menyelongkari kisah kita -melayu muslim-


posted by radhiahsyahida

3 comments







Alhamdulillah, siang tadi saya berkesempatan untuk ke melaka bagi menghadiri Konvensyen Memperingati 500 Tahun Kejatuhan Empayar Islam Melaka. Syukur sangat dapat peluang untuk pergi. Pelbagai maklumat yang dapat semuanya sangat membuka mata dan menyedarkan diri saya tentang kehebatan orang-orang melayu muslim pada satu zaman dahulu di tanah air kita sendiri yang tak disebut-sebut sangat dalam silibus sejarah. Kehebatan bangsa sendiri yang kadang-kadang kita tak sedar bahawa kita sendiri yang perlekehkan.

Contohnya:
x : kenapa z tak datang lagi? janji pukul 9...
y : biasala.. janji melayu....

Lihat.. jawapan itu sendiri dah menunjukkan kita memperendahkan orang melayu itu sendiri. Teringat dengan kata-kata pembentang kertas kerja ketiga tadi iaitu Ustaz Fauzi Asmuni. Kata beliau :
"kenapa kita perlu zoom kelemahan orang melayu dan jadikan kelemahan itu sebagai cermin kepada orang melayu. Sedangkan kalau kita tahu masih ada kebaikan pada orang melayu dan kita ialah orang melayu yang baik, sepatutnya kita zoom kepada umum tentang kebaikan-kebaikan orang melayu, bukan menonjolkan yang tidak baik.." lebih kurang macam ni la..

Kalau nak cerita semua kat sini memang confirm tak boleh nak publish post.. hehe. banyak sangat. Ada 3 pembentangan kertas kerja, dan 1 dialog. Sila rujuk sini. Paling best kertas kerja 3 dan dialog. Memang hot habis dewan besar UTEM tu dengan soalan-soalan peserta. Lebih-lebih lagi dalam sessi dialog tu ada wakil dari kerajaan. hoho. Memang pedas lagi panas ah soalan yang para peserta tanya.. *orang muda pulak yang tanya.. haish memang ah..* :D

Harapnya, konvensyen ni dapat menyedarkan orang-orang melayu muslim tentang jati diri mereka dan yang paling penting dapat membuka mata beberapa pihak akan kesilapan mereka dalam menentukan masa depan rakyat terutamanya melayu muslim di tanah air mereka sendiri.

Fikirlah baik-baik, sementara belum dihitung amalan kita oleh Allah, renungkan balik, apa yang telah dibuat sehingga orang melayu terutama generasi muda semakin lama semakin hanyut.. sedihnya yaAllah. huhu.. :(

p/s: ada salah sorang peserta perempuan tadi orang cina kot.. siap pakai baju kurung ag.. sweet ah! :]

3 comments

[fellow followers]