Hujan renyai-renyai di luar. Senang melakukan arahan Tuannya pada waktu petang yang damai. Sekejap berhenti dan turun kembali. Seolah-olah mahu bermain dengan manusia. Siapapun manusia.. yang berlari-lari anak pulang dari kelas ke bilik..yang baru memulakan aktiviti riadhah di padang... yang baru saja hendak menjemur pakaian..[terpaksa la angkat semula ye, hujan dah turun..;p] dan..Itulah manusianya. Yang kadangkala memuji bila tibanya hujan, dan banyak pula yang mengutuk tatkala titisan itu jatuh 'tap' mengenai hidung mereka..
"la..hujan lagi petang ni..!!"
..tanpa mereka sedari, saat itu sebenarnya Allah sedang menguji iman mereka! Maka beruntunglah bagi mereka yang memuji dan bersyukur..
Setiap pergerakan manusia ialah umpama mereka di dewan ujian
Siapa kata orang yang menutup aurat tidak diuji? Siapa kata orang yang sering bahagia tidak diuji? Siapa kata orang yang selalu sihat tidak diuji? Siapa kata orang berilmu tidak diuji? Siapa kata??
Ada manusia Allah uji mereka mudah terjebak dengan cinta dunia hingga terlalu asyik bermuamalat dengan manusia berlawanan jenis walaupun berstatus pelajar jurusan agama dan lebih teruk lagi di universiti yang ber'title'kan 'islamic'..itulah manusia!
Ada manusia Allah uji mereka dengan ilmu agama yang bagus, sehingga Allah letakkan segolongan manusia yang tidak menjaga ikhtilat di hadapan matanya.. Dan mulalah saat itu dia yang memang bagus dan ditambah 'perasan bagus' memulakan sessi umpatan terhadap golongan tidak menjaga ikhtilat tadi..itulah manusia!
Ada manusia Allah uji mereka dengan kecantikan dan kehenseman hingga ramai manusia terpesona dan tak kurang juga yang dengki hingga manusia cantik dan hensem itu sendiri tertekan dengan gangguan ramai..itulah manusia!
Ada manusia Allah uji mereka dengan sentiasa menutup aurat sehingga merasa kagum dengan perbuatan yang mereka lakukan..lalu memandang yang kurang menjaga aurat dengan pandangan sinis, bukan untuk mengajak mereka ke arah kebaikan..itulah manusia!
Banyak lagi golongan manusia..saya dan anda sendiri tahu di mana kedudukan kita berada. 'Itulah manusia' termasuklah kita [saya, anda dan mereka]. Dan di saat saya menulis, anda membaca, dan mereka seronok menghirup nikmat dunia, percayalah bahawa kita masih lagi di dewan ujian. Bertubi-tubi disoal dengan nikmat dunia. Tidak akan keluar selagi loceng kiamat belum berbunyi. Jawablah soalan-soalan ujian dengan dengan mata hati dan akal yang beriman.
Jawapan..
a. syukur nikmat
b. kufur nikmat
Terserah kepada diri anda untuk memilih! Jawapan anda menentukan pintu keluar tika loceng tamat berbunyi nanti. selamat menghadapi ujian! ^__^
klu : pilihlah huruf yang tebal sikit tu.. ;D
Post a Comment