syukran lillah atas nikmat islam dan iman yang masih terpatri dalam diri hambaNya ini..insyaAllah....pada malam yang damai ini..inginku berkongsi dengan kalian beberapa pengalaman semasa mengendali kem remaja islam soleh @ shortname nya KERIS di Masjid Jempol...apa yang baik dijadikan teladan...moga kita sentiasa di dalam sempadan syariatNya...ameen
27 June 2008
hari pertama yang penuh bersemangat di kala perasaan ini berkobar2 ingin menghandle program ini bersama2 sahabat2 lain...alhamdulillah malam itu berlalu dengan penuh keinsafan pabila 2 mata ciptaan Tuhan + 2 kacamata ciptaan manusia ini melihat sendiri satu rakaman yang mengisahkan tentang bagaimana perjalanan seorang hamba yang sedang dikebumikan serta balasan2 Allah di alam barzakh...ya Allah..melihatkan rakaman yang agak real itu seolah2 diriku berada sendiri di alam itu...adik2 peserta yang berusia 12 tahun itu pun sudah gerun dengan video tersebut apatah lagi kami yang sudah mampu berfikir apa yang hak dan batil ini....moga2 keinsafan ini berpanjangan...
malam itu jugak, adik2 ni dilepaskan bersendirian di tempat2 gelap...bertujuan untuk membina kekuatan dalaman mereka...tringat pulak adik2 kumpulanku yang mengatakan mereka di ganggu oleh seorang tua sewaktu ditinggalkan....siapakah insan itu?? ~hatiku tersenyum sendiri =)
28 June 2008
mulakan hari dengan doa dan senyuman....
alhamdulillah...setiap program yang dirancang berjalan dengan lancar..dengan amanah yang diberikan oleh ust shukri untuk memegang kumpulan 12 (Ana Muslim) bersama bro.daman serta komitmen yang baik diberikan oleh adik2 kumpulanku..iman, bila, khalida, sakinah, syamimi, amy, hazim, jal, hafiz n azhar yang telah banyak mengajarku untuk menjadi seorang kakak yang lebih cakna dan bertanggungjawab...kak dhiah syg sgt2 adik2 semua...moga kita bakal ketemu di syurga kelak andai tiada lagi pertemuan di dunia ini..^_^
majmuah ana muslim
permainan jet telur ayam..huhu
dalam kebahagiaan bersama adik2 ini, kesedihan menerjah hati pabila satu slot yang diadakan di mana kami dikehendaki memberi tunjuk ajar kpd para peserta tentang solat2 sunat,bacaan dlm solat dan cara berwudhu' yg betul... tapi alangkah malangnya apabila masih ramai lagi adik2 yang berusia 12 tahun ini masih tidak mampu mengingati surah Al-fatihah dan bacaan tahiyyat akhir....ya Allah...siapakah yang bersalah dalam soal ini?? adakah guru2 di sekolah yang tidak mengajar dengan sebaiknya atau ibubapa yang kurang mengambil berat tentang soal agama...wallahu'alam...apa yang diharapkan, semoga pembaca2 post kali ini dapat mengambil iktibar tentang apa yang ingin diberitahu...nampak simple tapi akibatnya??
~sendiri mau fikir.... ust shukri mengadakan briefing tentang solat jamaah
petangnya lak...explorace..huhu..yang paling best mestila sebab boleh jaga checkpoint teka-teki ngan dayah n ecah... sempat agi msg kay mintak latest teka-teki...kui3 ~muke teka-teki blake ni..hehe
b4 maghrib, hujan yang sgt lebat telah melanda bumi Jempol...malam itu, ust shukri telah meminta kami untuk membawa adik2 ni nite walk sambil bertasbih, bertahmid dan bertakbir di sekeliling kaw tersebut...Allahuakbar!! satu lagi kekuasaan Allah dapat kurasa..keadaan yang pada mulanya hujan renyai-renyai telah berhenti dan diganti dengan angin yang begitu mendamaikan...angin malam itu seolah tanda balasan kasih sayang dr Allah terhadap hamba2 yang tak lalai untuk mengingatiNya...semakin kuat bacaan zikir adik2 ini, semakin lembut terasa bayu itu menyapa wajah.... ~Allah tak pernah lupa pada kita, bagaimana mungkin kita bisa lupa padaNya??
29 June 2008
hari terakhir yang penuh kesedihan...slot yang diwujudkan iaitu wasiat ibubapa untuk anak2 dan anak2 untuk ibubapa mereka...titisan air mata yang membasahi wajah meraka menggambarkan 1001 penyesalan yang terbit dari diri mereka ats tanggungjawab masing yang belum sempurna dilaksanakan...semoga keinsafan itu kekal berpanjangan agar usrah yang solehah bakal terbentuk untuk menjana generasi yang bertaqwa pada masa kan datang....yang paling utama kuharapkan adik2 ini masih lagi memegang janji mereka dan mengaplikasikan segala nasihat yang diberikan....insyaAllah
ngan asyraf n aiman x kisah =p
semoga segala yang terjadi mampu dijadikan pengajaran...yang utama untuk diri sendiri dalam berusaha untuk menjadi kakak yang prihatin terhadap adik2nya....bersama2 adik kump. ni mengingatknku pd adikku yang juga masih berusia 12 tahun...Muhammad Nasruddin Najwan Mohd Hamdan...semoga abg wan berjaya didunia dan akhirat dan insyaAllah bakal mengikut jejak langkah acik ea...!
:: berusaha berjaya ::
Post a Comment