suatu kisah...


posted by radhiahsyahida

No comments

salam kedamaian buat kalian....di pagi yang sgt damai di bumi berNILAI ini...ingin sekali ana kongsikan 1 cerita yg sgt memberi pengajaran terutama kpd kita kaum hawa..insyaAllah..sama2 kita mengambil iktibar dan pengajaran...semoga kisah yang ringkas tp padat dan bermakna ini dpt memandu kita ke jalan yg lurus... ~ihdina sirotol mustaqim

Sesuatu yang cukup menarik di dalam majalah manar Islam keluaran terbaru tentang citer bagaimana seorang gadis iskandariah menaiki mikrobas (bas kecil) atau bas mini untuk menuju ke sebuah destinasi di dalam wilayah iskandariah

Pakaiannya agak keterlaluan dan menjolokkan mata bagi setiap pandangan manusia. umurnya dalam lingkungan 20 tahun.
Sebaik sahaja dia melabuhkan punggungnya di tempat duduk di sebelah pintu mikrobas, seorang tua yang rambutnya telah dipenuhi uban menegurnya.....

“ Wahai pemudi... alangkah baiknya jika kamu berpakaian dengan pakaian yang baik, yang sesuai dengan ketimuran dan adat serta agama Islam kamu....daripada kamu berpakaian begini yang pastinya menjadi mangsa pandangan liar lelaki..”

Lalu gadis itu menjawab.... “siapakah kamu hai orang tua? apakah di tangan kamu ada anak kunci atau sejenis kuasa yang menentukan aku bakal berada di syurga atau neraka?”

-astaghfirullahal’azim….

Lalu dia ketawa mengejek panjang. Lantas cuba memberikan handphonenya kepada si tua itu sambil berkata.....

"ambil handphoneku ini dan hubungilah ALLAH SWT serta tolong tempahkan sebuah bilik di jahannam untukku.." lantas ketawa lagi..

Si tua dan penumpang2 bas itu terdiam. Mereka tak menghiraukan lagi kerenah gadis yang tak mengetahui hukum hakam itu. 10 minit kemudian mikrobas itu sampai ke perhentian... lalu penumpang mula mengejutkan gadis tersebut yang tertidur di muka pintu mikrobas.. puas di kejutkan, gadis tersebut tetap tidak sedarkan diri....rupa-rupanya dia telah pulang menemui Tuhannya dalam keadaan yang tak disangka2. Para penumpang hanya menggelengkan kepala sambil beristighfar kepadaNYA
petikan dari Manar Islam Jumadal Awwal...nihayat fatat el-sekenadari..pengakhiran hidup gadis iskandariah

begitulah sedikit coretan sebagai muhasabah untuk diri kita sendiri... ingin di bawa ke mana segala keangkuhan kita itu??....hingga terlupa bahawa apa yang kita ada pada hari ini bukanlah hak mutlak kita semata2...bangkitlah kita dari lena yang panjang!!...semoga hidayah Allah tak serik mengunjungi hamba-hambaNYa...insyaAllah..^_^

:: 'aabidatullah fil ardh ::

[fellow followers]