Archive for November 2010

indah di mata, cair di lidahh noo...


posted by radhiahsyahida

13 comments



kisah aku tiga biji kek buah yang digubah menjadi kek fondant :D







p/s : Kagum dengan manusia yang kreatif. Suka perhati manusia yang kreatif. Maka, kesimpulannya, Tuhan mereka mesti lagi Maha Kreatif. *for sure! cause He is the Great Creator* MashaAllah :]

mengasihi dikasihi


posted by radhiahsyahida

3 comments



من لا يَرحم لا يُرحم

Barangsiapa yang tidak meng
asihi maka dia tidak akan dikasihi -hadis Rasulullah s.a.w







Alhamdulillah, Izah dah dapat pengganti Ebi! siapa Ebi? klik sini. Kucing yang baru saja diberi nama oleh kakak beliau petang tadi iaitu dengan nama 'Evoke'. hehe.. *terus rasa lapar lepas bagi nama nih* Evoke baru je melahirkan 3 ekor anak yang comel lote dan kiut miut sangat lebih kurang 2 minggu yang lalu iaitu 'Alfa', 'Beta' dan 'Gamma'.



p/s: cuba bandingkan dengan manusia, aduh sadis sungguh la. tak pernah dengar lagi isu haiwan buang anak. hohoho. manusia.. manusia.. moga Allah ampunkan dosa kita semua.

10:12


posted by radhiahsyahida

2 comments


Dan apabila seseorang manusia ditimpa kesusahan, dia berdoa kepada KAMI sama ada dalam keadaan berbaring atau duduk ataupun berdiri, tetapi setelah KAMI hilangkan bahaya itu darinya, dia terus mengikut cara lamanya dan kembali dengan cara yang sesat. Demikianlah dijadikan indah bagi orang-orang yang melampaui batas dengan apa yang telah mereka kerjakan.

[10 : 12]


maka,

Taqarrub itu bukan bermusim.

Bukan ketika exam sahaja, bukan ketika ditimpa ujian sahaja, dan bukan tatkala ingin meminta pertolongan dari DIA sahaja.
Taqarrub itu perlu sampai bila-bila.

Bukan di hostel sahaja, bukan di masjid atau surau sahaja, dan bukan di rumah sahaja.
Taqarrub itu perlu di mana-mana.


***

Lebih kepada peringatan untuk diri. huhu. 1 bulan cuti adalah satu ujian yang bukan biasa-biasa. Berdepan dengan nafsu yang kadang-kadang tak terkawal, syaitan yang gedik menggoda orang, dan jiwa yang geloranya tak mampu dijangka. wuhuu.

Pulang bercuti itu memang satu nikmat. Kata orang, 'rumahku syurgaku'. Tetapi, itu bukan matlamat hidup di dunia semata-mata. Nikmatilah dunia dengan berpada-pada agar ia menjadi saksi untuk syurgaNya menjadi rumahku di sana kelak. inshaAllah.

20 : 131


posted by radhiahsyahida

No comments


Dan janganlah engkau menujukan pandangan kedua matamu dengan keinginan kepada apa yang telah Kami berikan kepada beberapa golongan dari mereka Yang kafir itu menikmatinya, Yang merupakan keindahan kehidupan dunia ini, untuk Kami menguji mereka padanya,
sedang limpah kurnia Tuhanmu di Akhirat lebih baik dan lebih kekal :]

[20:131]

[fellow followers]