bersatulah, inshaAllah ada jalannya..


posted by radhiahsyahida

No comments


Alhamdulillah 'ala kulli hal, isu intifadhah di Mesir belum lagi surut, bahkan bahangnya makin terasa. Dikatakan perhimpunan di Maidan At-Tahrir melebihi angka target 1 juta orang. MashaAllah :)

See, betapa muslim itu kuat bila bersatu. Buktinya, Rasulullah s.a.w sendiri menyebut bahawa "muslim dengan muslim yang lain ialah seperti bangunan yang kukuh (bunyanun marsus)" Itulah gunanya penyatuan sesama muslim. Kerana berbezanya kita untuk saling lengkap melengkapi antara satu sama lain.

Di Malaysia sendiri juga terbukti, walau berbeza fikrah, latar belakang, dsb., mereka sama-sama bergabung tenaga dan semangat dalam melaksanakan Protes Menyelamatkan Mahasiswa Malaysia di Mesir hari ini. Inilah yang kita mahu, biar si kafir di luar sana terkejut dengan semangat yang ada pada muslim. InshaAllah, ada jalannya. ^^

"Dear Hosni Mubarak (yang mana tidak lagi baik dan diberkati.. kot2 dia ada terbaca.hehe), no matter how many cronies u have to save u in this world, don't forget that nobody can be your security guard in hereafter. But all of us will be the witnesses to drag u into the hell.. if u have not repent all your sins to muslim now.."

p/s :
1. Moga-moga semua pelajar Malaysia di sana selamat dalam jagaan Allah esp. my cousins dalila, sufia, amalina, izuddin. inshaAllah..
2. Berdoalah kepada Allah untuk Ummah esp. Muslim di Mesir. Doa tu kan senjata terbaik bagi Mu'min lebih-lebih lagi bagi yang teraniaya.
3. Muslim semakin bangkit tu tanda-tanda akhir zaman. Jangan lihat suasana ini dengan pandangan sedih, semangat dsb sahaja, tapi jom top-up amal soleh kita sekali.. jom.. jom.. :]


[fellow followers]