lelaki yang ditarik wanita ke neraka


posted by radhiahsyahida

No comments

salam kedamaian buat sahabat-sahabat sekalian....tiada apa yang nk dicelotehkan sangat malam ni...almaklum baru balik dari PJ kena urus taaruf kit..huuu~ nak kata letih tu dop la sgt tapi penat la jgk..kui3...dop same kan...??
hmm..duk saje-saje ni tringat plak pada satu risalah yg pernah dhiah baca..risalah ni pernah je dhiah share kt multiply dulu..tp ape slhnya share kat sini jgk kn...ilmu ni kalu dop kongsi n amalkan nk wat ape lagi....semoga ia nya dapat dijadikan iktibar buat semua..insya Allah...actually..nd ni bukannya utk kaum adam saje,kaum hawa jugk musti amek tau pasal ni agar hidup ni tak lari dr landasan yang lurus...ameen

lelaki yang ditarik wanita ke neraka....na'uzubillah min zalik...

Ayah

Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.

Suami

Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak-tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram dan apabila suami mendiam diri. Walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal) maka dia akan ditarik oleh isterinya.

Abang

Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke pula kepada abang-abangnya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM…Tunggulah tarikan adiknya di akhirat.

Anak Lelaki

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari islam, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak…nantikan tarikan ibunya.

Kepada golongan lelaki, cuba lah sebaik mungkin untuk melaksanakan tanggungjawab kalian.

Kepada golongan wanita, sama-sama lah meringankan bebanan yang ditanggung oleh golongan lelaki.Bukankah kita diciptakan untuk sama-sama membantu dan nasihat-menasihati??
:: sayap kiri ::

[fellow followers]