jiwa halus miliknya


posted by radhiahsyahida

4 comments

Hanim tunduk memandang lantai..dia tidak mampu lagi menatap wajah-wajah insan yang tidak berdosa diratah serakus-rakusnya oleh si zalim pada dada akhbar di tangannya itu. Air mata yang menyapa pipinya itu diseka dengan tangan. Dia tidak suka dilihat sebagai seorang yang lemah walaupun jiwanya begitu rapuh dengan kesedihan kerana suratan hidupnya yang seringkali teruji. Dan ujian yang dulunya begitu tegar dirasakan, kini hanya boleh dijentik dengan begitu mudah.

Dia mengangkat muka ke atas. Kekuatan kembali dibina demi mengutip kebenaran yang tersisa atas pertolongan insan-insan yang rindukan keamanan, sayangkan agama Rasululullah s.a.w, cintakan agama Allah s.w.t. Hanim kembali menyelak halaman seterusnya..sekali lagi jiwanya terusik, menurut laporan setakat ini sudah 987 nyawa terkorban termasuk warga tua, wanita dan kanak-kanak. Hatinya menyumpah-nyumpah si laknat zionis dan sekutu-kutunya. Kejamnya mereka membunuh jiwa-jiwa yang suci dan tidak berdosa demi kepentingan duniawi yang entah bila kesudahannya.

Fikirannya terus melayang, memikirkan permasalahan ummat sejagat yang kian runtuh ditelan kemajuan. Jiwa-jiwa muda yang kian rosak lantaran dahagakan nafsu dunia sehingga tidak lagi menjadikan agama Islam itu sebagai sumber hakiki. Islam hanya pada nama..ya itulah mereka! Salah siapa bila terjadinya semua ini? Takdirkah yang berdosa hingga menyebabkan mereka tidak lagi berjalan di jalan yang lurus? Sesungguhnya telah Aku ciptakan manusia itu dengan sebaik-baik kejadian. Sesungguhnya aku tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum kecuali kaum itu sendiri mengubahnya. Hanim bermuqorobah, lantas kesal mula berputik kerana mempersoalkan takdir dari Allah.. Dia beristighfar berulang-ulang kali. Semoga Allah mengampunkan segala dosa-dosa yang aku sedari mahupun tidak. Hanim berdoa di sudut hati kecilnya.

Balik ke bilik, dia mendapati ahli-ahli biliknya sedang enak bersembang-sembang. Hebat mereka bercerita isu politik zaman sekarang. Sentimen yang telah disetkan untuk menjumudkan pemikiran. Enak sekali mengutuk mereka yang tidak sealiran dengannya. Seperti dunia ini mereka saja yang betul. Ah, malas lagi Hanim persoalkan. Orang yang terlalu taksub payah nak ditegur. Sayut-sayut azan asar berkumandang dari masjid berhampiran. Pantas Hanim ke musolla, seperti biasa akan ada 2-3 manusia yang masih lagi sudi mengejar sunat berjamaah. Kaki mula melangkah ke muka pintu. Aik, makin rancak lagi perdebatan mereka tentang isu semasa. Hanim hanya mampu beristighfar di dalam hati. Punahlah remaja jika hanya suka membincangkan isu masyarakat tanpa mengisi makanan hati sendiri. Jiwa semakin karat dengan sikap yang hanya memandangkan kesalahan orang. Mungkin mantap bila berhujah! Tapi ranap bila beribadah!

Seusai bersalam-salaman dengan para ahli musolla, Hanim menuntun sejadah dan kain sembahyang melalui ampaian baju. Hajat di hatinya untuk mengangkat baju-baju yang telah dijemur pagi tadi. Matanya memandang ke arah 2 orang anak kecil yang berlari di kawasan parking kereta. Keluarga pelajar barangkali, bisik hati Hanim. Bahagia sekali dia melihat anak-anak kecil itu berkejaran. Fikirannya mengimbau kembali kisah dulu kala sewaktu dia masih lagi bahagia bersama papa dan mamanya. Namun, semua kebahagiaan itu hilang sekelip mata. Dia tahu Allah lebih sayangkan mereka. Hanim memejamkan matanya.. lantas manik-manik jernih itu pantas diseka. Dia tidak sudi membiarkan orang lain mengetahui gelora jiwanya pada saat itu. Terus kakinya pantas ke muka pintu bilik, dia cuba berlagak tenang tatkala melihat rakan-rakan sebiliknya itu sudah beralih tempat ke katil masing-masing. Mungkin sessi perdebatan mereka sudah tamat. Bisik hati Hanim. Nakal! Hanim tersengih seorang diri.

Baju-baju yang kering di letakkan di atas katil. Tangannya mula menggapai Sony Ericsson yang masih menyala itu.

2 messages received
Mas UIA
03-Aug-09 4:42 pm
"Slm Hanim, malam ni kita pergi lib ye. Nak discuss pasal group presentation tu."

Adk syg

03-Aug-09 5:03 pm
"Slm Along, adik rindu bangat sm along. 2mggu lagi cti skolh. Along balik tau! ^_^"

Hanim tersenyum. Untuk apa dia bermuram durja. Allah masih sayangkan dia. Allah masih tinggalkan Basyirah untuk dia menghargai erti sebenar kehidupan. Terima kasih Allah! Hanim mengucap sayu sebelum melipat Sony Ericsson miliknya itu.


Mula pada 25/1/2009- Tamat pada 7/8/2009 ^_^

kami warga blogger


posted by radhiahsyahida

3 comments

Hebat sungguh penangan subjek Instructional Technology(IT)! dengan sekelip mata, berderet-deret sahabat-sahabat seperjuangan sudah menjadi blogger..ehem[2x] tahniah ye!. Kalau dulu, selalu duduk bersembang dengan umy tentang blogger dikalangan sahabat seperjuangan. Duk menunggu siapa lagi yang akan melangkah bersama kami.

  • Kami diberi lebih pendedahan oleh Dr. Syarifah Sariah tentang teknologi terkini seperti adobe photoshop, photography(sukee..!^_*), windows movie maker, dan termasuklah blogger. Sangat bagus! mungkin sesuai dengan peranan kami yang akan datang insyaAllah bukan sebagai pengajar tetapi pendidik.
Dan untuk semua sahabat-sahabat, silalah merajinkan jari anda untuk meng'update'
blog ye. Especially for light of life..hehe ;D
salam juang! jangan lupa siapkan poster yang madam suruh buat =p

Ebi dalam kenangan


posted by radhiahsyahida

No comments


pagi tadi sebelum bersiap untuk ke study circle, saya dapat sms dari ummi.

"yah,izah tengah bersedih sebab ebi mati kena langgar semalam"

Saya tergamam seketika. Ebi dah mati! bukan tidak menerima qada' qadar Allah. Tapi lebih memikirkan keadaan izah yang terlalu sayang pada kucingnya itu. Padahal, semalam kami baru bergurau mesra dalam sms, bersembang 1001 cerita. Tiba-tiba, pagi ni dapat sms dari ummi bagitau izah tengah menangis teresak-esak.

Izah
Seorang yang penyayang. Sayangnya pada binatang sehingga menyebabkan dia bercita-cita untuk menjadi seorang doktor haiwan suatu hari nanti. Dia tidak geli untuk membersihkan luka ebi. Kalau pergi supermarket, yang dia mahu hanyalah friskies untuk ebinya. Balik dari sekolah pun, ebi yang menantinya. Ebi sayang izah dan izah lagi sayang pada ebi!

Ebi
Boleh dikatakan dialah big boss segala kucing. Tempatnya mesti di dalam rumah berbanding kucing-kucing lain yang sekadar menjenguk di muka pintu untuk mengharapkan sesuap nasi setiap hari. Ebi nakal! pernah pecahkan pasu ummi tapi takpe, ummi tak marah sebab ummi pun sayangkan ebi.

Kami
Kalau dulu, agak kurang senang dengan kehadiran kucing. Tapi ebi lain, dia dengar kata, tak 'buang' merata-rata, nakal, manja. Maka, persepsi kami terhadap keluarga kucing sudah berbeza sama sekali. Kami tidak anti kucing lagi. Kami sayang ebi!


Sekarang, ebi sudah tiada lagi. Ebi bertuah, perginya dari dunia ini tidak akan dihitung amalan di akhirat sana. Ebi suci walaupun dari secalit dosa berbanding kami tuannya yang kadang-kadang tenggelam dalam nikmat dunia. Apapun, semoga ebi dapat membantu mizan kami di akhirat nanti. Sebab kami yakin ebi tahu kami sayang padanya!

[fellow followers]