chanteknya bulang malang ni kang? ;)
Alhamdulillah, sedar tak sedar sudah 15 ramadhan.
Walaupun tak dapat imarah di masjid uia, tapi seronok sangat tahun ni dapat pergi masjid yang best kat kuala teganu nieh !
Tapikan 1 isu yang tak pernah habis dalam masyarakat kita bila tiba part solat berjemaah kat masjid nih. *rasanya perempuan je kot. lelaki mungkin tak terlibat*
rapatkan saf badan vs rapatkan saf sejadah
hee.. sorilerr, orang lidi je mampu ;D
Tak tahula sebab kurang ilmu ke atau memang tabiat jemaah wanita ni, bila datang masjid mesti wajib bentang sejadah dan susun kepala sejadah tu bagi sama dan lurus je sumorang. selagi tak lurus, selagi tu dia pandang-pandang orang tersebut suh luruskan bagi sama. ok fine, bagusla macam tu kan?
Tapi kak, masalahnya, bila imam dah iqamah, mostly pakat berdiri sorang satu atas sejadah masing-masing taknak berganjak rapatkan badan supaya berdiri dalam satu saf yang sempurna. haissshhh.
Sampai leni saya pun pelik. nak tegur tapi tengok orang jugak la. Kalau dah makcik-makcik tu, saya persilakan ummi la yang selayaknya. hee..
Okeh, masih ada 14 hari lagi ramadhan inshaAllah. Kepada anda yang juga mempunyai perasaan seperti saya, maka gunalah peluang cuti lama ini dengan sebaiknya. Inilah hikmahnya kita diberi peluang untuk solat terawih di masjid negeri masing-masing.. supaya dapat gunakan ilmu yang ada untuk didik masyarakat sekeliling kita secara tak langsung.
Solusi terbaik, kalau orang sebelah kita tak nak rapatkan saf, senyum dulu kat depa, pastu cakap.. "ni ada ruang ni.. kena bagi rapat skek." acece. bilhikmah tu mesti !
Haa.. satu lagi, rasanya wajib ada la satu program kat tv tentang "bagaimana untuk solat secara sempurna" sebabnya bukan semua dapat didikan agama dari kecil. Kesianla kalau dah istiqamah dalam ibadah tapi tak perasan ada terkurang kat mana-mana. Solat tu kan perkara pertama Allah tanya kat padang mahsyar nanti.. herm.. =='
Sabda Rasulullah yang bermaksud:
"Luruskan safmu kerana sesungguhnya meluruskan saf itu merupakan sebahagian dari kesempurnaan solat" (Hadith riwayat Muslim)
p/s: walaubagaimanapun, masih tetap menyukai masjid uia sebab tak perlu bawak sejadah hokey. karpet dia bersih je sokmo sebab ada makcik-makcik yang rajen vacum ;)
a'aaa laa...mostly mmg mcm 2..klu yg sbelah sy 2 adik brdik,blh laa tarik ckit..tp klu dah makcik2, segan plak nk tarik (wpon ngn lembut)..::syahidah::
huu..bab rapatkn saf ni mmg pantang msyrkt mesir. seinci pn xbleh nk renggang.mesti lurus seia dan sekata. kalo x, memang kne tarik..orang Arab mmg kurang segan bab nih.haha.
>syahidah
hee yela. bila golongan junior bertemu golongan veteren ni payahla sket kan. takpe. slow talk inshaAllah xde msalah.
>fais
ha betul! org arab ni toksah cakap la.. dorg tu mmg fhm kepentingan jaga saf ni.. kalau tgk vid dorg smayang terawih.. perghh terbaik saf mereka even kat atas jalanraya. kagum2..