawatan rapi disebabkan effect operation. Terima kasih kepada kalian atas doa itu. Juga buat sahabat-sahabat dan kalian yang bertanya khabar semalam. Photo will be updated later! (^_^)v

mood penulis : sangat riang gembira, bahagia dan senang sekali.hehehe ;D

9 comments

  1. Anonymous

[fellow followers]