“Ana memang tak sebagus Ali sebab itu ana perlukan seorang isteri sesempurna Fatimah.. ana tak mampu nak memFatimahkan seseorang yang bukan fatimah!” Tegas seorang mahasiwa. “saya sedar saya tidaklah sehebat Fatimah, sebab itu saya perlukan seorang suami yang soleh seperti Ali untuk membimbing saya!” Kata seorang mahasiswi.
Semua sibuk mencari..Adakah mudah untuk mendapatkannya? Jika berjumpa pula, mudahkah untuk mengekalkannya? Kita bertemu dengan pasangan hidup semasa duduk dalam suasana usrah. Alhamdulillah, munculnya dia dengan imej yang solehah dan menyejukkan mata. Tapi mampukah kita mengekalkan isteri kita dengan ‘benchmark’ solehah seperti itu disepanjang alam rumah tangga? Dia mungkin akan di ubah oleh suasana kerja, dia juga mungkin di ubah apabila kembali ke pangkuan keluarga, dia mungkin berubah atas banyak pengaruh, atau yang paling utama kerana dia memang boleh berubah…..
Maka, mampukah kebahagian dan kesempurnaan rumahtangga dipertahankan, jika suami meletakkan kesempurnaan itu ialah pada apa yang isteri buat dan tidak buat, ada ataupun tidak ada? Kita mahu mencari pasangan hidup yang soleh, dan kita ingin menemuinya dalam suasana yang manusia nampak sempurna…jika kebahagiaan itu terletak pada apa yang pasangan itu miliki,maka…kita akan terus hidup dalam suasana pencarian ~pencarian yang tidak berkesudahan….
Oleh itu, jika mahu mendapatkan yang soleh, kurangkan sedikit agenda menCARI si soleh, tetapi berusahalah untuk menJADI solehah…jika inginkan yang solehah, janganlah cerewet sangat menCARI yang solehah…tetapi berusahalah untuk menJADI yang soleh. Bertemu yang solehah, solehahnya belum tentu kekal.. bertemu yang soleh, solehnya dia mungkin boleh berubah..kerana si soleh dan si solehah juga adalah insan biasa. Tapi, jika semua orang fokus untuk JADI dan bukannya CARI..maka, ramailah calon dan mudahlah sedikit kehidupan.. ~beiznillah Dan kita sendiri tidak bimbang untuk berumahtangga dengan pasangan ‘itu’ walaupaun mungkin tidak 100% (30% pun belum tentu) kita mengenalinya…
Apa yang nak dibimbangkan, kita berkahwin sebagai sebahagian proses untuk MENJADI, bukannya MENCARI…wallahu’alam
:: mencari cinta yang Maha Satu ::
Post a Comment