seamanah pemuda itu


posted by radhiahsyahida

3 comments


Kelihatan seorang pemuda berjalan ke negara Madyan tanpa mengetahui nasib yang bakal diterimanya.

Dia berhenti di bawah sebatang pokok untuk melepaskan lelah. Allah mentakdirkan dia terpandang 2 orang gadis yang sangat lama menunggu giliran untuk mengambil air dari perigi.

Tanpa berfikir panjang, dia terus menolong gadis-gadis itu mengambil air dari perigi yang dipenuhi oleh ramai pengembala kambing itu untuk diberikan kepada si gadis dan dia terus kembali ke tempat asalnya serta berdoa "ya Tuhanku, aku sangat memerlukan sesuatu kebaikan yang Engkau turunkan kepadaku"

Dengan kuasa Allah, bapa gadis-gadis itu memanggil pemuda itu ke rumahnya untuk bekerja dengannya kerana beliau sudah tua. Dan rezeki dari Allah juga, pemuda itu ditawarkan untuk memilih salah seorang dari gadis itu untuk dijadikan suri dalam hidupnya.

Subhanallah. MashaAllah. Kalau kita lakukan yang terbaik, doakan yang baik-baik, inshaAllah Allah akan sahut doa kita itu dan beri yang paling baik untuk kita. yakinlah!

Sumber cerita : Al-Quran surah Al Qasas, ayat 22-28.

Antara Semalam & Hari ini.

Mencari pemuda seamanah nabi Musa, ya Allah bukan tak ada. Ada.. tapi bilangan mereka semakin lama semakin sedikit.

Pemuda semalam. Begitu menjaga kehormatan gadis. Menegur pun berbatas, apatah lagi untuk berbual panjang dan bergurau mesra.

Pemuda semalam. Andainya ingin memetik bunga untuk dijadikan penyeri rumah. Caranya indah sekali. Dijumpa tuannya, dipetik dengan cara terbaik, dijaga dengan penuh kasih sayang. Subhanallah, tenang.

Maka bandingkanlah sendiri dengan realiti hari ini. Belum lagi diminta izin dari tuan, sudah dipetik dicantas dirobek bunga yang tidak berdosa itu. kasihan sang bunga menjadi mangsa.

Gadis.
Hati mereka lebih rapuh dari biskut samperit. Perasaan mereka lebih lembut dari kain sutera. Jiwa mereka lebih halus dari sehelai tisu.

Mereka berbeza dan sangat sangat berbeza dari kamu si pemuda gagah perkasa. Kerana itulah, tanpa iman yang menjadi pagar nafsu, mereka mudah percaya dan terpedaya dengan kata-kata si pemuda. Dan kadang-kadang dengan iman pun kadang-kadang mereka hampir tersungkur. Itulah fitrah yang Allah ciptakan. Kerana kekuatan yang ada padamu pemuda, maka salurkanlah ke jalan yang betul, pimpinlah mereka dengan iman. Jaga hak mereka.

Andai ada yang tersentuh dihatimu. Gunalah cara yang paling indah diajar Rasulullah. Jangan kau cuba pegang hati yang belum sah menjadi hakmu. Itupun sebenarnya bukan hak mutlakmu. Sekadar pinjaman di dunia supaya kau berbahagia untuk sementara.

والمؤمنون والمؤمنات بعضهم أولياء بعض
(9:71)


Pemuda,
Tidak inginkah kamu dicatat dalam rekod Allah di akhirat nanti sebagai seorang pemuda gagah perkasa yang taat pada Tuhannya dan sangat menjaga kehormatan gadis tatkala pemuda-pemuda lain menjadikan gadis sebagai bahan gelak ketawa dan pemuas nafsu dunia?


yaAllah, ampunkan kami.

3 comments

  1. Kak Nad

[fellow followers]