Archive for February 2010

tinta terakhir dari Mutmainnah


posted by radhiahsyahida

9 comments


Terima kasih Allah atas nikmatMu pada hari ni. Hurm..tak sangka Allah dengar rintihan hati aku.

Termasuk semalam, dah 3 hari purse aku hilang, puas aku cari kat mana-mana. Aku ingatkan dah hilang semua duit, kad-kad penting n especially benda tu..huhu.


Ya Allah..Serius tak percaya, pagi tadi makcik cleaner terjumpa purse tu tepi semak dekat longkang blok E. Nasib aku selalu tulis nombor hp dekat mana-mana barang penting. syukuurr sangat ya Allah!!


Ya Allah..aku makin percaya ini mungkin berkat pergantungan sepenuh hati pada kuasaMu ditambah pulak dengan keberkatan dari sunat dhuha. Aku percaya dengan apa yang Kau janjikan terhadap hamba-hambaMu ini memang bukan khayalan semata-mata, tetapi inilah kasih sayang bersandarkan ujian yang kadang-kadang manusia masih tak sedar. Cukuplah! Jauhkanlah aku dari golongan itu ya Allah!


Ya Allah, berilah nikmatMu kepadaku dan jadikanlah aku orang yang bersyukur!

Ketenangan bersama Ilahi,

20 Januari 2012.


Mutmainnah menutup diari berkulit hijau itu perlahan-lahan. Dikucup purse hitam yang berada di sebelah diari itu berkali-kali. Bukan kerana terlalu sayangkan purse itu. Tetapi, sekadar wasilah untuk dia terus melampiaskan perasaan syukur kepada Allah yang mengembalikan kesedihannya sejak 3 hari yang lalu. Ada sesuatu yang bernilai di dalam purse tersebut yang tak mungkin dicari ganti.
“Valuable till the last breath kan awak?” Itulah kata-kata seseorang kepadanya empat tahun dahulu yang masih segar meniti halus dalam ingatannya sehingga saat dia menghirup oksigen kini.

***

“I think this is our second last lecture before your final exam, right?” sayup suara Dr. Mursyid kedengaran dari depan memecah sunyi tatkala para pelajar Quantity Surveyor, Kuliyyah of Architecture and Environmental Design (KAED) sibuk menyalin nota tambahan terakhir dari beliau.


Yes doctor, why?” Maad, pelajar dari Iraq laju menjawab. Pelajar foreigner memang selalu macam tuu..


“oh, I guess some of you will be graduated on this semester..."


“Yesss!!” kedengaran beberapa suara menjawab. Berbagai nada bunyinya.. Paling kuat kawasan brother la..bersambung pula perkataan ‘insyaAllah’ oleh beberapa orang sisters. Masing-masing seperti tak sabar-sabar nak grade lagaknya.


“Ok..ok..dear my beloved sons and daughters. Actually, I just wanna share something with you all due to my responsibility as your surrogate dad here..
My dear, deeply from my heart, I wish.. Once you all graduated from here, please don't forget to bring a title as ‘Islamic worker’ in anywhere you might go. Don’t you think working in this field is to perform your job well only, but the most important one is to let somebody see our attitudes as good Muslim! As Islamic university's graduate also! Please avoid bribery, my dear! Please, if you wanna get barakah in life and also achieve your dreams in your profession.”
Lambat dan lembut Dr. Mursyid menitahkan amanatnya itu. Rasa bimbang terukir andai kata-kata itu tidak sampai ke dalam hati manusia-manusia di hadapannya itu. Namun, dia yakin tugasnya hanyalah untuk menyampaikan sahaja, yang layak memberi taufiq kepada mereka hanya Allah semata.


Mutmainnah tunduk memandang kasut. Tidak sampai sebulan lagi dia akan menamatkan pengajian di Universiti Islam Antarabangsa ini. Taman Ilmu dan Budi yang banyak mengajarnya untuk terus hidup dengan bersyukur. Di dataran inilah dia mula belajar bahawa setiap masalah bukan ujian, tetapi kasih sayang yang pastinya dari Tuhan. Bertemankan sahabat yang sering berusaha untuk saling mendidik hati, juga belajar membentuk diri untuk menjadi ‘diri’. Suka dan duka mereka pasti bersama. seronok!

Berhalaqah pula dengan akhowat yang banyak mengajarnya untuk menjadi seorang wanita yang ‘muslimah’. Prinsip mereka, selagi hidup selagi itu mencari redha Allah. Kerana, semakin mereka ingin menjadi muslimah, semakin mereka akan berasa goyah. Hebat diuji! Sebab itu, tarbiyyah diri itu mesti. Bagi mereka, keperluan tarbiyah dalam diri bukan setakat di medan universiti sahaja, bahkan selepas bekerja juga. Hatta selepas membina rumah dan tangga, dikurniakan zuriat hingga ke hujung usia sekalipun mereka perlu ditarbiyah. Ditarbiyah untuk mentarbiyah! Itu kata siapa? Err..alamak, lupa.hee..


***

4 April 2012,
11.05 am

Kertas terakhir sudah dijawab dan dihantar. Ada rasa gementar juga di hatinya, tetapi dia percaya Allah bukan zalim dan tidak sesekali berlaku zalim.


Seusai menyimpan alat tulis, Mutmainnah berpaling ke belakang. Dikenyitkan mata kepada Sarah dan Aiman yang sedari tadi telah tersenyum lebar. Tanda mereka sudah bersedia untuk men'delete' status sebagai seorang pelajar Undergradute. Dan dalam masa 3 bulan lagi akan terjun pula ke dalam masyarakat. Itu yang dirisaukan sebenarnya. Cukupkah bekal selama 4 tahun di universiti untuk dikendong bertemu manusia yang pelbagai ragam pastinya.. hanya bunyi nafas kecil kedengaran di sebalik bingit sorakan beberapa pelajar yang sudah ‘merdeka’ sepertinya barangkali.


***


6 April 2012

Tengahari esok, baba, mama dan adik bongsunya iaitu syamim akan datang dari Pahang. Barang-barangnya masih separuh tidak dikemas. Sedih yang masih tersisa menyebabkan mood mengemas hilang begitu sahaja. Dia tahu, bukan mudah untuk melupakan alam universiti seperti mana sedihnya dia tatkala meninggalkan alam sekolah dulu. Baginya, tanggungjawab dan suasana sebagai seorang pekerja tidak sama seperti pelajar. Di universiti, dia masih dihidang dengan majlis-majlis agama mingguan seperti kuliah sirah, ta’alim, kuliah tafsir, bicara wanita dan pelbagai program yang boleh menambah ilmu dunia dan akhiratnya. Tetapi, di tempat kerja?


Ringtone open your eyes nyanyian Maher Zain tiba-tiba menyentak lamunan.


"erk..kak Aishah call?" Lambat-lambat Mutmainnah menekan butang receive.


......

Talian dimatikan. Mutmainnah tersenyum. Syukur sekali lagi bertapak di hati kirinya. “Alhamdulillah..” sebaris kata yang mampu terluah di bibirnya tatkala itu. Kata Kak Aishah, borang Baytul Muslim yang diisinya awal semester lalu telah berpindah ke tangan pihak atasan nuqaba’. Alhamdulillah, rezeki yang tak diduga. Dia tidak menyangka niatnya untuk menamatkan zaman bujang selepas habis belajar tercapai jua akhirnya. Tetapi, perkara itu dirahsiakan dulu dari pengetahuan sesiapa termasuk ‘orang jauh’ yang saban minggu menghantar emel kepadanya untuk merisik berita. Dia tidak mahu terburu-buru!

Kata Kak Aishah, naqib calon lelaki tersebut dan kak Aishah sendiri telah membuat istikharah dan hasil keputusannya adalah positif, sekarang ini mereka hanya menunggu keputusan istikharah dari kedua-dua calon sahaja. Itulah sebaik-baik cara yang dipilih mereka. Jika kedua-dua keputusan mereka adalah positif, maka dia redha dengan ‘rijal’ yang telah Allah ciptakan untuk membimbingnya itu walau dia sendiri masih belum mengenali bakal sayap kanannya itu. Bahu siapakah yang layak untuk dia bersandar tika penat menghadapi mehnah dunia nanti agaknya ye..

“Takpe ah..Biar je rahsia dulu, special sket.. InsyaAllah.”


Mutmainnah berpositif pada diri. Senyuman terlakar halus menghiasi dirinya itu. Reformasi baru mungkin bakal terbentuk dalam dirinya selepas ini.


Iman bertambah dan berkurang itu pasti! Tapi, ketenangan hidup bersama Ilahi semakin hari, semakin hebat dirasainya. Tidak dapat tidak, Mutmainnah mesti terus kuat! Bisik hatinya untuk kali terakhir…
..sebelum menuju ke toilet.

-Tamat-

Beberapa manusia telah menjadi sumber inspirasi dalam menggarap perwatakan semua watak di dalam cerita pendek ini. Terima kasih!

satu dari infiniti


posted by radhiahsyahida

4 comments


Terima kasih itu utama pada Allah
Hadirnya kusangka sedang diuji
Rupanya silap, kasih sayang yang sebenarnya ingin diberi

Cerminku,
Izinkanku terus menatapmu
Sehingga aku benar-benar menjadi diri
Walaupun kadang-kadang pandangan ini lari
Namun, ku harap cermin itu masih setia berdiri di situ.
Kerana kini aku sedar
Itu bukan cermin biasa yang aku mudah ketemu dimana-mana.

Cerminku,
Bukanku ingin memuja,
Kerana pujaan hanya selayaknya pada Pencipta
Tidak juga ingin memuji,
Kerana aku tidak mahu dikasihi kerana puji yang kuberi
Namun, menghina mengeji tidak sesekali
Kerana Allah dan Rasul sendiripun tidak begini.
Cuma,
Aku sekadar melontarkan rasa hati.
Supaya sinar pantulanmu tidak surut
Agar aku mampu mengotakan apa yang telah dijanji
Sehingga aku dan kamu
Kita mampu mengenggam tangan kembali di taman yang dinanti-nanti.
Aku mahu menjadi saksi di atas jasamu di akhirat kelak.

Dari hati, di pagi hari..
12 Rabi’ul Awwal 1431

Allahumma solli ‘ala saidina Muhammad wa ‘ala aalihi wa sohbihi ajma’in..

“Ya Allah, jadikan lisan kami, anggota kami dan fikiran kami teguh dalam mengikuti sunnah kekasihMu. Agar kami upaya untuk turut mendapat kasih dan sayang dariMu seperti mana kasih dan sayang yang telah Engkau berikan kepada kekasihMu”



PAA


posted by radhiahsyahida

3 comments




Cuti semakin menutup tirai. Orang penang, orang seri iskandar, orang sungai besar, orang puchong, orang nogori mai balik meh! [weh, ayat tak puas hati!hehe..]

Cuti yang bermakna, orang balik rumah. Saya balik rumah GG dan Kak Nuha. Haa..rumah dorg dekat Mahallah Aminah je. Balik jalan kaki je pun =D Asalnya memang tak mahu pergi mana-mana cuti ni, bajet nak buat kerja..hoho, tetapi memandangkan Safiyyah tu macam tak ada penghuni lagaknya. Kucing pun tak de.huu. Bosan sangat! Maka, merantaulah saya ke Aminah.

Paa.
Aik..kata bukan peminat tegar cerita? hoho..memangla. Tapi, kalau dah duduk 3 hari 2 malam dengan peminat tegar cerita a.k.a pen'download' cerita dan filem, ditambah pula dengan tempoh cuti yang lama tu. Maka, terpengaruh la sikit-sikit kan..[pengaruh yang baik la..heh!]

Seronok tengok Paa, selama ini saya selalu anggap cerita hindi ni hanya bawak unsur cinta, cinta, dan cinta! Tapi, sangat berlainan pada Paa! uniknya cerita ini yang menggambarkan kisah seorang seorang lelaki yang berpisah dengan kekasihnya demi mengejar cita-cita untuk menjadi ahli politik terkenal. Perempuan tadi mengandungkan anak mereka yang menghidap penyakit Progeria dan membesarkan anak itu bersusah payah tanpa suami di sisi. Akhir cerita, anaknya mati sebab ketahanan badannya seperti orang yang sudah berusia 90 tahun. Wahaa..serius sangat sedih cerita ini. Boleh bermain dengan emosi jugak la tapi tak mahu la sampai menangis sebab tengok cerita kan.

Progeria
Merupakan penyakit genetik yang menyebabkan manusia itu mempunyai perkembangan sel yang berkali-kali ganda dari umurnya yang asal. Contohnya jika kanak-kanak itu berusia 12 tahun, tetapi fizikal dan kesihatannya seperti orang berumur 80 tahun! Cumanya, mentalnya masih seperti kanak-kanak normal la. Naudzubillah dari penyakit ini terhadap keturunan kita semua. InsyaAllah. Sorry, saya tak tulis secara detail penyakit tu kat sini. Nak maklumat lanjut, sila google ah keh!


Kelakar+kagum!
Of course bagi sesiapa peminat hindi kenal kan yang berbaju putih kat atas ni? Unik sangat cerita ni sebabnya yang jadi ayah ialah si Abishek Bachan dan yang dikendong tu merupakan anak yang berpenyakit progeria tu iaitu Amitabh Bachan! Memang menjadi sangat-sangat lakonan si Amitabh tu. Kalahlah filem melayu. hoho..suka hati je!

p/s:
1. Paa from word Papa
2. Credit to GG dan Kak Nuha sebab sangat3 baik kalian melayani tetamu kalian yang banyak songeh ni.hee.. Allah membalasnya, insyaAllah! sehinggakan menulis entri ini pun menggunakan laptop dan broadband GG..('',)v
luv kalian kerana Allah!

2 kosong 2 belas


posted by radhiahsyahida

2 comments


Wahaa..mungkin saya agak ketinggalan dari orang lain. Mungkin orang lain berbulan-bulan yang lalu dah tengok dan komen tentang cerita ni. Tapi, takpela..lagipun saya bukan peminat tegar filem dan cerita. Tengok pun bersebab..terpaksa nak tahu jalan cerita serta idea dan pandangan orientalis barat tentang hari kiamat. Sebenarnya, cerita ni dah lama bersemadi dalam laptop, tapi memandangkan beberapa halangan tertentu, maka jadilah 2012 sebagai perhiasan yang memberatkan lagi GB dalam disk..hehe...[dah habis tengok, maka bersedialah kamu untuk di'delete' huh!]

Ini beberapa adegan yang sempat saya pause. Then, capture sekejap. Barulah seronok tengok, bukannya duduk statik je..huhu.



Berdasarkan pemerhatian saya, cerita ni agak menekankan konsep 'masih mengambil berat tentang keselamatan orang lain walaupun sedang dilanda bencana besar' sedangkan dalam AlQuran sendiri, Allah berfirman bahawa ketika bumi digoncangkan, wanita yang sedang menyusu pun sudah tidak mempedulikan anak mereka, apatah lagi orang lain..masing-masing hanya memikirkan tentang diri sendiri dan manusia ketika itu seolah-olah sedang mabuk sedangkan pada hakikatnya tidak. Boleh rujuk surah Al-Hajj, ayat 1-2.

Dan di akhir cerita, terdapat 1 kumpulan daripada mereka yang terselamat dari bencana besar tersebut dan seolah-olah mereka bakal meneruskan hari mendatang seperti sedia kala sedangkan di dalam hadis Rasulullah s.a.w telah nyata disebut bahawa semua manusia akan dibinasakan ketika berlakunya tiupan pertama dan dibangkitkan oleh Allah menuju padang mahsyar ketika tiupan kedua. Boleh rujuk surah Az-Zumar, ayat 68.

Tambahan, boleh klik di sini untuk melihat gambaran manusia juga tentang hari kiamat. Seronok dilihat jika menghayati surah Al-Waqi'ah dan Al-Qiyamah[ada rasa zouq!]

Biar apa pun motif mereka membuat cerita ini, terpulanglah. Cumanya, sebagai muslim yang yakin dengan kekuasaan Allah yang tentunya lebih hebat, maka tontonlah cerita ini dengan mata hati supaya iman kita semakin bertambah-tambah. Jika manusia biasa boleh buat gambaran kiamat sehebat itu, apatah lagi pencipta manusia! kan? AllahuAkbar!

[Allah lebih mengetahui]

p/s: Err..sila tutup laptop! bukak buku counseling skill 4 teacher sekarang!hee.. selasa ni ada midterm paper. ",)v

sebelum loceng tamat berbunyi


posted by radhiahsyahida

No comments



Hujan renyai-renyai di luar. Senang melakukan arahan Tuannya pada waktu petang yang damai. Sekejap berhenti dan turun kembali. Seolah-olah mahu bermain dengan manusia. Siapapun manusia.. yang berlari-lari anak pulang dari kelas ke bilik..yang baru memulakan aktiviti riadhah di padang... yang baru saja hendak menjemur pakaian..[terpaksa la angkat semula ye, hujan dah turun..;p] dan..Itulah manusianya. Yang kadangkala memuji bila tibanya hujan, dan banyak pula yang mengutuk tatkala titisan itu jatuh 'tap' mengenai hidung mereka..

"la..hujan lagi petang ni..!!"

..tanpa mereka sedari, saat itu sebenarnya Allah sedang menguji iman mereka! Maka beruntunglah bagi mereka yang memuji dan bersyukur..

Setiap pergerakan manusia ialah umpama mereka di dewan ujian


Siapa kata orang yang menutup aurat tidak diuji? Siapa kata orang yang sering bahagia tidak diuji? Siapa kata orang yang selalu sihat tidak diuji? Siapa kata orang berilmu tidak diuji? Siapa kata??

Ada manusia Allah uji mereka mudah terjebak dengan cinta dunia hingga terlalu asyik bermuamalat dengan manusia berlawanan jenis walaupun berstatus pelajar jurusan agama dan lebih teruk lagi di universiti yang ber
'title'kan 'islamic'..itulah manusia!

Ada manusia Allah uji mereka dengan ilmu agama yang bagus, sehingga Allah letakkan segolongan manusia yang tidak menjaga ikhtilat di hadapan matanya.. Dan mulalah saat itu dia yang memang bagus dan ditambah 'perasan bagus' memulakan sessi umpatan terhadap golongan tidak menjaga ikhtilat tadi..itulah manusia!


Ada manusia Allah uji mereka dengan kecantikan dan kehenseman hingga ramai manusia terpesona dan tak kurang juga yang dengki hingga manusia cantik dan hensem itu sendiri tertekan dengan gangguan ramai..itulah manusia!


Ada manusia Allah uji mereka dengan sentiasa menutup aurat sehingga merasa kagum dengan perbuatan yang mereka lakukan..lalu memandang yang kurang menjaga aurat dengan pandangan sinis, bukan untuk mengajak mereka ke arah kebaikan..itulah manusia!


Banyak lagi golongan manusia..saya dan anda sendiri tahu di mana kedudukan kita berada. 'Itulah manusia' termasuklah kita [saya, anda dan mereka]. Dan di saat saya menulis, anda membaca, dan mereka seronok menghirup nikmat dunia, percayalah bahawa kita masih lagi di dewan ujian. Bertubi-tubi disoal dengan nikmat dunia. Tidak akan keluar selagi loceng kiamat belum berbunyi. Jawablah soalan-soalan ujian dengan dengan mata hati dan akal yang beriman.

Jawapan..
a. syukur nikmat
b. kufur nikmat

Terserah kepada diri anda untuk memilih! Jawapan anda menentukan pintu keluar tika loceng tamat berbunyi nanti. selamat menghadapi ujian! ^__^

klu : pilihlah huruf yang tebal sikit tu.. ;D

[fellow followers]