najwa di padang mahsyar =)


posted by radhiahsyahida

2 comments


Cerita semester lepas, alhamdulillah saya berkongsi bilik dengan senior-senior yang sangat baik. Salah seorang dari mereka bernama Najwa. Biasanya, bila masing-masing sudah penat dengan
assigment, kerja persatuan dll., maka mulalah nak mengarut sesama sendiri. Diringkaskan cerita, Najwa [kak wawa] ni selalu panggil nama orang menggunakan maksudnya. contohnya, kalau Amira, dipanggilnya ketua perempuan dan namanya sendiri dipanggil bisikan rahsia.

'Bisikan rahsia'
Mulanya saya buat tak endah dengan maksud namanya. Sebabnya, saya tak faham apa yang dimaksudkan dengan bisikan rahsia tu. Alhamdulillah, lepas baca majalah solusi minggu lepas, hasilnya sangat menakjubkan hati. Rupa-rupanya, bisikan rahsia itu sangat mendalam maknanya...mendalam sangat!

Sebenarnya..
Najwa @ bisikan rahsia ini dilakukan oleh Allah untuk hambaNya yang ketika di dunia dulu sangat takut untuk melakukan dosa lebih-lebih lagi di hadapan manusia secara terang-terangan. Bila dia terdorong oleh syaitan atau nafsu untuk menghampiri dan melakukan dosa tersebut, maka dia akan berasa menyesal dan sangat malu di atas dosa yang telah dilakukan dan berharap dosa itu ditutup. Maka, di sinilah Allah swt telah menunujukkan sifat pengasihNya dengan menghisab amalan si mukmin ini secara rahsia [najwa] lalu diampuni dosanya itu.

Dari Ibnu Umar, Sabda Rasulullah saw, mafhumnya :
Sesungguhnya Allah swt mendekati seorang mukmin di akhirat kelak lalu menutupnya.
Lantas Allah berfirman: "ingatkah kamu dengan dosa-dosa ini?" lalu Allah swt menyebut semua dosa si mukmin itu..
Dia[mukmin] lalu menjawab : "ya, wahai Tuhanku". Dia menyangka pasti celakalah yang akan menimpanya disebabkan dosa-dosa di dunia dahulu.
Setelah itu, Allah berfirman : "Aku telah menutup dosa-dosamu ini, dan pada hari ini Aku mengampunkannya.."

"Barangsiapa yang menutup aib saudaranya, maka Allah akan menutup segala aibnya di akhirat kelak"-hadis

Namun, cara ini bukan boleh dimiliki oleh semua manusia, ianya terkecuali bagi golongan kafir yang secara mutlaknya terus ke neraka dan golongan munafik [bila bercakap,ia berbohong..bila berjanji, ia khianat..bila diberi amanah, ia memungkiri janji..] naudzubillah min zalik! Dan juga terdapat VVVIP yang sangat istimewa iaitu mereka yang melangkah ke syurga tanpa dihisab. Sabda Rasulullah s.a.w..

"Akan masuk syurga 70 000 tanpa dihisab iaitu mereka yang tidak melakukan perubatan dengan besi panas, tidak membaca jampi, dan orang selalu bertawakkal yang sebenar-benarnya kepada Tuhan mereka [Allah]"


Sebagai kesimpulannya, hakikat kehidupan seorang manusia biasa-biasa, kita memang tidak akan terhindar untuk melakukan dosa [besar@kecil, sedar@tidak], lebih-lebih lagi di saat graf iman gembira sakan menjunam turun. Mungkin juga antara kita yang punya sejarah silam yang ingin terus dilupuskan dari kotak ingatan. Sejarah yang kita harap dan terus berharap cukuplah kita dan Allah yang tahu. Sejarah yang kita malu seandainya ia dipaparkan pada skrin di padang mahsyar nanti. Sejarah yang kita sangat berharap ianya biarlah menjadi mimpi tidur semalam. Namun, sejarah tetap sejarah! sejarah hidup itu pastinya yang telah berlaku. Nah, apa yang pantas untuk kita lakukan? Berdoalah! Moga 'najwa' bakal dihadiahkan untuk kita di padang mahsyar kelak. ameen =)

=Biarlah apa yang manusia ingin nilai tentang kita, luka di luar mungkin sembuh pada pandangan mereka, tetapi yang tertusuk dalam, Allah swt dan kita yang lebih tahu!=


2 comments

[fellow followers]