menjadi sebelum mencari!


posted by radhiahsyahida

2 comments


Daun-daun yang berguguran itupun dihitung Allah, apatah lagi amalan manusia. Allah~!
rasa ingin membuang angkuh, rasa ingin mencampak ego, rasa ingin melempar sombong.
Ingin menjadi hamba yang sebenar-benarnya.
Payah!
sudah mengerti istiqamah, sudah pelajari mujahadah, sudah memahami tsabat.
mengaplikasi?
memerlukan kekuatan yang luar biasa!
fahamilah, dia hanya manusia biasa yang terlalu ingin menjadi hamba.
bantu dia jika tersilap keh! :)

rasyaqiera
puresyaheed :)

andai diberikan emas permata, kupilih senyumanmu..


posted by radhiahsyahida

2 comments


Kadang-kadang, ada perkara yang kita ingin fikirkan, tetapi secebis kata pun ia tidak datang & ada benda yang kita ingin segera padamkan dari kotak ingatan, tetapi ia masih juga terus menari-nari dalam fikiran..

Lantas, apa yang perlu dilakukan? larikan diri! bukan melarikan diri dari kenyataan, tetapi berusaha untuk mencari ketenangan.. jelas ye =]

Status : balik putrajaya! Allah, sukanya~

[budop kecit pertama]

Ini anak saudara saya yang pertama. Nawwar namanya. Sudah 9 bulan pun budak kecik ni! nakal bukan main sekarang. huh!


"uda, jangan kacau adik! please... adik nak siapkan assignment cepat-cepat ni! nanti nak main fesbuk plak.."

~pandangan sayu seorang budak yang ditinggalkan ibunya kerana bekerja~



kalau rajin, tengok la aksi nawwar bila dengar lagu kegemaran dia...'al-fawakih'. ish..ish..tak tau la sapa yang ajar dia buat macam ni..tapi, memang pelik betul sebab lagu ni je yang buatkan dia paling excited bila dengar. Lagu lain tak pun. Dan kalau dia tengah menangis, siap boleh berhenti menangis, berdiri, pastu buat gerak-gerak tangan dengan penuh bersemangat.

Rasanya bidang seni kalau dinaiktarafkan dengan nilai islamik dan berunsurkan pendidikan, mesti budak-budak lagi mudah dididik. Budak zaman sekarang mudah belajar dengan lagu dan gambar. Kalau ibu bapa terapkan dari kecil lagi dengan didikan yang betul, belajar menggunakan graphic, banyakkan pasal AlQuran, zikir dan kurangkan pasang cerita yang mengarut-ngarut, insyaAllah anak-anak akan membesar dengan jiwa yang sihat. [para ibu dan para guru, please take note!]


[budop kecit kedua]
Ini zahraa, anak saudara kedua. Dah 7 bulan. Dia kat kelantan, payah la nak jumpa dia..huu. saja ah letak gambar-gambar zara yang uda cilok dari ummi dia. rindu ah~


[bu
dop kecit ketiga]

InsyaAllah, bakal muncul lagi 5 bulan.ameen. sabar menunggu~ ^__^

sekeping warkah kumal


posted by radhiahsyahida

2 comments


Assalamualaikum wm wbt,

Buat sahabatku yang dikasihi kerana Allah,

Menghadapi sisa-sisa hidup di akhir zaman ini, pastikan ketemu kenangan yang cukup mengajar kita bahawa siapa diri kita yang sebenarnya dan di mana kedudukan Allah di lubuk hati kita. Wujudkah takhta itu di hatimu wahai sahabatku sayang? Sedar mahupun tidak, tatkala ujian hadir, bibir kita senang sekali menyebut “Ya Allah…beratnya ujianMu ini..”. Tanpa aku dan kamu sedari rupanya dengan secebis kalimah itu, pahala mencurah-curah telah mengisi kantung amalan hidup di dunia.

Sedarlah sahabatku sayang,

Kalimah “Ya Allah..” itu cukup membuktikan bahawa kita masih tidak lupa kepada sang Pencipta. Itulah yang Dia mahukan sebenarnya dari kita. Bukan sengaja dia menguji.. bukan sengaja.. tetapi kerana merindukan suara hamba-hamba untuk memanggilnya, dan sentiasa mengharap pertolongan dariNya..Tuhan yang Maha Kuasa.. Allah~!

Buangkan angkuh, campakkan ego.. dari mana seorang hamba itu datang, maka ke situ jua ia kembali mengharap, mengadu, menangis dan mendamba segala-galanya. Kepada Allah wahai sahabatku sayang.. Allah, Tuan yang paling baik..

Rintihlah padaNya, rintihlah sahabatku.. Jika pada manusia kamu bergantung, manusia kan pergi. Jika pada harta kamu berharap, harta kan habis itu pasti. Maka, ke mana lagi kamu akan berlari? Jika jawapannya itu, aku pasti fitrah dan nalurimu sendiri sudah mengetahui..

Tag : Semua sahabatku. Nama kalian ada di hati.

[fellow followers]