Saya redha dengan qadha' dan qadar Allah. Saya tahu tok ayah bukan milik kami semua, bila-bila masa je Allah boleh ambil semula tok ayah dari kami. Dan Allah dah ambil pun tok ayah semalam. Kami semua redha sebab tu yang terbaik untuk arwah.
Tapi, saya terkilan............... sangat-sangat-sangat! Saya nak balik! Sepanjang hidup saya, saya ada seorang je atuk iaitu tok ayah. Tokki belah ummi dah lama meninggal masa ummi tak kahwin lagi. Walaupun arwah dah tak ada, tapi saya nak balik......... saya nak tatap wajah tok ayah untuk kali terakhir kat dunia ni.. Kalau boleh, saya teringin nak tolong dalam pengurusan jenazah arwah tok ayah. Sepanjang hidup saya juga, ini kali pertama saya berdepan dengan kematian sanak saudara yang dekat. Saya nak rasai suasana tu.
Tapi, saya tak dapat balik kampung. Akak cakap kalau balik pun tak sempat jumpa sebab nak simpan pagi ni. Ummi suh amek tiket flight, tapi tak berani balik sorang-sorang :'(
Hakikatnya, pagi dah menjelma. Nak tak nak, kena redha je memang tak de rezeki nak balik dan tolong uruskan jenazah arwah. Hanya doa yang mampu saya hadiahkan untuk arwah dari jauh. Moga arwah tok ayah tenang bertemu yang Esa. Moga dilapangkan dan diterangkan kubur untuk arwah, inshaAllah. Allahumma ameen.
Saya percaya, arwah pergi dengan tenang. arwah dah lama sakit. InshaAllah sebagai pengampunan dosa sebelum kembali pada Allah. Arwah tok ayah bertuah, hidupnya dengan agama. Dulu arwah seorang tok siak masjid, guru mengaji dan tukang buat songkok. yaAllah, betapa banyak pahala yang mengalir disebabkan kerja-kerja yang mulia tu. Arwah bertuah sebab meninggalkan isteri dan anak-anak yang soleh dan solehah dan inshaAllah cucu-cucu dan cicik-cicik yang soleh dan solehah juga. InshaAllah kami akan sentiasa doakan tok ayah.
*masih terasa hangat sentuhan tangan arwah tok ayah pada 3/2/2011. Kali terakhir tatap wajah arwah yang sentiasa tenang. Moga dia damai di sana...dan kita pasti menyusul sama suatu hari nanti.

اللّهم اغفرله وارحمه وعافه واعف عنه ووسع مدخله واغسله من الخطايا بالماء.. اللّهم آمين
sebak dengan din crita tadi..smalam masa sume org tdo kot, mek gi kat arwah.dia selak kain tutup muka arwah, n mengalir air mata dia..cik da crita, mek kata lepas ni mek nk duk ngn sape......
bila fikir balik, perancangan Allah sgt baik. beberapa hari sebelum arwah meninggal, kita sume balik jumpa dia. xsangka jumpa dengan dia hari tu adalah yang terakhir. klu blh putar balik masa, nk duk lama2 sikit ngn dia....
masa balik aritu, nmpak dia ceria sgt..siap nk dukung syirah lagi...tp tangan dia x kuat...nmpak tangan dia trketar2 masa nk dukung syirah...
semoga damai rohnya disana..alfatihah...
yaAllah, kuatkan hati-hati kami..
k.mar, lepas ni kita kena UP kan lagi berjasa kat sumorg.. esp UMMI ABAH kite. kematian tu kita xleh jgka bila2. at least.. kalau kat dunia kita byk berjasa kt dorg, xterasa sgt2 dgn kehilangan... n keterkilanan tu mungkin lagi berkurang.. apapun Allah knows best.. yg penting, doa dr kita sntasa mengalir utk arwah.. bukan sekadar rasa sedih je..
innalillah...
moge dhiah sekeluarga diberi kekuatan dan moge roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan dlm kalangan org beriman. insyaAllah..
amiin.
jazakillah ukht. Allahuma ameen..
dh dpt tips dr org, kalau teringat arwah, terus sedekah alfatihah.
alhamdulillah berkesan n rasa makin kuat+tenang. inshaAllah
moga lebih kuat dan tabah..
wa rabbuna yusahhil..
~sedang menunggu waktu kita pula
segenggam tabah!
Allahumma ameen. jazakillah ukhti :)
di,aku faham apa yang mu lalui sekarang.sangat2 sedih bila kehilangan orang yang sentiasa bersama kita.di,tok aku meninggal isnin lepas.semoga mereka ditempatkan dalam kalangan orang2 beriman, di sisi Allah.
yeke farah? takziah utk mu n family. Allahummagfirlahu warhamhu wa'aafihi wa'fu anhu.. tabah ye kawan.. amalkan alfatihah stp kali tringt arwah.
kalau ikutkan smpai skg aku still terkilan tp aku fikir yg tentukan semua tu Allah.. He knows best..
yg penting doa yg tidak putus dr kita.. inshaAllah. moga ruh kedua2 arwah tenang disana~
innalillah... moga radhiah tabah.. moga arwah dicucuri rahmat..
thanks kak alya. ameen..