Archive for July 2008

for u : syabab lil ummah...


posted by radhiahsyahida

No comments

salam alaik sahabat yang dikasihi keranaNya...


Dikala keboringan after siapkan risalah untuk kitabah, tibe2 rase cm nk mencoret sumting la plak dlm blog ni...huhu...

hmmm..hope coretan kali ni tak menimbulkan isu tuk mane2 pihak ea...awal2 dhiah mintak maaf if ade tersilap kata, tersalah bicara...
tibe-tibe, tringat plak dgn suasana remaja zaman sekarang..
politik??huh...isu yang agak sensitif sebenarnya,tapi bukan dhiah nk bicarakan tentang mana2 parti politik pun...
ok, bila sebut pasal politik depan remaja zaman sekarang..ramai dikalangan mereka yang tiba-tiba bertukar menjadi agresif...kenapa? hm..masing2 agresif untuk menyuarakan rasa hati mereka pada mana-mana parti politik yang disokong atau dibangkang... ~Parti Bersatu Dayak kah?? ^_^

ok2...tenang dulu...
sebenarnya tak salah untuk remaja zaman sekarang untuk 'involve'kn diri dorg dlm bidang ni...bahkan Rasulullah s.a.w dan sahabat-sahabat r.a juga antara politician yang hebat pada zaman mereka...
tapi...
ape bezanya?
zaman sekarang...
remaja suke bercakap tentang politik, kononnya menyokong parti yang mereka rasakan betul, konon kata mereka lebih moden atau kerana menurut syariat islam, serta mampu membentuk daulah yang mantap..
tapi sayang! seribu kali sayang...
bagaimana pula dengan remaja-remaja ini sendiri...akhlak mereka? muamalat mereka? pemakaian mereka?
adakah berdasarkan syariat islam...? tepuk dada, tanyalah iman....


remaja harapan ummah sekalian...
bangkitlah kita dari lena yang panjang...
kadang-kadang,
pelik juga dengan manusia seangkatan ku ini...
bercakap bab islam...keperitan rakyat palestin...masalah ummat zaman sekarang...dll
bukan main hebat...mengalahkan PM..hehe..iye ke?
tapi, bab pelaksaan dari diri sendiri..?
bila lagi ye.....

bukan niatku untuk memandang rendah pada sesiapa...coretan ini sekadar ingin berkongsi pendapat...setiap manusia dikurniakan Allah dengan kelebihan dan kekurangan masing2... cuma, dhiah harapkan dari kalian dan diri sendiri juga agar kita menggunakan kelebihan yang ada pada diri itu sebagai guider untuk kita menjalani kehidupan mendatang yang penuh pancaroba...nauzubillah min zalik...

percayalah kita bahawa baik atau hebatnya seseorang itu pada hari ini tak semestinya berkekalan baik mereka hingga ke hujung usia...dan jahilnya seseorang itu bukan bermakna selamanya mereka didalam kejahilan...Allah s.w.t lebih mengetahui segala-galanya....


:: May Allah guides us to the right path...ameen ::

sunnah orang berjuang


posted by radhiahsyahida

No comments

Salam kemanisan iman....

Dalam usaha mencari kemanisan hidup..

Hidup ini penuh mehnah, pancaroba, halangan, cabaran serta semua kawan2nya yang tak pernah puas mengunjungiku saban hari...kadangkala terasa pahitnya gula dan manisnya hati ayam yang teradun dalam adunan masakan harianku....

Dalam proses bergelar seorang student (bak kata org kampungku), mas'uliyyatnya begitu banyak sehingga kadangkala diri ini terfikir mampukah untukku mencapai segala yang diimpikan selama ni? namun hati yang bijak berbicara bisa menangkis semua pemikiran kolot dan kurang waras ini...teringat pada serangkap lagu yang biasa berkumandang di kaca tv "jika kau fikirkan boleh..kau pasti boleh melakukan!......"

Bermula dengan Annual General Meeting BARSS (Bachelor of Arabic Student Society), diriku bersama sahabat-sahabat lain diberi tanggungjawab untuk menjayakan gimmick and multimedia session... selepas berhempas pulas...natijahnya..alhamdulillah..1 gimmick berjaya dihasilkan walaupun ade sedikit kekurangan yg tak disengajakan..huhu ~semua benda tak sempurna kan?

de cutest tag dat i have now! ^_^

Belum sempat nak memanjakan diri..hehhe..1 lagi tanggungjawab besar bertandang di teratak diari hidupku...sejak mula lagi, telah kutanam dan berazam untuk menyerahkan diri dalam perjuangan ini..beiznillah. Dan dengan itu, pada 14 julai yang lalu..bersibuk dan menyibukkan diri lah kami untuk menjayakan 1 lagi Annual General Meeting iaitu untuk QLC stand for Qur'anic Language Club...alhamdulillah, dengan berkat dariNya.. feedback yang kami terima agak menggembirakan... insyaAllah kami akan cuba yang terbaik untuk kalian..(^_~)

inilah booth qlc...


Dan pada 18 julai yang lalu bersamaan hari lahir sahabatku tersayang 'djah mans' (semoga Allah memberkati hidup kamu..) sekali lagi diri ini bersama2 sahabat2 yang turut kusayang jiddan3 iaitu ecah and farahin telah menjalani peers training kt campus PJ...pada mulanya rasa mcm cuak jugak nak stay ngan GCU ni..yela, memikirkan tanggungjawab yang bakalku laksanakan nanti..tapi melihatkan members lain, serta cara madam asniza mentadbir kami..hatiku sedikit lega..insyaAllah beban yang berat akan sama2 kita pikul ye..=)

k' la...nak gi jumpa ustaz maad pulowp ni...nak settle assignment kitabah..

ilalliqo'...ma'assalamah

:: manisnya hidup bila perjuangan dan ujian dianggap seperti gula2..hehe..acu tera skali ::

untukmu putri sayang...


posted by radhiahsyahida

No comments



~~wanita yang digamit rasa itu....

Apabila hati diserahkan kepada ALLAH,

kekal lah wanita dgn asal penciptaannya iaitu
penyejuk mata dan penghibur hati,
apabila wanita terus mengikatkan hati kepada ZAT yg mjadikannya,
kekallah ia sbg perhiasan yg dijaga rapi.
Redup wajahnya mengundang pembelaan dari hati yang mjadi hamba
Tuhan dan kerendahan serta perlindungan
dari Zat YANG MAHA AGUNG.

Inilah wanita solehah spt yg digambarkan Rasulullah s.a.w

الدنيا متاع وخير متاع مرأة صالعة
"Dunia adlh perhiasan dan sebaik2 perhiasan ialah wanita solehah"

Wanita solehah yg hatinya terikat dgn ALLAH
- si gadis dihiasi sifat sopan dan malu,
si anak mentaati ibu bapa,
srikandi dihiasi keberanian dan ketegasan yg penuh kesopanan serta
prihatin terhadap masyarakat,

si isteri penuh ketaatan dan ketegasan yg penuh
kesopanan dan kasih syg terhadap suami,

semuanya berteraskan rasa cinta kpd YANG ESA,
berbahagialah kaum Adam yg memiliki "perhiasan" sejati ini kerana
pastinya hidup akan terarah ke syurga,
syurga dunia yg disegerakan dan

syurga hakiki kekal abadi..beiznillah…

Sebaliknya,

jika hati jauh dr ALLAH,
hilanglah kejernihan wajah dan jadilah
dia duri yang menjadi punca kemelut serta kacau bilau.

Apabila wanita lari dari ikatan Tuhan,
maka terbukalah segala pintu yg akan menjerumuskannya ke
lembah fitnah kehinaan.

Hilanglah redup wajah yg mjadi dambaan,
maka,
yg akn terserlah adalah kecantikan palsu yg
menanti utk dieksploitasi oleh manusia yg
menjadi hamba nafsu....

duhai wanita......
hargailah dan hiasilah kelebihan yg ada
padamu dgn sebaiknya...
kelemahan adalah kekuatan....
fikir2kan.......



semoga musim-musim yang bakal menjelma bakal mengubati kisah lalu…….

:: lelaki dan wanita yang baik tidak akan memandang dan dipandang (pandangan mengikut rasa hati+panahan syaitan) ::

i dedicate to them...


posted by radhiahsyahida

No comments

salam kegembiraan ^_~


hari ini pada mulanya tak terniat pun dalam hati nak mengepost,tapi bila mana Allah dah takdirkan ade post baru dlm blog ni...maka terjadilah...hehhe.. ~kun fayakunn

hm..post hari ni lebih kurang mcm special dedication ah buat my bro in law, abg adi yang bersusah payah datang melawat adik ipar die di bumi berNILAI ini..huhhu....actlly, sejak seminggu kebelakangan ni...diri ni macam dilanda virus ke'tension'an yang tahap tak bahaya la..=p maybe disebabkan keje yang semakin bertimbun2 + kerinduan yang melanda akibat dah 3 bulan lebih dop balik gannu..huhhu~~

bila lar buku ni bakal dpt signature madam...

alhamdulillah..lepas zuhur, kedatangan abg adi, kak ti (baru je dapat tukar keje kat kL) ~dekat sket ngan suami dier.. n kak mar (baru selesai jadi suri rumah..nak masuk campus jadi student pulop) yang telah men'delete'kan segala virus2 yang menyerangku tu....

alang2 mari tu memang xlengkap kalau kak ti x singgah nilai square dulu, mentang2 la uia nilai berjiran ngan nilai square..ni kes ambik kesempatan la ni..wanita memang mcm tu.. ~ha...dhiah?? hehhe...peace! tapi yang pastinya memang best ar jalan2 tadi...dan semestinya ada cerite baru antaraku dengan kak mar..hehehe...=) ~cerita hati


~~inilah kehidupan orang ade rumah~~

apepun..cuma dhiah nak cakap kat sini betapa bersyukurnya mempunyai kakak yang begitu caring terhadap adiknya ini walaupun perangai masing2 punye la 'matured yg amat' hehhe (faham2 sendiri ler..) syukran lillah, kebahagiaan mempunyai mereka tidak mampu ditandingi...petang-petang, kumpul sama2...tukar2 cerita...saling mengusik... ~rindunya saat bahagia itu..

muke2 suke bergambar..kui3

special thanks also for abg adi yang prangai pun lebih kurang kami jer..hehhe... betapa bertuahnya mempunyai abang ipar..dahla pandai masak, bawak pulak lauk untuk adik iparnya yang baik ni...kui3 alhamdulillah ^_^
tips : ha..sape nak abg ipar suh akak die kawen eh...sunnah yg mulia tau!

semoga usrah kabir yang dimiliki oleh kami sentiasa mendapat lindungan Allah, dilimpahi rahmat serta kasih sayangNya yang tidak pernah berkesudahan....


:: Allahuma ja'alna minal muttaqiina imama ::

Rejab...apa ada padanya??


posted by radhiahsyahida

No comments

how could we make it more beautiful?? let us think of it..!!

sekadar berkongsi ilmu yang diperolehi...moga syafaat bakal menanti..beiznillah..
sahabat2 yang dikasihi kerana Allah, sama-samalah kita saling memperingati amalan-amalan mulia yang penuh barakah ini…4 Julai 2008 iaitu hari Jumaat yang juga penghulu segala hari, sedar mahupun tidak...kita telah memasuki bulan Rejab iaitu bulan Allah swt yang penuh keberkatan dan terkandung 1001 rahsia... Let's overview ada apa di sebalik bulan Rejab ini...

Diriwayatkan bahawa Rasulullah saw telah bersabda, "Ketahuilah bahawa bulan Rejab itu adalah bulan ALLAH swt, maka:

1. Barang siapa yang berpuasa 1 hari dalam bulan ini dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH swt

2. Dan barang siapa berpuasa pada tanggal 27 Rejab 1429h/Isra Mi'raj (Rabu, 30 Julai 2008) akan mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa
3. Barang siapa yang berpuasa 2 hari di bulan Rejab akan mendapat kemuliaan di sisi ALLAH swt

4. Barang siapa yang berpuasa 3 hari yaitu pada tanggal 1, 2, dan 3 Rejab (4, 5, 6 Julai 2008) maka ALLAH swt akan memberikan pahala seperti 900 tahun berpuasa dan menyelamatkannya dari bahaya dunia dan seksa akhirat

5. Barang siapa berpuasa 5 hari dalam bulan ini, insyaallah permintaannya akan dimakbulkan Allah swt..InsyaAllah

6. Barang siapa berpuasa 7 hari dalam bulan ini, maka ditutupkan 7 pintu neraka Jahanam dan barang siapa berpuasa delapan hari maka akan dibukakan 8 pintu syurga

7. Barang siapa berpuasa 15 hari dalam bulan ini, maka ALLAH swt akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barang siapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH swt akan menambahkan pahalanya.

Sabda Rasulullah saw lagi :"Pada malam Mi'raj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari air batu dan lebih harum dari minyak wangi, lalu saya bertanya pada Jibril as "Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?" Maka berkata Jibril a.s "Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca selawat untuk engkau pada bulan Rejab ini."
Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita :"Ketika kami berjalan bersama-sama Rasulullah saw ke sebuah kubur, lalu Rasulullah saw berhenti dan beliau menangis dengan amat sedih, kemudian beliau berdoa kepada ALLAH swt. Lalu saya bertanya kepada beliau "Ya Rasulullah, mengapakah engkau menangis?" Lalu beliau bersabda "Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kuburnya dan saya berdoa kepada ALLAH swt, lalu ALLAH swt meringankan atas mereka." Sabda beliau lagi "Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mahu berpuasa satu hari dan beribadah satu malam saja di bulan Rejab nescaya mereka tidak akan disiksa di dalam kubur." Tsauban bertanya "Ya Rasulullah, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rejab sudah dapat mengelakkan dari seksa kubur?" Sabda beliau "Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus saya sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan solat malam sekali dalam bulan Rejab dengan niat karena ALLAH swt, kecuali ALLAH swt mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan solat malam satu tahun."


rujukan : kak chik...jazakillah kak chik atas pertemuan singkat kita di alam maya namun sangat manis dan berharga...alhamdulillah...^_^


:: Rebutlah 5 perkara sebelum datang 5 perkara ::

KERIS@JEMPOL


posted by radhiahsyahida

No comments

syukran lillah atas nikmat islam dan iman yang masih terpatri dalam diri hambaNya ini..insyaAllah....pada malam yang damai ini..inginku berkongsi dengan kalian beberapa pengalaman semasa mengendali kem remaja islam soleh @ shortname nya KERIS di Masjid Jempol...apa yang baik dijadikan teladan...moga kita sentiasa di dalam sempadan syariatNya...ameen
27 June 2008

hari pertama yang penuh bersemangat di kala perasaan ini berkobar2 ingin menghandle program ini bersama2 sahabat2 lain...alhamdulillah malam itu berlalu dengan penuh keinsafan pabila 2 mata ciptaan Tuhan + 2 kacamata ciptaan manusia ini melihat sendiri satu rakaman yang mengisahkan tentang bagaimana perjalanan seorang hamba yang sedang dikebumikan serta balasan2 Allah di alam barzakh...ya Allah..melihatkan rakaman yang agak real itu seolah2 diriku berada sendiri di alam itu...adik2 peserta yang berusia 12 tahun itu pun sudah gerun dengan video tersebut apatah lagi kami yang sudah mampu berfikir apa yang hak dan batil ini....moga2 keinsafan ini berpanjangan...

malam itu jugak, adik2 ni dilepaskan bersendirian di tempat2 gelap...bertujuan untuk membina kekuatan dalaman mereka...tringat pulak adik2 kumpulanku yang mengatakan mereka di ganggu oleh seorang tua sewaktu ditinggalkan....siapakah insan itu?? ~hatiku tersenyum sendiri =)

28 June 2008

mulakan hari dengan doa dan senyuman....
alhamdulillah...setiap program yang dirancang berjalan dengan lancar..dengan amanah yang diberikan oleh ust shukri untuk memegang kumpulan 12 (Ana Muslim) bersama bro.daman serta komitmen yang baik diberikan oleh adik2 kumpulanku..iman, bila, khalida, sakinah, syamimi, amy, hazim, jal, hafiz n azhar yang telah banyak mengajarku untuk menjadi seorang kakak yang lebih cakna dan bertanggungjawab...kak dhiah syg sgt2 adik2 semua...moga kita bakal ketemu di syurga kelak andai tiada lagi pertemuan di dunia ini..^_^


majmuah ana muslim


permainan jet telur ayam..huhu


dalam kebahagiaan bersama adik2 ini, kesedihan menerjah hati pabila satu slot yang diadakan di mana kami dikehendaki memberi tunjuk ajar kpd para peserta tentang solat2 sunat,bacaan dlm solat dan cara berwudhu' yg betul... tapi alangkah malangnya apabila masih ramai lagi adik2 yang berusia 12 tahun ini masih tidak mampu mengingati surah Al-fatihah dan bacaan tahiyyat akhir....ya Allah...siapakah yang bersalah dalam soal ini?? adakah guru2 di sekolah yang tidak mengajar dengan sebaiknya atau ibubapa yang kurang mengambil berat tentang soal agama...wallahu'alam...apa yang diharapkan, semoga pembaca2 post kali ini dapat mengambil iktibar tentang apa yang ingin diberitahu...nampak simple tapi akibatnya?? ~sendiri mau fikir....

ust shukri mengadakan briefing tentang solat jamaah

petangnya lak...explorace..huhu..yang paling best mestila sebab boleh jaga checkpoint teka-teki ngan dayah n ecah... sempat agi msg kay mintak latest teka-teki...kui3 ~muke teka-teki blake ni..hehe
b4 maghrib, hujan yang sgt lebat telah melanda bumi Jempol...malam itu, ust shukri telah meminta kami untuk membawa adik2 ni nite walk sambil bertasbih, bertahmid dan bertakbir di sekeliling kaw tersebut...Allahuakbar!! satu lagi kekuasaan Allah dapat kurasa..keadaan yang pada mulanya hujan renyai-renyai telah berhenti dan diganti dengan angin yang begitu mendamaikan...angin malam itu seolah tanda balasan kasih sayang dr Allah terhadap hamba2 yang tak lalai untuk mengingatiNya...semakin kuat bacaan zikir adik2 ini, semakin lembut terasa bayu itu menyapa wajah.... ~Allah tak pernah lupa pada kita, bagaimana mungkin kita bisa lupa padaNya??

29 June 2008


hari terakhir yang penuh kesedihan...slot yang diwujudkan iaitu wasiat ibubapa untuk anak2 dan anak2 untuk ibubapa mereka...titisan air mata yang membasahi wajah meraka menggambarkan 1001 penyesalan yang terbit dari diri mereka ats tanggungjawab masing yang belum sempurna dilaksanakan...semoga keinsafan itu kekal berpanjangan agar usrah yang solehah bakal terbentuk untuk menjana generasi yang bertaqwa pada masa kan datang....yang paling utama kuharapkan adik2 ini masih lagi memegang janji mereka dan mengaplikasikan segala nasihat yang diberikan....insyaAllah

ngan asyraf n aiman x kisah =p

semoga segala yang terjadi mampu dijadikan pengajaran...yang utama untuk diri sendiri dalam berusaha untuk menjadi kakak yang prihatin terhadap adik2nya....bersama2 adik kump. ni mengingatknku pd adikku yang juga masih berusia 12 tahun...Muhammad Nasruddin Najwan Mohd Hamdan...semoga abg wan berjaya didunia dan akhirat dan insyaAllah bakal mengikut jejak langkah acik ea...!


:: berusaha berjaya ::

[fellow followers]