Archive for January 2011

menyelongkari kisah kita -melayu muslim-


posted by radhiahsyahida

3 comments







Alhamdulillah, siang tadi saya berkesempatan untuk ke melaka bagi menghadiri Konvensyen Memperingati 500 Tahun Kejatuhan Empayar Islam Melaka. Syukur sangat dapat peluang untuk pergi. Pelbagai maklumat yang dapat semuanya sangat membuka mata dan menyedarkan diri saya tentang kehebatan orang-orang melayu muslim pada satu zaman dahulu di tanah air kita sendiri yang tak disebut-sebut sangat dalam silibus sejarah. Kehebatan bangsa sendiri yang kadang-kadang kita tak sedar bahawa kita sendiri yang perlekehkan.

Contohnya:
x : kenapa z tak datang lagi? janji pukul 9...
y : biasala.. janji melayu....

Lihat.. jawapan itu sendiri dah menunjukkan kita memperendahkan orang melayu itu sendiri. Teringat dengan kata-kata pembentang kertas kerja ketiga tadi iaitu Ustaz Fauzi Asmuni. Kata beliau :
"kenapa kita perlu zoom kelemahan orang melayu dan jadikan kelemahan itu sebagai cermin kepada orang melayu. Sedangkan kalau kita tahu masih ada kebaikan pada orang melayu dan kita ialah orang melayu yang baik, sepatutnya kita zoom kepada umum tentang kebaikan-kebaikan orang melayu, bukan menonjolkan yang tidak baik.." lebih kurang macam ni la..

Kalau nak cerita semua kat sini memang confirm tak boleh nak publish post.. hehe. banyak sangat. Ada 3 pembentangan kertas kerja, dan 1 dialog. Sila rujuk sini. Paling best kertas kerja 3 dan dialog. Memang hot habis dewan besar UTEM tu dengan soalan-soalan peserta. Lebih-lebih lagi dalam sessi dialog tu ada wakil dari kerajaan. hoho. Memang pedas lagi panas ah soalan yang para peserta tanya.. *orang muda pulak yang tanya.. haish memang ah..* :D

Harapnya, konvensyen ni dapat menyedarkan orang-orang melayu muslim tentang jati diri mereka dan yang paling penting dapat membuka mata beberapa pihak akan kesilapan mereka dalam menentukan masa depan rakyat terutamanya melayu muslim di tanah air mereka sendiri.

Fikirlah baik-baik, sementara belum dihitung amalan kita oleh Allah, renungkan balik, apa yang telah dibuat sehingga orang melayu terutama generasi muda semakin lama semakin hanyut.. sedihnya yaAllah. huhu.. :(

p/s: ada salah sorang peserta perempuan tadi orang cina kot.. siap pakai baju kurung ag.. sweet ah! :]

Berhujung minggu di dusun :)


posted by radhiahsyahida

4 comments

Alhamdulillah, hujung minggu kali ni saya dan sahabat-sahabat berada di Dusun Eco Resort Bentong, Pahang sempena Mukhayyam 'Arobi anjuran senior-senior Taasl. Jazakumullah khairal jaza'.. Alhamdulillah overall program ni memuaskan hati jugak la.. Sebab memang niat asal nak lari dari UIA pun hujung minggu ni.. hehee. So, bila dapat tahu ada program ni, memang 2 tapak tangan ditadah la :]

Banyak ilmu yang kami dapat dan yang paling penting maharat kalam memang sangat-sangat diaplikasikan. Hampir 90% kot semasa aktiviti dijalankan, kami dikehendaki bercakap dalam bahasa arab. huhu. 'Ala kulli hal, alhamdulillah :]


















Dalam banyak-banyak aktiviti semasa mukhayyam, yang paling terkesan kat hati ialah semasa kami naik jambatan gantung yang hanya berlantaikan 3 tali. *sila rujuk gambar ustaz yang tengah naik tu.. haa, macam tu la rupanya..* Kami hanya dibenarkan pijak tali kat tengah je.. Memang cuak jugak la masa 1st time naik.. Masa tu kami gambarkan macam tengah meniti atas titian siratul mustaqim je.. huhu. Tapi tak mampu nak bayangkan kalau meniti atas sehelai rambut dibelah tujuh. MashaAllah. Semoga Allah ampunkan dosa kita.. ameen.


Masa program tu jugak saya dapat berita menyedihkan dari sahabat baik iaitu Hana. Sebenarnya, sebelum pergi program tu, saya, umy, k.mimi, dan k.seha sempat pergi ziarah abangnya yang sedang koma. Masa pergi tu, still nampak ada harapan untuk sedar. Tapi Allah lebih sayangkan arwah, hari sabtu pagi tu arwah dah dipanggil bertemuNya. Kawan-kawan, al-fatihah untuk arwah ye.. Semoga ruhnya bersama hamba-hamba yang beriman dan beramal soleh. Sesungguhnya kematian adalah tazkirah untuk yang masih hidup. *Doakan juga semoga Hana & family dia tabah*

اللهم اغفرله وارحمه واعف عنه

Jom perbaiki amalan kita. Berkawanlah dengan sahabat-sahabat yang baik, tatkala kita jatuh tersungkur, inshaAllah pasti ada yang masih menghulurkan tangan dan tatkala kita diuji, inshaAllah pasti ada yang masih meminjamkan bahu.

tuan-tuan dan puan-puan, LIMA sahaja ye! ^^


posted by radhiahsyahida

1 comment

ADAKAH ANDA?

1. Seorang rakyat Malaysia yang begitu perihatin terhadap penderitaan rakyat Palestin?


2. Seorang Muslim yang ingin mempertahankan kesucian Masjid Al-Aqsa?


3. Ingin memberikan bantuan dan menghulurkan sumbangan secara berterusan sebagai amal jariah?


4. Terbeban dengan pelbagai prosedur sedia ada?


5. Tak punya masa yang banyak?


Sertailah Kempen LIMA Untuk PALESTIN!

Anda mampu untuk menyumbang secara berterusan melalui pendapatan anda walaupun anda tetap bekerja seperti biasa.


Sumbanglah sebahagian nilai masa bekerja anda untuk membantu rakyat Palestin dan menyelamatkan Masjid Al-Aqsa!



MENGAPA LIMA?


Kempen Lima Untuk Palestin adalah satu inisiatif Aman Palestin yang bertujuan bagi mengumpul dana untuk membantu rakyat Palestin membangun semula negara mereka yang dimusnahkan oleh Israel dan juga untuk mempertahankan Masjid Al-Aqsa yang dikepung Israel.


Kempen ini merupakan pendekatan khusus untuk penjawat awam dan agensi swasta untuk menyumbang sekurang-kurangnya RM5 dari pendapatan mereka setiap bulan secara konsisten dan berterusan.


Sekiranya anda bersetuju, sejumlah wang secara tetap dari pendapatan anda akan disalurkan kepada Aman Palestin setiap bulan secara automatik melalui Jabatan Akauntan Negara Malaysia.


TAHUKAH ANDA?


Sekiranya anda memperolehi pendapatan RM2,000 sebulan, dengan menyumbang sebanyak RM5 secara tetap setiap bulan, sebenarnya anda hanya menyumbang 30 minit sahaja daripada purata 208 jam waktu bekerja selama sebulan iaitu bersamaan lebih kurang 1 minit sahaja setiap hari.


RM 5/2000 x 26 hari x 8 jam = 31 minit = 1 minit 30 saat/hari

Sekiranya jumlah pendapatan anda lebih tinggi, sebenarnya hanya beberapa saat sahaja daripada nilai masa bekerja harian anda yang disumbangkan untuk membantu rakyat Palestin dan mempertahankan kesucian Masjid Al-Aqsa.

BAGAIMANAKAH CARANYA?


sila hantar permohonan anda kepada email saya (rasyaqiera22@yahoo.com) untuk mendapatkan borang. Borang tersebut hendaklah dihantarkan kepada five4palestine@yahoo.com
atau terus sahaja klik di sini atau sini.

Bantu kami dengan menyebarkan email ini kepada rakan-rakan dan keluarga terdekat anda.


Hubungi kami segera di talian 03-8927 5018 untuk mendapat keterangan lanjut




"Kemanusiaan, Persaudaraan, Kesucian Baitul Maqdis"

"Humanity, Brotherhood, Sanctity of Baitul Maqdis"



AMAN PALESTIN BERHAD (719871-K)

[Ibu Pejabat]

No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,

43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.

Tel : +603-8926 7019

Fax : +603-8925 9963


[Promosi & Khidmat Pelanggan]

22-1-1B, Jalan Medan PB2, Seksyen 9,

43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.

Tel : +603-8927 5018 / +603-8926 5018

Fax : +603-8927 4018


Web : www.amanpalestin.net

Email: info@amanpalestin.net




p/s : teringat cerita Dr. zainur rashid tempoh hari. kat palestine, kalau kita bagi sabun kat budak-budak, mereka akan makan sabun tu. sebab mereka tak kenal apa itu mandi. yang mereka tahu cuma makanan, makanan dan makanan sahaja. sedih kan? kalau kita..?? isk..isk.. tak mahu la cakap.. macam langit dengan dasar bumi..huhu :(

jaulah recharge iman


posted by radhiahsyahida

1 comment

"Kehidupan ini adalah satu perjalanan, singgahlah di R&R solat untuk mendapatkan rehat yang secukupnya, sebelum meneruskan perjalananmu ke destinasi akhirat yang kekal abadi"


Alhamdulillah, hujung minggu lepas saya berpeluang untuk menyertai jaulah ke Negeri 9 anjuran Persatuan Belia Islam Nasional yang bertemakan 'Menyelusuri Islam di bumi Adat Perpatih'. Pengisian program yang amat menterujakan hati melalui siri ziarah ke muzium tentera dan istana seri menanti yang terkenal dengan bangunan menggunakan pasak bagi menggantikan paku itu.

Selain itu, kami juga disajikan dengan makanan ruh yang sangat mencaskan kembali iman dari pada tokoh-tokoh ikhwah dan akhawat di sana. Antara yang ditekankan ialah tentang peranan pemuda pada zaman sekarang, kepentingan menjaga solat dan masa, serta pemantapan dakwah fardi *sangat sangat penting! melihat generasi sekarang yang semakin tenggelam dengan nikmat dunia.. sedihnya.. :[

1 perkara yang paling terkesan ialah mendengar bekas murabbiyahku iaitu ustazah zaimah mengolah maksud surah al-asr. Perkara yang selama ini saya selalu amal tapi jarang sangat sampai dalam jiwa. Ustazah terangkan dengan gaya seorang ketua kepada orang bawahan.
Contohnya macam ni la kan...

Ketua : Wahai manusia! kamu semua ialah orang-orang rugi..

Manusia : *kita la manusia yang rugi tu*

Ketua : kecuali...

Manusia : *ada nada pengharapan..*

Ketua : Orang yang beriman..

Manusia : Aku beriman padaMu ya Allah..

Ketua : bukan sahaja beriman, tetapi kamu mesti beramal soleh!

Manusia : Alhamdulillah, aku mengerjakan segala suruhanMu ya Allah..

Ketua : Tidak cukup sekadar beriman dan beramal soleh, kamu mesti berpesan kepada kebenaran [menyeru sahabat kepada kebaikan=berdakwah] dan kamu mesti menasihat manusia supaya sentiasa bersabar [dengan segala ujian dari Allah]

U got the meaning? huhu.... maknanya.. 4 aspek tu kita mesti cukup barulah boleh declare yang kita sudah merdeka dari title 'orang-orang yang rugi'. Sebab tu la kat akhirat nanti, antara orang-orang yang rugi ialah orang kafir sebab kat dunia, mereka banyak beramal soleh tapi sayangnya tak beriman... dan untuk orang muslim juga, tak cukup dengan sekadar menjadi soleh, kita mesti jadi muslih untuk menjadi orang yang beruntung di akhirat sana.. inshaAllah.

wallahu'alam..

[fellow followers]